Anda di halaman 1dari 2

PEMAHAMAN SUBJEKTIF CARA MENJAWAB SOALAN-SOALAN TERTENTU

PERSAMAAN (biasanya 5m) Contoh soalan: A & B mempunyai perwatakan yang sama. Terangkan.

Cara menjawab: Kedua-dua A & B (nyatakan persamaannya). Mereka .(berikan penerangan). atau A dan B sama-sama (nyatakan persamaannya). Mereka (berikan penerangan).

PERBEZAAN (biasanya 5m) Contoh soalan : Terangkan perbezaan sifat/sikap antara A & B.

Cara menjawab: A .. manakala B Berikan penerangan. atau A .. tetapi B Berikan penerangan.

PERBANDINGAN Jawapan sama ada yang menunjukkan PERBEZAAN atau / dan PERSAMAAN SIFAT & BUKTI ( 5m ) Nyatakan sifat dahulu diikuti dengan penerangan bukti. (jika sifatnya tidak disebutkan dahulu, keseluruhan jawapan dianggap salah)

Cara menjawab: Contoh 1 : A ialah seorang yang ...(nyatakan sifatnya). Dia .( penerangan bukti) A juga merupakan seorang yang (nyatakan sifatnya). Dia (penerangan bukti)
Contoh 2 : Sifat A yang pertama ialah .....(nyatakan sifatnya). Dia . (penerangan bukti). Sifat A yang kedua pula (nyatakan sifatnya). Dia (penerangan bukti)

PENGAJARAN (biasanya 5m) Pengajaran pertama yang saya peroleh ialah / adalah Terangkan pentingnya pengajaran tersebut. Kaitkan dengan cerita. Pengajaran kedua yang saya pelajari ialah / adalah . Terangkan pentingnya pengajaran tersebut. Kaitkan dengan cerita.

PENDIRIAN (biasanya 5m) Nyatakan pendirian dengan jelas. (jika pendirian tidak dinyatakan langsung di awal jawapan, jawapan murid terus dianggap salah dan tiada markah diberikan) SETUJU / WAJAR - disokong dengan penerangan bukti TIDAK SETUJU / TIDAK WAJAR - disokong dengan penerangan bukti TIDAK SETUJU SEPENUHNYA / TIDAK BEGITU WAJAR - disokong dengan penerangan bukti bagi menyatakan mengapa tidak setuju dan juga disokong satu penerangan bukti bagi menyatakan mengapa setuju PERHATIAN: Jawapan kamu mestilah menunjukkan kematangan kamu berfikir. Walaupun kadangkala soalan memberi kamu pilihan, tetapi jawapan terbaik adalah jawapan yang menunjukkan kematangan berfikir.

Perhatian: Soalan 3m memerlukan 1 isi jawapan Soalan 6m -- memerlukan 2 isi jawapan berserta penerangan yang lebih lanjut