Kuil Kek Lok Si Kuil Kek Lok Si di Pulau Pinang merupakan kuil agama Buddha yang terbesar di Pulau

Pinang dan di Asia Tenggara. Daya tarikan utama di kuil Kek Lok Si adalah patung Dewa Kuan Yin yang besar. Selain daripada biara, terdapat pagoda setinggi tujuh tingkat yang mempamirkan 10,000 imej Buddha. Kuil Kek Lok Si turut memiliki banyak patung dewa-dewa dan laman yang mempunyai kolam besar yang dipenuhi kura-kura dan ikan Karp.

Gereja Christ Gereja Christ terletak bersebelahan dengan Pejabat Pos Jalan Laksamana dan Muzium Belia Malaysia.Gereja Christ yang berwarna merah ini telah dibina pada tahun 1753. Ia dibina berdasarkan kehebatan reka bentuk seni bina Belanda. Setiap satu kasau di ruang ibu diukir daripada sebatang pokok manakala kerusi gereja itu yang dibuat dengan tangan itu masih kekal dan sudah berumur lebih kurang 200 tahun. Terdapat juga batu nisan pada lantai gereja dengan tulis Armenia. Tarikan-tarikan lain yang terdapat di sini adalah termasuk alang yang dibina tanpa penyambung, kitab Bible Bras dan gambar 'Last Supper' pada jubin glis.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful