Anda di halaman 1dari 6

Di dalam sebuah hutan, tinggal seekor burung merak. Burung merak itu sangat sombong kerana dirinya cantik.

"Akulah burung yang paling cantik di dalam hutan ini," kata burung merak.

Burung merak itu angkuh. Burung merak itu tidak mahu berkawan dengan burung-burung lain. Pada suatu hari, datang seorang pemburu memasang jerat. Burung merak terkena jerat itu.

"Tolong! Tolong!" burung merak menjerit meminta pertolongan. "Maafkanlah aku! Aku tidak berdaya untuk menolong engkau," burung tiung memberitahu burung merak.

"Engkau ditangkap oleh manusia kerana engkau sangat cantik. Manusia mahu memelihara engkau," kata burung gagak pula. Burung merak berasa malu dan menyesal. Namun, sesal kemudian sudah tidak berguna lagi.

NILAI MURNI Janganlah sekali-kali berasa megah dengan apa-apa kelebihan yang kita miliki. Sikap suka bermegahmegah boleh mendatangkan akibat yang buruk.

Merak yang sombong.