Anda di halaman 1dari 5

SCENE

DIALOG Buaya : Tolong! Tolong! Tolong aku! Kerbau : Eh, buaya! Kenapa ini? Buaya : Tolong aku, kerbau! Aku ditimpa oleh pokok yang tumbang. Aku tidak boleh bergerak. Berat sungguh batang kayu ini. Kerbau : Bagaimana aku mahu mengangkat pokok ini? Buaya : Gunalah tanduk kau. Aku berjanji tidak akan mengapa-apakan kau. Kerbau : Baiklah.

NARATION 1. Pada suatu hari, ada seekor kerbau berasa sangat dahaga dan ingin minum air. Kerbau itu berjalan melalui satu lorong menuju ke sungai. Kerbau itu mengharungi air. Ketika sedang menghirup air, kerbau terdengar sesuatu di tepi sungai. Kerbau merenung ke arah suara itu. Kerbau ternampak air terhambur naik di tebing sungai. 2. Kerbau sangat kasihan melihat buaya. Kerbau cuba menolong dengan mengangkat kayu itu. Apabila batang kayu di angkat, buaya dengan segera melepaskan dirinya. Sebaik sahaja kerbau menghumban kayu itu ke bawah, buaya segera menangkap dan menggigit kakinya. 3. Kerbau cuba menanduk buaya tetapi buaya menguatkan lagi gigitannya. Kerbau tidak mampu melepaskan diri kerana berada di dalam air. Jika buaya

SOUND EFFECT

MASA

Kerbau : Eh, buaya! Kenapa ini? Buaya : Hahaha..Aku hendak makan kau. Hari ini kau menjadi rezeki aku! Kerbau : Kaulah binatang yang amat jahat dalam dunia ini. Tidak tahu membalas budi! Orang berbuat baik, kau balas jahat! Buaya : Ah, aku tidak peduli! Kerbau : Janganlah bunuh aku, buaya! Aku pun mahu hidup. Kau makanlah benda lain.

menariknya ke bawah tentulah ia akan lemas. Kerbau terus merayu supaya buaya tidak membunuhnya.

Monyet : Eh, Ada apa ni kerbau? Kenapa buaya gigit kaki engkau? Buaya : Mujurlah engkau datang, monyet! Kami sedang menunggu hakim untuk mengadili kami. Monyet : Mengapa? Buaya : Kami bertengkar, berbuat baik 2 adalah dibalas jahat. Monyet : Tetapi kenapa kamu gigit kaki kerbau? Sebelum aku memberikan keputusan, aku mahu tengok kejadian asalnya. Buaya : Mula-mula aku kena tindih batang pokok tumbang. Batang pokok itu jatuh menimpa belakang aku.

4. Ketika kerbau dan buaya sedang bertelagah, tiba-tiba datang seekor monyet. Monyet terkejut apabila melihat buaya sedang menggigit kaki kerbau. Monyet melihat air mata kerbau berlinangan. Manakala buaya pula kelihatan bengis. Lalu, monyet pun bertanya ..... 5. Buaya bertempik apabila mendengar kata-kata monyet. Buaya tahu dia sudah ditipu. Buaya membedal ekornya dengan sekuat-kuat hatinya. Air sungai melambung naik. Kerbau segera melompat lalu berlari naik ke atas tebing mengikut monyet.

Monyet : Oo yeke. Boleh aku tengok macam mana pokok itu berada di atas belakang kau? Buaya : Macam mana aku hendak tunjukkan, kerbau sudah alihkan batang kayu itu. Monyet :Baiklah! Sekarang engkau pergi duduk tempat asal, tempat engkau kena tindih. Kau pula kerbau! Cuba engkau tunjukkan, bagaimana kayu itu berada di atas belakang buaya? Tunjukkan padaku, bagaimanakah caranya engkau mengangkat batang kayu itu? Kerbau : Baiklah, aku akan tunjukkan. Monyet : Cuba engkau bergerak, buaya! Bolehkah kayu itu diangkat? Buaya : Up! Up!

6. Namun, monyet dan kerbau tidak mempedulikan buaya lagi. Akhirnya, buaya sudah menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan jahatnya itu.

Monyet : Kuat lagi! Kuat lagi buaya! Selepas itu apakah yang terjadi? Kerbau : Selepas itu aku datang menolong. Aku mengangkat batang pokok itu. Apabila buaya terlepas, ia gigit

kaki aku. Monyet : Bagaimanakah cara kamu mengangkatnya? Kerbau : Aku mengangkatnya begini. Monyet : Sudah! Setakat itu dulu. Aku sudah faham. Jangan angkat kayu itu. Buaya : Cis, kurang ajar kau monyet! Kau penipu! Monyet : Kau yang penipu! Sudah ditolong tetapi memungkiri janji! Kerbau : Monyet, habis tu macam mana pula dengan buaya? Tentu buaya akan mati. Monyet : Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau! Biar kan sahaja buaya ini mati! Kalau buaya ini hidup, engkau tentu mati! Buaya yang jahat ini patut menerima balasannya kerana tidak tahu membalas budi baik! Buaya : Jaga kau monyet! Kau tipu aku! Ingat monyet! Aku akan makan

kau! Monyet : Argghh sudahlah, dasar tidak tahu mengenang budi, kau pasti akan terima balasan suatu hari nanti! Buaya : Tunggu! Tolong aku! Aku menyesal!

TAMAT