Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Mata Pelajaran Tarikh Tahun Bilangan Murid Masa Tema Tajuk Standard Kandungan

: Bahasa Melayu : 22 Ogos 2013 : 2 Cerdik : 20 orang : 8.45 pagi 9.45 pagi : Makanan Bersih dan Berkhasiat : Piramid Makanan : 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

Standard Pembelajaran

: 1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

Objektif

: Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :1. Menamakan makanan-makanan yang terdapat dalam gambar. 2. Membaca perkataan yang menunjukkan makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat.

Pengisian Kurikulum : i. Ilmu Sains dan Pendidikan Kesihatan ii. Nilai bersyukur, berani, yakin, bekerjasama Strategi Pengajaran Pengetahuan Sedia Ada Sistem Bahasa : Kontekstual : Murid mengetahui tentang pelbagai jenis makanan yang terdapat dalam kehidupan seharian. : Sebutan dan intonasi

Bahan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran (BSPP) Bahan Sumber P&P Komputer riba Kad Manila Kad gambar Kad Imbasan Bilangan 1 4 60 5 Bahan Sumber P&P Video Muzik Lembaran Teks Dialog Lembaran Lirik Lagu Bilangan 2 1 20 20

Langkah / Masa Induksi Set (10 minit) -

Kandungan / Isi Pelajaran Soal jawab mengenai rutin murid Tayangan video makanan segera atau makanan tidak berkhasiat dan masalah obesiti

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Bersoal jawab tentang makanan yang di ambil semasa sarapan pagi. Guru menayangkan video obesiti dan pengambilan makanan yang tidak sihat. Murid memberi maklum balas berdasarkan klip video yang ditonton. Soal jawab punca obesiti

Catatan

BSPP: a) Video

Langkah 1 (20 Minit)

Piramid makanan

Guru menerangkan aras-aras yang terdapat dalam piramid makanan di kad manila. Guru menerangkan kepentingan mengambil makanan berdasarkan piramid makanan. Murid mendengar penerangan yang diberi oleh guru. Murid dikehendaki melengkapkan carta piramid makanan yang telah disediakan oleh guru. Perbualan di antara murid-murid berdasarkan teks yang diberi. Murid meramal kesan dan akibat terhadap pembelian makanan yang tidak berkhasiat. Murid memahami dan mengetahui kebaikan makanan yang berkhasiat.

BSPP: a) b) c) d) Kad manila Gambar Kad imbasan Kad gambar

Langkah 2 (15 Minit)

Kaedah simulasi bacaan dialog berdasarkan teks yang diberi Membeli Makanan di Pasaraya Ali : Hai, Ah Meng, Siti dan Devi!

BSPP: a) Lembaran teks dialog

Ah Meng, Siti, Devi : Hai Ali! Ali : Kamu semua hendak pergi ke

Pembelajaran koperatif

mana? Siti : Kami semua mahu pergi ke pasaraya untuk membeli sedikit makanan yang dikirim oleh ibu kami. : Oh, saya pun mahu ke sana

Ali juga. Devi kami

: Marilah pergi bersama-sama

Ah Meng : Ya marilah, ibu saya suruh membeli buah-buahan kerana buah-buahan dapat membantu tubuh mencegah penyakit. Ali : Saya ingin membeli sayursayuran kerana sayur mengandungi banyak vitamin. : Ibu saya pula menyuruh saya membeli ikan dan daging kerana ianya membekalkan protein untuk badan kita. : Saya pula ingin roti kerana roti mengandungi karbohidrat. : Baguslah kalau begitu, kita patut mengurangkan

Siti

Devi

Ali

pengambilan makanan yang mengandungi gula dan garam yang berlebihan kerana boleh mendatangkan penyakit. Ah Meng : Ya betul, saya setuju, amalan ini baik untuk kesihatan kita. Devi : Oleh itu, mulai dari sekarang kita mestilah mengambil makanan yang bersih dan berkhasiat ye kawan-kawan! : Baiklah! Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap murid dikehendaki berbincang sesama kumpulan dan melengkapkan jadual yang diberi dalam masa yang ditetapkan oleh guru. (melekat gambar makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat mengikut kategori yang betul) BSPP: a) Kad Manila b) Kad Gambar

Semua Langkah 3 (10 minit)

Lembaran kerja / Tugasan berkumpulan

Penutup (5 Minit)

Nyanyian lagu

MAKANAN SEIMBANG Mari mari mari adikku sayang, Mari mari mari adikku sayang, Marilah mari marilah kita makan, Makanan lazat, berzat dan seimbang.

Murid menyanyikan rekaan lirik lagu yang diberi mengikut rentak muzik Jong Jong Inai. Guru bertanya isi kandungan atau pesanan yang terdapat dalam lirik agu yang dinyanyikan. Guru membuat kesimpulan tentang pentingnya pengambilan makanan

BSPP: a) Muzik b) Lembaran lirik lagu

yang berkhasiat dan seimbang.

Mari mari mari adikku sayang, Mari mari mari adikku sayang, Sarapan pagi minum susu dan roti, Dijamin sihat kita senanglah hati. Marilah mari adikku sayang, Mari amalkan piramid makanan, Sayur dan buah perlu kita makan, Agar penyakit dapat dielakkan. Marilah mari marilah kita makan, Makanan lazat, berzat dan seimbang. Mari mari mari adikku sayang, Mari mari mari adikku sayang, Makanan ringan perlulah dikurangkan, Supaya cergas, sihat seluruh badan. Marilah mari adikku sayang, Mari amalkan piramid makanan, Sayur dan buah perlu kita makan, Agar penyakit dapat dielakkan.

Soal-jawab dan rumusan isi pelajaran