Anda di halaman 1dari 3

2.

LATAR BELAKANG
BANGUNAN
2.1 ASAL USUL

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah bangunan bersejarah yang terletak di pinggir

Sungai Klang dan Sungai Gombak. Mendapat nama dari Sultan Selangor yang

memerintah dari tahun 1857 hingga 1898, Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni

Almarhum Raja Abdullah.

2.2 LATAR BELAKANG SEJARAH

Bangunan ini telah direka oleh arkitek berbangsa British, A. C. Norman dan A. B.

Hubbock yang pada waktu itu bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur pada tahun

1894. Batu asas pembinaan telah diletakkan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir

Charles Mitchell pada 6 Oktober 1894. Bangunan ini siap dan dirasmikan pada tahun

1897 oleh Residen British, Sir Frank Swettenham. Pada mula pembinaannya di kenali

sebagai Bangunan Baru Kerajaan, kemudian sebagai Sekretariat Persekutuan dan

digunakan bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam

pada tahun 1974.


2.3 TUJUAN PEMBINAAN

Tujuan pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan

semua Jabatan pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di bawah satu bangunan

pentadbiran berpusat. Menempatkan Sekretariat Kerajaan (G.S.O) , bilik mesyuarat

Majlis Negeri (Council Chamber), Pejabat Pos, Lembaga Kebersihan (Sanitary Board),

Pejabat Kehakiman (Judical Comissioner) Public Works Department (PWD), Audit dan

Perbendaharaan, Pejabat Tanah, Jabatan Galian dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya

(P.W.D District Office).

Dahulu Sekarang

Anda mungkin juga menyukai