Anda di halaman 1dari 14

1.

0 Pengenalan Dalam kehidupan seharian kita, pentaksiran pengujian dan penilaian dilakukan dalam semua situasi yang memerlukan keputusan atau pertimbangan dibuat. Begitu juga dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tugas dan tanggungjawab seorang guru bukan hanya setakat mengajar dan melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran, malah dia perlu mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku. Oleh hal yang demikian, guru perlu membuat penilaian untuk mengetahui aspek yang yang telah diajar dan dikuasai dengan baik oleh pelajarnya, dan aspek-aspek yang yang masih lemah dan memerlukan tumpuan dalam pengajaran akan datang. Berdasarkan maklum balas daripada penilaian ini, guru seharusnya dapat membuat keputusan tentang aspek kemahiran yang telah dipelajari, atau yang perlu diajarkan, diulang semula, atau diberi latihan tambahan. Walau bagaimanapun, istilah pentaksiran, pengujian dan penilaian kadang kala saling ditukar ganti. Contohnya, apabila seorang guru mengedar ujian pencapaian, dia mungkin menyatakan yang dia sedang mentaksir pencapaian, menguji pencapaian atau menilai pencapaian dengan tidak mengambil endah maksud khusus sesuatu istilah tersebut. Sebenarnya, istilah-istilah ini ada kelainannya dan tidak sepatutnya saling ditukar ganti. Dengan itu, semua pengajar yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran perlu mengetahui perbezaan antara ketiga-tiga istilah ini agar tidak mengulangi kesilapan yang sama untuk harihari mendatang.

Konsep Pentaksiran Menurut Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2013), pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterus dan hasilnya melakukan penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan. Maklumat tersebut meliputi hal-hal berkaitan topic, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Oleh itu aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah : i. Instrumen ii. Kumpulan yang ditaksir iii. Respons iv. Kumpulan yang menaksir

v. Skor Sehubungan itu, proses mendaptkan maklumat dan melakukan penghakiman tentang pendidikan memerlukan para pendidik dan guru melakukan pengukuran. Pengukuran yang dilakukan memerlukan para pendidik dan guru menggunakan kaedah-kaedah pentaksiran tertentu. Oleh yang demikian, Rajah 1 yang berikut menunjukkan lima kaedah yang sesuai digunakan ketika melakukan pentaksiran. Kaedah Pertimbangan Profesional

Kaedah Portfolio

Kaedah Pentaksiran

Kaedah Pemerhatian

Kaedah Lisan

Kaedah Penulisan

Ciri-Ciri Pentaksiran dalam Bahasa Melayu

Kebolehtafsiran

Kekomprehensifan

Kesahan

Kebolehpercayaan

Keobjektifan

Kebolehtadbiran

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesahan merupakan tentang sah atau tidaknya sesuatu. Di dalam konsep pentaksiran pula kesahan merupakan satu konsep pengukuran yang merujuk sejauh mana ketepatan atau kesahihan sesuatu alat ujian. Ini bermaksud sesuatu alat ujian itu dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya dapat mengukur secara tepat kebolehan dan keupayaan calon-calon yang diuji. Merujuk kepada manual am pentadbiran instrumen Kementerian Pelajaran Malaysia, Kesahan ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Oleh yang demikian item-item yang dikemukakan hendaklah akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada pencapaian calon adalah tekal apabila mengambil ujian itu beberapa kali. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan skor ujian. Antaranya ialah keadaan emosi, tempat ujian, suasana persekitaran dan kesihatan. Faktor-faktor ini boleh mempengaruhi calon memberi jawapan yang berlainan. Kebolehpercayaan skor sesuatu ujian dapat dipertingkatkan dengan menyediakan bilangan soalan yang berpatutan. Dengan ini, calon benar-benar dapat diuji dengan cara yang boleh dipercayai. Keobjektifan sesuatu ujian merujuk kepada ketepatan seseorang memeriksa jawapan calon. Sesuatu ujian dikatakan mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi sekiranya pemeriksa memberi markah skim pemarkahan yang ditentukan. Dengan kata lain ujian yang mempunyai keobjektifan yang tinggi adalah ujian yang mempunyai skema pemarkahan yang telah ditetapkan dan tidak boleh dipengaruhi oleh emosi pemeriksa. Ini bermaksud skrip jawapan yang sama akan menunjukkan markah yang sama walaupun diperiksa oleh beberapa orang pemeriksa. Kebolehtadbiran sesuatu ujian merujuk sejauh mana kelicinan proses pengujian dapat dilaksanakann di dalam bilik atau dewan peperiksaan. Kelicinan kebolehtadbiran sesuatu ujian merangkumi aspek-aspek penyediaan bilik peperiksaan, masa yang singkat, ujian dimulakan tepat pada masa, arahan yang jelas, pengawasan yang rapi dan pengutipan skrip jawapan yang terurus. Selain itu, bilangan soalan yang disediakan mestilah berpatutan dengan masa yang diperuntukkan agar calon dapat menjawab semua soalan-soalan tersebut dalam masa yang ditetapkan.

Kebolehtafsiran sesuatu ujian dapat merujuk kepada setakat mana hasil pencapaian calon dapat ditafsir dengan cara yang boleh memberi maklumat yang jelas mengikut objektif penilaian. Hasil penilaian daripada proses tafsiran, dapat memberi gambaran jelas mengenai pencapaian dan kedudukan calon, kekuatan dan kelemahan calon, kesesuaian strategi pengajaran dan pembelajaran, kesesuaian item ujian dan pencapai objektif PdP di dalam kelas. Oleh yang demikian, adalah amat penting markah pencapaian calon dikumpul dan ditafsir dengan tepat dan jelas dalam bentuk angka statistik, jadual dan graf supaya kebolehtafsirannya tinggi. Akhir sekali, pentaksiran juga perlulah komprehensif. Komprehensif di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud luas liputannya atau banyak butiran yang terkandung di dalamnya. Di dalam pentaksiran Bahasa Melayu ciri komprehensif ini perlu ada supaya soalan-soalan yang akan dikemukakan kelak mengandungi semua objektif penting dalam sesuatu tajuk. Jenis Pentaksiran dalam Bahasa Melayu

Pentaksiran formatif

Pentaksiran Diagnostik

Pentaksiran

Pentaksiran penempatan

Pentaksiran Sumatif

Terdapat empat jenis pentaksiran iaitu pentaksiran penempatan, pentaksiran formatif, pentaksiran diagnostik dan juga pentaksiran sumatif. Setiap pentaksiran antara keempatempatnya mempunyai tujuan pelaksanaan yang berbeza. Pentaksiran penempatan bertujuan mengukur tingkah laku untuk kemasukan, pentaksiran formatif untuk memantau kemajuan

pembelajaran. Pentaksiran diagnostik dilaksanakan bagi mengenal pasti punca masalah pembelajaran manakala pentaksiran sumatif pula untuk mengukur pencapaian diakhir sesuatu topik atau unit.

Prinsip Pentaksiran dalam Bahasa Melayu Dalam pentaksiran Bahasa Melayu, terdapat lima prinsip bagi pentaksiran Bahasa Melayu. Prinsip pertama ialah skor. Untuk melaksanakan pentaksiran memerlukan satu alat atau secara tepat lagi bahan yang dijadikan panduan semasa melakukan proses pentaksiran. Ini kerana tanpa skor tersebut yang diperolehi kebiasaannya daripada hasil dapatan ujian akedemik pelajar. Ujian akedemik tersebut boleh terdiri daripada ujian lisan, amali mahupun ujian bertulis. Skor ini akan menjadi asas terhadap pelaksanaan pentaksiran. Melalui skor ini, para pentaksir akan mendapat hasil pentaksiran yang berlandaskan skor pelajar tesebut. Di situ akan dapat dilihat kelemahan atau kelebihan pelajar melalui maklumat yang diperolehi daripada skor tersebut. Prinsip yang kedua ialah instrumen. Instrumen di sini membawa maksud alat yang digunakan untuk membuat proses pentaksiran terhadap pelajar tersebut. Instrumen ini dapat membantu guru dalam melaksanakan proses pentaksiran dengan lebih tersusun lagi. Instrumen yang digunakan dalam pentaksiran Bahasa Melayu adalah satu set kertas soalan yang telah disediakan berdasarkan kepada Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang lengkap dan mencakupi semua kemahiran yang hendak diuji. Prinsip yang ketiga ialah kumpulan yang mentaksir. Jika di sekolah, kebiasaannya kumpulan yang ditaksir ialah murid-murid yang mendiami sekolah tersebut. Murid-murid ini akan ditaksir bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan mahupun pencapaian semasa mereka. Murid-murid amat penting dalam proses pentaksiran kerana tanpa mereka, maka tiada bahan atau sasaran yang ditaksir. Ini kerana hasil pentaksiran akan digunakan untuk kebaikan pelajar juga. Prinsip seterusnya ialah respon. Respon ataupun tindakbalas lahirnya daripada kumpulan yang ditaksir. Tindakbalas datangnya daripada pelajar yang ditaksir tersebut. Tindakbalas yang dimaksudkan boleh diketegorikan dari segi pencapaian. Ini kerana apabila hasil pentaksiran diperolehi, para guru akan meneliti hasil tersebut dan seterusnya akan membuat tindakan susulan daripada hasil tersebut. Perubahan dapat disaksikan dari segi pencapaian pelajar pada pentaksiran yang akan dilakukan seterusnya.

Prinsip yang terakhir ialah kumpulan yang mentaksir. Bagi melaksanakan proses pentaksiran memerlukan satu kumpulan yang dapat melakukan tugas menjalankan proses pentaksiran ke atas kumpulan yang ditaksir. Kumpulan ini amat penting dalam proses ini, kerana tanpa kumpulan ini, proses pentaksiran tidak akan dapat dijalankan seperti yang dirancang. Sebaik-baiknya, kumpulan guru yang mentaksir skrip jawapan ini terdiri daripada guru-guru neutral iaitu guru-guru yang tidak mengenali kumpulan murid yang ditaksir. Dengan ini barulah skor yang diperolehi itu adalah lebih tepat dan menggambarkan keupayaan dan tahap penguasaan murid-murid yang sebenar.

Konsep Pengujian Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengujian ditakrifkan sebagai perihal menguji dan pemeriksaan. Menurut Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2013) pula, pengjian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu. Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan murid member satu set tindak balas atau respuns. Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan suatu masalah matematik, melukis satu gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu perkataan dan sebagainya. Ujian merupakan alat pengukuran hanya

membenarkan kita mengukur pencapaian murid dalam bentuk markah sahaja.Kesimpulannya, pengujian ialah cara yang sistematik untuk membandingkan prestasi seseorang murid dengan prestasi seorang murid yang lain. Ciri-Ciri Pengujian Beberapa ciri penting mengenai pengujian diperlukan untuk memastikan bahawa pengujian bahasa Malayu yang dibentuk, dilaksanakan dan digunakan untuk menilai bahawa pelajar itu adalah benar-benar berfungsi demikian. Ciri-ciri utama yang harus ada adalah seperti berikut :

Kesahan

Keobjektifan

Kebolehpercayaaan

Kemudahtafsiran

Kesahan pengujian bermakna kita memastikan bahawa sesuatu ujian bahasa Malayu itu benar-benar menguji perkara-perkara yang harus diuji iaitu mencapai tujuannya. Bagi sesuatu

ujian, ada tiga jenis kesahan yang harus diawasi iaitu kesahan rupa, kesahan berhubung dengan kriteria, dan kesahan isi. a. Kesahan Rupa Kesahan rupa bermakna bahawa sesuatu ujian itu harus kelihatan menguji perkara yang diuji. Ujian di bilik darjah harus mempunyai ciri kesahan yang tinggi, iaitu ujian tersebut harus kelihatan menguji apa yang hendak diuji. Misalnya ujian bahasa Melayu harus kelihatan seperti mengandungi petikan untuk ujian fahaman dan kosa kata dan sebagainya. b. Kesahan Berhubung dengan Kriteria Sesuatu ujian yang baik juga mempunyai kesahan berhubung dengan kriteria. Ini bermakna bahawa pencapaian pelajar di dalam ujian tersebut dapat

dihubungkan dengan sesuatu kriteria tertentu, seperti peperiksaan luar atau kejayaan pada masa depan. Misalnya ujian lisan di sekolah mempunyai kesahan berhubung dengan kriteria tinggi yang dapat dikaitkan dengan peperiksaan UPSR. c. Kesahan Isi Kesahan ini cuba melihat sejauh mana ujian tersebut meliputi bidang pelajaran yang harus diuji. Ujian yang mempunyai kesahan isi yang tinggi akan mencerminkan isi dan pengajaran yang telah dilaksanakan sebelum ujian. Kebolehpercayaan merujuk kepada keselarasan sekumpulan skor pengujian mengukur. Pengujian yang tinggi kebolehpercayaannya ialah pengujian yang menghasilkan skor-skor ujian yang hampir sama bagi sekumpulan pelajar di dalam keadaan yang berbeza. Tidak semestinya satu-satu bahan ujian yang menghasilkan keputusan analisis kebolehpercayaan yang tinggi itu, sah terutamanya jika bahan itu menguji aspek-aspek yang tidak relevan dengan objektif pengajaran, kerana, analisis statistik kebolehpercayaan tidak dapat menguji kesahan isi. Sebaliknya jika sesuatu ujian itu terdiri daripada butiran yang dianggap tepat dan penting, maka, bahan ujian itu akan menjadi sah, dan boleh dipercayai. Sekiranya guru ingin memastikan bahawa pencapaian pelajar di dalam ujian bahasa Melayu itu benar-benar mencerminkan kebolehannya, guru perlu melakukan penentuan yang objektif. Guru tidak seharusnya dipengaruhi oleh sifat peribadi pelajar atau perkara-perkara luar daripada ujian. Hanya ujian objektif yang memerlukan jawapan betul dan salah di dalam jawapan aneka pilihan saja yang mempunyai objektif yang tepat. Bagi ujian subjektif, guru harus

menyediakan satu jawapan sebagai rangka untuk menetapkan skema pemarkahan supaya keobjektifan ujian tercapai. Sesuatu ujian itu harus boleh dilaksanakan di dalam tempoh masa yang tertentu atau mempunyai ciri kebolehtadbiran. Misalnya ujian subjektif harus jangan mengandungi jawapan yang terlalu panjang supaya pelajar dapat menyudahkannya di dalam masa yang ditetapkan. Begitu juga dengan ujian objektif kerana jika pelajar tidak dapat menjawab semua soalan, maka objektif dan isi kandungan tertentu dari ujian tersebut terpaksa ditinggalkan. Dengan itu hasil markah tidak dapat mencerminkan kebolehannya yang sebenar. Ciri yang terakhir ialah tafsiran markah dari ujian adalah berdasarkan kepada perkaraperkara yang diuji tersebut. Jika kesahan isi kandungan yang menjadi persoalan utama, maka guru harus merujuk kembali kepada bidang-bidang pelajaran dan butiran ujian tersebut, iaitu membuat analisis butiran. Tafsiran markat harus mudah digunakan oleh pelajar, ibu bapa dan guru untuk tujuan tertentu. Jenis Pengujian

Ujian Pencapaian Ujian Kemahiran

Ujian Bakat

Terdapat pelbagai jenis ujian bahasa yang digunakan di sekolah. Jenis ini dapat digolongkan kepada tiga kumpulan besar iaitu ujian pencapaian , ujian kemahiran dan ujian bakat. Ujian pencapaian ini boleh dibahagikan kepada dua jenis umum, iaitu Ujian Kemajuan dan Ujian Pencapaian.Ujian kemajuan kerap digunakan di dalam bilik darjah. Tiap-tiap ujian kemajuan yang di gunakan di dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru darjah itu sendiri, kerana dia mempunyai pengetahuan penuh mengenai keperluan ujian yang direkabentuk olehnya itu. Hasil daripada ujian kemajuan ini membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap orang pelajarnya dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan. Ujian pencapaian pula tidak jauh berbeza daripada ujian kemajuan. Ujian pencapaian lebih rasmi dan bertujuan untuk mengukur pencapaian secara lebih menyeluruh, seperti ujian atau peperiksaan akhir tahun dan penggal sekolah. Kebanyakan ujian pencapaian merupakan

ujian umum seperti UPSR. Ujian seperti ini adalah berasakan kepada apa yang dianggap telah dipelajari oleh pelajar. Ujian ini merupakan peperiksaan untuk menentukan penempatan jenis sekolah dan jurusan pelajar. Pembentukan ujian itu berasaskan kepada sukatan pelajaran rasmi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Seterusnya ialah ujian kemahiran iaitu untuk

menentukan sejauh mana kemahiran bahasa seseorang pelajar dan bagaimana dia menggunakan kemahiran ini untuk menghadapi sesuatu tugas tertentu seperti pelajaran lain atau bidang-bidang tertentu. Misalnya, ada ujian lisan bahasa Melayu dan ada ujian untuk menguji kemahiran pelajar di dalam pertuturan. Akhir sekali ialah ujian bakat. ujian bakat di dalam bahasa Melayu ialah ujian yang dibentuk untuk mengukur prestasi yang mungkin dicapai oleh pelajar di dalam bahasa itu. Adalah dianggap bahawa bukan semua orang, khususnya bukan Melayu, mempunyai bakat untuk mempelajari bahasa Malayu. Bakat untuk mempelajari bahasa sangat kompleks dan melibatkan berbagai faktor seperti kecerdasan, umur, motivasi kuasa ingatan, kebolehan mengenal pasti bunyi bahasa dan pola-pola tatabahasa. Dengan itu tidak mungkin dan tidak perlu diuji semua aspek bahasa di dalam satu ujian. Oleh sebab itu, biasanya ujian bakat dibahagikan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang ingin dipelajari oleh pelajar, umpamanya kemahiran bertutur. Prinsip Pengujian Terdapat empat prinsip telah digariskan dalam pengujian. Prinsip yang pertama ialah pengujian merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik. Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.Selain itu, pengujian dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran. Di dalam pengujian, ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest. Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran guru pada hari tersebut.

Konsep Penilaian

Istilah penilaian ini merujuk kepada satu proses sistematiskbagi meninjau proses atau hasil sesuatu rancangan pengajaran-pembelajaran bahasa dengan memeriksa dan menilainya untuk melihat sama ada objektif-objektif tertentu yang telah ditetapkan, tercapai atau tidak. Sifat utama penilaian itu ialah memberi penghakiman tentang kebaikan atau kelemahan sesuatu rancangan pengajaran-pembelajaran bahasa itu. Dua aspek penting dapat dilihat daripada definisi di atas. Pertama, proses yang sistematik memberi maksud pemerhatian pelajar-pelajar yang dapat dikawal. Kedua, lazimnya objektif pengajaran bahasa itu telah pun ditetapkan terlebih dulu, tanpa penilaian ini, maka sukarlah untuk kita menilai kemajuan pelajar-pelajar. Apabila kita menilai, kita mencuba meletakkan sesuatu itu di satu tahap yang melambangkan nilai sebenar baginya. Biasanya nilai itu dilambangkan dengan markah, gred ataupun kedua-duanya sekali di dalam satu darjah. Penilaian tidak semestinya dijalankan melalui pengujian dan peperiksaan yang formal. Tetapi cara yang formal lebih sesuai. Contoh penilaian yang formal termasuk pengujian bulanan, pengujian dalam bilik darjah, pengujian lisan dan sebagainya. Penilaian perlu dijalankan dulu sebelum gred atau markah dapat diberi. Ini bermakna kualiti prestasi pelajar tidak boleh dilambangkan matlamat tanpa penilaian dijalankan. Penilaian sama ada formal atau tidak formal, dapat menunjukkan kepada kita kesan daripada sesuatu aktiviti. Kesan ini merupakan perubahan-perubahan yang berlaku di dalam bidang kefahaman, lisan dan sebagainya. Perubahan ini penting dan perlu untuk mencapai matlamat pengajaran-pembelajaran. Ciri-Ciri Penilaian

Tidak secara langsung

Bersifat relatif

Di dahului dengan mengukur

Kecenderungan subjektif

Di dalam penilaian terdapat empat cirri-ciri yang telah digariskan. Ciri yang pertama ialah penilaian tidak dapat dilakukan secara langsung, tetapi hanya didasarkan pada gejalagejala yang nampak. Oleh hal yang demikian, masalah ketepatan alat ukur yang digunakan menjadi masalah tersendiri dalam proses penilaian. Ciri yang seterusnya ialah penilaian yang objektif biasanya harus didahului dengan kegiatan pengukuran dan hasil yang akan diperolehi kelak berupa skor. Ciri yang ketiga mengatakan hasil penilaian bersifat relatif, ertinya hasilnya tidak selalu tetap dari satu waktu ke waktu yang lain, dan sangat tergantung dari banyak faktor seperti murid, penilai, dan situasi yang terjadi pada saat penilaian berlangsung. Akhir sekali, dalam kegiatan pengukuran selalu terjadi kesalahan, yang disebabkan oleh alat ukurnya tidak seragam, penilai yang mempunyai kecenderungan untuk bersifat subjektif, persekitaran tempat dan kesalahan akibat suasana yang kurang tenteram. Jenis-Jenis Penilaian

Ujian Formatif

Ujian Bakat

Ujian Sumatif

Ujian Kemajuan

Ujian Kefasihan

Terdapat lima jenis ujian yang dapat kita lihat dalam penilaian iaitu yang pertamanya ialah ujian formatif. Ujian formatif dilaksanakan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Ia juga merupakan bahan atau alat yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau sub kemahiran bahasa yang

telah diajar. Ujian jenis ini merupakan jenis ujian yang berasaskan kemahiran yang diajar dalam jangka masa pendek. Kedua ialah ujian sumatif digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan pembelajaran.Merupakan bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangkamasa panjang. Kemahiran bahasa yang diuji ialah kemahiran lisan, bacaan dan penulisan.Ujian sumatif biasanya dilakukan pada akhir pembelajaran. Contoh ujian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir pembelajaran, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran murid. Seterusnya ialah ujian kefasihan, bertujuan untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.Ujian ini tidak berdasarkan sesuatu kandungan atau isi pelajaran tetapi menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajari.Ujian ini penting untuk mengukur kebolehan berbahasa seseorang. Ujian kemajuan ialah jenis ini adalah ujian ringkas yang dibina oleh guru-guru kelas untuk penggunaan kelasnya sahaja.Ia hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja. Ujian ini harus berasaskan objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar dan pengetahuan yang ingin diuji.Ia membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan seseorang murid dan kemajuan darjahnya secara keseluruhan. Kelima ialah ujian bakat, Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang murid dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya. Ia selalu melibatkan data-data bahasa yang artifical iaitu mengandungi unsur fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Akhir sekali ialah ujian pencapaian, Ia bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan/isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka. Soalan yang diajukan dalam ujian jenis ini mestilah berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar sahaja.Ia juga bertujuan untuk menentukan penempatan jenis sekolah, jurusan atau kumpulan-kumpulan tertentu murid. Dalam pengajaran bahasa, ujian ini diberikan untuk mengasingkan calon-calon mengikut kebolehan mereka dan ini adalah semata-mata untuk tujuan strategi dan perancangan pengajaran guru.

Prinsip-prinsip Penilaian Di dalam penilaian telah digariskan sepuluh prinsip untuk dijadikan panduan untuk menilai. Prinsip yang pertama ialah mendidil iaitu mampu memberikan sumbangan positif terhadap peningkatan pencapaian belajar murid. Hasil penilaian harus dapat memberikan umpan balik dan memotivasi murid untuk lebih giat belajar. Prinsip yang kedua pula ialah terbuka yang membawa maksud prosedur penilaian, criteria penilaian, dan dasar pengambilan keputusan harus diketahui oleh pihak yang dinilai. Seterusnya penilaian juga perlu dilakukan secara menyeluruh yang meliputi pelbagai aspek kompetensi. Penilaian yang menyeluruh meliputi ranah pengetahuan, ketrampilan, sikap dan nilai yang direfleksikan dalam kebiasaan berfikir dan bertindak. Selain itu, penilaian yang dilakukan perlulah bersifat padu dengan pembelajaran yang dipelajari. Misalnya dalam pembelajaran Bahasa Melayu, guru perlulah menilai apapun yang dikerjakan murid dalam kegiatan belajar mengajar itu dinilai, baik kognitif, psikomotor dan afektifnya. Dalam melakukan penilaian, penilai harus bersifat objektif, yakni tidak terpengaruh oleh pertimbangan subjektif penilai murid yang dinilai. Dalam masa yang sama, penilaian juga harus dilaksanakan dalam keadaan yang bersistematik iaitu secara berencana dan bertahap untuk memperoleh gambaran tentang perkembangan belajar murid sebagai hasil kegiatannya. Dalam penilaian juga, penilai perlu melakukannya secara berkesinambungan agar hasil penilaiannya sahih Harus ditegaskan, dalam menilai sesuatu, penilai perlul bersikap adil agar tidak ada murid yang diuntungkan atau dirugikan berdasarkan latar belakang social, ekonomi, budaya, agama, bahasa, suku bangsa, warna kulit dan jantina. Akhir sekali, penilai haruslah menggunakan acuan kriteria dalam usaha untuk menyeragamkan cara penilaiannya terhadap seseorang murid.

Rumusan Secara umumnya pengujian, penilaian dan pentaksiran digunakan untuk menentukan tindakan susulan yang harus dilakukan oleh pihak tertentu untuk penambahbaikan dalam aspek kaedah, pendekatan yang digunakan, teknik dan starategi yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Walaubagaimanapun pentaksiran, pengujian dan penilaian mempunyai konsep yang berbeza dan setiap daripadanya mempunyai hasil yang berlainan dalam membantu proses pentaksiran dijalankan secara keseluruhannya. Kesimpulannya pentaksiran, pengujian, dan penilaian yang tepat dan berkesan yang dijalankan oleh guru di bilik darjah membantu guru dalam mempertingkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam

memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai