Anda di halaman 1dari 1

“GERAI PENDIDIKAN KHAS”

Disediakan oleh CIK YUZIYANA KAMARUDIN dan CIK RUSMAWATI MOHAMAD,


AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama

TARIKH : 3 & 4 Mac 2009

TEMPAT : Padang SK Sultan Idris II

AKTIVITI :

Pada 3 dan 4 Mac 2009, SK Sultan Idris II telah menjadi tuan rumah bagi
Kejohanan Hoki Peringkat Daerah LMS 2009. Pada kejohanan ini, Pendidikan Khas
SKSI II telah diberi peluang oleh pihak pentadbiran sekolah untuk membuka gerai.
Aktiviti jualan ini diadakan bagi mendedahkan kepada murid – murid Pendidikan Khas
proses jual beli di dalam kehidupan seharian. Disamping itu, mereka juga dapat
mengenal pelbagai nilai wang dan juga pengiraan.

Pelbagai makanan dan minuman yang dijual. Antaranya ialah, kacang kuda,
buah Melaka, dadih, air oren dan sarsi. Ternyata murid – murid Pendidikan Khas
menunjukkan minat dalam perniagaan dimana mereka seronok membantu guru dan
PPM ketika berniaga. Mereka juga pandai menarik perhatian pelanggan untuk membeli.

Anda mungkin juga menyukai