Anda di halaman 1dari 2

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI NEGARA MALAYSIA 1.

0 PENGENALAN - Terdapat dua faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi iaitu faktor fizikal dan faktor kemanusiaan. 1.1 FAKTOR FIZIKAL - Faktor fizikal berkaitan dengan faktor alam semula jadi yang sedia ada -Faktor fizikal ialah : BENTUK MUKA BUMI i) Bentuk muka bumi jenis tanah pamah sesuai ditanami padi , memudahkan pembinaan kilang , jalan raya , jalan keretapi , kapal terbang . ii) Kawasan beralun sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit di Tenggara Pahang . iii) Kawasan pinggir laut juga sesuai ditanami pokok kelapa seperti di Bagan Datoh , Kudat , dan Sipitang . iv) Aktiviti perikanan air tawar dan akuakultur dijalankan di Tasik Cenderoh dan Bukit Merah di Perak. TANIH i) Jenis tanih mempengaruhi jenis tanaman yang dapat diusahakan . ii) Tanih aluvium sesuai ditanam padi sawah seperti di Dataran Kedah-Perlis , Dataran Kelantan , Dataran Kerian dan Tanjung Karang . iii) Tanih laterit yang bersaliran baik sesuai ditanami getah seperti di segi tiga jengka dan kelapa sawit di Labis JOHOR . iv) Tanih gambut sesuai ditanami nanas seperti di Rengit , Pontian , dan di Labis Johor . v) Tanih beris ( campuran tanah liat dengan pasir ) ditanami tembakau di bacok , kelapa di Bagan Datoh dan gajus di Pantai Kelantan dan Terengganu. IKLIM i) Malaysia mengalami iklim khatulistiwa dengan purata suhu tahunan , 27C dan jumlah hujan tahunan kira-kira 2600ml ii) Jenis tanaman seperti padi , getah ,kelapa sawit , koko ,nanas ,kopi dan lada hitam. iii) Cuaca sejuk dengan suhu yang sederhana , iaitu kira-kira 18c di kawasan tanah tinggi seperti Tanah Tinggi Cameron , Pahang dan Kundasang , Sabah sesuai bagi penanaman teh , sayur sayuran , dan bunga - bungaan . iv) Suhu sederhana juga menggalakkan pelancong di kawasan tanah tinggi seperti di Tanah Tinggi Genting , Tanah Tinggi Cameron , Bukit Tinggi , dan Bukit Fraser . v) Iklim yang panas sepanjang tahun menggalakkan aktiviti penangkapan ikan . BAHAN MENTAH i) Bahan mentah menggalakkan perindustrian ii) Petroleum - industri membersihkan petroleum , bahan bakar kenderaan , polimer , cat dan minyak pelincir . iii) Gas asli - industri membuat bahan bakar kenderaan dan baja urea . iv) Kaolin -industri barangan tembikar ,jubin , dan pinggan . v) Kayu balak - industri venir dan perabot . vi) Kelapa sawit - industri memproses minyak sawit untuk membuat marjerin dengan sabun vii) Getah - industri memproses susu getah , membuat sarung tangan , kasut , dan tilam . viii) Nanas - industri mengetin nanas dan makanan. ix) Perikanan - industri membuat keropok dan ikan masin . FAKTOR KEMANUSIAAN - Faktor yang bukan semula jadi yang dikawal oleh manusia faktor kemanusiaan ialah : TEKNOLOGI i) Teknologi melibatkan penggunaan peralatan canggih dengan teknik pengurusan yang cekap dan maju dalam sektor perindustrian , pertanian , perdagangan , dan sebagainya. ii) Penggunaan jentera dalam pelbagai kegiatan ekonomi: penanaman padi - jentera pembajak dan jentera penuai

industri automobil - robot digunakan untuk memasang kereta penggunaan kapal korek untuk melombong biji timah gergaji berjentera untuk memotong batang pokok jentera penaik pukat tunda iii) Penggunaan jentera telah mencepatkan kerja , meningkatkan daya pengeluaran , menghasilkan produk berkualiti , mengurangkan pencemaran dan meningkatkan keselamatan iv) Kegunaan ICT dalam pelbagai kegiatan ekonomi telah mencepatkan kerja , meningkatkan daya pengeluaran , dan menjimatkan kos v) Contohnya , kewangan ( e-banking) , pendidikan (e-learning) , dan perdagangan(e-commerce) vi) Teknologi dalam pembiakan baka telah menghasilkan klon dalam bidang pertanian , perhutanan dan perikanan vii) Contohnya pokok klon getah RRIM600 menghasilkan banyak susu getah viii) Penggunaan teknik lain seperti : teknik penapaian polimer nano teknologi

memberikan latihan kepada belia dalam bidang keusahawanan . PASARAN i) Pasaran terdiri daripada pasaran tempatan yang merangkumi kawasan dalam negara dan pasaran antarabangsa yang meliputi pasaran di luar negara ii) Barangan yang mendapat permintaan yang tinggi di luar negara ialah hasil pertanian seperti kelapa sawit dan nanas , hasil kayu balak , barangan kilang , dan petroleum. iii) Agensi kerajaan yang membantu memasarkan keluaran negara adalah seperti FAMA untuk pasaran tempatan dan MATREDE untuk pasaran antarabangsa. MODAL i) Terdapat dua sumber utama modal , iaitu modal domestik dan modal pelaburan asing. ii) Modal domestik diperoleh daripada simpanan individu , institusi kewangan seperti Bank Pertanian , Permodalan Nasional Berhad (PNB) , dan majlis amanah rakyat(MARA). iii) Modal pelabuhan asing diperoleh daripada pelabur-pelabur negara asing yang datang ke Malaysia untuk membuka perniagaan dan membuka ladang . BURUH i) Buruh merupakan tenaga penggerak dalam proses perancangan , pengeluaran , pengurusan , dan pemasaran . ii) Bekalan tenaga buruh di Malaysia terdiri daripada buruh tempatan dan buruh asing. iii) Buruh boleh dikelaskan kepada tiga tahap , iaitu buruh mahir ,buruh separuh mahir dan buruh separuh tidak mahir. iv) Buruh tidak mahir dan separa mahir kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian , pembalakan , perindustrian dan pembinaan v) Buruh mahir bekerja dalam sektor perkhidmatan seperti pendidikan , pengangkutan , perubatan dan sektor perlombongan sebagai jurutera.

DASAR KERAJAAN i) Dasar pertanian negara (DPN 3) dilaksanakan untuk memaju dan memperkembangkan sektor pertanian di Malaysia. ii) Di bawah DPN 3 , pendekatan perhutanan tani dan pendekatan berasaskan produk diberikan tumpuan . iii) DPN 3 juga menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam penanaman hutan secara komersial bagi meningkatkan bekalan kayu pada masa depan . iv) Penubuhan agensi seperti perbadanan produktiviti negara (NPC) dan SIRIM Berhad oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti . v) Penubuhan beberapa agensi oleh kerajaan seperti MARA telah membantu