Anda di halaman 1dari 5

PROJEK PENGHASILAN KARYA

SENI VISUAL STPM (KERTAS 3 970/3)

Oleh:
Hassan Mohd Gha zali
Fakulti Seni dan Muzik
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pengenalan:

Seni Visual telah diperkenalkan dalam sukatan pelajaran tingkatan enam untuk STPM mulai
2000. Dalam sukatan pelajaran Seni Visual tersebut kertas 3 adalah kertas projek penghasilan
karya yang memerlukan calon membuat hasil karya dan portfolio di sekolah dengan
bimbingan oleh guru Pendidikan Seni visual. Kertas ini diwajibkan kepada semua calon sekolah
sahaja. Proses menghasilkan karya bermula dari Februari (mula soalan diterima) dan hantar
pada bulan September ke Majlis Peperiksaan Malaysia.

Mulai tahun 2005 kertas ini dibuat pembaharuan selaras kurikulum Seni Visual STPM 2005.
Pembaruan tersebut memberi penekanan kepada dua displin penghasilan karya iaitu:
• Pengkaryaan
• Perekaan.

Tujuan:

Antara tujuan kertas 3 ini ialah adalah :

• Kertas ini adalah bertujuan untuk menguji kemahiran calon untuk menghasilkan karya
seni visual sama ada dalam bentuk pengkaryaan atau perekaan
• Aspek yang akan dinilai ialah:
– Portfolio
– Hasil Karya
• Proses penghasilkan karya perlu merujuk kepada tatacara penghasilan sebagaimana
yang terdapat dalam penyediaan portfolio dan hasil karya.

SKOP KAJIAN DAN PENGHASILAN

Berdasarkan sukatan baru seni visual STPM, skop kajian dan penghasilan karya dikategorikan
kepada dua kelompok iaitu Pengkaryaan dan Perekaan. Melalui pengkaryaan calon-calon
akan menghasilkan karya-karya berdasarkan tema yang diutarakan. Calon akan menghasilkan
karya dengan kemahiran dan kajian berdasarkan tema yang diberi. Pengkaryaan lebih
menjurus kepada konsep seni halus yang menekankan kemahiran dalam pengkaryaan. Aspek
yang penting dalam pengkaryaan ialah kemahiran penggunaan bahan dan teknik. Lazimnya
dalam pengkaryaan calon menghasilkan karya-karya bersifat explorasi. Perekaan lebih
menjurus dalam menghasilkan produk yang kreatif dengan menyelesaikan persoalan
permasalahan yang dikemukakan dalam soalan. Perkara penting dalam penghasilan dalam
perekaan ialah memahami keperluan permasalahan yang dikemukakan. Di samping itu calon
juga perlu mengetahui teknik pembuatan produk yang dihasilkan dengan betul dan kemas.

Kategori penghasilan pengkaryaan ialah:

• Seni Halus
• Lukisan
• Catan

Seminar Seni Visual Kebangsaan 2005 – 21 – 22 September 05 - USM 1


• Seni Cetak
• Arca

Kategori penghasilan perekaan ialah:

• Komunikasi Visual
o Grafik
o Multimedia
o Animasi
o Laman Web
• Reka bentuk Teknologi
o Industri
o Automobil
o Seramik
o Fesyen
o Tekstil
• Reka bentuk Persekitran
o Landskap
o Hiasan Dalaman

PENGKARYAAN

Pengkaryaan merupakan penghasilan karya yang bersifat kreatif dan experimental. Oleh yang
demikian dalam soalan yang dikemukakan hanya diberi persoalan tema. Calon hendaklah
membuat pertimbangan sendiri dan membuat kajian sebelum menghasilkan karya. Portfolio
adalah dokumen yang memberi kekuatan sokongan untuk menunjukkan bagaimana calon
dapat mengemukakan persoalan tema diberi. Calon perlu menunjukkan kajian-kajian yang
mendalam dari aspek pelukisan, pewarnaan, kajian bentuk, kajian rupa dan kajian pengkarya
sebelumnya sebagai pedoman dalam karya yang dihasilkan. Perkara-perkara ini merupakan
kekuatan untuk calon dalam penghasilan karya yang dikemukakan kepada Majlis Peperiksaan
Malaysia.
Menghasilkan karya perlu mengikut disiplin-disiplin pengkaryaan berdasarkan:

(a) Portfolio
• Penentuan tema
• Kajian dan penyelidikan
• Penulisan portfolio
• Lakaran
• Kajian media

(b) Pengkaryaan
• Pengolahan dan gubahan
• Penekanan teknik
• Langkah-langkah penghasilan
• Kemasan
• Peragaan

Bidang-bidang pengkaryaan

• Lukisan:
 Lebih diberi tumpuan kepada lakaran-lakaran untuk menghasilkan
pengkaryaan dan perekaan.
 Pembelajaran lukisan berlaku bersepadu dengan kertas 2.
 Perlu dititik beratkan persoalan kemahiran melukis

Seminar Seni Visual Kebangsaan 2005 – 21 – 22 September 05 - USM 2


 Lukisan juga boleh berlaku dalam penghasilan karya apabila calon
menggabungkan dalam karya seni halus lain
• Catan:
 Melibatkan proses pengkaryaan yang kreatif melalui penggunaan bahan
pewarnaan sama ada berasaskan air atau minyak.
 Catan dalam skop pembelajaran hanya tertumpu pada: Cat Air, Cat Minyak
dan Cat Akrilik
• Seni Cetak:
 Melibatkan proses pengkaryaan yang kreatif melalui penggunaan bahan
pewarnaan sama ada water base atau oil base.
 Seni Cetakan dalam skop pembelajaran hanya tertumpu pada: Cetakan
Timbol, Cetakan Benaman dan Sarigrafi sahaja

• Arca:
 Melibatkan proses pengkaryaan yang kreatif melalui penggunaan bahan yang
sesuai dan mudah.
 Arca dalam skop pembelajaran hanya tertumpu pada: Arca Relief, Arca 3D,
Kinetik dan Instalasi.
 Soalan akan mengemukakan saiz yang sesuai dan senang dibungkus.
 Bahan-bahan ringan dan tidak mudah dipecah adalah bahan yang palins sesuai
untuk dihasilkan

PEREKAAN

Perekaan adalah penghasilan yang bersifat produk yang kreatif dan inovatif. Oleh yang
demikian soalan yang dikemukakan adalah bersifat penyelesai masalah. Calon perlu
memikirkan bagaimana menghasilkan sesuatu produk tersebut berdasarkan permasalah yang
dikemukkan. Calon juga perlu membuat banyak kajian sebelum menghasilkan produk.
Seperkara yang penting ialah calon perlu mengetahui bahan dan teknik yang sesuai untuk
menghasilkan sesuatu produk. Misalnya dalam Komunikasi Visual untuk menghasilkan suatu
rekaan identiti korporat, calon perlu tahu teknik menghasilkan logo dengan menggunakan
alat tradisional seperti teknikal pen, peralatan teknikal dan lain-lain. Kemahiran
mengahsilkan karya dengan menggunakan grafik berkomputer merupakan kelebihan kepada
calon untuk mengemukakan reka bentuk produk. Calon juga perlu mengetahui teknik yang
betul dalam pelukisan. Kelemahan yang terdapat dalam mengemukakan projek ini ialah
kemahiran calon dalam penghasilan produk. Meskipun portfolionya baik tapi malangnya
penghasilannya sangat lemah kerana tidak berkemahiran dalam pembuatan.

Menghasilkan produk perekaan mengikut disiplin-disiplin perekaan berdasarkan:

(a) Portfolio
• Penyataan permasalahan
• Kajian dan penyelidikan
• Penulisan portfolio
• Lakaran /Thumbnail
• Kajian media
(b) Perekaan
• Pengolahan dan gubahan
• Langkah-langkah penghasilan
• Prototaip/Model
• Kemasan
• Persembahan dan penilaian

Seminar Seni Visual Kebangsaan 2005 – 21 – 22 September 05 - USM 3


Bidang-bidang perekaan

• KOMUNIKASI VISUAL:
 Melibatkan proses perekaan yang kreatif melibatkan persoalan pemujukan.
 Kerja-kerja dalam perekaan komunikasi visual adalah melibatkan keperluan
kemahiran teknik-teknik khusus dalam penciptaan reka bentuk grafik.
 Skop bidang ialah: Reka bentuk grafik seperti tipografi, identiti korporat,
poster, ilustrasi, pembungkusan dan seni reka tanda.
 Multimedia yang melibatkan multimedia inderaktif dan linear
 Animasi yang dijanakan melalui komputer
 Reka bentuk laman web.

• REKA BENTUK TEKNOLOGI:


 Melibatkan proses perekaan yang kreatif melibatkan persoalan penyelesaian
masalah.
 Kerja-kerja dalam perekaan reka bentuk teknologi adalah melibatkan
keperluan kemahiran teknik-teknik khusus dalam penciptaan.
 Skop bidang ialah: Reka bentuk Industri, reka bentuk Automobil, Seramik,
Fesyen dan Tekstil

• REKA BENTUK PERSEKITARAN:


 Melibatkan proses perekaan yang kreatif melibatkan persoalan penyelesaian
masalah.
 Kerja-kerja dalam perekaan reka bentuk persekitaran adalah melibatkan
keperluan kemahiran teknik-teknik khusus dalam penciptaan.
 Hasilan karya adalah dalam bentuk model.
 Skop bidang ialah: Reka bentuk landskap dan reka bentuk hiasan dalaman

PORTFOLIO

Portfolio merupakan dokumentasi atau bahan penyimpanan yang dijadikan sebagai bukti
proses penghasilan karya. Dokumen dalam portfolio adalah sebagai landasan kekuatan kajian
dalam penyampaian projek yang dihasilkan. Melalui portfolio kita akan mengetahui
bagaimana perjalanan penjanaan proses pengkaryaan itu berlaku. Portfolio juga merupakan
koleksi penyimpanan kerja-kerja kajian projek yang akan dilakukan. Oleh yang demikian,
portfolio adalah dokumen penting yang akan memperjelaskan sesebuah karya.

Kepentingan portfolio
1. Portfolio merupakan koleksi pengujudan idea, oleh yang demikian melalui koleksi
ini, calon dapat melihat proses cetusan idea berlaku dan memudahkan
perbincangan dengan guru dan rakan terhadap sesuatu idea baru.
2. Portfolio dapat menunjukkan displin kerja, melalui latihan-latihan dan pencariam
bahan dan teknik, calon dapat menentukan displin kerja yang membolehkan
keteraturan langkah demi langkah untuk mencapai matlamat penghasilkan karya
dapat dilakukan dengan mudah.
3. Portfolio juga dapat melihat kelebihan dan kelemahan kendiri. Malalui koleksi
dan pengumpulan maklumat, calon dapat melihat kelebihan dan kelemahan yang
terdapat dalam cetusan idea dan lakaran untuk menghasilkan karya. Ini juga dapat
dilakukan melalui refleksi.
4. Melalui portfolio, karya yang dihasilkan dapat diterjemahkan dalam bentuk yang
lebih meyakinkan.
5. Hasil dari dapatan kajian melalui portfolio secara langsung memberi pengalaman
baru kepada calon untuk menghasilkan seseuatu karya.

Seminar Seni Visual Kebangsaan 2005 – 21 – 22 September 05 - USM 4


6. Perbincangan dengan guru dan rakan dapat berjalan dengan baik apabila kajian
melalui portfolia dilakukan.
7. Portfolio adalah sumber bahan yang mengabungkan penulisan dan lakaran visual
yang tidak terdapat dalam karya yang dihasilkan.

Perkara yang perlu ada dalam portfolio

1. Kajian – yang melibatkan pemerhatian dan pengalaman, koleksi dan rekod


daripada bahan rujuan, rumusan, pertimbangan dan membuat pemilihan
2. Lakaran – Segala lakaran visual melalui proses eksperimentasi untuk mendapatkan
sumber idea baru.
3. Rangka sebenar – Suatu lakaran yang lengkap untuk dijadikan sumber karya yang
lengkap. Dalam perekaan disebut sebagai prototaip.
4. Persembahan Portfolio - persembahan hendaklah kemas, mengikut urutan dan
menarik.

Kesimpulan

Kertas penghasilan karya merupakan karja amali yang dilakukan sepanjang sementer dua
tingkatan enam. Oleh yang demikian, proses penghasilan portfolio merupakan proses yang
perlu dititikberatkan, kerana melalui kajian, lakaran dan pemerhatian sumber idea untuk
menghasilkan karya sebenar dapat dilakukan dengan baik.

Seminar Seni Visual Kebangsaan 2005 – 21 – 22 September 05 - USM 5