Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan dan sebagainya. Bagaimana pula kita melihat tahap sosial masyarakat di Negara ini terutama sekali remaja?, di mana golongan inilah yang akan memacu pembangunan negara di masa akan datang. Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu-isu yang berkaitan dengan masalah gejala sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan dan program dilaksanakan untuk menangani fenomena ini. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk perilaku gejala tidak sihat seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama. Keruntuhan akhlak dan moral merangkumi pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun Negara. Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripadanya masih dalam alam persekolahan. Keruntuhan akhlak dan moral remaja pada masa ini adalah isu-isu yang berkaitan dengan isu samseng jalanan, isu buli dan juga isu-isu lain umpamanya seks bebas. Isu-isu ini sudah menjadi isu yang hangat diperkatakan di media-media masa dan media elektronik. Isu berkaitan remaja harus diberi penekanan yang tinggi kerana jatuh bangunnya sesebuah Negara itu adalah bergantung kepada bagaimana badan-badan kerajaan dan juga bukan kerajaan memainkan peranan untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak dan moral di kalangan remaja. Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak. Statistik pembabitan remaja paling tinggi adalah dalam kes jenayah harta benda seperti mencuri, samun, rompak, dan paling ketara sekali hubungan seks bebas. Terbaru, media massa telah memaparkan fenomena kelahiran anak luar nikah yang kian menjadi-jadi di Negara ini. Daripada data kajian dan statistik yang dibentangkan oleh para penganalisis, terbukti isu keruntuhan akhlak di kalangan remaja adalah pada tahap yang tinggi. Keruntuhan akhlak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;
Remaja pada peringkat usia 18 tahun ke bawah, mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru itu, apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dikalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara yang yang tidak sepatutnya berlaku. Jika perasaan ingin tahu dan ingin mencuba ke arah kebaikan seperti aktiviti membina dan berfaedah, maka ia perlulah diberi penekanan yang tinggi. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada guide line dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi, perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa yang ingin mereka lakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara tersebut. Keruntuhan akhlak dikalangan remaja mutakhir ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama Negara pada masa akan datang serta memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara langsung peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Sebagai anggota masyarakat, tiada siapa yang terkecuali untuk membendung fenomena ini yang kian menular dikalangan remaja kita. Kita perlu kembali kepada masyarakat kerana itu adalah tanggungjawab kita semua.