Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pada minggu yang lepas, IPG Kampus Sultan Mizan telah mengadakan satu mesyuarat yang penting. Selepas mesyuarat itu, semua pensyarah diminta menghadiri satu jamuan yang rasmi bagi memeriahkan mesyuarat tersebut. Para pensyarah dikehendaki duduk dalam meja yang hanya boleh mendudukkan 6 orang sahaja. Sebelum jamuan dimulakan, semua pensyarah bersalam sesama pensyarah lain dalam meja yang sama. Soalannya, berapakah kali salaman yang berbeza boleh terjadi dalam satu meja yang sama?
Langkah 1: Memahami soalan Soalan menyatakan bahawa para pensyarah dikehendaki duduk dalam meja yang hanya boleh mendudukkan 6 orang sahaja, ayat ini bermakna hanya terdapat 6 pensyarah sahaja yang duduk dalam satu meja. Jawapan yang kita hendak carikan ialah berapakah kali salaman yang berbeza boleh terjadi dalam satu meja yang sama. (*Jikalau A sudah bersalam dengan B, maka B bersalam dengan A adalah bersamaan dengan A bersalam dengan B)
Langkah 2: Merangka strategi Menjadual secara sistematik Heuristik membuat jadual/carta/graf membabitkan pelajar menyenaraikan secara teratur semua kes yang mungkin dalam jadual/ carta/ graf sehingga jawapan yang dikehendaki itu diperolehi, ianya dapat digunakan dalam merumuskan data atau membantu pelajar melihat corak/pola maklumat. Langkah 3: Melaksanakan strategi Menjadual secara sistematik i) Pertama sekali, kita menggunakan jadual untuk menghitungkan semua salaman yang telah berlaku. A A B C D E F B C D E F
ii)
Seseorang pensyarah itu tidak akan bersalam dengan diri sendirinya. Maka, kita meletakkan pepenjuru hitam bagi mewakilinya. A A B C D E F B C D E F
iii)
Kami mewakili salaman yang telah berlaku dengan menamakan pensyarah dalam ruang lajur dan kemudian baris seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
iv)
Untuk pengetahuan semua, pepenjuru yang berwarna kelabu telah diulang dalam pepenjuru yang berwarna kuning. Oleh sedemikian, kita cuma perlu menghitung pepenjuru yang berwarna kuning sahaja.
v)
Dengan menghitungkan pepenjuru yang berwarna kuning, maka, kita dapat mengetahui bahawa terdapat 15 salaman telah berlaku.
Langkah 4: Menyemak jawapan Dari segi penyemakan jawapan pula, pelajar dikehendaki menyemak semula segala langkah-langkah atau prosedur- prosedur yang telah dibuat. Adalah sepatutnya tidak terdapat sebarang kesilapan kesilapan dalam langkah tersebut untuk memastikan jawapan yang kita dapat itu adalah betul. Selain itu, kita juga boleh membuat demo dalam kelas dengan memilih 6 orang untuk melakukan salaman demi mengenal pasti ketepatan jawapan tersebut. Jawapan tersebut ialah 15 .
Soalan Dalam satu hutan, terdapat beberapa ekor harimau dan orang utan. Maklumat daripada kajian yang telah dibuat mengesahkan bahawa terdapat 12 ekor haiwan dan 40 kaki haiwan dalam hutan tersebut. Soalannya, berapakah banyak harimau dan orang utan dalam hutan tersebut?
Langkah 1: Memahami masalah Harimau mempunyai 4 ekor kaki dan orang utan mempunyai 2 ekor kaki. 12 ekor haiwan = jumlah harimau + jumlah orang utan 40 kaki haiwan = jumlah kaki harimau + jumlah kaki orang utan
Langkah 2: Merangka strategi Cuba jaya bersistematik Strategi ini adalah cara yang amat mudah tetapi ianya memerlukan tekaan yang bijak dan penyemakan yang Teka tersusun dan uji boleh membawa kita kepada jawapan tekaan atau
penyelesaiannnya.
memerlukan
membuat
tentang
penyelesaian terlebih dahulu dan kemudian menguji untuk melihat sama ada betul atau tidak. Biasanya, proses ini diulang sehingga jawapan yang betul ditemui .
Orang utan 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Kaki utan 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 22 24
orang Harimau 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0
Kaki harimau 48 44 40 36 32 28 24 20 16 12 8 4 0
Jumlah haiwan 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12
Jumlah kaki 48 46 44 42 40 38 36 34 32 30 28 26 24
12 ekor haiwan
40 ekor kaki
Daripada pertukaran jawapan, kita mendapat balik bilangan haiwan dan kaki seperti mana yang disenaraikan dalam soalan tersebut. Maka, jawapan yang kita dapati adalah betul.