2.0 PENDAHULUAN Perkembangan Pengurusan Islam

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah yang telah mengutuskan Nabi Muhammad untuk menyampaikan AlQuran dan Al-Sunah, sebagai penyampai berita gembira dan peringatan. Pada tugasan kali ini kami diberikan tugasan yang bertajuk Perkembangan Pengurusan Islam dan Cabaran Masa Kini. Kerana agama Islam sebagai cara dan panduan hidup maka Islam telah meletakkan panduan dalam mengurus kehidupan ini. Pengurusan Islam bermula daripada pengurusan diri, pengurusan ibadat, pengurusan keluarga, pengurusan masyarakat hingga ke pengurusan negara. Pengurusan diri ialah bagaimana seorang muslim menguruskan dirinya seperti tatacara makannya, pakainya, tidurnya dan lain-lain lagi. Pengurusan dalam ibadat pula bagaimana Islam mengajar umatnya dalam tatacara dan tertib beribadat. Sebagai contoh ibadat solat yang mengandungi rukuk, sujud dan sebagainya. Pengurusan keluarga pula bagaimana seorang lelaki muslim mempunyai dan memegang tanggujawab dalam keluarga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri dan keluarga seperti tempat tinggal, makanan dan lain-lain. Pengurusan masyarakat ialah bagaimana seorang muslim berinteraksi dengan muslim dan bukan muslim. Setiap orang muslim juga punya tanggujawab terhadap muslim yang lain seperti menyembahyangkan jenazahnya, berkunjung ke rumahnya jika ada undangan dan sebagainya. Pengurusan negara pula bagaimana kaum Muslimin menguruskan negara dengan menunaikan dan mengembalikan hak-hak rakyat dan hak orang yang dizalimi. Bagaimana kaum muslimin menguruskan amanah terhadap rakyat-rakyatnya. Bagaimana kaum muslimin dapat mewujudkan sebuah negara yang adil dan aman di mana semua orang dan pihak dapat melihat keindahan, keagungan dan toleransi Islam. Di dalam tugasan ini kita akan dapat lihat bagaimana Nabi dan Khulafa al-Rasyidin menguruskan negara dan berjaya mewujudkan dan menampakkan keindahan Islam, selain itu kita juga dapat melihat perkembangan Islam dari suatu agama yang asing dan berjaya menguasai dunia.

Anda mungkin juga menyukai