Anda di halaman 1dari 5

Melalui pemerhatian saya di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kung Ming, saya telah mendapati cara pengajaran dan

pembelajaran guru dalam bidang muzik di sekolah ini. Saya telah memerhatikan kelas 2 Merah yang diajar oleh guru Chia Prasarana pembelajaran muzik merupakan aspek yang penting untuk murid. Melalui pemerhatian saya, saya mendapati bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran muzik dijalankan di dalam bilik muzik. Saya berpendapat bahawa, kelas muzik dijalankan di bilik muzik adalah lebih baik berbanding dengan di dalam kelas. Murid akan dapat lebih menumpukan perhatian mereka dalam kelas jika diajar di bilik muzik. Ini kerana, bilik muzik mempunyai persekitaran yang selesa dan penuh dengan alat-alat muzik yang diperlukan. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di bilik muzik dapat menarik minat murid untuk belajar. Selain itu, saya mendapati bahawa peralatan muzik lengkap dan alat bantu mengajar muzik dapat memenuhi keperluan kurikulum pendidikan muzik. Alat-alat muzik yang disediakan oleh sekolah ini cukup untuk bilangan murid yang sedia ada. Peralatan muzik yang lepkap adalah sangat penting kerana jika tiada peralatan muzik yang cukup maka sesetengah murid akan tidak dapat belajar mengenai alat muzik tersebut. Jika mereka berkongsi alat muzik tersebut dengan murid yang lain, mereka akan kekurangan masa untuk bermain alat muzik tersebut.

Kerincing

Loceng

Tamborin

Kayu Tik-tok

Melalui pemerhatian saya mengenai kelas muzik yang diajar, alat muzik telah digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran muzik. Alat muzik yang digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini ialah alat perkusi. Contohnya, loceng, tamborin, kayu tik-tok dan kerincing. Sebelum bermain alat muzik, guru mengajar murid untuk menyanyi lagu dahulu supaya murid dapat memahami lagu yang hendak dimainkan nanti. Selepas murid telah mengetahui lagu tersebut, guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Kumpulan pertama bermain tamborin, kumpulan kedua bermain loceng, kumpulan ketiga bermain kayu tik-tok dan kumpulan keempat bermain kerincing. Guru telah mengajar dimana murid hendak bermain alat perkusi tersebut dan cara bermain alat perkusi tersebut. Selepas itu, guru membuka muzik dan menyuruh murid bermain mengikut muzik tersebut. Jika murid salah bermain, guru menghentikan muzik tersebut untuk mengajar murid sekali lagi supaya murid dapat belajar dengan betul.

Lirik lagu dilekat di papan putih

Guru mengajar murid menyanyi dengan mengikut lirik muzik.

Semasa murid bermain alat muzik, guru sebgai pembimbing.

Dari segi aktiviti, saya berasa peralatan muzik yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang. Guru mengajar dengan menggunakan alat perkusi seperti loceng, kerincing, tamborin dan kayu tik-tok. Guru telah mencipta bila alat perkusi tersebut harus dimain dan memberitahu murid harus bermain berapa kali. Alat perkusi yang digunakan adalah untuk sebagai bunyi hiasan untuk mengiringi muzik. Oleh itu, lagu akan lebih sedap didengar. Di sekolah yang saya menjalankan aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah, guru yang saya memerhati tersebut tidak mempunyai kelulusan dan latihan khas dalam pendidikan muzik. Sekolah ini kekurangan guru yang mahir dalam bidang muzik. Oleh itu, guru hanya boleh berusaha mengajar berasaskan pengetahuan yang sedia ada sahaja. Walaubagaimanapun, sekolah ini masih menetapkan muzik sebagai subjek yang wajib kepada setiap orang murid. Bukan itu sahaja, guru yang mengajar di sekolah ini tidak mempunyai tahap kelayakan tetapi guru tersebut

mempunyai pengetahuan dalam tarian. Guru ( ketua guru pembimbing dalam persatuan tarian. mempunyai guru yang mahir dalam

)merupakan Selain itu, sekolah ini tidak muzik. Justeru, untuk

kemahiran

mengembangkan potensi murid dalam bidang muzik adalah agak susah kerana kekurangan guru yang mahir dalam kemahiran bidang muzik. Seterusnya, agihan masa dalam rancangan pengajaran guru sesuai dengan aktiviti muzikal yang dijalankan. Kelas muzik di sekolah ini ialah satu minggu sekali. Oleh itu, murid mempunyai masa setengah jam untuk belajar muzik pada setiap minggu. Dalam setengah jam tersebut, guru menggunakan 10 minit untuk mengajar murid menyanyi lagu,15 minit untuk mengajar murid bermain alat perkusi dan 5 minit untuk membuat persediaan. Oleh itu, masa yang diagihkan amat sesuai untuk aktiviti yang dijalankan. Walaupun murid hanya mempunyai setengah jam dalam kelas muzik, mereka juga dapat menimba ilmu pengetahuan tentang muzik yang luas kerana guru telah memanfaatkan masa yang diperuntukan dengan meyelitkan pengetahuan yang banyak kepada murid. Dalam kelas yang saya memerhati, murid dapat menguasai kemahiran dan pengetahuan muzik yang diajar oleh guru. Walaupun murid tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar oleh guru pada mula-mulanya, tetapi guru tersebut sabra untuk mengajar murid sekali lagi. Akhirnya, murid dapat menguasai kemahiran yang diajar oleh guru. Guru tersebut telah berjaya mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Selepas pemerhatian saya mengenai bidang muzik di sekolah ini, saya mempunyai sedikit idea untuk menambahbaikan pengajran dan pembelajaran muzik di sekolah ini. Saya berasa bahawa alat muzik yang disediakan di sekolah ini haruslah diperbahrui kerana alat muzik yang sedia ada kelihatan sudah lama. Jika alat muzik yang baru disediakan di sekolah ini, saya percaya bahawa murid akan lebih minat untuk belajar muzik kerana mereka mempunyai minat untuk bermain alat muzik yang baru. Selain itu, saya mencadangkan guru boleh mencipta aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan supaya murid tidak akan berasa bosan terhadap kelas muzik. Sekolah ini mempunyai sebuah keyboard. Saya berasa, jika mempunyai guru yang mahir dalam keyboard, maka murid akan mempunyai peluang untuk belajar keyboard. Justeru, bakat murid dalam bidang muzik akan dicungkil.

Alat-alat muzik yang lain di sekolah ini: