Anda di halaman 1dari 29

TAJUK 6

Sinopsis

TEORI DAN PROSES PEMBELAJARAN

Tajuk dalam modul ini membincangkan teori-teori dan proses pembelajaran serta kepentingannya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam bahagian ini kita akan pertimbangkan lima teori pembelajaran, iaitu, teori behavioris, teori kognitif, teori konstruktivis, teori pembelajaran sosial dan teori humanis. Kita juga akan meneliti lima aspek yang berkaitan dengan proses pembelajaran, iaitu, kesediaan, corak pengamatan, persepsi, ingatan dan lupaan serta pemindahan pembelajaran. Untuk menjadi guru yang berkesan di bilik darjah, pengetahuan mengenai pelbagai teori dan proses pembelajaran adalah sangat penting.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. 4. 5. 5. 6. 7. Menjelaskan konsep am pembelajaran. Menjelaskan prinsip-prinsip asas konstruktivis, sosial dan humanis teori pembelajaran behavioris, kognitif,

Membanding-bezakan lima teori pembelajaran dari aspek cara pemerolehan ilmu dan pengukuhan pembelajaran.

prinsip pembelajaran,

Menghuraikan implikasi teori-teori pembelajaran kepada proses pengajaran pembelajaran Menghuraikan faktor- faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran dari aspek kesediaan belajar, persepsi dan penanggapan Mengaplikasi proses-proses pembelajaran aspek kesediaan belajar, persepsi dan penggapan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah Menghuraikan faktor- faktor yang mempengaruhi aspek ingatan dan lupaan Mengaplikasi pemindahan pembelajaran dalam kehidupan seharian

71

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

PEMBELAJARAN

Konsep Am Pembelajaran

Teori-Teori Pembelajaran

Kesediaan Pembelajaran

Ingatan dan Lupaan

Behavioris

Kognitif

Konstruktivis

Sosial

Humanis

Implikasi Teori Pembelajaran Kepada Guru

FIKIRKAN Apa pentingnya bagi seseorang guru mengetahui tentang teori pembelajaran? Bagaimanakah pelbagai aspek ilmu yang berkaitan dengan proses pembelajaran mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah?

6.1

Apakah Pembelajaran?

Kebanyakan daripada kita menganggap bahawa pembelajaran hanya berlaku di sekolah dan universiti sahaja. Saya pasti anda sedar bahawa pembelajaran berlaku dalam banyak keadaan: formal, tidak formal dan bukan formal; dan melalui pelbagai cara; boleh jadi Sebenarnya pembelajaran berlaku sejak bayi

dengan cara sengaja atau tidak sengaja. dilahirkan sehinggalah ke akhir hayatnya.

Pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku dan proses mental yang agak kekal, hasil daripada pengalaman dan latihan yang diperolehi apabila seseorang berinteraksi dengan persekitarannya (Ormrod, 2008). Menurut Slavin (1997) pula, pembelajaran adalah perubahan pada individu hasil daripada pengalaman. Perubahan tingkah laku yang

disebabkan oleh pengaruh dadah, alkohol, kepenatan dan kematangan tidak boleh dianggap sebagai pembelajaran.

72

Berdasarkan definisi-definisi tersebut, ciri-ciri am pembelajaran boleh dirumuskan sebagai: Perubahan tingkah laku adalah agak kekal Perubahan tingkah laku boleh diperhatikan Perubahan tingkah laku adalah akibat latihan/pengalaman Perubahan tingkah laku tidak perlu berlaku sebaik sahaja pengalaman pembelajaran berlaku merupakan proses yang berterusan boleh berlaku secara formal, informal dan non-formal bukan dihasilkan oleh faktor biologi

Teori-Teori Pembelajaran dan Tokoh-Tokohnya

Behavioris

Kognitif

Konstruktivis

Sosial

Humanis

Pelaziman Klasik Ivan Pavlov J.B Watson Pelaziman Operan B.F. Skinner E.L.Thorndike

Piaget Wertheimer Koffka & Kohler Atkinson & Shriffin

Piaget Vygotsky

Albert Bandura

Abraham Maslow Carl Rogers

Rajah 5.1: Teori-teori pembelajaran dan tokoh masing-masing 6.2 Apakah Teori Pembelajaran?

Ahli-ahli psikologi sentiasa berusaha mengkaji cara-cara bagaimana mereka boleh membantu manusia memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai yang memberi manfaat kepada mereka pada masa kini dan di hari kemudian kelak. Ini menyebabkan ahli psikologi mengkaji dan membina teori pembelajaran yang berbeza untuk menerangkan bagaimana manusia (dan organisma) belajar.

Teori pembelajaran memberi penjelasan tentang cara manusia dan haiwan belajar dan memberi cadangan cara menyelesaikan masalah pembelajaran (Noriati, Boon & Sharifah, 2009). Mari kita mengkaji lima mazhab teori pembelajaran yang utama, iaitu, teori

behavioris, teori kognitif, teori konstruktivis, teori pembelajaran sosial dan teori humanis.

73

6.3

Teori Pembelajaran Behavioris

Pendekatan behavioris terhadap pembelajaran memberi tumpuan kepada perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan dan pengaruhnya persekitaran terhadap perubahan tersebut. Prinsip-prinsip asas teori behavioris tentang pembelajaran Pembelajaran merupakan satu proses luaran Pembelajaran adalah hasil dari interaksi seseorang dengan rangsangan-gerak balas (R-G) dan persekitarannya. Oleh itu tingkah laku boleh dilazimkan, dikawal dan diramal Tingkah laku akibat daripada pembelajaran adalah khusus, boleh diukur dan boleh diperhatikan Prinsip pembelajaran adalah sama merentas semua spesis.

Perkaitan rangsangan (latihan atau peneguhan) dan gerak balas (tindak balas organisma), atau dikenali sebagai R-G menjadi lebih kukuh melalui pelaziman. Pelaziman diertikan

sebagai satu proses pembentukan tingkah laku di mana tindak balas organisma menjadi lebih kerap atau lebih mudah diramal akibat daripada latihan atau peneguhan.

Terdapat dua jenis pelaziman untuk menerangkan pembelajaran, iaitu, pelaziman klasik dan pelaziman operan. Tokoh-tokoh pelaziman klasikal terdiri daripada Ivan Pavlov dan J. B. Watson. Manakala tokoh-tokoh pelaziman operan merupakan Edward Thorndike dan B. F. Skinner.

6.3.1

Pelaziman Klasik Ivan Pavlov adalah seorang ahli saintis behavioris yang mempelopori proses pelaziman klasik semasa beliau membuat kajian terhadap gerak balas rembesan air liur anjing.

Dalam ujikaji pelaziman Pavlov, bunyi loceng berlaku terlebih dahulu atau bersaingan dengan rembesan air liur anjing, yang disebabkan oleh adanya makanan yang disajikan. Selepas itu, di masa akan datang, rembesan air liur anjing berlaku sebaik sahaja mendengar loceng walaupun tiada makanan disajikan di depannya.

Dalam pelaziman klasik, rangsangan baru timbul bersama-sama dengan rangsangan tak terlazim seperti bau makanan dan berlaku sebelum gerak balas tersebut, yang dibangkitkan oleh rangsangan tak terlazim. Rangsangan baru menjadi

74

rangsangan terlazim dan gerak balas yang berlaku berikutan dengan kedua-dua rangsangan itu menjadi gerak balas terlazim (Rajah 5.3.1).

Oleh itu, dalam pelaziman klasik, organisma belajar untuk memberi gerak balas kepada rangsangan baru dengan cara yang sama ia memberi gerak balas kepada yang lama, rangsangan tak terlazim. Satu corak pembelajaran berlaku apabila dua rangsangan rangsangan neutral (reaksi berlaku secara automatik apabila terdapat rangsangan tak terlazim) dan rangsangan tak terlazim (peristiwa di mana gerak balas berlaku secara automatik tanpa latihan awal) yang dipasangkan (wujud serentak) berhubungkait antara satu sama lain.

Gerak balas tersebut dinamakan gerak balas tak terlazim (reaksi berlaku secara automatik apabila terdapat rangsangan tak terlazim) atau gerak balas terlazim

(gerak balas yang dibangkitkan oleh rangsangan terlazim yang telah dipasangkan dengan rangsangan tidak terlazim; sama seperti gerak balas tak terlazim).

Dalam kajian Pavlov, rembesan air liur, (gerak balas tak terlazim) pada mulanya berlaku disebabkan oleh makanan (rangsangan tak terlazim) yang disajikan, tetapi apabila makanan dipasangkan dengan loceng, rembesan air liur (sekarang menjadi gerak balas terlazim) berlaku semasa mendengar bunyi loceng ( rangsangan terlazim rangsangan neutral yang boleh menimbulkan gerak balas terlazim setelah dipasangkan dengan rangsangan tak terlazim).

Rajah 6.3.1 : Pelaziman klasik mengikut Pavlov.

75

Pelaziman Klasik - Cara Pemerolehan Ilmu Dan Pengukuhan Pembelajaran

Jadual 6.3.1: Tingkah laku pembelajaran (gerak balas) yang dikaitkan dengan Teori Pelaziman Klasik. Rangsangan Dua rangsangan dikemukakan serentak Latihan dan ulangan Gerak Balas Pembelajaran baru Pembelajaran diperkukuhkan (pelaziman berlaku) Penghapusan Generalisasi Diskriminasi

Latihan berhenti Rangsangan terlazim ganti dengan yang hampir serupa (1) Penghapusan.

Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim (loceng)

diberikan tanpa diikuti dengan rangsangan semula jadi (makanan). Dalam erti kata ujikaji di atas, loceng dibunyikan tanpa makanan. Penghapusan melibatkan proses melemahkan gerak balas terlazim dengan meniadakan rangsangan semulajadi. Contohnya, kamu berjaya menyanyi sebuah lagu bersama muzik dan liriknya. Apabila muzik diberhentikan, anda tidak dapat menyebut lirik lagu tanpa muziknya.

(2)

Generalisasi. Generalisasi berlaku apabila organism mengaitkan rangsangan terlazim dengan bunyi-bunyi lain yang seakan-akan serupa. Contohnya, anda telah belajar bermain badminton dan menganggap bermain tenis juga menggunakan kemahiran yang sama.

(3)

Diskriminasi. Diskriminasi berlaku apabila organisma hanya memberi respons atau gerak balas tertentu sahaja. Contohnya, anda telah sedar walaupun keduadua permainan badminton dan tenis menggunakan raket, terdapat banyak perbezaan teknik permainan dalam kedua-dua sukan tersebut.

REHAT & REFLEK


Sekarang, kita berhenti seketika untuk membuat refleksi. Mengikut pengalaman anda dalam mengurus tingkah laku murid, manakah tindakan yang lebih berkesan untuk mengekalkan tingkah laku positif : melatih tubi sehingga pelaziman berlaku atau memberi ganjaran kepada tingkah laku yang diingini?

76

6.3.2 Pelaziman Operan Perlu diketahui bahawa bukan semua pembelajaran itu berlaku secara automatik dan tidak semua tingkah laku dapat dibangkitkan oleh perkaitan R-G sahaja. B. F. Skinner berpendapat bahawa manusia sentiasa beroperasi secara aktif terhadap persekitarannya untuk menghasilkan akibat yang berlainan. Tindakan ini dinamakan operan, yakni, sesuatu tingkah laku yang dipelajari mungkin diperkukuhkan atau dilucutkan, bergantung kepada konsekuen yang diterima (peneguhan positif atau peneguhan negatif). Maka, proses pembelajaran ini dinamakan pelaziman operan kerana kita belajar bertingkah laku mengikut cara kita beroperasi dengan persekitaran.

Pelaziman operan menjelaskan proses pembelajaran di mana sesuatu tingkah laku mungkin diperkukuhkan/ dilucutkan, bergantung kepada konsekuen yang diterima. Contohnya, jika anda memberi sesuatu gerak balas terhadap sesuatu rangsangan dan akibatnya adalah menyenangkan, maka kemungkinan besar anda akan menunjukkan gerak balas yang sama apabila berhadapan dengan rangsangan tersebut di lain masa. Dengan ini, pembelajaran berlaku apabila tingkah laku

sukarela diperkukuhkan atau dilucutkan disebabkan oleh akibat atau peristiwa sebelumnya. (Woolfolk, 1998).

Pelaziman Operan - Cara Pemerolehan Ilmu dan Pengukuhan Pembelajaran (1) Peneguhan Apa dia peneguhan? Ahli psikologi pendidikan mendefinisikan peneguhan

sebagai sebarang kesan yang memperkukuh atau menambahkan kekerapan sesuatu tingkah laku. menggunakan Sebagai seorang guru, saya rasa anda pasti telah dalam pengajaran dan pembelajaran anda.

peneguhan

Pernahkah anda memuji murid anda kerana tingkah lakunya yang baik? Atau pernahkah anda menghadiahkan set pensil warna kepada murid anda kerana penulisannya yang baik? Tindakan sedemikian dipanggil peneguhan manakala ganjaran yang diberi dipanggil peneguh. primer dan sekunder. Terdapat dua jenis peneguh, iaitu

77

Peneguh primer memenuhi keperluan atau dorongan asas biologi. seseorang yang lapar, makanan merupakan peneguh primer.

Bagi Contoh

peneguhan primer adalah makanan, air, keselamatan, kemesraan, dan lain-lain.

Peneguh sekunder adalah rangsangan yang memperoleh sifat-sifat peneguhan apabila dikaitkan dengan peneguhan primer. Wang merupakan contoh yang baik wang sebenarnya tidak mempunyai nilai intrinsik tetapi wang boleh gunakan untuk memperolehi peneguh primer yang memberi kepuasan kepada individu tersebut.

Terdapat tiga kategori peneguhan sekunder:

Ia adalah peneguhan sosial

(pujian, senyum, peluk atau perhatian), peneguhan token atau simbolik (wang, gred, atau bintang), peneguhan aktiviti (akses kepada permainan, atau aktiviti yang menyeronokkan). Selain peneguhan primer dan sekunder, terdapat juga peneguhan positif dan negatif. (2) Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif Peneguhan positif merupakan rangsangan yang menyeronokkan (makanan, air, pujian, gred) yang diberi setelah berlaku gerak balas yang menjadi sasaran. Contoh, apabila salah seorang daripada murid anda secara spontan membantu murid lain, anda sebagai guru akan memberi pujian.

Peneguhan negatif pula merujuk kepada rangsangan yang mewujudkan rasa kurang selesa atau menyakitkan hinggakan organisma menambahkan kebarangkalian mengelak atau mengurangkan ketidakselesaan tersebut. Contoh, Guru sering menegur seorang murid yang tidak berpakaian kemas. Akhirnya, murid tersebut bertindak menjaga kebersihan dirinya kerana ingin mengelakkan leteran guru tadi. Murid telah mengekalkan kekemasan dirinya. Penghapusan rangsangan yang tidak menyeronokkan akan meningkatkan kekerapan gerak balas tersebut.

(3)

Hukuman Berbeza dengan peneguhan, hukuman merujuk kepada rangsangan yang mengurangkan kekerapan gerak balas.

Anda perlu ingat bahawa hukuman boleh

berupa bentuk penyampaian

rangsangan (hukuman positif) atau penghapusan rangsangan (hukuman

78

negatif). Contoh perbezaan kedua-dua istilah ini ialah, seorang murid dimarah kerana bermain dalam bilik darjah, maka tingkah laku bermain ini akan berkurangan. Ini dinamakan hukuman positif. Sekiranya kita menggantung

seorang pemain bola keranjang kerana melanggar peraturan latihan, ini adalah hukuman negatif.

Berdasarkan pengalaman anda, pernahkah anda mengguna hukuman untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini? Adakah anda berjaya

mengurangkan kekerapan tingkah laku tersebut? Skinner tidak menyokong penggunaan hukuman dalam pembentukkan tingkah laku yang diingini. Kesan hukuman hanyalah sementara sahaja dan tidak mengubah tingkah laku, ia hanya memendamkan tingkah laku tersebut.

Hukuman mungkin menghasilkan kesan sampingan seperti rasa dengki, kebimbangan dan keagresifan. Ia juga membawa mesej bahawa keagresifan fizikal adalah dibenarkan. Hukuman perlu dirancang dengan teliti, bukan

disebabkan oleh tindakan impulsif. Oleh itu, guna hukuman dengan berhati-hati. (4) Penghapusan Skinner tidak menyarankan penggunaan hukuman untuk membentuk tingkah laku tetapi menggunakan penghapusan untuk menangani tingkah laku yang tidak diingini. Tingkah laku negatif yang wujud akan berperingkat- peringkat terhapus apabila peneguhan tidak diberikan atau guru tidak memberi perhatian kepadanya. Contohnya, seorang guru membenarkan murid yang berteriak-teriak menjawab soalan guru sebenarnya secara tidak langsung memberi peneguhan/ganjaran kepada murid tersebut. Namun, selepas menyedari keadaan ini, guru hanya menumpukan kepada murid yang mengangkat tangan sahaja mengambil bahagian dalam soal-jawab, tidak menghiraukan murid yang berteriak. Keputusannya, tingkah laku berteriak diharapkan dapat dihapuskan.

Pernahkah anda tidak mempedulikan murid yang ingin mendapat perhatian berulang kali? Anda akan dapati bahawa tingkah laku yang tidak diingini akan akan terhapus jika anda terus tidak mempedulikan mereka. Dengan demikian, penghapusan adalah kunci kepada pengurusan tingkah laku murid.

79

(5)

Pembentukan Dalam pelaziman operan, guru dianggap sebagai arkitek dan pembina tingkah laku murid. Anda perlu membahagikan objektif pembelajaran kepada tugasan-

tugasan kecil di mana anda boleh mengajar setiap kemahiran langkah demi lengkah, dan memberi peneguhan satu demi satu, sehingga terbentuk kemahiran yang terakhir secara beransur-ansur.

Sebagai seorang guru, anda perlu memastikan bahawa murid anda telah menguasai kemahiran yang diperlukan sebelum mereka pergi ke langkah seterusnya. Di setiap langkah, anda perlu memberi peneguhan kepada setiap kemahiran kecil sehingga mereka mencapai matlamat mereka.

Setelah

membaca

teori

pembelajaran

behavioris

dari

aspek

prinsip

pembelajaran, cara pemerolehan ilmu dan pengukuhan pembelajaran, saya harap anda akan boleh memperbaiki tingkah laku murid anda melalui pembentukan. 6.3.3 Implikasi Teori Pembelajaran Behavioris Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (1) Guru hendaklah menetapkan matlamat yang spesifik. Ini bermakna, Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas Pastikan matlamat yang dinyatakan adalah realistik dan boleh dicapai

(2) Guru perlu menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran Objektif hendaklah khusus

(3) Buat analisis tugasan Pastikan tugasan yang diber sesuai dengan kemampuan pelajar Pecahkan tugasan kepada bahagian-bahagian kecil supaya mudah difahami

(4) Sediakan langkah pengajaran secara berperingkat Susunan langkah haruslah secara progresif, contohnya dari mudah kepada sukar.

(5) Aplikasi teknik peneguhan yang sesuai Peneguhan berterusan diberikan pada peringkat pembentukan tingkah laku Peneguhan berkala selepas tingkah laku dikuasai

80

(6) Aplikasi Hukum Kesediaan Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada Sediakan situasi yang merangsangkan Cungkilkan rasa ingin tahu/ motivasi pelajar

(7) Aplikasi hukum latihan Banyakkan pengulangan dan latih tubi Sediakan bahan yang banyak dan pelbagai

(8) Aplikasi Hukum Kesan dan Akibat Adakan aktiviti pengukuhan Pilih dan aplikasi peneguhan yang sesuai

(9) Sediakan amalan bilik darjah yang sesuai Amalan rutin belajar Amalan rutin keceriaan Peraturan bilik darjah yang mesra dan positif Pembelajaran koperatif dan kolaboratif

81

TUGASAN TERARAH Praktikkan konsep-konsep pembelajaran teori behavioris dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas anda. Senaraikan aspek kekuatan, kelemahan dan keistimewaan menggunakan Pengurusan Grafik PMI (Plus, Minus, Interesting) tentang implikasi Teori Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Borang PMI IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS TERHADAP P& P

PLUS

MINUS

INTERESTING

82

6.4

Teori Pembelajaran Kognitif

Ahli psikologi kognitif/gestalt mempercayai bahawa pembelajaran adalah satu tugas mental/ proses dalaman yang melibatkan kebolehan seseorang untuk mengaitkan berbagai maklumat sehinggalah ia memperolehi pengetahuan baru atau dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Teori pembelajaran kognitif berfokus kepada perubahan yang berlaku terhadap cara manusia berfikir daripada peringkat bayi kepada zaman kanak-kanak dan remaja dan akhirnya alam dewasa.

Ahli psikologi kognitif yang paling terkemuka, Jean Piaget, melihat kanak-kanak sebagai murid aktif yang berlagak seperti saintis kecil. Mereka membina teori sendiri tentang bagaimana dunia berfungsi dan mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani ini. Piaget amat berminat untuk mencari bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan, yang biasanya dipanggil sebagai soalan epistemologi. Piaget berpendapat bahawa sepanjang hayat, manusia melalui satu urutan empat peringkat perkembangan kognitif:

Peringkat 1 Sensori Motor Peringkat 2 Praoperasi Peringkat 3 Operasi Konkrit

Bayi memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman sensori penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. Kanak-kanak prasekolah berkembang daripada peringkat memperoleh ilmu pengetahuan tentang dunia melalui persepsi mereka terhadap pengalaman sendiri di dunia. Kanak-kanak yang lebih dewasa mula mengaplikasikan peraturan logik berfungsi. untuk memahami bagaimana dunia

Peringkat 4 Formal

Remaja dan dewasa berkembang ke peringkat di mana mereka boleh mengaplikasikan logik kepada situasi andaian (hypothetical) dan sebenar.

Piaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba memberi pengertian tentang dunia dengan membuat membandingkan kefahaman dalaman mereka tentang bagaimana dunia berfungsi dengan persekitaran luaran. Beliau mencadangkan bahawa pembelajaran adalah hasil daripada dua proses utama iaitu organisasi dan adaptasi.

83

6.4.1

Organisasi Organisasi adalah satu proses berterusan menyusun maklumat dan pengalaman ke dalam sistem mental atau kategori. Sistem mental atau kategori persepsi dan

pengalaman ini dinamakan skema. Ia sebenarnya adalah pembinaan asas blok pemikiran dan pengurusan sistem tindakan atau pemikiran yang membolehkan kita berfikir. Contoh skema adalah skema minum, skema kategori, skema penyelesaian masalah matematik, dll. 6.4.2 Adaptasi Dalam proses mengorganisasi struktur mental kita, kita akan membuat penyesuaian terhadap persekitaran. Dua proses asas adalah asimilasi dan akomodasi.

Asimilasi adalah proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema yang sedia ada. Ini hanya seperti menambahkan data baru ke dalam fail data yang sedia ada. Tetapi data tersebut hendaklah sesuai dengan skema sedia ada. Dengan ini,

asimilasi melibatkan percubaan memahami sesuatu yang baru dengan cara menyesuaikannya ke dalam sesuatu yang kita telah ketahui (Woolfolk, 1998). Contoh, pada peringkat pemulaan, seorang kanak-kanak akan memikirkan seekor hamster bagai seekor tikus belanda yang kecil. Kanak-kanak tersebut akan cuba memadankan pengalaman barunya dengan skema yang sedia ada tentang cara mengenal pasti binatang.

Akomodasi berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam memberi respon kepada situasi baru. Ia melibatkan perubahan skema yang sedia ada atau

membentuk skema baru dalam memberi respon baru kepada maklumat baru. Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang ada, maka kita perlu sesuaikan pemikiran kita. Seperti contoh di atas, kanak-kanak tersebut akan

tambahkan skema baru untuk mengenali hamster kepada sistem lain untuk mengenal pasti binatang. Ini dikatakan akomodasi.

Setelah membaca tentang prinsip konsep-konsep dalam teori pembelajaran kognitif Piaget, bolehkah anda memberi beberapa contoh skema, asimilasi dan akomodasi?

84

6.5

Teori Pembelajaran Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana

Konstruktivisime

pengetahuan disusun dalam minda manusia. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak dapat dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masingmasing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk pelajarnya. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan merupakan satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran pelajar tidak wujud secara terasing daripada persekitaran. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Realiti yang diketahui pelajar adalah realiti yang dia bina sendiri. 6.5.1 Scaffolding dan Zon Perkembangan Proximal Beberapa pelopor utama pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah Jean Piaget, Lev Vygotsky, Ernst Von Glaserfeld, J. Anderson, dan Jerome Bruner. Vygotsky (1896 -1934) berpendapat: persekitaran sosio-budaya adalah penting dalam membentuk perkembangan kognitif kanak-kanak kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial dengan ibu bapa, keluarga, guru, orang dewasa dan rakan sebaya. Simbol bahasa merupakan alat budaya yang amat penting dalam

perkembangan kognitif kanak-kanak Kanak-kanak mula didedahkan kepada bahasa sejak dari lahir lagi. Pemerolehan bahasa tidak berlaku tanpa interaksi sosial dengan ibu bapa, keluarga, guru, orang dewasa dan rakan sebaya. Kita memerlukan orang yang lebih fasih untuk berbual dan membimbing kita dalam penggunaan bahasa yang betul. proses pembelajaran individu. Perkara sedemikian dinamakan scaffolding yang membawa maksud sesuatu kerangka yang menyokong Perkembangan kognitif akan berlaku pada tahap

yang lebih tinggi apabila orang dewasa berada di sampingnya memberi tunjuk ajar, berbanding jika kanak-kanak melakukan tugasan tersebut secara sendiri tanpa bantuan. Vygotsky menggunakan istilah zon perkembangan proximal yang

merupakan lingkungan kemampuan seseorang untuk melakukan tugas-tugas dengan berjaya. Untuk membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira zon perkembangan proximal murid-muridnya dan

85

memberi bimbingan disisi sebagai kerangka untuk membina ilmu pengetahuan sendiri.

6.5.2

Implikasi Teori Konstruktivisme Terhadap Pengajaran danPembelajaran Guru sebagai penolong, pemudah cara dan perancang; sedangkan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran Pendekatan yang digunakan: pembelajaran inkuiri pembelajaran koperatif pembelajaran masteri penyelesaian masalah

Pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu. Keutamaan pembelajaran adalah kepada hasil perolehan khasnya dalam zon perkembangan prokimal.

Rujuk kepada buku-buku bacaan lanjutan. Woolfolk, A. E. (2004). Educational psychology (9th ed.). NJ: Prentice Hall

6.6

Teori Pembelajaran Sosial

Teori pembelajaran sosial mempunyai ciri-ciri pendekatan behavioris tetapi menekankan pembelajaran berdasarkan faktor sosial. Prinsip asas teori pembelajaran sosial adalah berdasarkan kepada pendirian bahawa pembelajaran merupakan proses kognitif dan afektif berdasarkan pemerhatian tingkah laku orang lain (model) dan meniru tingkah laku yang boleh memberi manfaat kepadanya. Pemerolehan pengetahuan dan gerak balas merupakan dua perkara yang berbeza. Walau pun pembelajaran telah berlaku, ia hanya akan diperlihatkan dalam keadaan yg sesuai. Bandura menamakan ini sebagai pembelajaran pemerhatian atau pembelajaran melalui model. 6.6.1 Empat langkah pembelajaran peniruan: (1) Tumpuan Perhatian Individu menumpukan perhatian dan memerhatikan perlakuan model berulang kali.

86

(2) Penyimpanan dalam Ingatan Langkah-langkah perlakuan model akan disimpan dalam ingatan oleh pelajar. Pemerhatian perlu disimpan dan dikekalkan dalam ingatan dan akan berlakunya proses mengenkod, menyimpan dan mendekod. (3) Pengeluaran Maklumat, tingkahlaku dan kemahiran yang disimpan dikeluarkan dalam bentuk perlakuan. Kecekapan ini bergantung kepada keupayaan fizikal dan kemahiran tiruan motor pemerhati serta kemahiran mengingat dengan tepat. (4) Motivasi dan Peneguhan Sekiranya Individu berasa seronok dan mendapat peneguhan daripada orang lain, maka tingkahlaku itu akan diulangi dan dikukuhkan 6.6.2 Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Oleh yang demikian guru perlu menunjukkan tingkah laku yang boleh diteladani. Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru dengan mudah dan berkesan. Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model untuk ditiru. Paparkan hasil kerja terbaik untuk membolehkan pelajar berkenaan terus berusaha dan dapat merangsang pelajar lain berusaha seperti yang mereka lakukan. Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi Guru perlu memberi peneguhan kepada pelajar yang menunjukkan tingkah laku yang diingini. 6.7 Teori Humanistik

Ahli-ahli psikologi humanistik mempunyai banyak pendekatan yang berbeza, namun berkongsi beberapa pegangan yang konsisten: manusia merupakan insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang. manusia merupakan insan yang istimewa dan mempunyai keupayaan yang berbeza dengan haiwan. manusia bertindak atas dasar keperluan, motivasi, minat dan nilai, dengan itu individu itu harus dilihat sebagai satu entiti.

87

Dua ahli psikologi yang terkemuka teori humanis adalah Abraham Maslow dan Carl Rogers.

Bagaimana pendekatan humanistik berfungsi dalam bilik darjah? Pendekatan humanistik menekankan keseluruhan murid: dengan kata lain, aspek emosi dan sosial kehidupan murid. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara semulajadi untuk belajar, dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna.

Pendekatan humanistik juga menekankan kepentingan peranan guru dalam memberi sokongan dan mengambil berat, serta bergantung lebih kepada menerangkan sebab sesuatu perkara perlu dilakukan dengan cara tertentu.

REHAT SEBENTAR Tahniah! Anda telah berjaya menyempurnakan bacaan tentang lima teori pembelajaran utama, iaitu, teori behavioris, kognitif, pembelajaran sosial, humanistik dan konstruktivisme Saya percaya anda telah dilengkapi dengan amalan terbaik daripada kelimalima teori pembelajaran ini untuk dipraktikkan dalam bilik darjah anda.

6.8

Kesediaan Belajar

Adakah anda tahu bahawan kesediaan belajar dirujukkan sebagai satu set keadaan yang wujud dalam diri individu dan persekitarannya yang membolehkannya menguasai sesuatu tugasan dengan tepat. Kesediaan merupakan satu tahap persiapan untuk belajar

kemahiran yang lebih kompleks, contoh, melompat perlu dikuasai sebelum seorang kanakkanak bermain ketingting. Antara beberapa definisi yang dikemukakan oleh beberapa orang ahli psikologi pendidikan. (1) Margaret E. Gredler: Keadaan individu pada satu titik perkembangan fizikal, mental, emosi, atau sosial yang mencukupi untuk mengendalikan sesuatu tugasan tertentu. (2) John C. Ruch: Kesediaan adalah istilah untuk perkembangan tahap kebolehan tertentu dan satu set minat tertentu. Dalam had keupayaan murid, seseorang murid yang belum bersedia untuk menguasai konsep atau kemahiran yang diberikan boleh disediakan untuk menguasainya melalui anggaran yang sistematik dan berurutan (atau dengan kata lain, kesediaan mengajar)

88

Adalah penting untuk menentukan bahawa setiap peringkat dalam urutan ke arah objektif utama dipraktikkan dan dikuasai hingga ke peringkat pembelajaran lanjutan, kerana dengan ini murid boleh mengguna kemahiran sebagai alat untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi. 6.8.1 Jenis-jenis Kesediaan Kita akan meneliti jenis-jenis kesediaan, iaitu, kesediaan kognitif, kesediaan psikomotor dan kesediaan afektif. (1) Kesediaan Kognitif kognitif berkaitan dengan perkembangan mental murid untuk

Kesediaan

membolehkan mereka memahami, berfikir dan menaakul dalam persekitaran pembelajaran yang baru. umur meningkat. Secara umum, kesediaan kognitif ditingkatkan apabila

Contoh, pada peringkat permulaan, murid boleh memahami

pendapat yang berbeza dan mengingat kembali. Pada peringkat berikutnya, mereka berupaya mengintergrasikan beberapa pendapat untuk menyelesaikan masalah.

(2)

Kesediaan Psikomotor

Kesediaan psikomotor merujuk kepada penguasaan kemahiran yang memerlukan tindakan fizikal. Ia merangkumi perkembangan otot, tulang, sendi, kordinasi dan kawalan pergerakan tubuh badan. Dalam memmuridi kemahiran psikomotor seperti menulis, melukis dan membaling bola, murid perlu menjalani latihan untuk menghalusi kemahiran mereka. Oleh itu, latihan adalah penting.

Sementara

itu,

penguasaan

kemahiran

psikomotor

berkait

rapat

dengan

perkembangan intelek dan afektif. Untuk memperoleh pencapaian cemerlang dalam kemahiran psikomotor, murid perlu mempunyai intelektual yang tinggi dan sikap yang positif. Oleh itu, guru perlu melatih murid mereka menguasai kemahiran fizikal seara bijak selain memahami konsep, peraturan dan strategi.

(3)

Kesediaan Afektif

Kesediaan afektif dalam pembelajaran merangkumi sikap, rasa ingin tahu, rajin, perasaan, minat dan nilai yang boleh menerima pembelajaran. Untuk murid menjadi cemerlang dalam pembelajaran, kesediaan afektif yang positif memainkan peranan penting.

89

Jenis-jenis Kesediaan KOGNITIF

Faktor yang mempengaruhi Kematangan mental

Ciri-ciri Kesediaan

Menyedari, memahami, berfikir, persepi, Sikap, minat, nilai, perasaan, keyakinan diri Kemahiran, manipulasi tangan & jari, oto-otot, sistem saraf, tulang

AFEKTIF

Kematangan emosi

PSIKOMOTOR

Kematangan fizikal

Saya percaya anda setuju bahawa murid yang mempunyai kesediaan untuk belajar akan mempunyai tahap motivasi yang tinggi, memupuk usaha yang lebih serta rasa seronok dan puas hati dalam pembelajaran. Justeru itu, mereka menjadi lebih yakin dalam menghadapi cabaran semasa memperoleh pengalaman baru. Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada kesediaan belajar?

6.8.2

Faktor-Faktor yang Menyumbang kepada Kesediaan Belajar

Pelbagai faktor yang menyumbang kepada kesediaan belajar termasuklah kematangan, sikap dan minat, perbezaan kadar perkembangan, perbezaan jantina, perbezaan individu dan pengalaman. (1) Kematangan

Kematangan dari segi intelek, emosi, fizikal dan sosial berkait rapat dengan kesediaan belajar murid. Adakah anda sedar bahawa mereka yang menunjukkan daya intelek yang tinggi, berupaya mengawal perasaan dengan lebih baik, mempamerkan keseluruhan kesihatan fizikal dan boleh bersosialisasi dalam kumpulan tanpa masalah adalah mereka yang menunjukkan kematangan dalam aspek yang berlainan, seterusnya memberi kesan kepada kesediaan belajar. (2) Sikap dan Minat

Sikap dan minat memainkan peranan penting dalam melibatkan kesediaan belajar. Murid yang mempamerkan sikap positif dan minat telah bersedia untuk belajar dan

90

akan menunjukkan prestasi yang lebih baik.

Disebaliknya, mereka yang tidak

bersedia untuk belajar, akan keberatan untuk memberi tumpuan pada pembelajaran. (3) Perbezaan Kadar Perkembangan

Walaupun individu melalui peringkat perkembangan yang sama, iaitu daripada bayi kepada kanak-kanak, remaja dan dewasa, kadar perkembangan fizikal, mental, sosial dan emosi adalah berbeza bergantung kepada individu itu sendiri. Setiap individu mempunyai corak perkembangan sendiri yang unik. Dengan itu, murid daripada

kumpulan yang sama tidak akan mempamerkan kebolehan yang sama semasa menjalankan aktiviti.

(4)

Perbezaan Jantina

Lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan dalam perkembangan biologikal dan pertumbuhan fizikal. Dalam perkembangan remaja, perempuan menunjukkan kadar perkembangan yang lebih cepat daripada llelaki. Ini dapat dilihat dengan jelas

bahawa perempuan lebih tinggi dan lebih matang daripada lelaki daripada tahun empat hingga kepada tingkatan menengah rendah.

Perbezaan dari segi sikap dan minat di kalangan jantina akan mempengaruhi kesediaan belajar. Lelaki biasanya lebih minat mengambil sains dan matematik

manakala perempuan akan mengambil ekonomi rumahtangga dan mata muridan lain. Perbezaan dalam nilai budaya terhadap jantina yang akan mempengaruhi kesediaan belajar. Contoh, perempuan diharapkan bersopan santun, manakala lelaki pula

diharapkan bertingkah laku aktif dan agresif. (5) Perbezaan Individu

Setiap individu menunjukkn perbezaan kebolehan dalam bidang yang berbeza. Contoh, seorang murid boleh jadi cemerlang dalam Matematik dan Sains tetapi lemah dalam Bahasa dan Muzik. Terdapat juga sebahagian murid menunjukkan prestasi baik dalam akademik tetapi lemah dalam aktiviti fizikal. Dengan kata lain, guru tidak digalakkan melabel murid mereka sebagai bodoh atau bijak mengikut pencapaian prestasi mereka dalam satu mata muridan sahaja.

(6)

Pengalaman Oleh itu, guru

Pengalaman lampau membentuk asas kepada pengalaman baru.

digalakkan mengambil kira pengalaman lampau murid apabila merancang bahan

91

pengajaran mereka.

Bahan pengajaran perlu berdasarkan daripada pengetahuan

sedia ada kepada pengetahuan baru.

6.8.3

Implikasi Kesediaan Belajar terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Sebahagian daripada implikasi kesediaan belajar terhadap pengajaran dan pembelajaran dibincangkan dibawah (1) Kesesuaian Isi Pengajaran

Guru perlu memilih isi pengajaran yang sesuai kepada sebahagian besar murid dalam bilik darjah. Guru perlu merancang aktiviti pengayaan bagi murid yang cepat menerima pembelajaran. Bagi murid yang lambat belajar, bimbingan tambahan dan aktiviti pemulihan perlu dibincangkan. (2) Urutan yang Betul dalam Pengajaran

Bahan pengajaran perlu dirancang supaya ianya bergerak daripada senang kepada susah, daripada yang tahu kepada tidak tahu, daripada konkrit kepada abstrak, daripada umum kepada khusus dan daripada dekat kepada yang jauh. Ini akan membantu guru memulakan pengajaran mereka terhadap murid yang mempunyai kesediaan belajar yang rendah dan membimbing mereka beransur-ansur ke arah matlamat pembelajaran.

(3)

Variasi dalam Aktiviti

Guru merancang aktiviti pengajaran mereka dengan mengambil kira minat murid mereka yang berbeza. Semasa mengendalikan aktiviti, murid digalakkan memilih aktiviti yang sesuai dengan kebolehan mereka. Jika semua aktiviti perlu

dilaksanakan oleh semua kumpulan, guru boleh menyediakan stesen yang berbeza untuk murid mereka supaya setiap kumpulan boleh mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut mengikut giliran.

(4)

Strategi Pengajaran

Guru digalakkan mengguna pelbagai contoh, kaedah dan bahan pengajaran semasa menjalankan pengajaran mereka. Dengan cara ini murid yang berlaian kesediaan dapat mengikuti muridan tersebut.

92

6.8.4

Persepsi Perhatikan rajah di bawah dan sebutkan hurufnya:

A a

Rajah 6.8.4: Huruf a Proses yang anda lalui tadi disebut sebagai persepsi. Persepsi merupakan proses otak mentafsir maklumat yang diterima daripada pelbagai deria. Anda telah memberi perhatian kepada rangsangan persekitaran dikenal pasti (Rajah 6.8.4) sebagai contoh konsep atau prinsip yang terdapat dalam ingatan anda. Proses pengamatan mencakupi padanan maklumat baru dengan acuan yang betul di dalam ingatan, membandingkan maklumat baru dengan prototaip (huruf a yang asal), dan menganalisis maklumat baru untuk mengesan ciri-ciri tersendiri. Variasi cara penulisan huruf a tidak mengganggu pengamatan anda terhadap huruf a dalam pembelajaran lepas.

Kesimpulannya, adalah penting bagi kita memberi perhatian bahawa untuk mengenal pasti semua corak yang mewakili huruf A adalah sama dengan andaian ptototaip yang dikenali sebagai A; dan semua huruf rangsangan akan dianalisis untuk mendefinisikan coraknya dan, jika dijumpai, akan dikenal pasti sebagai A.

Sebagai seorang guru, kita harus ingat bahawa persepsi merupakan sesuatu yang relatif, persepsi manusia dipengaruhi oleh latar belakang peribadi, motif, dan minat kita terhadap sesuatu rangsangan yang diperhatikan. Pengalaman yang sedang

dialami, dan pengalaman lampau mempengaruhi proses tafsiran terhadap rangsangan yang diterima. Selain pengalaman, latihan dan penggunaan pelbagai deria serentak menambahkan kemampuan pengamatan kita.

93

LATIHAN PERSEPSI

Wanita muda atau nenek tua?

Pasu atau muka tepi dua orang?

Sekarang kita akan lihat pada aspek kedua yang berkaitan dengan proses pembelajaran, iaitu penanggapan.

6.8.5

Penanggapan Penanggapan merupakan proses pembentukan konsep. Konsep merupakan idea, objek, orang atau pengalaman yang mempunyai ciri-ciri sama yang khusus. Konsep membantu kita mengenali sesuatu perkara dengan cara yang lebih mudah. Contohnya, konsep raket badminton lebih mudah digunakan untuk menerangkan objek sukan tersebut berbanding dengan memberi penjelasan yang panjang lebar seperti sebatang kayu yang berbentuk bulat dihujung digunakan untuk memukul bulu tangkis

94

Contohnya, manusia yang buta warna tidak mungkin memahami konsep lampu isyarat berwarna merah atau hijau, kerana mereka tidak boleh mengesan maklumat warna, mereka bergantung kepada sinaran cahaya dan tanda kedudukan untuk menentukan warna isyarat.

6.8.6

Cara-cara meningkatkan Pengamatan dan Penanggapan Murid Gunakan pengetahuan sedia ada murid Galakkan penglibatan murid dalam pembelajaran yang menggunakan pelbagai deria Sediakan pelbagai jenis bahan/ contoh-contoh / maklumat untuk

memudahkan pelajar menyusun semula persepsinya permasalahan Beritahu murid apa yang perlu diberi perhatian

terhadap sesuatu

Beri gambaran secara keseluruhan dengan menekankan kefahaman melalui proses penaakulan dan perkaitan

FIKIRKAN Adakah anda mempunyai daya ingatan yang kuat? Pernahkah anda khuatir anda akan lupa perkara-perkara yang telah dibelajari? Apakah teknik-teknik yang anda gunakan untuk meningkatkan daya ingatan anda?

Kita sekarang akan meneroka konsep ingatan dan lupaan, sebab-sebab lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatan.

6.8.7

Ingatan Ingatan merupakan keupayaan minda seseorang menyimpan perkara yang mereka telah pelajari dan mendapatkan kembali untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah atau memberi jawapan kepada persoalan tertentu. Tiga prosedur yang diperlukan dalam semua sistem ingatan, mengenkod (proses menyediakan maklumat untun disimpan), penyimpanan (menyimpan maklumat dalam ingatan kita), dan mendapatkan kembali (penemuan maklumat yang kita mahu guna);

Atkinson dan Shiffrin (1968) mengandaikan manusia mempunyai tiga peringkat ingatan yang diperluk untuk menyimpan maklumat pada jangka masa yang berbeza: ingatan deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

95

(1)

Ingatan Deria

Semasa anda berjalan di jalanraya, anda menyedari akan objek-objek di sekeliling anda. Anda mengguna pintu deria anda (contoh, penglihatan, bunyi, bau,

pendengaran dan rasa). Segala yang masuk ke minda anda dalam beberapa saat disimpan dalam ingatan deria. Ingatan deria menyediakan simpanan sementara

untuk maklumat yang diterima. Semua maklumat deria ditahan dan diimbas (prapengkodan) dalam jangka masa hingga 4 saat, bergantung kepada kekuatan rangsangan. Hanya rangsangan yang diperlukan sahaja dipilih, yang tidak diperlukan akan diketepikan oleh pintu deria kita. (2) Ingatan Jangka Pendek

Maklumat dalam ingatan deria akan dipindahkan ke ingatan jangka pendek untuk pengkodan seterusnya. Apa yang kita fikirkan dalam ingatan jangka pendeka akan bertahan selama lebih kurang 20 saat, di mana selepas ini ia akan terus terhapus atau disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ingatan jangka pendek boleh

menyimpan sebanyak purata tujuh item dalam satu jangka masa tertentu.

Oleh kerana terlalu banyak maklumat yang diterima, maka kita perlu memperoleh strategi yang berbeza untuk menyimpan maklumat tersebut seperti nemonik, chunking, pegword, akronim dan cerita kelakar supaya ia boleh dienkodkan ke dalam ingatan jangka panjang.

TUGASAN TERARAH Buat rujukan dan bacaan lanjutan berkenaan penggunaan strategi-strategi untuk meningkatkan daya ingatan. Apakah strategi-strategi yang unik atau khusus untuk membantu daya ingatan anda? Beri petua-petua ini kepada murid-murid anda. Sediakan laporan ringkas tentang dapatan anda.

(3)

Ingatan Jangka Panjang Sungguh menakjubkan! Ia

Tahukan anda muatan ingatan jangka panjang kita?

boleh menampung seberapa banyak maklumat yang mungkin dan boleh menyimpan maklumat yang tidak terhad dalam jangka masa yang tidak ditetapkan.

Terdapat tiga kategori ingatan jangka panjang:

ingatan semantik, episodik dan

prosedural. Bila anda ingatkan maklumat dalam bentuk maknanya (contoh, objek, manusia), ia dinamakan ingatan semantik. Bila anda ingat pengalaman lampau

96

(contoh, masa, tarikh dan tempat), ini dipanggil ingatan episodik. Bila anda belajar cara membuat kek, ia melibatkan langkah-langkah dan prosedur, maka ini bergelar ingatan prosedural. 6.8.8 Lupaan Lupaan merujuk kepada kehilangan kemampuan untuk mengingat kembali atau mengenal sesuatu yang sudah dipelajari sama ada sementara waktu atau selamalamanya. Sebab-sebab mengapa manusia boleh lupa: (1) Gagal mengenkod bermakna maklumat yang dicari semasa mendapatkan semula belum dikuasai (contoh, murid yang mempunyai strategi pembelajaran yang tidak berkesan) (2) Gagal mendapatkan kembali merujuk kepada ketidakupayaan mengakses maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang (contoh, perkara yang dipelajari melalui hafazan sukar untuk mengingatkannya semula) (3) Gangguan proaktif dan gangguan retroaktif bermakna peristiwa atau maklumat lain mengganggu keberkesanan mendapatkan semula maklumat yang diperlukan. Contoh, anda belajar bahasa Inggeris diikuti dengan bahasa Jepun. Gangguan retroaktif berlaku jika anda ingat bahasa Jepun dengan baik tetapi terlupa bahasa Inggeris. Contoh gangguan proaktif: anda cuba ingatkan lapan-digit nombor telefon rumah anda tapi anda masih ingatkannya sebagai nombor tujuh-digit. (4) Keusangan, di mana, selepas satu jangka masa yang lama maklumat menjadi semakin lemah dan akhirnya akan terus lenyap, terutama jika maklumat tersebut tidak kerap digunakan.

6.8.9

Pemindahan Pembelajaran

Pemindahan pembelajaran merujuk kepada keupayaan mengaplikasikan sesuatu yang dipelajari ke situasi yang lain. Ia meningkatkan prestasi sesuatu tugasan hasil daripada sesuatu yang diperoleh daripada tugasan sebelumnya.

97

Pembelajaran tentang satu topik membantu individu menguasai pembelajaran secara positif disebut sebagai pemindahan positif. Contohnya, tahu olahan tambah dan olahan tolak membantu individu mengurus wang perbelanjaannya dengan baik. Pemindahan negatif berlaku jika pembelajaran sesuatu topik menghindari

pembelajaran topik yang lain. Contohnya, tahu satu program memproses perkataan mengganggu pembelajaran program spreadsheet.

Apabila pemindahan berlaku disebabkan oleh tugasan pembelajaran yang asal dan pemindahan bertindan tindih dari segi isi kadungannya, ia dikenali sebagai pemindahan spesifik, contohnya, mengaplikasi peraturan tanda bacaan dalam penulisan surat. Apabila kita belajar dalam satu situasi mempengaruhi pembelajaran dan prestasi situasi lain, ia dinamakan pemindahan umum, contohnya, pemahaman Hukum Graviti daripada mata pelajaran Sains membantu pembelajaran mata pelajaran Geografi.

Pendidikan perlu menggalakkan pemindahan, iaitu, perkara yang dipelajari di sekolah bertujuan menyediakan murid dengan kehidupan di luar sekolah. Walau

bagaimanapun, ini tidak berlaku sepenuhnya sepertimana yang diharapkan oleh pendidik. Ini kerana pembelajaran telah ditetapkan, maka seseorang menghadapi masalah mengaplikasikan ilmu pengetahun yang dimuridi dalam satu situasi, dan dalam satu kumpulan, ke dalam situasi atau kumpulan lain.

TUTORIAL Sebagai guru dalam bilik darjah yang mempunyai murid-murid pelbagai tahap kesediaan pembelajaran, kenal pasti cara-cara yang sesuai untuk memastikan pemindahan pembelajaran berlaku dengan berkesan.

http://www.infed.org/biblio/b-learn.htm http://general-psychology.weebly.com/how-does-classical-conditioning-work.html

98

RUJUKAN Noriati, R., Boon, P. Y., & Sharifah, F. (2009). Murid dan alam belajar. Shah Alam: Oxford Fajar. Ormrod, J. E. (2008). Educational psychology: Developing learners (6th ed.). Uppersaddle River, NJ: Pearson. Slavin, R. E. (1997). Educational psychology: Theory and practice. (5th ed.). Boston: Allyn and Bacon. Woolfolk, A. E. (2004). Educational psychology (9th ed.). NJ: Prentice Hall

99