Anda di halaman 1dari 2

Membaca merupakan kemahiran yang sangat berguna dalam kehidupan kita seharihari.

Melalui pembacaan, seseorang itu dapat memperoleh berbagai-bagai maklumat yang diperlukannya. Kita membaca akhbar kerana hendak mengetahui berita yang disiarkan di dalamnya. Kita membaca pelbagai arahan bertulis dan mematuhinya kerana ingin menjalankan tugas seharian dengan betul dan sempurna . Murid perlu membaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan daripada buku-buku yang dirujuknya.

Takrif Membaca

Membaca boleh diertikan sebagai satu perlakuan mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan dua proses , iaitu :

a. Menterjemahkan lambang bertulis (atau bercetak) kepada bunyi bahasa

b. Mendapatkan maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi bahasa yang disuarakan Tegasnya membaca melibatkan proses mekanis dan proses mental. Untuk menjadi pembaca yang efektif , seseorang itu perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar serta mengetahui makna perkataan yang dibaca.Walau bagaimanapun, dalam proses membaca ,aspek penyebutan kurang penting berbanding dengan keupayaan berfikir, merasai dan membayangkan serta memahami apa yang dibaca. Melalui proses tersebut pembaca dapat memahami isi, maklumat, penerangan atau mesej yang hendak disampaikan oleh penulis.

Pembacaan tidak berlaku dengan pemikiran yang kosong tetapi diiringi dengan tujuan , jangkaan dan pengetahuan serta pengalaman lalu. Kebolehan mengaitkan dan mengintegrasikan segala aspek tersebut sangat penting bagi menghasilkan pembacaan dengan kefahaman.

Tahap Kemahiran Membaca :

a. Tahap Prabacaan Tahap ini merupakan satu tempoh masa menyediakan murid untuk membaca.Penyediaan dilakukan dengan memberi mereka pengalaman, iaitu mengenal dan mengecam sebelum membaca huruf.Pada tahap ini aktiviti-aktiviti ketajaman penglihatan dan pendengaran ditingkatkan.

b. Tahap Bacaan Mekanis Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf,suku kata, perkataan , frasa dan ayat-ayat mudah.Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan.

Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah (1) Kaedah Pandang dan sebut; (2) Kaedah Terus; (3) Kaedah Bunyi Kata; dan (4) Kaedah Abjad atau mengeja.