Anda di halaman 1dari 6

Ciri-ciri video yang berkesan

Media yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu elemen yang terus mengalami perubahan mengikut peredaran masa. Pada masa dahulu media-media yang digunakan adalah dalam bentuk media-media bercetak seperti risalah, majalah dan juga surat khabar. Namun pada era teknologi yang berkembang pesat kini, banyak media-media baru telah dan sedang digunakan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Video merupakan salah satu media pengajaran yang agak popular dalam kalangan guru. Video-video ini kadang-kala digubah oleh guru itu sendiri dengan menggunakan kreativitinya. Namun ada juga guru yang menggunakan video-video yang dimuat turun dari pelbagai sumber seperti YouTube, Facebook, Daily Motion dan juga Hulu. Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu

pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau merbahaya. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang

digambarkan.Walaupun video merupakan salah satu media yang terkenal dan terbukti berkesan dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, namun video yang dihasilkan haruslah memenuhi beberapa keperluan untuk menjadikannya lebih berkesan. Sekiranya video itu dihasilkan tanpa mengambil kira beberapa aspek, ia tidak akan memberikan kesan yang diingini. Aspek yang pertama yang harus kita beri perhatian adalah kumpulan sasaran. Kita haruslah memastikan umur dan latar belakang pelajar sebelum menghasilkan video yang akan kita gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini akan membantu kita untuk memilih jenis video yang sesuai untuk kumpulan sasaran tersebut. Contohnya, untuk pelajar-pelajar tahap rendah seperti tahun 1 dan tahun 2, video yang berbentuk kartun dan juga animasi akan membantu untuk mempercepatkan proses

pemahaman pelajar tahap rendah kerana mereka akan lebih tertarik dan menumpuhkan perhatian kepada video-video yang berbentuk animasi. Selain daripada itu, video yang dihasilkan untuk mereka haruslah menggunakan tema-tema yang konkrit dan kita haruslah mengelak daripada menggunakan tema yang berbentuk abstrak kerana mereka akan mengalami kesulitan untuk memahami videovideo yang mempunyai kandungan yang berbentuk abstrak. Lain pula ceritanya untuk video yang dihasilkan untuk pelajar-pelajar tahap yang lebih tinggi seperti tahun 4, tahun 5 dan juga tahun 6. Video yang dihasilkan untuk tahap ini haruslah mempunyai tema-tema yang lebih kompleks seperti sains, teknologi dan juga isu-isu semasa. Ini akan membantu pelajar-pelajar berasa teruja untuk meneroka isu yang diketengahkan oleh guru. Selain itu, pelajar-pelajar ini mempunyai tahap kognitif yang lebih tinggi. Jadi, video yang dihasilkan oleh guru haruslah membantu mereka untuk berfikir pada tahap yang tinggi (High Order Thinking Skill) ataupun HOTS. Ia sejajar dengan visi dan misi KSSR yang telah diperkenalkan oleh kerajaan kita. Kesilapan yang sering dilakukan oleh sebilangan guru adalah mereka menghasilkan video yang tidak sesuai dengan tahap pemikiran kognitif kumpulan sasaran mereka. Situasi ini adalah berkontra dengan aspek pertama model ASSURE iaitu, analyze learner ataupun menganalisis pelajar. Aspek yang kedua pula adalah, kandungan yang terdapat dalam video yang dihasilkan. Kandungan yang dipilih haruslah memenuhi objektif dan juga matlamat PdP. Hal ini penting kerana kandungan yang tidak ada kaitan dengan objektif kita akan membuatkan proses pengajaran dan pembelajaran kita pada hari tersebut gagal. Muridmurid tidak akan mendapat sebarang maklumat mengenai topic yang hendak kita ajar sekiranya kandungan yang dipilih tidak sesuai. Kandungan mestilah sesuai dengan pembelajaran kendiri oleh pelajar dan seterusnya dapat dijadikan bahan rujukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Kandungan sesuatu media yang digunakan sebagai ABBM mestilah mengikut urutan iaitu dari topik yang senang kepada topik yang sukar. Hal ini demikian kerana teori-teori pembelajaran menekankan para guru untuk mengajar daripada yang senang ke sukar agar para pelajar dapat memahami dengan cepat. Kandungan yang baik mengandungi maklumat yang terkini dan seterusnya membantu meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kandungan

yang ketinggalan masa hanyalah akan mengundang kebosanan kepada para pelajar. Kandungan yang terdiri daripada maklumat-maklumat yang terkini dan juga yang berkaitan dengan pelajar itu sendiri akan membuatkan mereka rasa teruja dan akan memberi perhatian kepada apa yang hendak diajar oleh guru. Begitu juga dengan bahasa penyampaian mestilah sesuai. Bahasa yang digunakan dalam penyampaian haruslah mudah difahami. Contohnya, untuk pelajar tahap rendah, bahasa yang digunakan haruslah ringkas dan tidak mempunyai perkataan-perkataan yang

diklasifikasi sebagai tahap tinggi. Pengolahan kandungan sesuai dan terdapat integrasi maklumat yang tepat dan dikemaskini. Kesimpulan atau penutup mestilah bersesuaian dengan isi yang telah disampaikan. Seterusnya media tersebut perlu mengandungi pengukuhan yang sesuai. Selain itu, video yang dihasilkan juga haruslah berupaya untuk membolehkan para pelajar terlibat bersama. Ini adalah sejajar dengan kehendak model ASSURE yang kelima iaitu, memerlukan penglibatan pelajar ataupun require learners participation. Walaupun konsep ini tidak sesuai untuk semua mata pelajaran, namun subjek yang telah dipilih oleh saya adalah pendidikan jasmani. Jadi, dalam subjek tersebut video yang digunakan oleh saya bolehlah menjadi video yang berbentuk tunjuk cara untuk melakukan sesuatu pergerakkan ataupun kemahiran. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), pelajar dapat mempelajari sesuatu konsep dari video pembelajaran yang difokuskan dalam pelbagai kesan bunyi, penceritaan dan muzik. Penggunaan video boleh menunjukkan tiap-tiap langkah dapat diperhatikan pendidikan jasmani kebanyakkan topiknya

melalui media bergerak. Dalam subjek

memerlukan demonstrasi. Demonstrasi ini penting untuk memberi pendedahan dan idea kasar kepada para pelajar bagaimana sesuatu kemahiran itu dilakukan. Dalam hal ini video bolehlah digunakan untuk mengurangkan beban guru. Guru bolehlah merakam sesuatu kemahiran tersebut dan bolehlah tayangkan video tersebut tidak kira berapa kali sekalipun. Guru juga bolehlah memberi video tersebut kepada para murid yang tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran untuk tatapan mereka dan mereka bolehlah membuat latihan di rumah. Namun, kemahirankemahiran dalam video yang berbentuk tunjuk cara haruslah menunjukkan langkah-

langkah dengan betul dan perlahan agar para pelajar dapat memahaminya dengan senang. Guru haruslah menggunakan kaedah ansur maju semasa menghasilkan video yang bertujuan untuk mengajar sesuatu kemahiran. Hal ini demikian kerana setiap guru haruslah mempunyai mentaliti bahawa setiap murid adalah pada tahap kosong ataupun zero level dalam sesuatu kemahiran. Contohnya, terdapat murid yang pernah melakukan kemahiran itu sebelum kita mengajar mereka, manakala ada pula murid yang tidak pernah melakukan kemahiran itu. Jadi guru haruslah mengambil kira pengalaman setiap murid sebelum menghasilkan video tersebut. Jadi video yang bersifat menyeluruh akan membantu murid yang mahir menjadi lebih mahir dan murid yang tidak mahir untuk memperbaiki kemahirannya. Aspek seterusnya yang harus diberi perhatian semasa menghasilkan video yang berkesan adalah penggunaan teks dengan cara yang betul. Teks secara amnya merujuk kepada huruf-huruf yang tersusun bagi membentuk satu makna yang boleh difahami atau membawa pengertian yang tertentu. Teks juga merujuk kepada semua jenis simbol, huruf, abjad, nombor, statistik dan pelbagai jenis tulisan dan fon yang menjadi asas utama bagi penyaluran maklumat masa dahulu dan juga masa kini. Teks digunakan dalam video untuk menerangkan beberapa adegan ataupun gambar-gambar yang perlukan penjelasan. Contohnya seperti dalam video yang bersifat demonstrasi, kita haruslah menggunakan teks untuk melabel langkah-langkah dan juga untuk memberi tips yang penting. Ini akan membolehkan para pelajar dapat memahami langkah dengan sempurna. Terdapat beberapa aspek untuk menghasilkan teks yang betul. Aspek yang pertama adalah teks haruslah mempunyai saiz font yang sesuai dan haruslah boleh dibaca dengan senang. Saiz font yang dipilih haruslah boleh dilihat dengan jelas walaupun dari jarak yang tertentu. Hal ini kerana, semasa memaparkan video, pelajarpelajar yang duduk di barisan paling belakang haruslah tidak menghadapi masalah untuk membaca maklumat yang tertera pada video. Aspek seterusnya pula, teks yang dipilih haruslah ditulis dalam warna yang senang dilihat. Warna teks yang dipih haruslah berkontra dengan latar belakang video yang kita hasilkan. Ini akan membanttu pelajar untuk melihat teks tersebut dengan senang. Sekiranya teks yang ditulis mempunyai

warna yang harmoni dengan latar belakang video, maka pelajar akan menghadapi masalah untuk membacanya dengan jelas. Aspek yang ketiga pula adalah, penggabungjalinan elemen-elemen multimedia lain seperti grafik. Penggunaan teks akan menjadi lebih menarik sekiranya ia digabungkan dengan elemen-elemen multimedia yang lain dan gabungan penggunaan media ini menjanjikan penyampaian maklumat yang lebih menarik, tepat dan menyeluruh. Di samping itu, sesuatu video yang berkesan juga haruslah mempunyai audio yang baik. Audio mampu meningkatkan motivasi dalam kalangan para pelajar agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat .Video yang dituruti dengan audio yang baik akan mampu menghasilkan video yang efektif. Hal ini demikian kerana video adalah hanyalah sebahagian daripada cerita. Audiolah yang mempunyai peranan yang penting dalam penyampaian maklumat. Audio dapat diklasifikasikan dalam beberapa jenis. Antaranya ialah rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya. Audio bolehlah digunakan untuk memberi penerangan tentang sesuatu aktiviti yang dirakam pada video. Ia akan membantu para pelajar untuk memahami bahan yang hendak kita sampaikan. Audio yang digunakan haruslah jelas dan tidak terlalu kuat sehingga murid-murid tidak memberi perhatian kepada video tetapi hanya mengikuti rentak muzik. Audio juga haruslah digunakan di tempat-tempat yang sesuai sahaja kerana ia boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya, apabila terdapat adegan seperti temu bual dalam video tersebut, muzik latar diperlahankan ataupun dihentikan agar para pelajar dapat mendengar dengan jelas. Selain itu, guru juga haruslah menggunakan pelbagai teknik dalam menyertakan audio dalam video. Antara teknik adalah seperti fade in dan fade out. Audio yang digunakan juga haruslah pelbagai untuk mengelakkan para pelajar berasa bosan dan mengantuk. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat, penggunaan video dalam pendidikan dapat membantu pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka. Selain

daripada itu, penggunaan video juga dapat membantu guru dalam mencapai objektif pembelajaran. Para guru haruslah peka terhadap perkembangan teknologi agar

pendidikan di Malaysia bukan sekadar penyampaian isi kandungan silibus semata-mata malah memperkayakan pelajar dengan pengalaman kehidupan sebenar.

Anda mungkin juga menyukai