Anda di halaman 1dari 8

Prosodi dan Suprasegmental Dalam linguistik, prosodi menjelaskan segala perkara yang berkaitan bentuk bunyi bahasa yang

dapat didengar di telinga, iaitu yang tidak dapat dijelaskan hanya dengan melihat simbol-simbol tulisan. Prosodi berfokus pada ujaran, iaitu yang ada kaitannya dengan intonasi dan rima. Prosodi turut melihat perubahan pada kepanjangan suku kata, kelantangan ,nada dan beberapa perkara lain yang berhubung dengan struktur bunyi ujaran yang dilafazkan. Di samping itu, dalam bahasa tulisan kita sering menggunakan tanda baca seperti tanda koma, titik bertindih, tanda soal dan sebagainya untuk menandakan sesuatu supaya pembaca peka terhadap perkara-perkara tertentu dalam teks yang dibacanya. Sebaliknya, dalam bahasa lisan kita menggunakan bunyi-bunyi tertentu pada kata, frasa, klausa dan ayat untuk mendapatkan perhatian pendengar. Bunyibunyi sedemikian bukanlah menandakan ciri- ciri ujaran seseorang individu, tetapi khusus digunakan dalam wacana lisan secara keseluruhannya. Ciri-ciri tersebut dinamakan suprasegmental atau ciri-ciri yang bukan segmental.

Ciri-ciri Prosodi

1. Tekanan dan kelantangan

Tekanan dalam ujaran digabungkan dengan ciri yang lain seperti perubahan dalam ton suara dan tempo. Tekanan merujuk kepada bunyi kata yang diucapkan lebih lantang daripada yang lain atau pengucapan kata yang dikuatkan. Tekanan merupakan satu cara untuk menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Tekanan dilakukan pada suku kata dan bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu. Tekanan bertujuan untuk menyedapkan percakapan atau bacaan untuk

menandakan tempat atau aspek yang perlu diberikan perhatian. 2. Intonasi Pelbagai intonasi yang berbeza menyatakan maksud tertentu kepada

pendengar. Kontur intonasi, sama ada meninggikan atau menurunkan ton suara boleh memberikan perbezaan yang menandakan ujaran tersebut berbentuk pernyataan atau penyoalan. Dalam keadaan tertentu, ada penutur yang menggunakan intonasi berbentuk pernyataan dengan maksud sebenarnya adalah untuk membuat permintaan dan ada juga yang menggunakan intonasi pertanyaan tanpa bermaksud untuk bertanya. 3. Tempo Kita bercakap lama atau sekejap, banyak atau kurang dengan kadar yang cepat untuk tujuan dan sebab yang berbeza-beza. Hal ini mungkin berlaku kerana kita berhadapan dengan situasi yang menghendaki kita melafazkan ujaran sedemikian. Tempo memberikan kesan kepada sesuatu makna untuk memberikan rangsangan dan mendapatkan perhatian.

4. Rima Pola tekanan, tempo dan nada secara bersama akan menghasilkan rima. Secara formal, rima digunakan dalam bidang muzik dan puisi. Dalam puisi, rima merujuk kepada bunyi yang sama pada huruf akhir atau kata akhir sesuatu rangkap seperti syair. Semua ujaran mempunyai rima. 5. Mora Mora atau panjang pendek ialah kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. Konsepnya sama dengan harakat dalam bahasa Arab. Lambang yang digunakan untuk menandakan panjang pendek itu ilah [:] dan disebut mora. Lambang [::] bermaksud dua mora manakala [.] bermaksud setengah mora.

6. Jeda Jeda disebut sebagai persendian. Unsur ini digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ujaran, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Lambang jeda ialah [#] dan apabila digunakan jeda boleh membawa makna yang berbeza. Lambang jeda yang digunakan bagi menunjukkan pemisahan antara suku kata atau perkataan ialah [+]. Dalam bahasa Melayu, lambang ini juga berfungsi bagi membezakan makna. 7. ntonasi Intonasi merupakan keadaan turun naik bunyi atau tinggi rendah suara semasa bercakap dan kadangkala disebut nada suara. Justeru, intonasi merujuk kepada variasi nada apabila bertutur. Intonasi dan tekanan ialah dua elemen yang penting dalam prosodi linguistik.Intonasi berperanan dalam menentukan jenis-jenis ayat dalam bahasa Melayu. Berdasarkan jenis ayat yang diujarkan, ayat-ayat tersebut boleh berbentuk mendatar, menaik, menurun dan sebagainya. Antara intonasi yang digunakan dalam ujaran ialah:

I. Intonasi menaik - bermakna nada suara dinaikkan mengikut masa. II. Intonasi menurun bermakna nada suara diturunkan mengikut masa. III. Intonasi puncak bermakna nada suara daripada naik kepada turun. IV. Intonasi dipping bermakna nada suara daripada turun kepada naik.

Tingkat nada dalam intonasi ditandai oleh angka 1,2,3 dan 4 yang membawa maksud yang berikut : I. Angka 1 menunjukkan nada yang paling rendah

II. Angka 2 menunjukkan nada permulaan ujaran

III. Angka 3 menunjukkan nada tekanan dalam ujaran

IV. Angka 4 menunjukkan nada yang paling tinggi

Suprasegmental Berfungsi Dalam Kemahiran Lisan

Memahami fungsi suprasegmental dalam pengajaran kemahiran lisan amat penting bagi para guru agar dapat memberikan kefahaman yang baik kepada para murid dan seterusnya menjadikan system pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan agar apa yang disampaikan oleh guru dapat difahami dan murid boleh menggunakan cirri-ciri suprasegmental yang betul dalam penggunaan penuturan bahasa Melayu. Berikut adalah cara bagaimana suprasegmental berfungsi dalam pengajaran kemahiran lisan bahasa melayu. Antara cara bagaimana suprasegmental dan prosodi berfungsi dalam Pengajaran Kemahiran Lisan adalah seperti berikut;

Murid dapat memahami penggunaan intonasi yang betul apabila bercakap atau berucap dalam kalangan orang ramai mengikut kesesuaian apa yang ingin diujarkan. Contohnya tekanan merujuk bagaimana seseorang individu itu dapat menggunakan intonasi intonasi yang betul ketika bercakap atau berucap berkenaan dengan sesuatu perkara. Lazimnya ucapan yang berunsur pengajaran biasanaya menggunakan intonasi yang lembut dan tidak keras. Manakala, dalam ucapan berunsur politik umpamanya biasanya menggunakan ujaran ujaran yang agar keras intonasinya kerana penyampaiannya agenda dan perkara yang ingin disampaikan perlu ditekankan dengan lebih baik lagi. Selain itu juga ia berfungsi untuk membezakan makna ayat juga

merupakan kepentingan suprasegmental dalam pengajaran lisan. Ini bermakna para murid akan diberi kefahaman tentang perbezaan perkataan yang lazimnya mempunyai makna yang berbeza tetapi mempunyai sebutan dan ejaan yang sama. Contohnya perkataan mereka merujuk kepada beberapa orang, manakala dengan ejaan yang sama mereka juga membawa makna mencipta sesuatu yang baru. Dengan mempelajari suprasegmental dalam bahasa akan memudahkan penyampaian makna yang ingin disampaikan.

Seterusnya ialah ia memudahkan kefahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran apabila mereka dapat mengetahui dan memahami perbezaan perbezaan yang wujud dalam system bahasa itu sendiri secara khusus. Komunikasi berkesan berhubungan dengan prosodi dan semantik masyarakat penutur sesuatu bahasa. Tanpa prosodi, semantik hanya dapat menjelaskan makna pada peringkat nahu sahaja. Situasi ini semestinya tidak memberikan makna rujukan yang tepat dalam konteks yang berkenaan. Dalam konteks lisan, prosodi melibatkan unsur-unsur prosodi seperti intonasi, tekanan, tekanan suara, kelantangan, kualiti dan tempo suara yang bersifat informatif. Penggunaan unsur-unsur ini tidak dilakukan secara sewenangwenangnya sebaliknya sama ada disedari atau tidak, perancangan sudah pun berlaku dalam sistem kognitif manusia yang normal. Selain itu juga fungsi suprasegmental ini memeberi pemahaman kepada murid bagaimana untuk bercakap mengikut ujaran yang betul. Sebagai contohnya murid meneyertai pertandingan syarahan. Dalam syarahan penggunaan unsur

suprasegmental adalah penting. Hal ini demikian kerana dalam syarahan kita perlu member penekanan atau meninggikan suara pada perkara yang ingin disampaikan dalam syarahan tersebut. Oleh hal yang demikian penekanan terhadap suatu perkataan merupakan satu fungsi bagaimana suprasegmental dan prosodi berfungsi dalam pembelajaran lisan bahasa melayu. Selain itu juga dalam kemahiran bercerita, penyampaian cerita yang menarik memerlukan penggunaan bahasa yang menarik. Unsur-unsur suprasegmental ini terdapat dalam kemahiran bercerita antaranya ialah intonasi, jeda, mora, tempo, kelantangan dan tekanan. Hal ini demikian kerana dalam kemahiran bercerita, penggunaan lenggok bahasa dan sebutan mengikut prosodi mampu menjadikan sebuah cerita yang disampaikan itu menarik. Hal ini juga akan menarik minat murid untuk mendengar cerita dan hal ini juga mampu meberikan kesan pemahaman yang lebih kepada sesiapa yang mendengar dan ia mudah digfahami oleh murid atau pendengar.

Selain itu juga penggunaan suprasegmental dalam pembelajaran lisan ini juga mampu menarik minat pelajar untuk mendengar perkara yang diajar oleh guru. Hal ini demikian kerana guru biasanya akan meninggikan suara apabila terdapat isi penting atau perkara penting yang ingin disampaikan. Oleh hal yang demikiaan murid akan sedar bahawasanya perkataan atau ayat yang ditekankan oleh guru itu adalah penting dan murid perlu lebih cakna akan perkara yang disampaikan oleh guru. Fungsi suprasegmental juga ialah mampu membuatkan murid mudah memahami dan mengingati proses pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Hala ini seperti perkara yang disebut di atas, guru menekankan perkara penting menggunakan unsure prosodi iaitu kelantangan dan tekanan terhadap perkataan. Sebagai contohnya guru menerangkan tentang faktor tanah runtuh. Antara faktor tanah runtuh ialah penarahan bukit. Penarahan bukit secara tidak terkawal akan menyebabkan berlakunya tanah runtuh,oleh itu guru akan meninggikan nada pada perkataan menarah bukit hal ini kerana perkataan tersebut merupakan perkara penting yang guru ingin sampaikan dalam pengajarannya.

Selain itu juga fungsi suprasegmental kepada murid ialah murid mampu mendeklamasikan sajak dengan gaya bahasa serta intonasi yang betul. Hal ini demikian kerana, dalam sajak sebutan intonasi, tempo, nada dan kelantangan mampu membuatkan sebuah sajak yang disampaikan itu menjadi lebih menarik dan sedap didengar. Menggunakan unsur suprasegmental intonasi,murid dapat mengawal tinggi rendah nada dalam menyebut perkataan. Tanpa menggunakan gaya ujaran yang betul, kemungkinana sebuah sajak yang disampaikan itu tidak menjadi. Dalam pengajaran lisan juga suprasegmental berfungsi sebagai adab bercakap. Hal ini kerana murid di sekolah berada dalam sebuah masyarakat yang besar dan ramai. Oleh itu fungsi suprasegmental ini ialah untuk mengawal percakapan murid atau interaksi murid dengan rakan, guru dan ibu bapa.

Murid tidak akan menggunakan perkataan yang sama apabila bercakap dengan individu berbeza contohnya antara guru dan rakan-rakannya. Apabila murid becakap dengan guru, nada yang digunakan oleh murid adalah rendah berbanding mereka becakap dengan rakan-rakan. Oleh hal yang demikian,pengawalan penggunaan nada tinggi atau rendah dapat menunjukkan seseorang individu atau pelajar itu beradab semasa bercakap.