Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Bismillahirahmanirahim Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi denganlimpah dan kurniaNya dapatlah juga saya menyiapkan tugasan WAJ

3105 (LiterasiNombor) ini dan dapat

menghantarnya pada tarikh yang ditetapkan. Saya memilih topik Asas Ukuran sebagai tajuk buku skrap saya. Ukuran merangkumi 3 topik penting iaitu ukuran panjang, masa dan waktu, isipadu cecair dan timbangan berat. Ukuran memainkan peranan yang sangat penting dalam hidupan harian. Ukuran adalah satu daripada tajuk yang paling menarik dalam kurikulum matematik sekolah rendah, kerana kita boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk mengajar secara hands on yang melibatkan pelajar untuk bereksperimen. Terdapat beberapa kekangan ketika membuat tugasan ini diantaranya adalah untuk menghasilkan soalan. Saya yang sukar untuk mentafsir nombor mengambil masa hampir dua minggu untuk merangka soalan dan menyelesaikannya. Untuk

menyelesaikan masalah ini, saya telah membuat rujukan di internet dan modul- modul soalan matematik yang berkait dengan topik ini. Saya membanding bezakan soalan yang ada dan mula merangka soalan yang baru. Oleh kerana tugasan ini diberikan ketika cuti pertengahan semester, saya tidak dapat untuk bertanya kepada pensyarah, oleh itu saya mengambil keputusa bertanyakan pendapat rakan-rakan yang mengambil elektif Matematik. Alhamdulilah, dengan rujukan yang dibuat serta penjelasan rakanrakan saya dapat menghasilkan 3 soalan topik pengukuran. Selain itu juga, untuk menyelesaikan masalah 3 soalan yang dirangka, saya sukar untuk memahami Model Polya yang mempunyai 4 langkah itu. Setelah membuat rujukan, akhirnya baru saya memahami penggunaan 4 langkah itu dalam

menyelesaikan masalah matematik. Malahan kaedah penyelesaian ini kita bukan sahaja dapat aplikasikan di dalam menyelesaikan masalah Matematik namun setiap masalah yang mungkin timbul dalam kehidupan seharian kita.

Banyak ilmu baharu yang saya perolehi antaranya konsep ukuran dan sukatan. Terdapat dua jenis ukuran iaitu, ukuran yang melibatkan penggunaan pembolehubah diskrit (objek yang dihitung, contohnya bilangan murid di dalam kelas) dan Ukuran yang melibatkan penggunaan pembolehubah selanjar, seperti panjang, tinggi, berat, masa dan isipadu. Ukuran dan sukatan adalah proses memberi nilai kepada satu ciri istimewa sesuatu objek, misalnya kuantiti fizikal seperti panjang, berat, luas, isipasu cecair dan masa. Membanding, membilang dan membuat anggaran merupakan asas bagi nombor bulat dan nombor nisbah yang boleh dikembangkan melalui pengalaman dalam ukuran dan sukatan. Penguasaan sesuatu kemahiran dalam unit ukuran panjang adalah amat penting kerana kita mudah menyelesaikan sesuatu soalan dengan adanya kemahiran dalam tajuk yang diajar. Seandainya kita tidak memahami dan menghafal rumus ukuran panjang tentunya jawapan yang diberikan oleh kita tidak tepat walaupun kita telah menguasai empat operasi asas matematik. Adalah penting bagi seseorang guru untuk memastikan setiap anak didiknya menguasai penukaran unit ukuran panjang memandang unit ini mempunyai lebih daripada satu perkaitan yakni rumus berbanding tajuk isipadu cecair dan timbangan berat. Pengalaman sedia ada murid dalam kehidupan disekeliling perlu dikaitkan murid agar mereka mendapat gambaran yang sebenar mengenai ukuran yang dijalankan dan bukan hanya mengetahui konsep sahaja namun belajar melalui pengalaman mereka.