Anda di halaman 1dari 1

KESIMPULAN Kurikulum ialah rancangan yang dilaksanakan dengan teratur dan terancang dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kurikulum boleh dibina dan digubal semula untuk kesesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Guru menjadikan kurikulum sebagai panduan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mengikut mata pelajaran yang di ajar. Kandungan kurikulum membantu guru dalam membina perancangan pengajaran dan menyusun aktiviti pelajar supaya matlamat dan objektif pengajaran dapat dicapai.

Oleh itu, jelas kelihatan bahawa kurikulum di Malaysia semakin berkembang dan selaras dengan perubahan kurikulum yang mewajibkan untuk pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun. Konsep kurikulum yang dibina tidak hanya memfokus kepada akademik semata-mata tetapi juga kepada kerohanian dan kemahiran serta perkembangan pelajar dalam membentuk insan yang beketrampilan.

Anda mungkin juga menyukai