Anda di halaman 1dari 2

PROJEK PSK- GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK (MOHAMAD RIDZUAN BIN MOHAMAD RAZALI)

REFLEKSI PROJEK BUBUR LAMBUK MOHAMAD RIDZUAN BIN MOHAMAD RAZALI 910105-08-5059 BM/PJ/KS (B)

Pepatah Melayu ada menyatakan,berat sama dipikul ringan sama dijingjing ,selaras dengan tugasan projek kali ini adalah untuk memasak bubur lambuk bagi diagihkan kepada penduduk setempat untuk juadah berbuka puasa.Masjid Sultan Abdul Halim Muazzamshah, Sungai Limau Dalam,Yan Kedah telah menjadi tempat saya belajar berinteraksi dengan lebih baik sewaktu berurusan untuk projek yang melibatkan masyarakat luar kampus. Ketika prose penyediaan bubur lambuk itu sedang dilaksanaakan,kami menerima arahan dan panduan daripada pihak urusetia masjid untuk memudahkan kami membantu meringankan tugasan mereka

menyediakan bubur lambuk.Saya selaku AJK Kebersihan untuk projek ini telah bersedia dengan pelbagai perancangan untuk memastikan bahawa kawasan masjid terutamnya ruanagn memasak akan sentiasa kemas dan bersih. Selain itu ,projek ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara saya dan rakan-rakan sekuliah dengan masyarakat setempat.Bertepatan dengan keadaan kami yang baru mula menyewa di kawasan kampung berdekatan masjid tersebut untuk melaksanakan Praktikum Fasa 2.Setelah bubur lambuk siap dimasak,ianya perlu dibiarkan sehingga suam sebelum dimasukkan ke dalam plastik,jadi kami

menggunakan masa senggang tersebut untuk bersama-sama memotong bahanbahan yang akan digunakan untuk memasak bubur lambuk keesokkan harinya.

PROJEK PSK- GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK (MOHAMAD RIDZUAN BIN MOHAMAD RAZALI)

Mengikut pengalaman urusetia ,untuk membungkus bubur lambuk mengambil masa satu jam untuk menghabiskan kesemua bubur yang berada di dalam periuk.Namun,dengan kehadiran kami masa yang diambil untuk membungkus lebih tiga rastus bungkus bubur lambuk hanya mengambil masa setengah jam.Proses membungkus bubur lambuk dilakukan sepenuhnya oleh kami dan pihak urusetia hanya memantau.Saat ini,saya belajar tentang keperluan sesuau perkara itu dilakukan secara sistematik walaupun hanya membungkus bubur lambuk.Sistematiknya cara kami menguruskan proses membungkus bubur lambuk adalah dengan mengagihkan tugasan mengikut bahagian tertentu sepert menyeduk bubur ke dalam

plastik,mengikat bungkusan bubur lambuk dan yang terakhir menyusun bubur di dalam bakul besar dengan cermat supaya tidak pecah. Melalui program ini saya yakin bahawa dalam proses menjadi guru yang cemerlang ,elemen kemahiran komunikasi amat penting dalam memastikan guru bukan sahaja berperanan besar di dalam kawasan sekolah malah mampu menjadi pemimpin dalam kalangan ahli masyarakat setempat.Guru merupakan golongan yang sepatutnya sentiasa menadahui dalam agenda mencorak pemikiran masyarakat setempat . Saya juga melihat bahawa profesion selaku seorang guru dipandang tinggi oleh masyarakat terutama di kawasan kampung dan pedalaman.