Anda di halaman 1dari 3

KESAN PONTENG SEKOLAH Ponteng sekolah sebenarnya tidak pernah menjanjikan kebaikan dan keseronokan kepada pelajar.

Malah, ia mendatangkan keburukan pada diri pelajar itu sendiri. Antara kesan-kesan negative yang timbul ialah seperti berikut: 1. Pembaziran masa dan tenaga Kesan yang dihadapi jika pelajar ponteng sekolah terutamanya adalah masa dan tenaga mereka akan dirugikan kerana masa yang dibazirkan tidak akan dipulang ataupun dikembalikan. Jika mereka dapat menggunakan masa mereka dengan baik iaitu tidak ponteng sekolah dan mementingkan pelajarannya, mereka akan berjaya dalam masa yang akan datang dan kerjayaannya dapat memberi kehidupan yang baik dan selesa kepada generasi seterusnya. 2. Masyarakat memandang serong kepada pelajar Kesan kedua yang dihadapi adalah masyarakat akan memandang rendah ataupun hina kepada mereka dan ini secara tidak langsung mereka akan memalukan maruah keluarga. Sebagai contoh, apabila seseorang ternampak sekumpulan pelajar tengah ponteng sekolah, satu-satunya pendapat mereka terhadap pelajar tersebut adalah mereka adalah sampah masyarakat kerana mereka tidak dapat memberi perkhidmatan kepada masyarat pada masa depan. Masyarakat juga akan memarahi ibu bapa mereka kerana mereka tidak dapat mendidik anak-anaknya dengan baik dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai penjaga. 3. Masa Depan tidak terjamin Kesan lain yang akan dihadapi adalah pelajar tersebut adalah mereka akan ditertawakan oleh rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan masa depan pelajar ini akan hancur kerana mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan.

4. Menjejaskan Peratus Kedatangan Pelajar Walaupun sudah dinyatakan kesan serta akibat daripada gejala ponteng sekolah namun risiko yang perlu ditanggung oleh para pelajar disebabkan gejala sosial ponteng sekolah lebih ditekankan kepada peratus kedatangan pelajar.

KESAN PONTENG SEKOLAH

1. Pembaziran masa dan tenaga

4.Menjejaskan Peratus Kedatangan Pelajar

KESAN-KESAN PONTENG SEKOLAH

2. Masyarakat memandang serong kepada pelajar

3. Masa Depan tidak terjamin

Anda mungkin juga menyukai