Anda di halaman 1dari 8

Pendahuluan

Kurikulum Bahasa Melayu digubal sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Melaluinya, murid dapat di latih untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara gramatis. Dengan pengetahuan yang meluas dan pembentukan asas yang kukuh di kalangan pelajar, pelajaran Bahasa Melayu dapat di kembangkan dan di gabungkan dengan elemen elemen lain seperti pelajaran sains, geografi, sejarah dan sebagainya. Pengajaran yang berkesan dalam Bahasa Melayu memerlukan penyediaan Huraian Sukatan Pelajaran bagi setiap tahun pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi objektif khusus pembelajaran sebagai rujukan guru bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya. Di dalamnya, pengajaran turut di lengkapkan lagi dengan kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum. Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996, menetapkan bahawa Bahasa Melayu menjadi mata pelajaran atau disiplin ilmu teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan yang paling penting sebagai bahasa perpaduan kepelbagaian kaum dan latar belakang masyarakat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu mempunyai harapan yang mulia bagi membina rasa bangga terhadap bangsa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Ini merupakan satu usaha penting bagi menyemai semangat kekitaan dan cintakan negara.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) merupakan satu dokumen yang menjadi panduan guru bagi melaksanakan pengajarannya. Dalamnya terdapat beberapa aspek yang berkaitan dengan isi kandungan bahasa Melayu dan hala tuju yang hendak dicapai. Aspek itu merangkumi matlamat dan objektif pengajaran bahasa Melayu, pengisian kurikulum, kandungan bahasa, sistem bahasa dan Kemahiran Bernilai Tambah. Aspek-aspek ini menjadi panduan kepada guru dalam pengajarannya. Tujuannya agar pengajaran bahasa Melayu antara sekolah adalah seragam, terkawal dan bersistem. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (HSPBM) memberikan maklumat khusus dan menghuraikan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita cita murni semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. HSPBM memperjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Penjelasan tersebut di lakukan dengan terperinci dan di bahagikan kepada tiga aras iaitu aras asas ( aras 1) , aras sederhana (aras 2), dan ( aras 3) aras cemerlang.

HSPBM menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Dengan menggunakan kreativiti dan kesesuaian tahap pelajar guru akan memilih, menyusun, dan mengolah aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penekanan juaga diberikan kepada unsur bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi , kemahiran belajar cara belajar, dan pelbagai lagi. Nilai-nilai murni turut di terapkan bagi menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran yang menyeluruh dan merangkumi pelbagai aspek pendidikan.

Hasil Pembelajaran Objektif pembelajaran ialah pernyataan yang menjelaskan hasil atau produk pembelajaran yang diharapkan dapat dikuasai murid pada akhir unit sesuatu pelajaran dan dapat pula diukur atau dilihat untuk dijadikan sebagai bukti bahawa objektif pembelajaran berlaku kepada murid.Kegagalan mengenalpasti dan menyiapkan objektif pembelajaran akan menyebabkan guru gagal mengenal pasti topik yang hendak diajarkan menyebabkan kaedah atau strategi pengajaran yang di pilih tidak sesuai.Selain itu, keberkesanan pengajaran dan pencapaian murid gagal dicapai, apatah lagi menilai pelaksanaan rancangan pengajaran. Pengajaran pemulihan atau pengayaan kepada murid tidak dapat di laksanakan. Hasilnya, terjadilah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang hanya memenuhi tanggungjawab atau sekadar cukup syarat.Guru Bahasa Melayu yang bertanggungjawab harus rasa bimbang dengan sikap sambil lewa selama ini terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di bilik darjah kerana ia akan menjejaskan strategi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memartabatkan bahasa Melayu di sekolah.

Penerapan 5 P Penerapan 5p merujuk kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang di gunakan sebagai panduan dalam menyediakan Rancangan Pengajaran Harian yang bertepatan dengan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. 5P merujuk kepada penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain. Melalui peneyerapan, pengajaran bahasa Melayu akan menyerapkan unsur unsur ilmu dan nilai-nilai murni .Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan lain-lain. Pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. Pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran. Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.

Rancangan Pengajaran Harian Tingkatan: 1 Dakwah Mata pelajaran: Bahasa Melayu (KOMSAS) Tarikh: 31 Julai 2013 (Rabu) Masa: 1.00 2.00 Bilangan pelajar: 39 orang Tajuk pelajaran: Sepucuk Surat Daripada Kawan Objektif pelajaran: Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat 1. Menghuraikan sekurang-kurangnya dua pengajaran dan dua nilai berdasarkan watak di dalam cerpen Sepucuk Surat daripada Kawan. 2. Menghasilkan sekurang-kurangnya dua soalan mudah dan jawapannya dalam bentuk dialog adaptasi cerpen Sepucuk Surat daripada Kawan. Fokus Utama; 10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran, nilai dan pengajaran. Aras 3 (ii) Membaca untuk menghuraikan pengajaran dalam karya puisi dan prosa (cerpen). Fokus Sampingan; 1.1 Berbual dan berbicara tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian yang menyentuh diri, keluarga, rakan dan masyarakat dengan menggunakan kata , intonasi dan nada yang sesuai. Aras 1 (v) Mengemukakan soalan mudah untuk berkongsi idea, pengetahuan serta pengalaman, dan memberikan jawapan yang sesuai dalam perbualan secara bertatasusila. Sistem Bahasa; Tatabahasa; Sintaksis; Pola Ayat Dasar (Frasa Nama) Kosa kata; telatah, gelinjang, senggang dan menyelongkar. Pengisian Kurikulum; Ilmu; Pendidikan Agama Islam Nilai; Bekerjasama, Kasih sayang. Kemahiran Bernilai Tambah; Kemahiran Berfikir; mengkonsepsikan idea Kecerdasan Pelbagai; Interpersonal Bahan Bantu Mengajar; 1. Tayangan powerpoint bertajuk Sepucuk Surat daripada Kawan 2. Buku teks KOMSAS cerpen bertajuk Sepucuk Surat daripada Kawan 3. Lembaran kerja dan 10 keping gambar Pengetahuan Sedia Ada; Pelajar mempunyai kawan/sahabat dan pernah berhubung melalui surat.

Huraian RPH Sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah di rancang di atas merupakan sesi pengajaran pelajaran Komsas yang bertajuk Sepucuk Surat daripada Kawan. Set induksi yang di jalankan adalah untuk mewujudkan satu latar di mana pelajar dapat mewujudkan perkaitan di antara pengalaman hidup pelajar dengan apa yang akan di pelajari. Melalui cara ini, pelajar dapat menghayati dan menerima dengan lebih mudah mesej yang ingin di sampaikan. Langkah satu merupakan satu aktiviti untuk mencapai dan menyediakan pelajar ke arah memenuhi atau mencapai apa yang di nyatakan dalam objektif pertama hasil pembelajaran iaitu menghuraikan sekurang-kurangnya dua pengajaran dan dua nilai berdasarkan watak di dalam cerpen Sepucuk Surat daripada Kawan. Objektif ini bertujuan memenuhi fokus utama pembelajaran. Di dalam langkah satu, objektif fokus utama belum dapat di capai tetapi langkah satu berperanan untuk menyediakan pelajar mencapai fokus utama dengan memahami dan mendalami terlebih dahulu cerpen bertajuk Sepucuk Surat daripada Kawan. Setelah pelajar melalui langkah satu, barulah pelajar bersedia untuk memenuhi fokus utama pembelajaran iaitu menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran, nilai dan pengajaran melalui pembacaan untuk menghuraikan pengajaran dalam karya puisi dan prosa (cerpen). Dengan berpandukan fokus ini, pelajar membaca dan memahami di dalam langkah satu dan menghuraikan pengajaran dalam karya prosa di dalam langkah dua. Ini berlaku semasa pelajar mengaitkan pengajaran dan nilai di dalam gambar yang di edarkan dengan pengajaran dan nilai yang wujud di dalam cerpen. Langkah ketiga bertujuan memenuhi fokus sampingan pembelajaran iaitu berbual dan berbicara tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian yang menyentuh diri, keluarga, rakan dan masyarakat dengan menggunakan kata , intonasi dan nada yang sesuai. Arasnya ialah mengemukakan soalan mudah untuk berkongsi idea, pengetahuan serta pengalaman, dan memberikan jawapan yang sesuai dalam perbualan secara bertatasusila. Oleh itu, pelajar di minta berkongsi pengetahuan berkenaan dengan cerpen mengenai sahabat dan menggunakan format dialog dalam berbual dan berbicara. Dengan cara itu, guru dapat menilai adakah pelajar benar- benar mencapai objektif yang kedua di dalam hasil pembelajaran iaitu menghasilkan sekurang -kurangnya dua soalan mudah dan jawapannya dalam bentuk dialog adaptasi cerpen Sepucuk Surat daripada Kawan. Sebagai penutup, pelajar akan merumuskan pelajaran pada hari tersebut dan guru memberikan pujian kepada pelajar kerana dapat menghasilkan dialog yang baik dan menarik. Secara umumnya, sesi pengajaran dan pembelajaran yang di jalankan mendapat respon yang positif di kalangan pelajar kerana terdapat bahan menarik seperti tayangan video dan powerpoint bertajuk Sepucuk Surat daripada Kawan. Pelajar juga kelihatan bersemangat untuk mengikuti setiap langkah kerana melibatkan beberapa aktiviti seperti mencari pengajaran dan nilai di dalam cerpen berdasarkan gambar yang telah di edarkan.

Akan tetapi, masih wujud beberapa masalah yang sedikit sebanyak memberi kesan ke atas sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu; 1. Pelajar tidak sempat menghabiskan bacaan cerpen tersebut dan menyebabkan pelajar kurang faham perjalanan dan plot-plot di dalam cerpen. 2. Powerpoint yang disediakan masih sedikit dan tidak dapat memenuhi kehendak pelajar untuk menjalani sesi pembelajaran. 3. Gambar yang di edarkan kepada setiap pelajar mengelirukan dan menyukarkan usaha pelajar melengkapkan lembaran kerja. 4. Aktiviti mengadaptasi cerpen tersebut menjadi dialog tidak sesuai dengan aras kerana ia memerlukan pemikiran dan kebolehan yang agak tinggi. 5. Sesetengah pelajar tidak memahami apakah kehendak setiap aktiviti. Oleh itu, secara keseluruhannya bagi mengatasi masalah-masalah atau halangan di atas, guru perlu menyediakan powerpoint yang lebih lengkap dan dapat memberi pandua dan gambaran yang jelas kepada pelajar bagi mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu memastikan bahan bantu mengajar yang di pilih bukan sahaja bersesuaian malahan juga memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran.

Rujukan
1. Noreidah binti Othman (Editor) (2012) Kasut Kelopak Jantung. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Buku Panduan Guru, Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (KOMSAS) 3. Adenan Ayob, (2012)Kaedah pengajaran bahasa melayu.Kuala Lumpur.Oxford fajar. 4. Nik Safiah Karim...[et al]. (2006)Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Kamus Dewan. Ed ke-4 (2007) Kamus Dewan.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Khairuddin A., Rushmani R.,(2011) Twitter Bahasa Melayu. Selangor. Info Didik Sdn Bhd.

KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH MENENGAH


KPLI-SM-KDC-SABK-JUN 2012 PENGAJIAN MELAYU (MAJOR) TAJUK RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MUHAMMAD ZULZAINUL ARIFFIN BIN MARZUKI 830804-13-5131

Anda mungkin juga menyukai