Anda di halaman 1dari 2

Pendahuluan pernyataan masalah

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang berbentuk formal dimana ia boleh membentuk pemikiran, tingkahlaku dan sikap murid-murid bagi melahirkan generasi yang seimbang baik dari segi mental dan rohani (Mohd Salleh Lebar, 1997). Selain itu, sekolah juga akan berperanan membentuk pola budaya generasi pada masa akan datang. Ini kerana sekolah merupakan wadah pendidikan yang sentiasa berusaha untuk memperkembang potensi individu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual serta dapat memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat dan negara. Semua pelaksanaan pendidikan yang mencakupi bidang kurikulum, kokurikulum, khidmat tolong bantu, profesionalisme guru, pengurusan tenaga kerja, kebajikan disiplin pelajar serta yang berkaitan adalah berpusat kepada institusi pendidikan. Untuk merealisasikan harapan, cita cita dan matlamat negara iaitu untuk membina sebuah negara maju tanpa mengabaikan nilai agama dan moral, institusi pendidikan perlu menyediakan landasan disiplin yang berkesan kepada pelajar kerana pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif dikalangan pelajar sekolah. Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata. Jika dilihat antara idealisme masa depan negara dengan realiti masa kini, wujudnya jurang yang besar di mana jumlah kes jenayah dikalangan pelajar kita pada hari ini yang bakal menerajui negara kita adalah semakin meningkat. Nampaknya semakin maju dan membangun negara kita, semakin luntur pula nilai moral masyarakat.

Justeru itu, dalam keghairahan merancang dan merencana pelbagai projek raksasa agar negara kita seiring dengan era ledakan informasi dan pembangunan industrialisasi yang mantap, kita seharusnya tidak meminggirkan projek raksasa dalam pembinaan insan. Secara umum, kita mengetahui bahawa persekolahan, pembelajaran dan pendidikan adalah rangkaian gerak kerja yang tidak boleh dipisahkan.

Anda mungkin juga menyukai