Anda di halaman 1dari 14

NUR AMIRA ISMAIL SUHAIZA SHUIB

Perkataan sosio-emosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi. SOSIAL : Kamus Pelajar Edisi Pertama : segala hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Kamus Dewan Edisi Ketiga : segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.

Perkembangan sosial adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses ini melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanakkanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979).

Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu emovere yang membawa maksud untuk keluar. Emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.

Kamus Advanced Learners English-Malay Dictionary (2001) : perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti kasih, gembira, benci, takut, dan sebagainya. Daniel Goleman : sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.

Perkembangan emosi merangkumi kemampuan individu untuk mengenali, mengekspresikan dan menguruskan perasaan serta mempunyai perasaan empati terhadap orang lain. Justeru, sosio-emosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.

Perkembangan Sosio-emosi merupakan perkembangan penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.

Erik Erikson menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanakkanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan di dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu.

Peringkat Konflik 0-1 (Bayi) Kepercayaan Lawan Ketidakpercayaan

Ciri-Ciri Perkembangan Emosi Rasa kepercayaan dibina dalam tahun pertama Membina rasa kepercayaan secara peringkat Membina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi Ketidakpercayaan akan membentuk tingkah laku negatif Keinginan memiliki kuasa Keinginan membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri Merasa malu jika tidak diberi kuasa Merasa malu didepan orang Merasa takut melakukan kesalahan

1-3 (Awal Kanak-Kanak) Autonomi Lawan Malu/Ragu

Peringkat Konflik 3-6 (Awal Kanak-Kanak Tadika) Inisiatif Lawan Serba Salah

Ciri-Ciri Perkembangan Emosi Belajar cepat Bergerak cepat Peka kepada yang betul dan salah Merasa serba salah jika diketawakan Membina sikap negatif jika merasa serba salah Keinginan menguasai sesuatu Keinginan berjaya Menguasai kemahiran asas fizikal dan sosial Memerlukan peneguhan positif/ penghargaan terhadap tugas yang disempurnakannya Merasa kompleks rendah diri jika dikritik.

6-11 (Kanak-Kanak) Kerajinan Lawan Kompleks Rendah Diri.

Peringkat Konflik 12-20 (Remaja) Identiti Lawan Keliruan Identiti

Ciri-Ciri Perkembangan Emosi Cuba memahami diri Menghadapi krisis identiti Sensitif kepada perubahan badan dan imej diri Membentuk konsep kendiri positif dan juga negatif Perkembangan emosi berlandaskan emosi dari peringkat peringkat dahulu. Berusaha terus mencari identiti Berusaha membentuk ikatan kemesraan Sesetengah individu yang gagal kerana pengalaman kecewaan, terus keterasingan

21-25 (Awal Dewasa) Kemesraan Lawan Keterasingan

Peringkat Konflik 26-60 (Dewasa) Generativiti Lawan Inaktiviti

Ciri-Ciri Perkembangan Emosi Generativiti bermaksud memberi sumbangan kepada generasi berikutnya atau melakukan aktiviti produktiviti Individu akan berasa kecewaan kerana gagal dalam pencapaian yang bermakna. Integriti adalah hasil kebangaan terhadap kehidupan yang berharga Orang tua yang kurang puas hati dengan kehidupannya akan takut akan kematian.

61 Ke Atas (Masa Tua) Integriti Lawan Putus Asa

Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Indah. (2010). Permainan yang Merangsang Perkembangan Sosioemosi dan Kognitif Kanak-kanak. Diakses dari http://impreschoolteacha.blogspot.com/20 09/09/permainan-yang-merangsangperkembangan.html