Anda di halaman 1dari 33

PENGURUSAN PERKHIDMATAN MAKANAN (GTN 311)

RANCANGAN PERNIAGAAN

JUICIA CORNER (JC)

TARIKH DISIAPKAN: 10 MEI 12 MEI 2012

Sharifah Suraya bt Syed Mustaffa 105178 Salasiah bt Muhamed Puji 105177 Nurul Nadia bt Yusof 105174 Anis Ellyanna bt Mansor 105161 Nabila bt Shahman 105169

KANDUNGAN
RINGKASAN EKSEKUTIF KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 2.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN 3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK 5.0 SKOP PERNIAGAAN 6.0 RANCANGAN PENGURUSAN 7.0 RANCANGAN TEKNIKAL DAN PENGELUARAN 8.0 PEMASARAN

9.0 ASPEK KEWANGAN 10.0 SANITASI DAN KESELAMATAN 11.0 JUSTIFIKASI dan PENUTUP LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN
1.1 Industri minuman berkhasiat dan konfeksioneri (confectionery) merupakan bidang yang semakin berkembang di Malaysia. Produk makanan ini semakin menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan keperluan dan gaya hidup mereka yang semakin mementingkan pemakanan yang sihat, dan penjagaan kesihatan. 1.2 Bermula dengan minat yang mendalam terhadap pembuatan jus buah buah-buahan, dan makanan berbentuk pastri (tart buah-buahan), disusuli dengan permintaan yang semakin meningkat, kami telah membuat keputusan untuk mengorak langkah secara serius dan seterusnya bercadang untuk menubuhkan Juicia Corner (JC) serta akan mendaftarkan syarikat ini secara rasmi pada Jun 2012. 1.3 Premis perniagaan yang ditinjau berpotensi terletak di kawasan universiti atau pusat pengajian, dimana terdapatnya komuniti pelajar yang besar. Peluang ini membolehkan kami mempromosi dan menjual produk kami dengan lebih berkesan. Pemilik premis ini bakal menyediakan khidmat penjualan dan tempahan untuk cafeteria dan kantin kawasan sekitarnya. 1.4 Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai usahawan bumiputra dalam memperluaskan produk makanan halal, Juicia Corner (JC) berharap dapat menjadi syarikat berdaya saing dan maju, seterusnya dapat memperkembangkan lagi perniagaan kami.

2.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN


2.1 Tujuan kertas kerja ini disediakn adalah untuk membentangkan perancangan perniagaan Juicia Corner (JC) yang menjalankan perusahaan minuman jus buah-buahan, dan konfeksioneri (tart buahbuahan) memfokuskan aspek pengurusan, pemasaran, perkhidmatan dan kewangan syarikat kepada pihak MARA, seterusnya untuk memohon pembiayaan berjumlah RM 60,000. 2.2 Tempoh pembiayaan adalah selama 5 (LIMA) tahun dan pemohon turut memohon tempoh bernafas selama 2 (DUA) bulan. Kos pelaburan projek adalah sebanyak R M60,000 merangkumi sebanyak RM 5,100 adalah modal awal pemohon manakala bakinya yang perlu dimohon melalui permohonan pembiayaan perniagaan ini. 2.3 Tujuan pembiayaan ini untuk kos disenaraikan seperti berikut: 2.4 Pembelian mesin dan alat kelengkapan Pengubahsuaian kedai Pembayaran gaji pekerja untuk bulan pertama

Pengiraan pembayaran dan nilai ansuran pokok bulanan yang dirancang adalah sebanyak RM500.00 (Rgt LIMA RATUS) sebulan selama 5 (LIMA) tahun dengan faedah sebanyak 5% (LIMA PERATUS). terperinci adalah seperti berikut: Butir-butir

2.4.1 Nilai Pembiayaan : RM60,000.00 2.4.2 Kadar Keuntungan : 5% 2.4.3 Keuntungan Pembiayaan : RM3,000.00 setahun 2.4.4 Jumlah Pembiayaan : RM12,000.00 setahun 2.4.5 Bayaran Balik Bulanan : RM1000.00 sebulan
3.0

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN


3.1 Nama Syarikat 3.2 Alamat Syarikat : : Juicia Corner (JC) No. 3 Jalan Hj. Mustaffa Raja Kamala, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

3.3 Alamat Operasi

No. 3 Jalan Hj. Mustaffa Raja Kamala, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

3.4 Alamat E-mel 3.5 No. Tel / Fax

: :

juiciac@gmail.com 05-4552525 Jun 2012 [cadangan] Jun 2012 [cadangan] Produk minuman jus buah-buahan, dan makanan konfeksioneri (tart buah-buahan)

3.6 No. Daftar Perniagaan : 3.7 Tarikh Daftar Niaga 3.8 Aktiviti Perniagaan : :

3.9 Pemilikan 3.10 Modal Permulaan 3.11 Bank Berurusan 3.12 Alamat Bank 3.13 No Akaun Bank 3.14 Pelan lokasi

: : : : : :

Pemilikan Tunggal (100% Bumiputera ) RM 60,000.00 Maybank [cadangan] Tanjung Malim [cadangan] [cadangan] rujuk lampiran 1

4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK


4.1 Nama Pemilik 4.2 Jawatan 4.3 Alamat : : : Sharifah Suraya binti Syed Mustaffa Pengurus No. 3 Jalan Hj Mustaffa Raja Kamala 35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan 4.4 Telefon 4.5 E-mel : : 010-8112233 shayaez_jc@gmail.com 901101-08-5332 01 November 1990 Melayu Islam Bujang Ijazah Sains Kesihatan (Dietetik), USM i) Pegawai Dietetik

4.6 No. Kad Pengenalan : 4.7 Tarikh Lahir 4.8 Bangsa 4.9 Agama 4.10 Taraf Perkahwinan : : : :

4.11 Kelulusan Akademik : 4.12 Pengalaman Kerja :

ii) Pembantu Restoran 4.13 Kursus Dihadiri : i) Asas Usahawan ii) Skim Latihan Galakan Perniagaan 2011

5.0 SKOP PERNIAGAAN


5.1 Aktiviti Perniagaan 5.1.1 Mempromosi dan menjual minuman (jus buah-buahan segar) dan makanan konfeksioneri (tart buah-buahan) sebagai jualan utama di premis perniagaan 5.1.2 Menyediakan tempahan tart buah-buahan untuk kawasan dalam lingkungan 25 km meliputi kawasan perumahan, sekolah, university, kolej, pejabat/syarikat, cafe dan restoran serta kedai stesen minyak.

5.2 Produk / Perkhidmatan Yang Ditawarkan 5.2.1 Kafe Juicia Corner ini menawarkan produk seperti berikut: a) Pembuatan jus buah-buahan b) Pembuatan tart buah-buahan 5.2.2 Manakala perkhidmatan adalah seperti

a) Menerima tempahan untuk majlis keramaian seperti majlis hari jadi dan majlis makan. b) Menerima tempahan dan pesanan daripada pejabat atau syarikat untuk tart buah-buahan bagi jamuan mesyuarat, frum kecil, perjumpaan minum petang dan sebagainya.

5.3 Potensi Perniagaan 5.3.1 Berdasarkan kepada analisis dan kajian pasaran yang dibuat, perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup besar untuk dikembangkan khususnya di sekitar kawasan Tanjung Malim daerah Batang Padang. Ini kerana Tanjung Malim merupakan Bandar kecil yang berdekatan sempadan Selangor, Ulu Bernam dan Rawang.

6.0 RANCANGAN PENGURUSAN


6.0 Struktur Organisasi

Pemasaran

Pembuatan

6.1 Fungsi dan Tangggungjawab

6.1.1 Pemilik / Pengurus a) Mengawasi, mengawal dan mengurus perjalanan operasi dan kewangan syarikat dari semua aspek. b) Mengawal pengeluaran keluar masuk bahan mentah. c) Memastikan proses pembuatan produk mengikut prosedur yang telah ditetapkan. d) Bertindak sebagai penghantar bekalan sekiranya perlu.

6.1.2 Bahagian Pemasaran a) Terdiri daripada pengurus dan pekerja sebagai kumpulan pemasaran. b) Merangka program-program promosi yang bakal dijalankan di lingkungan kawasan sasaran. c) Menjalankan tinjauan terhadap pasaran serta mendapatkan maklum balas pengguna terhadap kualiti produk. d) Mencari pasaran-pasaran dan produk baru yang berpotensi untuk diperkenalkan kepada pelanggan. e) Mewujudkan dan merangka satu sistem di mana pelanggan dan syarikat dapat menjalinkan suatu hubungan yang berkekalan. 6.1.3 Bahagian Pembuatan a) Terdiri daripada pekerja sambil diseliakan oleh penyelia.

b) Merupakan kumpulan yang menghasilkan dan memastikan pengeluaran kesemua produk adalah mengikut jadual yang ditetapkan. c) Memastikan kualiti produk sentiasa dalam kawalan dan berada pada tahap yang terbaik. d) Memastikan kesemua peralatan dan kelengkapan sentiasa diselenggara dengan baik dan selamat digunakan. e) Memastikan stok bahan mentah sentiasa mencukupi.

6.1.4 Bahagian Jualan a) Memastikan susun atur barang-barang jualan dikedai sentiasa mencukupi dan memenuhi kehendak pelanggan apabila diminta.

6.2 Gaji dan Ganjaran 6.2.1 Perniagaan Juici Corner sentiasa memastikan hubungan yang baik antara pekerja dapat dikekalkan dengan menyediakan pakej gaji yang berpatutan. Gaji dan ganjaran kakitangan untuk tahun yang pertama adalah seperti di bawah:

Jawatan 1. Pengurus 2. Pekerja 1 3. Pekerja 2 4. Pekerja 3 5. Pekerja 4 Jumlah sebulan Jumlah setahun

Gaji (RM) 4,800.00 900.00 900.00 900.00 900.00 8,400.00 100,800.00

Socso (RM) 55.00 24.00 24.00 15.00 15.00 123.00 1596.00

KWSP (RM) 165.00 86.00 86.00 55.00 55.00 447.00 5364.00

Jumlah (RM) 5,000.00 1,000.00 1,000.00 1,000.00 1,000.00 9,000.00 108,000.00

6.3 Strategi Pengurusan 6.3.1 Pengurusan perniagaan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Pengurusan yang sistematik dan dinamik dapat memastikan syarikat kami sentiasa dapat mengekalkan dan memperbaiki prestasi ke arah yang lebih baik dan maju. Amalan dan strategi pengurusan yang dipraktikkan di sini meliputi:

a)

Mengamalkan budaya bekerja dalam berkumpulan atau berpasukan (teamwork) di kalangan para pekerja.

b)

Memberi peluang latihan yang berterusan kepada setiap pekerja meliputi aspek latihan pembuatan dan pengeluaran produk di samping latihan pengurusan dan pemasaran.

c) Memastikan maklum balas daripada pelanggan dan pekerja turut diberi perhatian dengan mengadakan sesi khas dalam mesyuarat bulanan di mana perbincangan antara pihak pengurusan dan pekerja diadakan bagi mengatasi dan memperbaiki segala kelemahan. d) Membuat analisis prestasi syarikat pada setiap akhir tahun dan berusaha untuk mendapatkan taraf pensijilan ISO dan sebagainya.

7.0 RANCANGAN TEKNIKAL & PENGELUARAN


7.1 Kemudahan Asas 7.1.1 Premis perniagaan ini terletak di kawasan universiti di mana terdapat komuniti para pelajar. Kemudahan infrastruktur yang sedia ada meliputi kemudahan mengakses internet (Wifi), bekalan elektrik dan air telah lengkap. Kawasan ini dikatakan strategik kerana terletak tidak jauh dari pusat bandaraya yang mana di sekitarnya terdapat beberapa kolej dan pejabat-pejabat awam dan swasta. Walaupun ruang kedai yang terhad ia masih dapat memberikan keselesaan kepada pelanggan yang datang berkunjung. Susun atur peralatan dalam kedai ini masih dapat

memberikan suasana tenang dan sesuai untuk dijadikan persinggahan sementara untuk menghilangkan penat. 7.2 Harta Tetap dan Peralatan yang Dimiliki 7.2.1 Memandangkan perniagaan ini dijalankan atas konsep minuman, jadi tidak banyak peralatan dan kelengkapan kedai yang perlu dimiliki. Antara aset dan kelengkapan kedai yang telah dimiliki setakat ini adalah seperti berikut: 7.3 Harta Tetap Kelengkapan yang Diperlukan 7.3.1 Selain peralatan dan kelengkapan asas yang sedia ada, pertambahan beberapa peralatan yang sesuai dan khusus amat diperlukan. 7.4 Stok Bekalan Bahan Mentah 7.4.1 Stok bekalan bahan-bahan akan dikawal kuantiti dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kerosakan serta bagi mempastikan bahanbahan tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan berkualiti agar menjamin penghasilan produk yang baik. Bekalan bahan-bahan tidak menjadi masalah kerana dapat disimpan sendiri dalam alat kelengakapan yang sedia ada. 7.5 Senarai Pembekal Barang 7.5.1 Juicia Corner telahpun mengenalpasti pembekal yang dapat membekalkan pelbagai kelengkapan serta bahan bahan mentah membuat jus dan tart. Pembekal tersebut ialah: No. Nama Syarikat Pembekal 1. FAMA Agro Bazaar Plus Highway - R&R Ulu Bernam Produk Dibekalkan Buah-buahan

2.

Kasih Bakery No. 5, Taman Muhibbah ,Jalan Ketoyong, 35900 Tanjong Malim, Perak. TEL : 013-3112705

Membekalkan tart

7.6 Susun Atur Premis Niaga 7.6.1 Butiran susun atur premis niaga seperti di Lampiran 2. 7.7 Strategi Pengeluaran 7.7.1 Di antara strategi perkhidmatan yang diaturkan oleh pihak syarikat adalah seperti: a) Memberikan perkhidmatan yang cekap, pantas dan efisyen. b) Sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan merujuk kepada maklum balas pelanggan. c) Memberikan kemudahan yang sesuai dan selesa untuk pelanggan bersantai. d) Memberikan banyak pilihan buahan-buahan dan toppings untuk pilihan pelanggan.

8.0 PEMASARAN
8.1 Perkhidmatan Dan Harga Yang Ditawarkan 8.1.1 Syarikat menyediakan pelbagai jenis minuman dan pastri tart. Senarai produk disenaraikan seperti di bawah: No 1 2 3 Jenis Buah Tembikai Tembikai susu Mangga Kuantiti 1/18 1/6 1/2

4 5 6 7 8 9 10 11 12

Nenas Pisang Jambu Buah naga Oren Epal Kiwi Anggur Strawberi

1/6 1 1/6 1/8 1 1 1/2 100g 1

No. 1 2 3 4 5 6

Jenis Topings Aiskrim Vanila Coklat sprinkle Ceri Cocktail Del monte Perasa strawberi Coklat chips

Jenis Belian NO. 1. JUS 1 2. JUS 2 Jenis 1 jenis buah 2 jenis buah Harga RM 4.00 RM 7.00

3. JUS 3

3 jenis buah

RM 10.00

Jenis Topings

Jumlah 1 jenis topings

Harga RM 1.00

NO. 1 2. 3.

Jenis Tart kiwi Tart strawberi Tart anggur

Harga RM 3.50 RM 3.50 RM 3.50

8.2 Kumpulan Sasaran 8.2.1 Kumpulan sasaran yang dikenalpasti sebagai sebahagian daripada pelanggan meliputi: a) Kumpulan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi (UPSI). b) Kumpulan pekerja-pekerja dari sektor awam dan swasta di sekitarnya. c) Kumpulan pelajar-pelajar daripada sekolah rendah dan sekolah menengah di sekitarnya. d) Pelanggan restoran. e) Internet (Laman Web). 8.3 Kawasan Pasaran

8.3.1 Kawasan pasaran yang dikenalpasti berpotensi untuk dipasarkan meliputi kawasan berkeluasan 25 (DUA PULUH LIMA) kilometer persegi atau dalam radius 5 (LIMA) kilometer. Kawasan yang dikenalpasti secara tempatan meliputi: a) Kawasan di sekitar premis perniagaan dan kawasan perumahan sekitar daerah batang padang. b) Kawasan kantin dan di UPSI. c) Kawasan Kantin Tabika, Sekolah Rendah dan Menengah di sekitar. d) Kawasan restoran dan di sekitarnya. e) Stesen minyak yang berhampiran. f) Masjid dan surau di sekitar. 8.4 Pesaing 8.4.1 Di kawasan perumahan Tg. Malim ini sendiri telah terdapat beberapa pengusaha kecil kecilan yang mengusahakan perniagaan yang berlainan konsep. Namun begitu, mereka mengusahakan perniagaan yang lebih merangkumi pelbagai menu seperti makanan dan minuman. Kelainan yang kami bawa adalah jus buah yang disediakan adalah berlainan daripada jus di gerai kebiasaanya. Di antara pesaing tersebut ialah:

Nama perniagaan 1.Perniagaann Frozen Food Lot Penjaja

Produk ditawarkan Roti,frozen food (karipap dan samosa), kek dan lain-lain Roti dan pastri

Kekuatan -Terletakberhadapan dengan jalan utama -Terletak sebaris dengan kedai-kedai makan - Merupakan tempat kunjungan pelajar universiti - Premis perniagaan yang strategik. - Baru beroperasi - Pilihan jenis roti masih terhad -Terletak di hujung

Kelemahan -Nama perniagaan yang tidak jelas - Tiada promosi - Baru beroperasi - Kedai yang tidak menarik - Baru beroperasi - Pilihan jenis roti masih terhad -Sudah lama

2.Azimah Roti

3. Coffee Cafe Minuman

pelbagai kopi simpang jalan dan aneka -Dikenali penduduk donut

beroperasi -Tidak dapat sambutan -Tiada aneka menu

8.5 Saiz Pasaran 8.5.1 Berdasarkan analisis yang dibuat merujuk kepada jumlah keseluruhan kumpulan sasaran, dianggarkan daripada 10 (SEPULUH) orang pelanggan, 2 (DUA) orang atau dengan kata lain 20% (DUA PULUH PERATUS) daripada jumlah keseluruhan adalah merupakan pelanggan berpotensi. 8.6. Formula andaian saiz pasaran adalah seperti berikut di bawah: Saiz Pasaran = Angka berpotensi(%) X Bilangan penduduk Maka saiz pasarannya ialah; Saiz pasaran = 20% X 68,300 = 13,660 u 8.6 Kuasa Beli Pelanggan 8.6.1 Daripada data-data yang diperolehi melalui tinjauan ke beberapa premis perniagaan, pejabat, sekolah dan juga rumah kediaman di mana terdapat kirakira 68,300 (ENAM PULUH LAPAN RIBU dan TIGA RATUS) orang penduduk di kawasan perumahan Tg. Malim dan sekitarnya. Sejumlah 20% (DUA PULUH PERATUS) angka tersebut adalah merupakan saiz bagi kuasa membeli yang berjumlah 13,660 (TIGABELAS RIBU ENAM RATUS dan ENAM PULUH) u. Ini akan menghasilkan pendapatan dengan jangkaan sebanyak RM124,400.00 (Rgt SATU RATUS DUA PULUH EMPAT RIBU dan EMPAT RATUS) sebulan. Butirbutir kuasa membeli disenaraikan seperti di bawah: Kumpulan Sasaran Bilangan penduduk Saiz (20%) Kuasa Beli Jumlah (RM)

1.Penduduk Tmn 65,000 Seri Malim 2.Pekerja di pejabat dan pasaraya 3.Penduduk sekitar Taman 500

13,000

RM4 x 2 kali sebulan x 13,000 RM5 x 12 kali sebulan x 100

104,000.00

100

6,000.00

800

160

RM5 x 8 kali sebulan x 160

6,400.00

4.Sekolah - 2 buah Jumlah

2000 68,300

400 13,660

RM2 x 10 kali sebulan x 400

8,000.00 124,400.00

8.7 Syer Pasaran 8.7.1 Berdasarkan kepada analisis pesaing (rujuk 8.4), didapati peratusnya adalah rendah untuk lingkungan kawasan sasaran pasaran ini. Namun faktor lain perlu diambil kira seperti lokasi perniagaan yang juga mempunyai lingkungan kepadatan dan juga pesaing oleh pengusaha daripada luar kawasan mahupun pengusaha kecil-kecilan daripada rumah dan sebagainya. Oleh itu sasaran syer pasaran dianggarkan sekitar 20% (DUA PULUH PERATUS). 8.8 Anggaran Jualan 8.8.1 Bagi memperoleh angka anggaran jualan sebulan, kita merujuk kepada formula: Jumlah anggaran = Syer pasaran(%) X Kuasa beli = 20% X RM124,400.00 = RM24,880.00 Maka itu menjadikan, RM24,880.00 sebagai anggaran jualan sebulan.

8.9 Strategi Pemasaran

8.9.1 Promosi Di antara strategi promosi yang dilakukan oleh Juicia Corner bagi memperkenalkan perniagaan kepada pasaran adalah: a) Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan dengan mencipta sistem keahlian untuk pelanggan tetap dan sebagainya. b) Memberikan profil perniagaan kepada bakalbakal pelanggan besar seperti syarikat -syarikat untuk mendapatkan kontrak membekal secara berkekalan. c) Mengedarkan pamplet dan brosur secara berkala pada kawasan-kawasan strategik yang menjadi laluan sibuk orang ramai seperti stesen bas, kolej-kolej dan sebagainya. (rujuk lampiran 3) d) Memasang banner sebagai salah satu langkah mempromosi pelancaran / pembukaan kiosk. (rujuk lampiran 3) e) Mempromosikan kedai di saluran mediamassa seperti internet dengan menyediakan akaun facebook dan twitter untuk tujuan pemasarn. f) Mengagihkan kad perniagaan kepada bakal pelanggan yang berpotensi. g) Menyediakan uniform yang seragam dan kemas kepaada para pekerja sebagai mencipta imej korporat pada premis agar menjadi tanda niaga yang baik kepada pelanggan.

8.9.2 Lokasi Lokasi premis terletak di kawasan yang mudah dilihat iaitu berhadapan jalan besar UPSI, berdekatan dengan pasaraya, bank, sekolah, pejabat swasta dan sebagainya. Aktiviti perniagaan yang lain yang terdapat di sekitarnya menjadikan kawasan ini sebagai tumpuan\ pelanggan dan menjadikannya lokasi yang strategik. (rujuk lampiran 1) 8.9.3 Harga

Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berpatutan, kompetitif dan ia berkonsepkan price-follower atau harga pasaran\ iaitu mengikut kadar pasaran seperti yang ditetapkan pesaing-pesaing lain. 8.9.4 Produk Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah berkualiti dan setara dengan harganya. Perniagaan juga sentiasa mengikuti perubahan semasa ekonomi dan kehendak pasaran supaya perkhidmatannya sentiasa kekal kompetitif dan diterima pelanggan.

9.0 BELANJA, MODAL DAN PENGURUSAN


Butir butir yang terkandung dalam di dalam perbelanjaan mengurus Juicia Corner adalah seperti berikut: Jenis perbelanjaan Gaji dan elaun pengurus Gaji pekerja 1 bulan pertama (RM) 5000.00 4000.00

Utiliti - Bil air - Bil elektrik - Gas memasak Alat tulis dan belanja pejabat Iklan dan promosi Penempahan Tart Insurans kedai Insurans pekerja Jumlah 1 bulan Modal buka perniagaan (Bulan pertama) No. 1. 2. 3. 4. Perkara Lesen PBT/ROB Deposit dan sewa premis Iklan dan promosi Insurans Kedai Pekerja (5 X RM 200) Jumlah

50.00 100.00 80.00 50.00 500.00 1200.00 300.00 1000.00 12,280.00

Jumlah (RM) 500.00 2800.00 500.00

300.00 1000.00 5100.00

Modal membeli bahan mentah (2 hari) No. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Bahan Tembikai Tembikai susu Mangga Nenas Pisang Jambu batu Buah naga Oren Harga seunit (RM) 2.00 4.00 1.00 1.50 2.00 6.00 8.00 Harga per kilo (RM) 3.00 2.50 2 2 5 5 2 4 3 3 Unit Kos 4.00 8.00 15.00 7.50 5.00 8.00 18.00 24.00

9. 10. 11. 12. 13. 14. 17. 18. 19.

Epal merah Epal hijau Kiwi Anggur Strawberi Ais Aiskrim vanilla Ceri Egg tart

1.00 1.50 1.33 14.00 1.00 4.00 8.00 5.00 0.80

24 24 10 2 40 5 3 2 100 Jumlah

24.00 36.00 13.33 28.00 40.00 20.00 24.00 10.00 80.00 364.83

Modal membeli bahan kering (2 hari) No. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Bahan Gula Cocktail Del monte Coklat chips Coklat sprinkle Perasa strawberi Susu segar Dutch lady Bekas minuman plastic Straw saiz M Tisu Beg plastic Kotak tart Harga seunit (RM) 2.20 10.00 11.00 5.60 0.50 5.00 0.10 0.10 0.50 Harga per kilo (RM) 6.00 4.50 Unit 3 5 2 2 3 10 100 2 100 100 50 Jumlah Kos 6.60 50.00 12.00 9.00 33.00 56.00 50.00 10.00 10.00 10.00 25.00 271.60

Senarai Mesin, Alat Kelengkapan, Perabot, Peralatan Kebersihan dan Lantai Jenis Harga Seunit (RM) MESIN Mesin pengisar Philips HR2707 ALAT KELENGKAPAN Dapur gas Tart chiller/display (3 kaki) 115.00 850.00 1 1 115.00 850.00 119.00 5 595.00 Bil Jumlah (RM)

Fruit chiller/display (6 kaki) Chiller display cabinet Penapis air (Bio-Aura) Kabinet dapur berbentuk L siap sinki Rak pinggan Mangkuk buah Tray besi Papan pemotong buah Pisau Chef jenama Kiwi Pisau pemotong buah Dulang plastik Balang kaca isi topping Sudu besi Senduk kecil Penyepit Measuring spoon Piring Periuk bertangkai saiz besar Periuk bertangkai saiz kecil Pemanas air elektrik PERABOT Kerusi makan Meja makan Meja bar Lampu dinding Lampu gantung Air-conditioner York

3095.00 2445.00 650.00 4130.00 116.00 4.50 8.90 6.50 4.30 2.00 3.50 15.00 0.50 1.00 2.50 1.50 2.00 150.00 85.00 95.00

1 1 2 1 1 13 13 7 7 3 20 7 10 7 15 6 20 1 1 1

3095.00 2445.00 1300.00 4130.00 116.00 58.50 115.70 45.50 30.10 6.00 70.00 105.00 5.00 7.00 37.50 9.00 40 150.00 85.00 95.00

65.00 105.00 215.00 75.00 79.00 1600.00

6 3 2 2 1 3

390.00 315.00 430.00 150.00 79.00 4800.00

LG LCD TV 42 Meja pengurus Kerusi pengurus Cermin solek PERALATAN KEBERSIHAN Tong sampah kecil Tong sampah hitam saiz besar Mop Baldi mop Baldi Penyapu Kain lap Good Morning LANTAI DAN PINTU Lantai dapur &ruang hadapan (23.1 ft X 16.5 ft) Dinding ruang hadapan ( 13.2 ft X 5 ft) Dinding ruang dapur 13.2 ft X 10 ft 9.9 ft X 10 ft Dinding kaca (10 ft X 10 ft) Pintu (7 ft X 3.3 ft) Pintu kayu CAT cat

1450.00 105.00 75.00 65.00

1 1 1 1

1450.00 105.00 75.00 65.00

17.90 12.90 9.50 5.90 3.90 6.90 1.50

3 2 2 2 2 2 10

53.70 25.80 19 11.80 7.80 13.80 15.00

7.50

382

2860

132

792

6 6 40 40

264 198 1 1

1584 1188 4000 924

100

500

Jumlah

1172

33,359.20

10.0 SANITASI DAN KESELAMATAN


10.1 Kebersihan makanan - Makanan yang dijual perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan dan diperolehi oleh pengguna dalam keadaan yang bebas dari kontaminasi, penyingkiran atau penambahan atau tidak diperlukan. - Memastikan bahan basah dan kering diperiksa setiap hari untuk pantauan kualiti.

- Memastikan segala bahan disimpan pada tempat dan suhu yangs sesuai. - Mengelakkan buah-buahan dan tart terdedah di luar/ suhu bilik terlalu lama untuk mengekalkan kesegarannya. - Menggunakan penyepit, sudu dan sarung tangan ketika terlibat dengan penyediaan makanan.

10.2

Kebersihan peralatan - Elakkan persentuhan dengan makanan yang sudah dibersihkan dan menggunakan peralatan yang sesuai. - Kesemua peralatan yang digunakan untuk memasak dan menyediakan makanan hendaklah sentiasa dicuci, dilap, dikerigkan dan disimpan di tempat yang sepatutnya.

10.3

Kebersihan pekerja - Memastikan pengendali makanan tidak mengidap sebarang penyakit ketika bekerja (mendapatka suntikan kesihatan). - Memastikan pakaian pekerja bersih setiap hari, sesuai, dan memakai penutup kepala apabila mengendalikan makanan.

10.4

Kebersihan persekitaran - Menyediakan dispenser area di suatu sudut dalam kedai, dimana pekerja akan membuang segala sisa dalam kedai ke sana. - Menyediakan tong sampah besar di luar kedai, dan memastikan pekerja akan membuang sampah ke tong tersebut setiap hari sebelum tamat waktu kerja. - memastikan kebersihan tandas, sinki dan surau supaya tidak berbau dan bebas kuman.

- Memastikan kesemua ruang dan barangan didalam restoran dijaga dan dibersihkan dengan baik dan terkawal.

10.5

Prosedur pelupusan makanan

10.5.1 Makanan (jus dan tart) yang tidak habis dijual biasanya akan diberikan secara percuma kepada pekerja. 10.5.2 Sisa makanan (tart), bekas minuman, tisu dan plastik yang kotor serta buah-buahan yang buruk, busuk dan lembik tidak akan melalui longkang, tetapi diasingkan dan diletakkan di dalam plastik sampah yang khas (polyethylene). 10.5.3 Plastik sampah yang mengandungi sisa makanan tadi akan dibuang ke dalam tong sampah besar yang disediakan di belakang kedai sebelum dikutip oleh Majlis Perbandaran Tanjong Malim dan dilupuskan di pusat pelupusan sampah. 10.5.4 Longkang dan kawasan belakang akan diperiksa. Jikan terdapat sebarang sisa makanan yang tertinggal atau terjatuh, ia akan dibersihkan dengan segera untuk mengelakkan daripada tersumbat atau berbau.

11.0 JUSTIFIKASI DAN PENUTUP


Oleh kerana kedai kami terletak di kawasan insititut pengajian dan berhampiran pelbagai kemudahan lain seperti bank dan perhentian bas, kami yakin kedai kami mampu bertahan dan menjadi pilihan pelanggan. Walaupun terdapat beberapa persaingan disana, tetapi kedai kami merupakan satusatunya kedai yang menawarkan menu ringkas dengan suasana santai, dan dapat memberi kelainan kepada pengunjung. Diharapkan, kedai kami ini akan terus maju dan berkembang pesat di masa akan datang.

LAMPIRAN 1 (Pelan Lokasi)

LAMPIRAN 2 (Susun Atur Kedai)

Keluasan kedai = 7m x 5m

Tempat penyimpanan bahan mentah

LAMPIRAN 3 (Promosi)