Anda di halaman 1dari 14

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

TEATER BAWANG MERAH dan BAWANG PUTIH


Watak utama : 1. 2. 3. 4. BAWANG MERAH : Cecelia Bintang Anak Richard BAWANG PUTIH : Siti Nursyafiqah Binti Junaidi MAK LABU : Brian Ginsos MAK KUNDUR / IKAN KALOI / SUARA GHAIB : Chang Li Kye

Watak Sampingan :1. 2. DATUK MENTERI : Calventino Bin Akim SULTAN : Edwin Anak Luyoh

BABAK 1 Monodrama Nenek Kebayan Ini adalah keluarga Pak Labi yang sering bertelagah setelah kematian Pak Labi. Isteri pertamanya, Mak Kundur sering dibuli dan dimarahi oleh Mak Labu. Mak Kundur ini, orangnya penyabar dan baik hati. Madunya, Mak labu pula berhati busuk. Kejam. Ananknya Bawang Merah juga macam itu. Dia perasan dia cantik. Kedua anak beranak i ini kejam dan zalim. Jauh sekali jika dibandingkan dengan Bawang Putih. Bawang Putih, orangnya cantik, baik hati, penyabar dan tabah. Selalu disakiti oleh Mak Labu dan Bawang. Kasihan! Kasihan! Para penonton, saksikanlah cerita ini hingga ke hujungnya.

Babak 2
1

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

(Aksi Mak Kundur sedang membuat kerja rumah). (Mak Labu masuk pentas dan terjatuh) Mak Labu Bawang Merah Mak Labu atas Bawang Merah Mak Labu : Aduh, sakitnya! : Kenapa, mak? : Hoi, Kundur? Apa yang kau buat? Kau letak minyak lantai ni, ya? Jahatnya, kau! : Hiii, jahatnya! : Nah, rasakan, kau!

(Mak Labu memukul Mak Kundur) Mak Kundur : Kenapa ni, Labu? Semua kerja yang aku buat, jadi tak betul pada pandangan kamu.

(Mak Kundur beransur pergi menuju ke perigi untuk membasuh pakaian. Dari jauh, kelihatan Mak Labu dan Bawang Merah sedang merancang untuk menghapuskan Mak Kundur) Bawang Merah Mak Labu : Mak, cuba mak fikir macam mana kita nak hapuskan si Mak Kundur tu. : Emmm... bagaimana ya, merah?

(Bawang Merah membisikkan sesuatu kepada Mak Labu. Mereka ketawa terbahak-bahak) (Berdekatan dengan perigi itu, kelihatan Mak Kundur yang sedang membasuh pakaian di perigi itu.Perlahan-lahan, Mak Labu berjalan mendekati Mak Kundur) Mak Labu Mak Kundur : Kak Kundur, mari saya bantu kak kundur. : Tidak mengapalah, Labu. Aku boleh cuci sendiri. Terima kasih ya, Labu.

Bawang Merah : Eh, sombong orang tua ini. Nak dibantu pun, tak mahu. Mak Labu Mak Kundur : Aku tolong, ya Kak Kundur. : Kalau begitu katamu wahai Labu, terima kasih, ya.
2

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

Mak Labu

: Kak Kundur cedukkan air, biar ku bilas.

(Mak Kundur bangun untuk menimba air dari perigi. Tibatiba Mak Labu menolak Mak Kundur ke dalam perigi. Mak Kundur terjatuh ke dalam perigi.Mak Labu meronta meminta tolong sambil memanggil nama Bawang Putih). Mak Kundur Mak Labu : Tolong! Tolong! Putih, tolong ibu! Putih! : Mampuslah engkau! Tiada seorang pun yang akan datang selamatkan kau, Kundur! : Ha! Ha! Padan muka perempuan tua ni.

Bawang Merah

(Mak Labu dan Bawang Merah ketawa terbahak-bahak meninggalkan Mak Kundur yang terkapai-kapai dalam perigi.Akhirnya Mak Kundur mati lemas. Mak labu dan Bawang Merah berlari meninggalkan Mak Kundur yang telah mati lemas itu.) BABAK 3 (Bawang Putih masuk pentas : Bawang Putih sedang mengemas rumah. Bawang merah datang menerpa ke arah Bawang Putih) Bawang Putih : Penat sungguh hari ni. Mana ibu tak balik-balik lagi ni. Hari dah hampir senja.

Bawang Merah : Putih! Ho, Putih! Mana budak comot ni? Mana kau ya? Putih! Bawang Putih : Ya, Kak Merah!

Bawang Merah : Hooo... di sini rupanya kau! Menyorok ya? Curi tulang? Bawang Putih : Ada apa, kak Merah? Ambil ni. (Bawang merah melemparkan

Bawang Merah : bajunya

kepada muka Putih) . Pergi basuh baju aku. Basuh bersih-bersih.


3

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

Bawang Putih Sampai

Kak

Merah,

Putih

penat!

Kasihanilah

Putih.

hati kak merah buat Putih macam ni. (Bawang Putih merayu-rayu dikasihani Merah) Bawang Merah : memanglah aku sampai hati. Ha! Ha! (Tiba-tiba Bawang Merah ternampak seutas kalung) Bawang Merah : Wah, cantiknya kalung ini! Cantiknya! Bawang Putih : Kak Merah, itu kalung Mak Putih. Kembalikan kepada Putih.

Bawang Merah : kalung ni bertambah cantik jika aku yang pakai. (Bawang Putih masih merayu-rayu) Bawang Merah : Mak! Ooo Mak! Mak Labu : Ada apa, Merah?

Bawang Merah : Cantik tak Merah, mak? (Bawang Merah menunjukkan kalung kepada Mak Labu) mak Labu : Wah, cantiknya! Mana merah dapat ni?

Bawang Merah : Merah jumpa di situ, Mak? Cantik tak merah pakai kalung ni? Bawang Putih : Mak Labu, itu kalung kepunyaan mak Bawang putih. Kembalikan kepada Putih. Tolonglah, kak Merah! : Amboi! Bila masa Mak kau ada kalung ni? Tak pernah ku lihat pun.

Mak Labu

Bawang Merah : Rupa tak cantik! Comot! Ada hati nak pakai kalung cantik begini. Ha! Ha! Bawang Merah : Cepat! Pergi basuh baju aku. ( Putih menangis tersedu-sedan. Badannya keletihan. Dia tertidur. Dalam tidurnya, dia bermimpi) (bayangan Mak Kundur berada dihujung kaki Putih)
4

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

Mak Kundur : Putih, ibu telah mati ditolak ke dalam sebuah perigi lama oleh Mak Kundur semasa ibu menceduk air.Ibu tidak sangka dia tergamak melakukan perbuatan itu terhadap ibu. Ibu telah menjadi seekor ikan kaloi dalam perigi. Bawalah makanan untuk ibu sekepal nasi melukut dan sayur keladi. Kalu tidak, ibu tidak dapat berkata -kata lagi untuk selama-lamanya.Ingatlah anakku, kau jagalah dirimu baik-baik. Sekarang ibu hendak pergi dahulu (bayangan Mak Kundur hilang)- keluar pentas. (Sebaik sahaja emaknya meminta diri, Bawang Putih pun terjaga dari tidurnya) (Bawang Putih menangis sekuat-kuat memanggil-manggil nama ibunya) Bawang Putih Mak hatinya sambil

: Ibu! Ibu!.. Sampai hati Mak Labu! Sampai hati Labu membunuh ibu. (Putih merintih sedih mengenangkan nasibnya)

Bawang Putih

: Nasi melukut? Sayur keladi?

(Bawang Putih terus menuju ke dapur menyiapkan nasi melukut dan sayur keladi dan menuju ke perigi) (Bawang Putih menangis sambil memanggil ibunya.) Bawang Putih : Mak....Mak...Ikan kaloi,Timbullah Bawang Putih datang,Nasi melukut sayur keladi,Untuk mak makan di pagi hari.

(Bawang Putih bergurindam) Wahai perigi perigi airnya biru Tempat bermain bermain pari dan mambang Mohon izinkan hamba merayu ibu Izinkan hamba merayu ibu bagi penawar hatiku yang bimbang wahai bonda ibu kandungku Wahai bondaku bondaku si ikan kaloi Timbullah bonda
5

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

ooh timbullah tunjukkan diri nasi melukut dengan sayur keladi nasi melukut sayur keladi untuk bondaku di pagi hari Wahai bonda ibu kandungku (Sebaik sahaja Bawang Putih bergurindam, ikan kaloi itu pun timbul. Tanpa disedari, segala gerak laku Putih diperhatikan oleh Merah dari jauh dicelah semak.Gurindam Putih dihafal) (Setelah selesai memberi ikan kaloi makan, Bawang Putih pun pulang. Bawang Merah berbisik dalam hatinya.) Bawang Merah : Oh, di sini rupanya si Bawang Putih datang harihari. Aku akan khabarkan kepada ibu. (Bawang Merah berlari pulang ke rumah dan mengadu kepada emaknya) Bawang Merah : Mak! Oooo Mak! Mak Labu : Ada ape, Merah? Terpekik-pekik!

Bawang Merah : Ada gosip lah, mak. Mak Labu : Gosip? Gosip apa?

( Bawang Merah berbisik sesuatu kepada ibunya, Mak Labu) Mak Kundur : Oh begitukah? Nanti aku akan tangkap ikan itu! (mak labu terkejut) (Mak Labu dan Bawang Merah pergi ke perigi itu dan membawa sekepal nasi melukut dan sayur keladi) Mak Labu : Merah, cepatlah nyanyi! Nyanyi? Merah tak pandai nyanyi. Kalau

Bawang Merah : bersolek Mak Labu

tu, Merah pandailah. : Kau ni, Merah. Tadikan Merah yang dengar. Cepatlah!

Bawang Merah : Ya, lah! Kejap. Merah nak ambil mood dulu. ( Bawang Merah pun bergurindam)
6

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

Mak...ooo Mak..si Ikan kaloi, Timbullah Bawang Putih dah datang, Nasi melukut sayur keladi, Untuk mak makan di pagi hari. (Ikan itu tidak timbul. Bawang Merah bergurindam lagi) Mak...ooo Mak..si Ikan kaloi, Timbullah Bawang Putih dah datang, Nasi melukut sayur keladi, Untuk mak makan di pagi hari. (Selepas beberapa lamanya, barulah ikan itu timbul. Sebaik sahaja ikan itu timbul, ikan itu pun ditangkap oleh Mak Labu) Mak Labu Bawang Merah Mak Labu Bawang Merah Mak Labu : Ha! Dapat pun ikan ni, Merah! : Pandainya, mak! Padan muka Putih. Ha! Ha! Ha! : Jom, Merah! Kita balik. : Ikan ni kalau digoreng, sedap rasanya! : Kita bagi si Putih tu makan.

(Aksi di rumah) Bawang Merah Bawang Merah : Putih! Hooo Putih! Mana si Putih ni. : Putih! Putih!

(Bawang Putih datang tergesa-gesa) Bawang Putih Bawang Merah Bawang Putih : Ya, Kak Merah! Ada apa? : Putih penat tak? Lapar tak? : Penat, Kak Merah. Lapar!

(Mak Labu menghidangkan makan tengahari) Mak Labu tengah Bawang Putih : Bawang Putih, mak dah masakkan makan

hari untuk Putih. Putih makanlah, ya! : Mak Labu dan Kak Merah masak? Untuk Putih?
7

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

Bawang Merah : Iya lah! Aku dan mak aku masak. Kau ingat aku tak pandai masak ke? Bawang Putih Terima Bawang Merah Bawang Putih : Baiklah Mak Labu. Terima kasih, Mak Labu. kasih, Kak Merah. : Nanti lepas makan, cuci pinggan tu, ya! : Ya, Kak!

(Bawang Putih makan hidangan tersebut dengan penuh berselera. Bawang Merah dan Mak Labu mengintai dari dapur) Bawang Putih dan : Alhamdulillah, kenyangnya! Baik juga hati Mak Labu Bawang Merah, ya! Tak sangka! (Tiba-tiba, Bawang Putih teringatkan ibunya, si Ikan Kaloi. Diambilnya sekepal nasi melukut dan sayur keladi. Bawang Putih pergi ke perigi untuk memberi ikan kaloi itu makan. Bawang Putih bergurindam. Berkali-kali Bawang Putih mengalunkan gurindam tetapi ikan kaloi itu tidak timbul-timbul) (Bawang Putih menangis teresak-esak) Bawang Putih : Ibu! Ibu! Mana ibu? Kenapa ibu tidak timbul?

(...tiba-tiba muncul satu suara ghaib) Suara ghaib : Tidak usahlah engkau menangis Bawang Putih. Ikan kaloi sudah ditangkap oleh Mak Bawang Merah dan sudah dibuat gulai yang engkau makan semalam. Sekarang engkau carilah tulang-tulangnya dan tanamlah. (Bawang Putih mencari-cari arah suara itu. Dia terkejut. Tidak disangkanya gulai yang dimakan semalam adalah gulai ikan kaloi, ibunya. Bawang Putih termuntah-muntah. Sebaik saja suara itu ghaib... ) Bawang Putih : Ibu! Ibu! (Bawang Putih menangis tersedu-sedan) (Putih berlari menuju ke arah buaian pohon beringin di atas bukit sambil memanggil-manggil ibunya) Bawang putih : Ibu! Ibu! Putih rindukan ibu.
8

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

(Bawang Putih berada di bawah pohon beringin. Dilihatnya tergantung sebuah buaian. Dengan hati yang sebak dan pilu, Bawang Putih berbuai. Sambil berbuai, Bawang Putih menyanyi) Laju Laju Buaiku laju Pohon beringin tegaknya tinggi kalau rendah menyapu bumi penghibur aku menolong aku bertiuplah oh angin bayu laju laju buaiku laju akulah anak yatim piatu (Sultan mengangkat panah menghala kearah goyangan pohon renek itu) Datuk Menteri Sultan : Ampun tuanku, cuba dengar suara perempuan sedang menyanyi. : Dato Menteri, milik siapakah suara itu?

(Pengiring baginda sultan memasang telinga.) Dato Menteri : Ya, Tuanku! Merdu sungguh suara itu.

(Suara Sultan dan pengiring-pengiringa mengejutkan Putih. Nyanyian Putih terhenti. Putih berlari meninggalkan buaiannya tanpa menoleh ke belakang.Tanpa disedari selendang ibunya tertinggal di buaian itu) Sultan : Tuan hamba ! Tuan hamba!

(Sultan memanggil Putih berulang kali. Tanpa mempedulikan panggilan itu, Putih terus berlari). (Sultan dan pengiringnya menghampiri buaian itu. Selendang Putih diambil dan diciumnya) Sultan Hati beta : Dato Menteri, siapakah gerangan gadis itu? telah terpaut. Merdu benar suaranya. Apa pandangan Dato Menteri ? Dato menteri Sultan yang : Ampun Tuanku, Molek benar dijadikan permaisuri negeri Indera Pura. : Kalau begitu.. wahai hulubalang-hulubalang beta
9

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

gagah perkasa. Carikan gadis itu. Ambil selendang ini sebagai bukti. (Keesokan harinya, Sultan dan pengiring-pengiring menjelajah kampung yang berada berhampiran hutan itu. Setiap rumah dikunjungi. Namun hampa, pemilik selendang itu tidak dijumpai. Sehinggalah ) Datuk Menteri : Assaalamualaikum. Mendengar salam

(Mak Labu berada di dalam rumah. secara perlahan). Dipasangnya telinga. Datuk menteri : Assalamualaikum! (Mak Labu membuka pintu rumah) Mak Labu Datuk Menteri Mak Labu Datuk Menteri

: Waalaikumussalam. Siapakah tuan hamba? : Hamba Datuk Menteri! : Datuk Menteri? Menteri mana? : Datuk Menteri kepada Sultan Indera Pura.

(Datuk Menteri berpaling kepada Sultan) Mak Labu : Ampun Tuanku, mengangkat sembah) Datuk Menteri beribu ampun. ( Mak Labu

: Tuan hamba, kelmarin kami terlihat seorang gadis bermain buaian di bukit sana. Selendang ini milik gadis itu. : Gadis ? Oh..memang ada. Gadis itu ialah anak patik. Kenapa Dato menteri? : Tuan hamba, Tuanku Sultan Indera Pura amat untuk memperisterikan gadis itu sebagai permaisuri Indera Pura.

Mak Labu Dato Menteri berminat

Mak Labu

: Ya, Ya! Itu anak gadis hamba.

(Mak labu teruja mendengar khabar itu ) Datuk Menteri : Kalau begitu, panggilkan anak tuan hamba datang
10

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

mengadap Tuanku Sultan. Mak Labu : Ampun, Tuanku. Hamba menjunjung perintah.

(Mak Labu bergerak ke sudut belakang) Mak Labu Bawang Merah Mak Labu Bawang Merah Mak Labu Bawang Merah Mak Labu : Merah! Hooo, Merah! : Ya, mak. Ada apa? : Cepat, ikut mak! : Ke mana? : Anak sultan datang ke rumah kita. : Anak Sultan? Kacak tak? Anak sultan? : iya! Lekas!

( mak Bawang Merah dan Bawang Merah datang mengadap Sultan Indera Pura) Mak Labu : Inilah anak gadis hamba, dato Menteri.

(Bawang Merah tersenyum simpul memandang Tuanku Sultan sambil mengangkat sembah) ( Tuanku Sultan, Dato Menteri dan hulubalang2 memandang Merah. Dahi mereka berkerut) Dato Menteri : Tuan Hamba, adakah ini milik tuan hamba? (Dato; Menteri menunjukkan selendang itu kepada merah) bawang

(Mak Labu mencuit belakang Merah meminta merah mengaku) Bawang Merah : benar, Dato Menteri. Itu milik hamba. Kelmarin Hambalah yang berbuai dan menyanyi di atas bukit sana. : Tuan hamba, siapakah nama tuan hamba? : Nama patik, Bawang Merah, Tuanku. : Benarkah tuan hamba yang menyanyi dan hutan kelmarin?
11

Sultan Bawang Merah Sultan berbuai di

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

Bawang Merah Sultan Apakah Dato Menteri

: Benar, tuanku. : Dato Menteri,apa pandangan dato Menteri? benar ini gadis yang beta cari? : Ampun, tuanku. Izinkan patik memeriksanya terlebih dahulu.

(Dato Menteri mundar-mandir mengelilingi Bawang Merah) Dato Menteri Sultan gadis ini : Ampun, Tuanku. Mungkin benar gadis ini adalah gadis yang kelmarin. : Kalau begitu pandangan Dato Menteri, bawa ke buaian di hutan itu. Beta ingin mendengar suara merdunya. Dato Menteri : Ampun, Tuanku. Patik menjunjung perintah.

(Mak Labu dan Bawang merah mengikuti rombongan sultan menuju ke pohon beringin di atas bukit) Sultan : Tuan Hamba Bawang Merah. Silakan tuan hamba berbuai dan menyanyikan lagu kelmarin.

(Bawang Merah naik ke atas buaian) Bqwang Merah Mak Labu Bawang Merah : Mak! Mak!. Macam mana ni? : Nyanyi je lah. : Laju.. laju... buaiku laju.. mak.. mak.. buai ni tak nak gerak.. laju.. laju.. buaiku laju.. pohon beringin tegaknya tinggi... akar menjalar cecah ke bumi.. aku nak kahwin dengan anak raja.

(Sultan dan rombongannya menutup telinga. Suara sumbang Merah menyakitkan telinga. Mereka menggeleng-gelengkan kepala) Sultan : Cukup! Berhenti! Tuan hamba, adakah tuan hamba hanya mempunyai seorang anak gadis? Beta merasa kurang percaya. ( Tuanku sultan murka. mundar-mandir menghampiri Bawang Merah) (Mak Labu merasa gementar)
12

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

Mak Labu

: Ampun tuanku, hamba ada seorang lagi anak gadis yang tinggal bersama dengan patik. Tetapi dia anak tiri patik, tuanku. Ampunkan patik, tuanku. : Dato menteri! : Ampun, Tuanku! : Carikan gadis itu dengan segera. : Menjunjung perintah, Tuanku.

Sultan Dato Menteri Sultan Dato Menteri

(Dato Menteri terus mengheret Mak Labu kembali ke rumahnya. Mak Labu memanggil Putih) Datuk Menteri : Haa inilah orangnya! (Dato menteri mengelilingi Bawang Putih). Sultan : Dato Menteri, beta merasakan dialah gadis yang beta cari. Dialah yang berbuai dan menyanyi dengan merdunya! : Tuan Hamba, siapakah nama tuan hamba? : Nama patik, Bawang Putih, Tuanku. : Sudikan tuan hamba naik ke buaian itu dan lagu yang beta dengar kelmarin? Bawang Putih : Patik menjunjung perintah, tuanku.

Sultan Bawang Putih Sultan nyanyikan

(Bawang Putih naik ke atas buaian) Bawang Putih : Tuanku, izinkan hamba mengambil kembali selendang ibu hamba.

(Sultan mengembalikan selendang itu kepada Bawang Putih) Sebaik sahaja Bawang Putih menyanyi, buaian itu bergerak dengan sendirinya. Suara Bawang Putih sangat merdu seperti yang didengari oleh Datuk Menteri dan hulubalang-hulubalang itu. Laju Laju Buaiku laju Pohon beringin tegaknya tinggi kalau rendah menyapu bumi
13

Teater : Bawang Merah dan Bawang Putih

penghibur aku menolong aku bertiuplah oh angin bayu laju laju buaiku laju akulah anak yatim piatu Laju Laju buaiku laju.. pohon beringin daunnya rendang akar berjalur cecah ke bumi hatiku ingin hidup gemilang nasib malang suratan diri hidupku tidak beribu akulah anak yatim piatu Sultan beta. Dato Menteri dibelah Sultan menjadi Bawang Putih Sultan Dato Menteri Sultan beta : Dato menteri, Beta yakin inilah bakal permaisuri : Benar, tuanku. Secocok benar. Bagaikan pinang dua. : Tuan Hamba Bawang Putih. Sudikan dinda permaisuri beta? Menjadi suri hidup beta? : Ampun, Tuanku! Patik menjunjung perintah, tuanku. : Dato menteri! : Ampun, Tuanku! : Arahkan semua rakyat jelata dan orang istana membuat persiapan majlis perkahwinan beta dengan Bawang Putih selama 7 purnama. Dato Menteri : Menjunjung perintah, Tuanku.

(Semua pelakun menjadi kaku di situ. Kemudian Nenek kebayan memasuki pentas) Nenek kebayan : cucu-cucuku, inilah kisah Bawang Merah dan Bawang Putih yang harus dijadikan teladan. Kita janganlah menzalimi orang lain terutamanya anak yatim piatu. Besar dosanya itu. Mak Labu yang berhati binatang, yang menzalimi Bawang Putih. Setiap kejahatan yang dilakukan pasti menerima balasannya. Inilah kesudahan cerita ini. TAMAT

14

Anda mungkin juga menyukai