Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SERDANG

BATU 13 , KG SUNGAI SERDANG 42200 KAPAR, KLANG SELANGOR DARUL EHSAN Tel/Faks : 03-32500545 http;//www.sksgserdang.edu.my

Kepada, Nestle Production Sdn. Bhd Lot 14, Jalan Delima 1/1, Subang Hi-Tech Industrial Park Batu 3, 42000 Shah Alam Tuan, MEMOHON SUMBANGAN MINUMAN PERCUMA SEMPENA KEJOHANAN MERENTAS DESA ANJURAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KLANG 2009 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman tuan, SK Sungai Serdang akan mengadakan Kejohanan Merentas Desa bertempat di padang SK Sungai Serdang pada 5 Februari 2009. 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan rendah diri memohon sumbangan minuman percuma untuk 1500 orang peserta daripada pihak tuan untuk menjayakan Kejohanan Merentas Desa 4. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian. `SKSS MENUJU KECEMERLANGAN Saya yang menurut perintah,

30 JANUARI 2009

(EN HAMIR BIN HAMZAH) Guru Besar SKSS

Anda mungkin juga menyukai