Assalammualaikum dan salam sejahtera, Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya menyempurnakan kerja kursus pendek (KKP) Bimbingan dan Kaunseling KanakKanak. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pensyarah pembimbing saya,
TN. HJ. ROSLI BIN MUHAMAD yang telah banyak memberikan panduan, dorongan serta
tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan dan kakitangan Pusat Sumber IPGM Kampus Tun Hussien Onn yang telah terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu saya mendapatkan maklumat terperinci mengenai projek kerja kursus ini. Akhir kalam, semoga segala bentuk titipan bantuan, dorongan, sokongan, mahupun keprihatinan daripada anda semua ditebus dengan sebaik-baik pembalasan. Harapan saya agar tugasan ini mampu memenuhi setiap keperluan dalam sistem pemarkahan seterusnya dapat dijadikan sumber rujukan kepada generasi akan datang. Sekian Terima Kasih.
iv