Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 01000 KANGAR PERLIS

KERTAS CADANGAN PROGRAM KEM MOTIVASI PENINGKATAN AKADEMIK

TEMPAT DEWAN PULAI 1

ANJURAN PERSATUAN KEBUDAYAAN GURU PELATIH INDIA IPG KAMPUS PERLIS

TARIKH 28 SEPTEMBER 2013 29 SEPTEMBER 2013

1.0

TUJUAN Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan pihak pengurusan berkaitan Program Kem peningkatan Akademik sebagai salah satu projek Kebudayaan Guru Pelatih India pada 28 September 2013 dan 29 September 2013.

2.0

LATAR BELAKANG 2.1 Program ini merupakan asas kepada mempertingkatkan akademik dikalangan guru pelatih IPG Kampus Perlis 2.2 Penganjuran program ini akan memainkan peranan penting bagi menyediakan guru pelatih untuk meningkatkan prestasi akademik dan memberi pendedahan yang akan dijalankan pada tahun ini.

3.0

ASAS PERTIMBANGAN 3.1 Program ini merupakan salah satu projek tambahan Persatuan Kebudayaan Guru Pelatih India bagi tahun 2013 bagi meningkatkan prestasi akademik guru-guru pelatih. 3.2 Melatih guru pelatih untuk memimpin murid-murid sekolah rendah selepas penempatan pada masa hadapan. 3.3 Guru-guru pelatih juga mampu menjalinkan hubungan persahabatan sesama sendiri serta memupuk nilai bekerjasama, toleransi dan tolongmenolong antara satu sama lain. 3.4 Melalui program ini juga guru-guru pelatih dapat memperoleh pengetahuan penganjuran sesuatu program. 3.5 Guru-guru pelatih dapat mengetahui tentang keperluan dunia

pendidikan diluar dengan lebih terperinci melalui ceramah program ini. 3.6 Para guru dapat membaiki diri mereka dari segi keperibadian diri dan menjadikan diri mereka sebagai seseorang yang berketerampilan tinggi dalam kalangan masyarakat.

4.0

STRATEGI PELAKSANAAN 4.1 I. Matlamat program ini adalah untuk : Menjadi motivasi dan kaunseling kepada guru pelatih supaya lebih berdedikasi, bersemangat dan mempunyai keyakinan II. Meningkatkan disiplin dan memupuk semangat keyakinan diri serta sikap bertanggungjawab dalam kalangan guru pelatih. III. Mewujudkan integrasi dalam kalangan guru pelatih melalui aktiviti dalam program ini. 4.2 4.3 4.3 4.4 Kumpulan sasaran ialah guru-guru pelatih seramai 93 orang . Penceramah daripada luar Kampus Vivekkam Motivation team. Ahli Jawatankuasa (Sila rujuk Lampiran 1) Program ini akan diadakan pada 28 September 2013 hingga 29 September 2013 (Sabtu - Ahad). 4.5 Susunan dan peruntukan masa bagi program ini adalah seperti berikut ( Sila rujuk Lampiran 2) 5.0 PENCERAMAH Penceramah seramai 15 orang akan melaksanakan program ini. Penceramah merupakan daripada kumpulan motivasi daripada sebuah organisasi yang berdaftar. Kumpulan motivasi ini merupakan kumpulan yang sangat

berpengalaman dalam bidang ini. Penceramah akan tinggal di kediaman asrama dengan kebenaran pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

5.3 CENDERAMATA Dihadiahkan kepada penceramah daripada unit LDP. 5.4 PERBELANJAAN

Harga Makanan : (Sabtu : 28 September 2013 ) dan ( Ahad : 28

September 2013 ) Minum pagi = RM 4 . 80

Tengah hari/ Malam = RM 7 . 20 Minum petang = RM 4 . 80 RM 16 . 80

Jumlah (seorang)

BI L 1

JENIS PERBELANJAAN Makanan (Guru Pelatih)

PERBELANJAAN RM 16.80 x 93 =

JUMLAH RM1562.

40 JUMLAH

KESELURUHAN RM 1526.40

6.0

KESIMPULAN Perancangan dan pengurusan program ini merupakan salah satu komponen latihan yang amat penting kepada para guru pelatih , dari segi kepimpinan dan pengendalian aktiviti. Secara keseluruhannya, projek ini mampu melahirkan kelompok guru yang dapat menunjukkan bakat masing-masing. Selain itu, projek ini membolehkan para guru pelatih menimba pengalaman yang berfaedah dan membina guru pelatih yang mantap dari segi pengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran kelak .

7.0

SYOR Dengan harapan ini semua sokongan daripada semua pihak amat dihargai dan akan dilaksanakan dengan jayanya dan terancang. Dengan menganjurkan program pelatih. Selain itu, program ini akan membantu para guru pelatih untuk memantapkan diri mereka selaras dengan keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini akan melahirkan para guru yang berkualiti kerana elemen-elemen yang didedahkan dalam kalangan para guru pelatoh akan memanfaatkan mereka dalam perkhidmatan perguruan mereka. Program ini juga akan membantu mewujugkan personaliti yang berwibawa selaras dengan dasar negara yang memerlukan guru untuk membimbing generasi muda ke arah yang betul. Program ini akan memberikan kesan yang mendalam terhadap guru pelatih dari segi akademik dan juga perlakuan kerana program tersebut memberikan kesan efektif yang berkesan. ini, dapat meningkatkan disiplin dan memupuk

semangat keyakinan diri serta sikap bertanggungjawab dalam kalangan guru

Disediakan oleh:

------------------------------(YUGANTHINI A/P KANTHASAMY) Setiausaha Persatuan Kebudayaan Guru Pelatih India Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

Disemak Oleh : _____________________ (EN.KRISHNA KUMAR A/L VARATHARAJ) Guru Penasihat

DISAHKAN OLEH :

______________________ (EN. MOHD LATFI BIN AHAMAD) Ketua Jabatan HEP

Diluluskan Oleh :

_____________________

(EN. TAN YING KEE) Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis