Anda di halaman 1dari 3

2.

0 SEJATAN Sejatan ialah proses pertukaran daripada bentuk cecair dari badan air (laut, tasik, kolam, paya dan sebagainya) kepada bentuk wap ke atmosfera. Sejatan berlaku dari badan air seperti laut, tasik, kolam dan paya apabila tekanan wap pada permukaan adalah lebih tinggi berbanding dengan tekanan wap di dalam atmosfera yang belum sampai ke takat tepu. Sejatan bermula apabila tenaga elektromagnet ditukar kepada tenaga haba yang memanaskan permukaan air. Molekul-molekul air yang panas akan bergerak dan tenaga haba tadi bertukar menjadi tenaga kinetik, Molekul-molekul air yang bergerak ini akan berlanggar antara satu sama lain dan apabila halaju menjadi tinggi akibat peningkatan suhu maka peluang bagi molekul air untuk terbebas ke atmosfera dalam bentuk wap air adalah cepat. Molekul-molekul yang dapat membebaskan diri dan naik ke atas atmosfera akan wujud di dalam bentuk wap air yang mengandungi tenaga haba pendam. Ekoran daripada itu, proses sejatan akan merendahkan suhu sesuatu permukaan air. 2.1 Faktor yang Mempengaruhi Kadar Sejatan 2.1.1 Suhu Antara faktor yang mempengaruhi Kadar sejatan secara lansung dipengaruhi oleh suhu air. Apabila suhu air meningkat maka tekanan wap air atau keupayaan air untuk terbebas ke atmosfera akan meningkat dengan cepat. Oleh sebab itu air yang bersuhu tinggi (panas) lebih cepat tersejat berbanding dengan air sejuk. 2.1.2 Tekanan Wap Air Tekanan wap pada permukaan air juga mempengaruhi sejatan. Proses sejatan meningkat apabila tekanan wap tepu di permukaan air tinggi berbanding dengan tekanan wap sebenar di udara sekelilingnya. Oleh itu, sejatan akan berlaku dengan cepat ke udara berbanding dengan udara lembab. Angin berupaya menukarkan udara lembap di permukaan air dengan udara yang lebih kering. Persekitaran udara kering akan menggalakkan proses sejatan permukaan air. 2.1.3 Kemasinan Air Kadar kemasinan air boleh mempengaruhi proses sejatan. Proses sejatan berkadar songsang dengan kemasinan air. Bagi air laut yang masin, kadar sejatan adalah lebih lambat berbanding dengan air tawar yang bersih dan jernih.

2.1.4 Nilai Kelembapan Bandingan Nilai kelembapan bandingan turut mempengaruhi kadar sejatan. Semakin tinggi nilai kelembapan bandingan maka kadar sejatan menjadi semakin rendah kerana tekanan wap dalam udara adalah lebih tinggi berbanding dengan tekanan wap di permukaan. 2.1.5 Luas Permukaan Air Kadar sejatan akan berlaku dengan pesat dan tinggi di kawasan yang mempunyai permukaan yang luas. Contohnya, tasik mempunyai kadar sejatan yang tinggi kerana permukaannya yang luas berbanding sungai kerana sungai mempunyai permukaan yang kecil. Maka, permukaan sungai mengalami kadar sejatan yang rendah.Selain itu, kadar sejatan juga tinggi di permukaan air yang terdedah berbanding dengan permukaan yang terlindung. 2.1.6 Pengaruh Angin Faktor angin juga turut mempengaruhi kadar sejatan di permukaan. Apabila halaju angin tinggi, maka proses sejatan di permukaan air cepat berlaku. Sebaliknya, halaju angin yang rendah akan menyebabkan proses sejatan lebih lambat berlaku. Sebagai contoh ialah tiupan angin panas Kuroshio, di lautan Jepun akan menukarkan udara lembab di permukaan air.

3.0 Sejatpeluhan Sejatpeluhan merupakan pemindahan wap air ke atmosfera melaui proses trasiprasi dari tumbuhan dan sejatan daripada tanah dan tumbuhan. Hal ini berlaku keranan tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding tekanan udara dalam atmosfera terutamanya pada waktu siang yang panas. 3.1 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Proses Sejatpeluhan 3.1.1 Suhu Semakin tinggi suhu air permukaan tersejat semakin tinggi kadar sejatpeluhan. Hal ini kerana partikel air mempunyai tenaga untuk bertukar ke wap air di atmosfera. Pada waktu siang atau musim panas, bahangan matahari yang diterima adalah lebih banyak dan ini akan menyebabkan kadar perpeluhan tumbuhan adalah dalam tahap maksimum. Manakala

pada waktu malam pula atau pada musim sejuk, kadar penerimaan matahari adalah rendah dan akan menyebabkan kadar perpeluhan juga berada dalam tahap yang rendah. Pada hari yang berawan pula akan mengurangkan saiz pembukaan stomata tumbuhan dan ini akan mengurangkan kadar transpirasi. Hal ini menunjukkan kadar penerimaan cahaya matahari dapat mempengaruhi saiz pembukaan stomata tumbuhan. 3.1.2 Pengaruh Angin Sekiranya terdapat pengaliran udara yang baik, kadar sejatpeluhan akan tinggi kerana udara yang bergerak akan membawa udara yang tepu keluar. Maka, dengan ia akan memberi ruang untuk proses sejatpeluhan yang seterusnya. 3.1.3 Kandungan Air Air bersih akan mudah tersejat berbanding air masin. Juka kandungan air tanih mempunyai banyak mineral ia akan melemahkan proses sejatpeluhan. 3.1.4 Litupan Tumbuhan Semakin banyak tumbuhan di sesuatu kawasan, maka semakin banyak ia akan menggalakkan proses transpirasi dan sejatpeluhan. 3.1.4 Kandungan Lembapan Tanih Semakin tanah menjadi lembap, makin semakin tinggilah kadar sejatpeluhannya. Hal ini kerana ketersediaan air untuk disejat ke atmosfera.

SEJATAN Amnya kadar sejatan yang diterima kebanyakan kawasan adalah lebih tinggi berbanding normal. Purata kadar sejatan harian bagi kawasan tanah rendah berjulat dari 2.6 mm/hari (Batu Embun) hingga 4.7 mm/hari (Sandakan). Sisihan positif terbesar dari normal ialah +1.0 mm/hari (Kluang) manakala sisihan negatif terbesar dari normal ialah -0.9 mm/hari (Sibu). Manakala di Cameron Highlands, purata kadar sejatan harian ialah 1.9 mm/hari menyamai normal.