Anda di halaman 1dari 9

> SKRIP JURUACARA KEJOHANAN SUKAN 2013 ATUR CARA 8.

00 pagi CUE Sebaik Pengetua dan pentadbir sampai di astaka PENGUMUMAN

Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Puan Misliah bt Kulop, Pengetua SMK Bandar Utama Damansara 4, Yang dihormati En Lim Joo Swee, Yang Dipertua PIBG, diiringi Penolong-penolong Kanan, AJK PIBG, dan Ketuaketua Bidang. Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Nuri berkicau di hujung pekan, Membuat sarang di tanah rendah, Kehadiran kalian kami alukan, Kecil tapak tangan nyiru ditadah. Yang Berbahagia Puan Misliah bt Kulop, Pengetua SMK Bandar Utama Damansara 4, Yang dihormati Encik Lim Joo Swee, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Yang Berusaha Encik A. Talib bin Ismail, Penolong Kanan, Yang Berusaha Pn Yong Kem Fong,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Yang Berusaha En Mohd Najed bin Daud, Penolong Kanan Kokurikulum, Ketua-ketua bidang, Ahli-ahli jawatankuasa PIBG, para guru, ibu bapa, murid-murid dan hadirin sekalian. Salam Sejahtera dan Salam 1 Murid1 Sukan! Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan SMK Bandar Utama Damansara 4, Kali ke-10 Tahun 2013.
8.15 pagi Perarakan masuk kontinjen Rumah Sukan 2012 Apabila semua kontinjen telah bersiap sedia dan sebelum muzik dimulakan

Biru kuning hijau merah, Aktif cergas bersemangat waja, Kontinjen Atlet bersedia sudah, Memberi tabik mengorak langkah. Hadirin yang dihormati, Temasya sukan kita pada pagi ini dimulakan dengan acara perbarisan lintas hormat para kontinjen daripada keempat-empat Rumah Sukan. Untuk itu, majlis dengan takzimnya mempersilakan penolong-penolong kanan untuk mengiringi tuan pengetua, Puan Misliah bt Kulop bagi menerima tabik hormat para kontinjen. Untuk makluman hadirin, pasukan perarakan kita pada pagi ni diketuai oleh

Setelah muzik

dimulakan dan apabila setiap kontinjen berarak berdekatan dengan pentas utama

pembaca ikrar, saudari Manisha a/p Subramaniam serta diiringi oleh Ketua Pengawas, saudara Jonathan Chan Weng Kin dan Penolongnya saudara Wong Wei Lit serta saudari Yee Yi Ling sebagai pembawa bendera. Yang mendahului perarakan kita ialah Kontinjen Rumah Biru. Pasukan rumah Biru ini diketuai oleh sdr Sean Lim Han Sheng sementara pembawa sepanduk ialah sdr Yee Li Xien. Untuk makluman, Rumah Biru dibimbing oleh guru penasihat ____________ dan __________________. Moto mereka Blue is the colour, winning is our aim menjelaskan keiltizaman mereka untuk meraih kemenangan pada tahun ini. Kontinjen yang menyusul ialah kontinjen Rumah Kuning. Untuk makluman, Rumah Kuning ditarajui oleh saudara Ooi Li Jie dan pembawa sepanduknya ialah sdr Teng yuin Sze. Rumah Kuning dibimbing oleh guru penasihat mereka, Pn Hanisah dan ____________________. Moto rumah Kuning, iaitu We Stand As One, We Fight As One, We Win As One bukan sahaja menampilkan semangat kesukanan yang tinggi, justeru memperlihatkan permuafakatan dan persepakatan yang utuh. Yang sedang mara berdekatan dengan pentas utama sekarang ini ialah kontinjen Rumah Merah. Diketuai oleh sdr Nicholas Teh Jie Wen bersama dengan pembawa sepanduk, sdr Brandon Loo Yung Wen dan Wong Poh Yee, Berpegang pada moto The Crownless Shall Be King Again, rumah Merah dibimbing oleh guru penasihat mereka, iaitu __________________ dan Puan _______________________. Yang akhir sekali ialah Kontinjen Rumah Hijau yang diketuai oleh sdr Ooi

8.30 pagi

Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selngor dan Lagu sekolah

Zhang Phong dan Mariah bt Zaidi. Pembawa sepanduk kontinjen ini ialah saudari Wong Si Teng manakala guru penesihat mereka ialah ________________. Bertemakan The Green Chronicles, atlet rumah Hijau mendukung moto Were here to win, to be on top, semoga harapan mereka termakbul. Majlis merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan pengetua, Puan Misliah bt Kulop kerana sudi menerima tabik hormat daripada keempat-empat kontinjen Rumah Sukan kita sebentar tadi. Malaysia gemilang rakyatnya bersatu, Wawasan direalisasi kebitaraan terserlah, Bersama kita nyanyikan Lagu Negaraku, Disusuli lagu negeri Selangor dan lagu sekolah. Hadirin dipersilakan berdiri. Hadirin dipersilakan mengambil tempat masing-masing. Majlis kita pada pagi ini disusuli pula dengan lafazan ikrar kejohanan. Maka dengan ini dipersilakan saudari Manisha a/p Subramaniam untuk memimpin bacaan ikrar kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-10 tahun 2013. Untuk makluman hadirin, sdr Manisha ap Subramaniam merupakan seorang atlet yang aktif dalam sukan badminton. Banyak kejohanan telah disertai oleh beliau dan antara pencapaian beliau ialah memperoleh pingat gangsa Acara Berpasukan Sukan Malaysia 2012, Tempat ketiga dalam acara perseorangan MSSS 2012, Johan Kategori Perseorangan MSSD 2012, Tempat Ketiga dalam kategori perseorangan dan beregu Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 2012. Maka dengan ini, majlis sekali lagi mempersilakan saudari Manisha.

Bacaan Doa

Hadirin yang dihormati, Untuk memberkati temasya sukan tahunan SMK Bandar Utama Damansara 4 tahun 2013, majlis mempersilakan saudara Ahmad Zamani bin Razak untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan keada saudara Ahmad Zamani atas kesudian memimpin bacaan doa. Lincah cergas di gelanggang sukan, Mantap sahsiah perkasa jasmani, Gilang gemilang temasya sukan, Ucapan pengetua menyusul kini. Sekarang, majlis dengan hormat takzimnya mempersilakan tuan pengetua SMK Bandar Utama Damansara 4, Yang Berusaha Puan Misliah bt Kulop untuk menyampaikan ucapan bestari dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SMK Bandar Utama Damansara 4 kali ke-10, tahun 2013 dengan diiringi oleh Penolong-penolong Kanan. Dipersilakan.

Ucapan Perasmian Tuan Pengetua

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Misliah atas ucapan perasmian sebentar tadi. Semoga amanat pengetua akan memberikan suntikan semangat untuk terus menyemarakkan motivasi para murid meraih kecemerlangan dalam bidang sukan. Demikianlah tadi upacara perasmian yang telah disempurnakan oleh tuan pengetua.

9.00 pagi

Sebelum Acara bermula

9.00 pagi

Acara bermula 100M P3 L3 P2 L2 P2 L1

Sekarang, majlis mempersilakan semua kontinjen Rumah Sukan untuk berarak keluar ke khemah masing-masing bagi memulakan acara sukan pada pagi ini. Perhatian diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk bersiap sedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi. Hadirin yang dihormati sekalian, Sebentar lagi kita akan menyaksikan acara 100m, 200m, pertandingan sorak, 4x100m dan 4x200m peringkat akhir. Untuk ini, diminta para atlet yang terlibat bersiap sedia mengambil tempat masing-masing dan senantiasa peka kepada pengumuman tentang acara yang akan dipertandingkan. Acara yang sedang dipertandingkan sekarang ini ialah acara 100m perempuan kelas 3 Demikianlah tadi berakhirnya acara 100m P3 Seterusnya ialah.... Acara yang kita saksikan sekarang ini ialah Tahniah diucapkan kepada peserta Rumah...... Acara yang sedang dipertandingkan sekarang ini ialah acara 200m perempuan kelas 3. Demikianlah tadi berakhirnya acara 200m P3 Seterusnya ialah.... Acara yang kita saksikan sekarang ini ialah

200m P3 L3 P2 L2 P1 L1

Tahniah diucapkan kepada peserta Rumah......


Pertandingan Sorak (Cheerleading)

Hadirin yang dimuliakan, Tidaklah lengkap jika ada biduk tetapi tanpa pendayungnya, Tidaklah sempurna jika ada muzik tetapi tanpa tarian iringannya, Maka tidaklah meriah sekiranya temasya sukan kita pada hari ini tidak diriuhkan dengan pertandingan pasukan sorak keempat-empat Rumah Sukan . Maka untuk ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Pengetua, Yang Berusaha Puan Misliah bt Kulop dan Yang dihormati En Lim Joo Swee diiringi oleh para pentadbir untuk bergerak ke tapak gelanggang futsal untuk menyaksikan dan pada masa yang sama menghakimi pertandingan pasukan sorak antara Rumah Sukan. Dipersilakan Kelincahan formasi dan kemantapan aksi setiap pasukan sorak yang bakal kita saksikan ini pasti akan memukau perhatian kita semua. Terlebih dahulu, majlis mempersilakan pasukan sorak Rumah Kuning untuk menyerlahkan kehebatan persembahan mereka. Dipersilakan (Terima kasih kepasda pasukan sorak rumah kuning) Seterusnya, dipersilakan pula pasukan yang kedua, iaitu pasukan daripada Rumah Hijau untuk menampilkan ketangkasan mereka (Terima kasih...) Sekarang, sama-samalah kita saksikan pula kelincahan aksi pasukan sorak Rumah Biru. Dipersilakan Demikianlah tadi persembahan hebat daripada Rumah Biru. Kini, tibalah giliran pasukan sorak Rumah Merah yang telah lama kita nanti-

Acara bermula 4x100M P3 L3 P2 L2 P2 L1

nantikan. Dipersilakan Terima kasih... Demikianlah tadi hebatnya persembahan pasukan sorak setiap Rumah Sukan. Majlis seterusnya sekali lagi mempersilakan tetamu kehormat diiringi para pentadbir untuk bergerak ke padang bagi mengadili perhiasan khemah setiap Rumah Sukan. Dipersilakan. Diminta juga semua ketua Rumah Sukan dan AJK-nya bersiap sedia menerima kunjungan tetamu kehormat di khemah masing-masing. Majlis merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Yang Berbahagia Pn Misliah bt Kulop dan para pentadbir atas kesudian mengadili pertandingan perhiasan khemah sebentar tadi. Hadirin, acara sukan kita kini diteruskan pula dengan larian 4X100 m dan 4x200 m. Sekali lagi, dipersilakan semua pegawai kejohanan dan juga para atlet bersiap sedia di padang. Acara yang sedang dipertandingkan sekarang ini ialah acara 4X100m perempuan kelas 3 Demikianlah tadi berakhirnya acara 4X100m P3 Seterusnya ialah.... Acara yang kita saksikan sekarang ini ialah Tahniah diucapkan kepada peserta Rumah...... Acara yang sedang dipertandingkan sekarang ini ialah acara 4X200m perempuan kelas 3. Demikianlah tadi berakhirnya acara 4X200m P3

4X200m P3 L3 P2

L2 P1 L1

Seterusnya ialah.... Acara yang kita saksikan sekarang ini ialah Tahniah diucapkan kepada peserta Rumah......
Untuk menyempurnakan upacara .

12.00 tgh

Bersedia untuk upaca penyampaian hadiah (akhir)

Pohon ciku pohon bacang, Tumbuh berapit dengan pulasan, Ambil sebakul simpan di para, Berdegup jantung bertambah kencang, Berdebar hati menanti keputusan, Siapa bakal bergelar juara?

Anda mungkin juga menyukai