Anda di halaman 1dari 6

Tugasan 2 Setiap sekolah memerlukan pemimpin yang berupaya mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan ke arah mencapai objektif

yang telah ditetapkan. Kepemimpinan guru juga penting untuk menjana perubahan ke atas peningkatan profesionalisme guru di sekolah. Menurut Noriati, Boon dan Wong (2010), kepemimpinan bermaksud proses interaksi antara pemimpin dengan ahli untuk mempengaruhi ahli-ahli bertindak mencapai matlamat organisasi. Hal ini menunjukkan pemimpin di sesebuah organisasi perlulah memainkan peranan agar matlamat organisasi dapat dicapai. Gaya kepemimpinan seseorang pemimpin juga memberi kesan kepada ahli-ahli, sama ada dapat mempengaruhi ahli mahupun tidak. Di sekolah, guru besar merupakan pemimpin yang bertanggungjawab memacu ahli-ahlinya, iaitu para guru untuk mencapai matlamat yang telah mereka sepakati. Gaya-gaya kepemimpinan yang ditonjolkan oleh guru besar dapat menjamin persekitaran kerja yang kondusif kepada ahli-ahlinya. Terdapat beberapa jenis gaya kepemimpinan yang telah dikenalpasti, seperti berikut:

Islamik

Laisser-faire

Autokratik

Gaya kepemimpinan

Instruksional

Demokratik

Kontigensi

Kesemua gaya-gaya kepemimpinan ini didukung dan diperkuatkan lagi oleh teori-teori kepemimpinan yang dapat dibahagikan kepada dua, iaitu teori tradisional dan teori semasa. Berikut pula merupakan teori-teori kepemimpinan yang telah dikenalpasti.

Teori kepemimpinan Teori tradisional

Teori semasa

Teori tret

Kepemimpinan moral Teori transfomasi

Teori tingkah laku

Teori semasa
Saya telah menjalankan praktikum fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Kampong Endah, Banting. Sekolah ini terletak di dalam daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan. Sekolah ini di telah diketuai oleh Puan Roslina binti Othman, selaku guru besar. Beliau berumur 56 tahun dan telah berkhidmat di sekolah tersebut selama 10 tahun. Keramahan dan kemesraan yang dimiliki oleh beliau dapat saya rasai seawal saya menjejakkan kaki ke sekolah tersebut. Ketibaan saya beserta rakan praktikum yang lain disambut mesra oleh beliau dan membuatkan kami berasa dialu-alukan ke sekolah tersebut. Keramahannya juga menyebabkan kami berasa seperti sudah lama mengenali beliau dan tidak merasa kekok berada di tempat yang baru bagi kami. Bait-bait kata yang dilontarkan oleh beliau juga menampakkan kematangan beliau dalam menguruskan pentadbiran dan perjalanan sesi persekolahan. Sepanjang tempoh tiga bulan berpraktikum di sekolah tersebut, saya telah membuat pemerhatian secara tidak langsung terhadap kepimpinan yang telah dipamerkan oleh Puan

Roslina. Di sepanjang tempoh tersebut juga, saya sempat melakukan temu bual terhadap guruguru serta kakitangan sekolah mengenai kepimpinan Puan Roslina, selaku guru besar dalam menerajui pentadbiran sekolah. Jawapan daripada temu bual terhadap beberapa orang guru dan kakitangan adalah sangat positif, di mana kesemua mereka menyatakan bahawa mereka gembira bekerja di bawah kepimpinan yang dijalankan oleh Puan Roslina. Rata-ratanya juga berpendapat bahawa Puan Roslina mengamalkan budaya kerja yang cemerlang, mengambil berat terhadap kebajikan setiap ahli dalam organisasi tidak mengira guru atau kakitangan, malah berjaya menjadikan sekolah sebuah iklim yang mesra dan harmoni serta membuatkan kesemua ahli bekerja dalam suasana yang menyeronokkan. Berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan terhadap kepimpinan Puan Roslina, saya mendapati bahawa terdapat empat gaya kepemimpinan yang telah beliau terapkan semasa beliau mengemudi pentadbiran sekolah. Gaya-gaya kepemimpinan ini terserlah secara semula jadi dari beliau. Gaya kepemimpinan yang pertama yang telah saya kenalpasti adalah gaya kepemimpinan demokratik. Hal ini dibuktikan apabila beliau mempunyai sifat terbuka menerima pandangan ahli-ahli ketika mesyuarat sedang dijalankan. Beliau juga dilihat mengagihkan kuasa dan tanggungjawab kepada setiap ahli secara saksama dan tidak berat sebelah. Tugasan dan tanggungjawab yang diberikan kepada setiap ahli dilakukan dalam semangat kerjasama yang tinggi antara setiap ahli bagi memastikan kelancaran sesuatu program yang dirancang. Sebagai contoh, semasa mesyuarat Program Ko-kurikulum dijalankan, beliau secara terbuka menerima pendapat daripada guru-guru yang lebih berpengalaman dalam menguruskan sesuatu aktiviti ko-kurikulum. Hal ini menyebabkan guru-guru tidak merasa kekok untuk melontarkan pendapat atau cadangan semasa mesyuarat dijalankan. Setiap pandangan dan pendapat yang diberikan oleh guru-guru diteliti satu persatu dan dibincangkan terus di dalam mesyuarat berkenaan. Setelah perbincangan selesai, beliau mengagihkan tugas secara sama rata kepada kesemua guru, mengikut kepakaran bidang masing-masing. Agihan tugas yang baik mampu memandu setiap ahli organisasi, khususnya guru untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan bersama, iaitu keberjayaan Program Ko-kurikulum tersebut. Ini menunjukkan bahawa Teori Transformasi yang dipelopori oleh James Macgregor Burns telah digunapakai oleh Puan Roslina, iaitu menggerakkan ahli bersama-sama untuk mencapai matlamat bersama. Hal ini juga menunjukkan bahawa beliau mengamalkan kepemimpinan jenis teragih, iaitu mengagihkan tugasan kepada setiap guru untuk mecapai matlamat bersama disamping mewujudkan semangat kerjasama dan keakraban antara rakan sekerja. Dengan pengagihan tugas secara telus dan sama rata dalam kalangan guru, hal ini mencetuskan budaya kerja yang harmoni,

tiada perasaan pilih kasih yang timbul serta dapat mengelakkan guru mengalami stress akibat bebanan kerja yang terlalu banyak. Gaya kepemimpinan kedua yang telah Puan Roslina tonjolkan adalah laisser-faire. Gaya kepemimpinan jenis ini bermaksud pemimpin memberikan kebebasan kepada ahli untuk membuat kerja masing-masing setelah tugasan diagihkan. Tugasan yang diagihkan oleh pemimpin menurut laisser-faire adalah berdasarkan kepakaran yang dimiliki oleh setiap ahli di dalam sesuatu organisasi. Gaya kepemimpinan jenis ini memerlukan setiap ahli mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang, membolehkan agihan tugas dapat dilaksanakan oleh pemimpin sesuatu organisasi. Kepemimpinan laisser-faire ini telah ditonjolkan oleh Puan Roslina semasa menjalankan pentadbiran sekolah mahupun menganjurkan sesuatu program sekolah. Sebagai contoh, semasa mempengerusikan mesyuarat mengenai penganjuran temasya sukan tahunan sekolah, beliau telah mengagihkan tugas mengikut kepakaran guru dalam bidang masing-masing. Guru Pendidikan Jasmani telah diamanahkan sebagai setiausaha temasya sukan sekolah. Hal ini sangat bertepatan dengan kepakaran yang dimiliki oleh guru tersebut dimana beliau mempunyai kemahiran dan sangat arif dalam bidang sukan dan olahraga serta penganjuran sesuatu program yang melibatkan sukan. Selain itu, beliau juga melantik guru-guru yang mempunyai sijil kepegawaian sebagai pegawai kejohanan disepanjang temasya tersebut berlangsung. Walaupun agihan tugas berdasarkan kepakaran masing-masing dalam sesuatu bidang telah dijalankan, namun ianya tidak bermakna beliau boleh berehat dan goyang kaki sahaja. Beliau sering turun padang dan membuat pemantauan terhadap perkembangan temasya sukan tahunan yang bakal diadakan. Pendekatan laisser-faire ini sangat membuahkan hasil, di mana temasya sukan tahunan yang dianjurkan berjalan dengan lancar, kesemua guru-guru bergembira menjalankan tanggungjawab masing-masing disamping berjaya mencapai matlamat penganjuran temasya sukan tahunan itu sendiri. Pendekatan gaya laisser-faire yang diamalkan ini menunjukkan Puan Roslina mengamalkan kepemimpinan berjenis teragih, dimana agihan tugas yang dilakukan secara berkesan mampu mewujudkan persekitaran kerja yang positif secara amnya serta dapat mencapai matlamat yang yang telah disepakati secara bersama secara umumnya. Selain itu, gaya kepemimpinan kontigensi juga dipamerkan oleh Puan Roslina semasa mengemudi jentera pentadbiran sekolah. Gaya kepemimpinan jenis ini sering dipamerkan oleh pemimpin-pemimpin berdasarkan keperluan dan keadaan yang wujud di dalam sesuatu organisasi. Gaya kepemimpinan ini juga wujud dalam kalangan pemimpin berdasarkan faktor perubahan situasi. Hal ini menunjukkan kepada kita bahawa gaya kepmimpinan kontigensi ini

sangat berkait rapat dengan teori kepemimpinan situasi, dimana persekitaran organisasi yang berbeza memerlukan cara kepemimpinan yang berbeza jika keberkesanan ingin dirasakan. Ini memerlukan seseorang pemimpin peka terhadap perubahan situasi persekitaran sesuatu organisasi, menjadikan gaya kepemimpinan kontigensi ini sukar didapati dalam diri para pemimpin kini. Namun, gaya kepemimpinan kontigensi ini telah diamalkan dengan cemerlang oleh guru besar di sekolah saya melaksanakan praktikum ketiga, iaitu Puan Roslina binti Othman. Beliau berjaya menerapkan gaya kepemimpinan ini semasa memimpin organisasi sekolah. Beliau bijak menukarkan corak kepipmpinan beliau apabila terdapat perubahan situasi mahupun keperluan yang wujud secara tiba-tiba tanpa disangka. Sebagai contoh, semasa menjalankan praktikum di sekolah tersebut, pemantauan daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah dijalankan. Seminggu sebelum pemantauan dijalankan, guru besar iaitu Puan Roslina telah menukar corak gaya kepemimpinannya. Pada kebiasaannya, beliau mengamalkan corak kepemimpinan demokratik dimana kebebasan diberikan kepada seluruh guru, namun tidak ketika pemantauan ingin dijalankan. Beliau telah mengamalkan corak kepemimpinan autokratik, dimana beliau telah memberikan arahan yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh seluruh anggota sekolah. Segala fail yang terdapat di pejabat sekolah, fail peningkatan prestasi murid mahupun fail peribadi guru-guru telah diarahkan untuk dikemaskini dengan segera dan lengkap. Disini, saya juga mendapati bahawa bukan sahaja gaya kepemimpinan kontigensi yang diterapkan, malah gaya kepemimpinan bercorak instruksional juga secara tidak dilangsung dijalankan, di mana beliau sangat peka kepada kualiti kerja guruguru di bawah kepemimpinan beliau. Walaupun corak gaya kepemimpinan yang diterapkan ini berlainan daripada kebiasaannya, namun pujian harus juga diberikan kepada guru-guru kerana memahami situasi yang dialami serta bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha bagi memastikan sekolah mendapat markah terbaik daripada pemantauan yang dilakukan. Walaupun Puan Roslina merupaka seorang guru beropsyen Bahasa Inggeris, ianya tidak menghalang beliau daripada mengamalkan corak gaya kepemimpinan islamik. Gaya kepemimpinan ini adalah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, mengadakan musyawarrah dalam menentukan matlamat dan pelan tindakan, serta bertawakal terhadap pekerjaan atau tugasan yang telah dilaksanakan secara bersungguh-sungguh. Elemen-elemen ini sering diterapkan oleh Puan Roslina terhadap kepemimpinan beliau apabila beliau sering mengadakan musyawwarah dalam kalangan guru bagi mendapatkan pandangan mahupun jalan

penyelesaian bagi sesuatu perkara yang timbul yang bukan dalam kepakaran beliau. Setiap mesyuarat yang dipengerusikan oleh beliau juga tidak lengkap tanpa pesanan beliau mengenai

profesion keguruan. Beliau seringkali mengingatkan kepada kesemua guru-guru bahawasanya tugas sebagai guru dalam mendidik anak bangsa merupakan amanah yang harus dipikul dengan sebaik yang mungkin. Di dalam pentadbiran beliau, beliau cuba sedaya upaya untuk mengelakkan pembaziran semasa menguruskan sesuatu program. Saya masih lagi teringat ketika di akhir mesyuarat mengenai temasya sukan tahunan sekolah. Setelah mengadakan perbincangan dan perancangan yang teliti, beliau menyarankan kepada semua guru agar bertawakal serta berserah kepada Allah agar temasya sukan tahunan sekolah dapat dilangsungkan dengan jayanya. Hal ini timbul ekoran krisis jelebu yang melanda negara, seminggu sebelum temasya sukan tahunan itu dijalankan. Nilai-nilai keagamaan yang ditunjukkan oleh Puan Roslina ini sangat bertepatan dengan salah satu teori kepemimpinan, iaitu Kepemimpinan Moral. Melalui nilai-nilai terpuji yang diamalkan oleh pemimpin, ianya dapat memotivasikan ahli-ahli organisasi supaya nilai-nilai tersebut dapat diasmilasikan ke dalam diri setiap ahli. Kepercayaan serta kesetiaan ahli terhadap pemimpin juga dapat dipertingkatkan melalui nilai-nilai serta pegangan moral yang tinggi yang dipamerkan oleh seseorang pemimpin. Sebagai kesimpulannya, seseorang pemimpin, tidak mengira di organisasi manapun, besar atau kecil organisasi tersebut, tidak terikat kepada satu gaya kepemimpinan sahaja. Gaya-gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh seseorang pemimpin boleh berubah-ubah mengikut beberapa faktor seperti situasi, keadaan persekitaran dan sebagainya. Melalui gaya-gaya kepemimpinan ini, ahli-ahli dalam sesebuah organisasi dapat melihat tahap kepemimpinan yang ada dalam diri pemimpin mereka, sama ada seseorang pemimpin itu benar-benar layak memegang tampuk pemerintahan tersebut atau sebaliknya. Gaya-gaya kepemimpinan tersebut juga mampu meraih kepercayaan serta kesetiaan ahli, bukan sahaja terhadap pemimpin, malah terhadap sesebuah organisasi itu sendiri disamping mewujudkan persekitaran dan budaya kerja yang positif. Dengan wujudnya persekitaran serta budaya kerja yang positif, kualiti dalam penghasilan sesuatu produk organisasi dapat dicapai. Pemimpin yang cemerlang, gemilang dn terbilang tidak akan terhasil sekiranya tiada pengikut yang mendukungnya, seperti kata pepatah pemimpin umpama pokok, rakyat atau ahlinya umpama akar yang menguatkan pokok tersebut.

Anda mungkin juga menyukai