Anda di halaman 1dari 22

Hubungan Etnik WAJ3106

1.0 PENGENALAN Pembentukan sebuah Negara Bangsa telah menjadi satu isu penting yang harus dijadikan sebagai satu usaha berterusan oleh semua anggota masyarakat di negara ini. Pembentukan masyarakat bersatu padu penting bagi membina sebuah negara yang maju dan aman. Peristiwa berdarah 13 Mei sudah cukup jelas menunjukkan perlunya kesefahaman, keharmonian dan kesatuan dalam kalangan kaum di negara kita dalam mencapai misi pembinaan Negara Bangsa yang harmoni. Beberapa persoalan ditimbulkan di sini, adakah masyarakat berbilang kaum di Negara ini telah insaf di atas kejadian ini? Adakah telah wujud kesatuan dan kesepaduan dalam masyarakat pada hari ini bagi membina sebuah Negara Bangsa Malaysia dan adakah 13 Mei telah dapat membina masyarakat Malaysia? Persoalan-persoalan ini merupakan persoalan yang sukar dicari titik penyelesaiannya. Dalam membicarakan berkaitan perkara ini, kita semua sedar bahawa kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara ini antara lain adalah didorong oleh faktor penjajahan daripada bangsa barat. Hal ini sudah semestinya bukan sebuah perkara yang dirancang dan dimahukan oleh semua orang. Sudah pasti juga hal ini akan mendatangkan pelbagai cabaran dan rintangan kepada semua pihak terutamanya para pemimpin negara kita bagi memastikan keharmonian dapat dipelihara sentiasa. Walau bagaimanapun, kebijaksanaan pemimpin-pemimpin negara yang saling bertukar silih berganti telah berjaya membawa Malaysia pada hari ini dengan wajah yang baru yang sarat dengan pembangunan. Namun, sesetengah daripada kita sering keliru dengan pembangunan yang kita kecapi hari ini sama ada merupakan hasil daripada pemodenan mahupun pembaratan. Bagi merungkaikan dan menjawab kekeliruan tersebut, kita akan

membincangkan tentang apakah yang dimaksudkan dengan pemodenan dan pembaratan berdasarkan pandangan daripada beberapa tokoh. Selain itu, kita juga akan melihat bagaimanakah perubahan corak ekonomi yang berlaku sebelum dan selepas merdeka dalam konteks hubungan etnik. Akhir sekali, satu isu ekonomi utama akan dikupas dan dibincangkan yang melibatkan permasalahan hubungan antara etnik.

Hubungan Etnik WAJ3106

2.0 KONSEP PEMODENAN DAN PEMBARATAN Kemerdekaan negara yang sedang kita kecapi sejak lima puluh lima tahun yang lalu telah membawa Malaysia keluar daripada kepompong kemunduran. Kini, negara kita semakin pesat membangun dan menuju ke arah status negara maju sepertimana yang dihasratkan dalam Wawasan 2020. Pembangunan yang sedang kita nikmati sekarang ini sebenarnya banyak didorong oleh kebijaksanaan para pemimpin negara kita yang sentiasa memastikan setiap ahli masyarakat saling bertoleransi antara satu sama lain. Berbicara mengenai pembangunan ini pula, ramai di antara kita yang sering keliru dengan dua istilah yang tampak serupa iaitu pemodenan dan pembaratan walaupun hakikatnya terdapat perbezaan antara keduanya. Bagi merungkaikan persoalan ini, berikut kita akan membincangkan apakah yang dimaksudkan dengan pemodenan dan pembaratan tersebut berdasarkan

pandangan daripada beberapa tokoh dan sarjana.

2.1 Konsep Pemodenan Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2010), pemodenan ialah satu proses perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan,

pelaksanaan dan penilaian. Daripada takrifan yang diberikan di sini, dapatlah kita fahami bahawa pemodenan merupakan satu proses yang dilakukan bertujuan untuk membawa kepada perubahan. Proses perubahan ini pula dilakukan menerusi perencanaan atau perancangan, seterusnya pelaksanaan dan diakhiri dengan penilaian. Sebagai contoh, negara kita telah melakukan pemodenan dengan merancakkan pembangunan ekonomi negara menerusi pelbagai dasar yang telah dirancang dan dilaksanakan. Dasar-dasar yang telah dilaksanakan antaranya termasuklah Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Penswastaan dan pelbagai dasar yang lain. Menerusi perancangan dan

pelaksanaan dasar-dasar yang tersebut, ekonomi negara kita telah berkembang dengan begitu pesat sekali. Malah, pembangunan yang telah kita kecapi pada hari ini sebenarnya merupakan antara pembangunan yang paling singkat berlaku dalam sejarah peradaban manusia. Jelasnya, inilah yang disebutkan sebagai pemodenan iaitu perubahan atau pembangunan yang dilakukan menerusi perancangan dan pelaksanaan.
2

Hubungan Etnik WAJ3106

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula mendefinisikan pemodenan sebagai usaha membangunkan, memodenkan atau pembaharuan terhadap sesuatu perkara. Takrifan yang diberikan di sini menjelaskan kepada kita bahawa pemodenan merupakan satu usaha yang dilakukan bertujuan untuk membangunkan sesuatu melalui pembaharuan. Jika kita teliti istilah pembaharuan ini, istilah ini merujuk kepada satu proses yang dilakukan berdasarkan perancangan sebelum diimplementasikan. Dalam kata lain, pemodenan adalah proses pembangunan yang dilakukan dengan terancang dan tersusun. Dalam proses pembangunan ekonomi yang berlaku di negara kita, dapat kita lihat bahawa pelbagai perancangan ekonomi dirancang dan dilaksanakan. Hal ini merujuk kepada Malaysia Kita (2007) yang menyatakan bahawa perancangan ekonomi telah dilaksanakan terutamanya melibatkan sektor pertanian dan perindustrian. Sebagai contoh ialah penubuhan FELDA, FELCRA, MARA dan pelbagai agensi lain yang bertujuan membantu masyarakat untuk terlibat dalam aktiviti ekonomi yang telah direncanakan oleh para pemimpin negara kita. Manakala, Baterah Alias et. al (2010) bersetuju dengan pandangan yang diberikan sebelum ini dengan menjelaskan bahawa pemodenan adalah berkaitan dan berhubungan dengan hal-hal yang baru, yang terkini, tidak kuno, dan memiliki teknologi tinggi. Takrifan berkaitan pemodenan yang diberikan di sini menguatkan lagi dengan jelas bahawa pemodenan merupakan satu tindakan atau proses yang membawa kepada perubahan dan pembangunan yang terancang. Bagaimanapun, di sini turut ditambah bahawa pemodenan ini sering kali dikaitkan dengan teknologi yang juga berkembang seiring bersama dengan pembangunan ekonomi yang berlaku. Perkembangan teknologi yang berlaku begitu cepat dan sering mengalami peningkatan menunjukkan salah satu contoh pemodenan atau pembaharuan yang berlaku. Namun, pembangunan terhadap teknologi ini pula bukanlah sesuatu yang dapat dilakukan secara terus tanpa melalui perancangan yang rapi dan tersusun. Dari sudut ekonomi dan hubungan etnik pula, pembaharuan yang dilakukan sering kali melibatkan pelaksanaan dasar-dasar yang dapat menguntungkan semua kaum selain membentuk toleransi yang berkesan.

Hubungan Etnik WAJ3106

2.2 Konsep Pembaratan Pembaratan adalah satu proses peniruan gaya hidup Eropah Barat yang tidak disertai oleh satu usaha perubahan secara berencana (Shamsul Amri Baharuddin, 2010). Berdasarkan kepada definisi yang diberikan di sini, dapat kita fahami bahawa pembaratan merupakan satu proses peniruan terhadap gaya hidup yang diamalkan Eropah Barat. Dalam hal ini, pembaratan juga merupakan satu proses perubahan. Bezanya di sini, perubahan yang dilakukan adalah berdasarkan peniruan secara terus terhadap sesuatu amalan yang diamalkan oleh masyarakat barat tanpa perubahan yang terancang. Dalam kata yang lain, dapatlah kita katakan bahawa pembaratan adalah peniruan secara bulat-bulat terhadap amalan masyarakat barat tersebut. Sebagai contoh, peniruan yang dapat kita lihat ialah dalam aspek pentadbiran, ekonomi, politik dan seumpamanya. Jika kita bandingkan istilah pembaratan ini dengan pemodenan berdasarkan takrifan yang diberikan, jelas sekali terdapat perbezaan di antara kedua-duanya. Istilah pembaratan ini merujuk kepada proses peniruan semata-mata tanpa sebarang perubahan terancang. Manakala, pemodenan pula adalah perubahan yang dilakukan dengan perancangan yang tersusun. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula menyatakan bahawa pembaratan ialah satu usaha untuk menjadikan sesebuah negara meresapi adat, cara hidup dan kelakuan orang barat. Dalam takrifan yang diberikan di sini, dapat kita fahami bahawa kata pembaratan itu jelas merujuk kepada tindakan mengambil ataupun meniru amalan yang terdapat pada masyarakat barat tersebut. Ini bermakna bahawa sesuatu amalan yang cuba diterapkan dalam sesebuah masyarakat itu tidaklah dirancang pelaksanaannya. Sebaliknya, amalan-amalan tersebut hanyalah diambil daripada barat dan digunakan atau diamalkan dalam masyarakat kita. Jelas sekali, istilah pembaratan dan pemodenan itu jauh berbeza makna antara kedua-duanya. Dalam konteks negara kita, proses pembaratan atau peniruan gaya hidup barat ini dapat kita lihat dalam pelbagai aspek kehidupan pada hari ini. Contoh mudah ialah dari aspek sosial iaitu cara berpakaian, gaya hidup bebas dan lain-lain lagi. Contoh lain pula ialah dari aspek ekonomi dan politik iaitu peniruan terhadap dasar-dasar ekonomi barat dan juga dalam hal-hal pentadbiran negara. Bagaimanapun, tidak hairanlah peniruan terhadap hal-hal seperti ini berlaku, kerana amalan-amalan ini telah diterapkan hasil penjajahan yang telah mereka lakukan.
4

Hubungan Etnik WAJ3106

Ting Chew Peh (1987) mempunyai pandangan yang serupa dengan menjelaskan bahawa pembaratan adalah pengambilan atau peniruan adat istiadat barat secara membabi buta. Dalam makna lain, pembaratan ditakrifkan beliau sebagai pengambilan budaya asing secara keseluruhannya sama sekali. Jelas sekali di sini bahawa pembaratan adalah satu tindakan mengambil atau meniru secara terus sebarang kebudayaan asing terutamanya barat tanpa mengolah atau mengubahnya untuk digunakan dalam amalan kehidupan seharian. Dalam hal ini, dapat kita lihat perbezaan yang sangat jelas antara pemodenan dan pembaratan. Pembaratan dalam negara kita menurut beliau dapat dilihat sebagai contoh dalam aspek ekonomi, Malaysia melaksanakan industrialisasi dengan meniru model pembangunan industri dari Eropah Barat. Dalam pelbagai aspek lain juga sebenarnya, Malaysia telah banyak meniru amalan dan dasar yang telah dilaksanakan oleh mereka. Tambahan pula, faktor penjajahan barat dalam segenap ruang di Malaysia turut menyumbang kepada proses pembaratan yang berlaku di negara kita pada hari ini.

2.3 Kesimpulan Sesungguhnya, penghuraian terhadap kedua-dua istilah pemodenan dan

pembaratan di atas telah menjelaskan kepada kita bahawa kedua-duanya mempunyai makna dan takrifan yang berbeza. Walaupun kedua-dua istilah ini merujuk kepada pembangunan, namun, perbezaan antara keduanya ialah pemodenan dilakukan secara terancang dan tersusun berbanding pembaratan yang mengambil sesuatu tanpa diubah dan diolah.

Hubungan Etnik WAJ3106

3.0 PERUBAHAN ACUAN EKONOMI MALAYSIA Sistem ekonomi Malaysia secara keseluruhannya telah mengalami perubahan corak yang sangat ketara daripada zaman penjajahan sehinggalah negara kita mendapat kemerdekaan. Jika kita singkap secara ringkas, corak sistem ekonomi kita pada zaman penjajahan adalah lebih kepada berasaskan kaum masing-masing. Hal ini berlaku disebabkan oleh dasar pecah dan perintah yang telah dilaksanakan oleh pihak penjajah British terhadap penduduk di Tanah Melayu. Pelaksanaan dasar tersebut telah menyebabkan perbezaan yang sangat ketara terhadap ekonomi bagi setiap kaum. Berbeza dengan corak ekonomi selepas merdeka, sistem ekonomi negara memberikan peluang yang seimbang antara setiap kaum menerusi pelaksanaan pelbagai dasar ekonomi oleh pemimpin negara kita. Bagi mengupas dan membincangkan dengan lebih lanjut lagi berkaitan dengan perubahan corak ekonomi negara kita, kita akan melihat dengan lebih terperinci lagi corak ekonomi negara semasa penjajahan dan selepas merdeka berdasarkan pandangan daripada beberapa orang tokoh.

3.1 Corak Ekonomi Zaman Penjajahan Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2010), kejatuhan empayar Melaka ke tangan Portugis telah menyaksikan satu era permulaan campur tangan kuasa-kuasa barat di rantau ini, khususnya di Tanah Melayu. Bangsa Eropah berlumba-lumba mencari kawasan jajahan baru bertujuan untuk menambah kekayaan, perdagangan serta pengaruh politik mereka. Menurut beliau lagi, corak ekonomi negara dapat dibahagikan kepada tiga sektor utama yang menjadi tumpuan iaitu pertanian secara kecil-kecilan, perdagangan dan perlombongan. Bagi setiap sektor atau aktiviti utama ekonomi ini, pengkhususan diberikan mengikut kaum-kaum tertentu. Misalnya, aktiviti pertanian secara kecil-kecilan dijalankan oleh kaum Melayu, aktiviti perdagangan dan perlombongan pula dijalankan oleh kaum Cina. Manakala, pertanian yang melibatkan perusahaan getah atau estet pula dijalankan oleh kaum India. Rajah 1 berikut menunjukkan tiga sektor atau aktiviti ekonomi yang utama yang dijalankan di negara kita semasa penjajahan.

Hubungan Etnik WAJ3106

Pertanian

CORAK EKONOMI ZAMAN PENJAJAHAN

Perdagangan

Perlombongan

Rajah 1 : Corak ekonomi semasa zaman penjajahan

Aktiviti utama yang dilaksanakan pada zaman penjajahan ialah aktiviti perlombongan (Malaysia Kita, 2007). Aktiviti perlombongan merupakan aktiviti ekonomi yang utama dilaksanakan di Tanah Melayu kerana, Tanah Melayu pada zaman dahulu adalah kaya dengan pelbagai hasil bumi termasuklah bijih timah, emas, tembaga dan sebagainya. Kekayaan hasil bumi yang dimiliki oleh Tanah Melayu ini telah mendorong pelbagai kuasa luar terutamanya daripada barat datang ke Tanah Melayu untuk mengeksploitasi hasil kekayaan tersebut bagi kepentingan mereka. Bagi melaksanakan hasrat mereka ini, pihak penjajah yang terdiri daripada kuasa barat telah merampas pentadbiran Tanah Melayu daripada Raja-raja Melayu dan mengurangkan peranan mereka sebagai ketua agama sahaja. Dengan cara ini, penentangan daripada kaum bumiputera khususnya Melayu tidak akan dapat dilakukan. Tidak cukup dengan itu, kaum Melayu tidak dilibatkan langsung dalam melaksanakan aktiviti ekonomi ini. Sebaliknya, pihak penjajah telah membawa masuk imigran daripada China untuk menjalankan aktiviti perlombongan ini. Dengan cara ini pula, kaum Melayu tidak akan dapat berkembang dari aspek

sosioekonominya kerana tidak diberikan peluang dalam sektor tersebut. Aktiviti ekonomi kedua yang terdapat semasa penjajahan di Tanah Melayu pula ialah aktiviti pertanian (Baterah Alias et. al, 2010). Menurut beliau, aktiviti
7

Hubungan Etnik WAJ3106

pertanian semasa zaman penjajahan ini dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu secara kecil-kecilan dan estet atau perladangan. Aktiviti pertanian secara kecilkecilan dilaksanakan oleh kaum bumiputera iaitu kaum Melayu. Hal ini seperti yang dijelaskan dalam Malaysia Kita (2007), bahawa rata-rata orang Melayu terdiri daripada golongan pesawah padi, penoreh getah dan nelayan berada dalam kemiskinan berbanding dengan kaum bukan bumiputera. Dalam hal ini, kaum Melayu hanya diberikan peluang berada dalam aktiviti ekonomi pertanian secara kecil-kecilan yang bertujuan untuk sara diri dan keluarga masing-masing. Seperti yang kita tahu, aktiviti pertanian yang bersifat sara diri ini tidak mempunyai pasaran dan nilai komersial yang tinggi. Secara langsung, hasil yang diperoleh hanya cukup untuk kegunaan keluarga sahaja. Berbanding dengan aktiviti pertanian yang kedua iaitu estet atau perladangan, aktiviti ini dijalankan oleh kaum India dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi (Malaysia Kita, 2007). Aktiviti perusahaan dan perladangan getah merupakan antara aktiviti dan sektor ekonomi yang agak berkembang maju pada masa penjajahan barat di Tanah Melayu. Kemajuan perusahaan getah di Tanah Melayu pada masa tersebut telah mendorong barat datang ke Tanah Melayu bagi menguasai dan mengeksploitasi sumber tersebut bagi kepentingan mereka seperti bijih timah. Sama seperti aktiviti perlombongan, pihak barat telah menyingkirkan kaum Melayu daripada terlibat dalam aktiviti ekonomi yang bernilai tinggi seperti perusahaan getah ini. Tujuan mereka melakukan hal ini tidak lain tidak bukan bagi menghalang kaum Melayu daripada mencapai kemajuan, seterusnya bangkit melakukan penentangan terhadap pihak barat. Kesan daripada penggunaan tenaga buruh yang dibawa dari negara India ini telah menyebabkan kaum Melayu terus mengalami kemunduran berbanding kaum-kaum imigran. Manakala, aktiviti ekonomi yang ketiga yang dijalankan semasa pemerintahan penjajah ialah aktiviti perdagangan (Malaysia Kita, 2007). Aktiviti perdagangan merupakan salah satu aktiviti ekonomi yang telah dilaksanakan semasa penjajahan walaupun sebenarnya, aktiviti perdagangan ini telah lama wujud di Tanah Melayu sebelum para penjajah menakluki Tanah Melayu. Jika pada sebelum penjajahan berlaku, aktiviti perdagangan giat berlaku di Tanah Melayu melibatkan penduduk tempatan yang terdiri daripada kaum bumiputera Melayu dengan pedagangpedagang dari luar seperti dari China, India dan Arab. Aktiviti perdagangan melibatkan pelbagai hasil bumi seperti rempah-ratus, hasil hutan dan sebagainya.
8

Hubungan Etnik WAJ3106

Melalui perdagangan yang wujud ini, hubungan etnik antara penduduk tempatan dan para pedagang luar dapat dihidupkan. Sebaliknya, semasa penjajahan aktiviti perdagangan telah dikuasai dan dijalankan oleh imigran Cina yang dibawa masuk oleh barat. Aktiviti perdagangan dijalankan oleh imigran Cina kerana secara keseluruhannya kaum Cina ditempatkan oleh barat di kawasan bandar-bandar yang besar. Hal ini juga berlaku berikutan pelaksanaan dasar pecah dan perintah oleh barat yang telah menyebabkan hubungan etnik tidak berlaku antara kaum-kaum tersebut. Pada masa yang sama , jurang ekonomi antara setiap kaum adalah berbeza dan sangat ketara. Menurut Jabatan Perangkaan (1979) dalam Shamsul Amri Baharuddin (2010), bancian yang dilakukan pada tahun 1970 menunjukkan bahawa secara peratusannya sebanyak 64.8 peratus penduduk Melayu berada dalam kemiskinan berbanding bukan Melayu iaitu hanya 26 peratus. Manakala, dari segi pendapatan mengikut kaum pula jurang pendapatan antara golongan bumiputera dan bukan bumiputera masih lagi tinggi. Sebagai contoh, RM1 pendapatan bagi kaum Melayu berbanding RM2.3 bagi orang kaum Cina dan RM1.8 bagi kaum India pada tahun yang sama. Merujuk kepada statistik ini, dapat kita lihat bahawa ekonomi semasa penjajahan telah meletakkan kaum Melayu jauh ketinggalan berbanding kaum imigran seperti Cina dan India. Secara keseluruhannya, dapatlah kita katakan bahawa corak ekonomi semasa penjajahan barat lebih berpihak dan menguntungkan kaum imigran. Dalam kata lain, kaum Melayu telah disingkirkan oleh pihak penjajah daripada menguasai sebarang aktiviti ekonomi yang boleh memajukan kaum Melayu seperti yang dikecapi sebelum penjajahan.

3.2 Corak Ekonomi Selepas Merdeka

Negara kita telah bebas daripada sebarang penjajahan selepas mendapat kemerdekaan secara rasminya daripada British pada 31 Ogos 1957. Sejak daripada peristiwa ini, negara kita bukan sahaja bebas mengamalkan pentadbiran ke arah kerajaan sendiri, malah juga bebas dalam melaksanakan sebarang bentuk pentadbiran dalam pelbagai aspek seperti ekonomi dan sebagainya. Shamsul Amri
9

Hubungan Etnik WAJ3106

Baharuddin (2010) menjelaskan bahawa umumnya, sistem ekonomi Malaysia adalah berasaskan laissez faire atau sistem ekonomi pasaran bebas yang diadaptasi daripada warisan British. Dari aspek hubungan etnik, kerajaan telah menggiatkan pelbagai usaha untuk mengatasi pelbagai masalah sosioekonomi dan sosiopolitik. Secara umumnya, rancangan dan corak pembangunan ekonomi negara dapat dibahagikan kepada empat peringkat seperti dalam rajah 2 berikut :

Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950 1955) dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu pertama (1956 - 1960)

Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961 1965) dan Rancangan Malaysia Pertama (1966 1970)

CORAK EKONOMI SELEPAS MERDEKA Perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru Dasar-dasar Pembangunan Negara

Rajah 2 : Corak ekonomi selepas negara merdeka

Seperti yang dapat dilihat dalam rajah 2 di atas, corak pembangunan ekonomi selepas merdeka dapat dibahagikan kepada empat peringkat utama. Peringkat pertama ialah Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950 1955) dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956 1960) (Malaysia Kita, 2007). Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950 1955) merupakan rancangan yang telah dirangka oleh pihak British untuk dilaksanakan oleh para pemimpin Melayu yang mengambil alih tampuk pemerintahan Tanah Melayu. Penyediaan rangka rancangan ini oleh pihak British adalah bertujuan memberi panduan kepada pemimpin Melayu untuk meneruskan pelaksanaannya setelah pentadbiran Tanah Melayu diambil sepenuhnya oleh mereka. Pada masa

10

Hubungan Etnik WAJ3106

yang sama, pelaksanaan rangka rancangan ini juga adalah bertujuan sebagai pengenalan kepada tradisi perancangan moden yang kekal sehingga kini. Menurut Malaysia Kita (2007), peringkat kedua corak pembangunan ekonomi pula ialah Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961 1965) dan Rancangan Malaysia Pertama (1966 1970). Pilihan Raya Umum tahun1959 merupakan rentetan kepada pengenalan dan pelaksanaan Rancangan Malaya Kedua ini. Dari segi falsafah, bentuk dan teknik corak perancangan pembangunan ini secara lahiriahnya adalah lanjutan perancangan pembangunan kolonial British. Bagaimanapun, dari segi tujuan, matlamat dan strategi khusus telah menunjukkan banyak perubahan dan penyesuaian. Pimpinan tempatan semakin matang dalam mengendalikan proses pembangunan masyarakatnya melalui pemerintahan sendiri. Pada peringkat kedua ini juga dilaksanakan Rancangan Malaysia Pertama (1966 1970) selepas pembentukan negara Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu dan Borneo (Malaysia Kita, 2007). Berbanding dengan dua rancangan pembangunan sebelumnya, rancangan pembangunan pada kali ini adalah lebih agresif sifatnya. Pelbagai dasar telah diperkenalkan termasuk dalam bidang pendidikan, bahasa dan budaya bagi melengkapi rancangan pembangunan tersebut yang rata-rata bercorak ekonomistik. Tumpuan utama yang diberikan adalah lebih kepada usaha membangunkan masyarakat desa yang miskin dan tertinggal berbanding kaum lain. Bagaimanapun, usaha menggerakkan perindustrian gantian import khususnya dalam perusahaan pembuatan juga turut diperkenalkan. Walaupun kelancaran pelaksanaan rancangan pembangunan ini agak terganggu disebabkan konflik kenegaraan, namun pemimpin tempatan telah berjaya

membuktikan kemampuan mereka menjalankan pemerintahan dengan baik. Peringkat ketiga corak pembangunan ekonomi selepas merdeka pula ialah berkaitan dengan perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru (Malaysia Kita, 2007). Seperti yang telah diketahui, salah satu sejarah hitam yang telah berlaku melibatkan pertumpahan darah antara kaum di negara kita ialah peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah berlaku semasa tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Pertama. Rentetan daripada peristiwa ini, Dasar Ekonomi Baru telah digarap masuk sebagai salah satu projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971 1975). Secara ringkas, pengenalan Dasar Ekonomi Baru ini adalah bertujuan bagi membetulkan ketidakseimbangan ekonomi yang telah wujud antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara. Pelaksanaan dasar ini sememangnya
11

Hubungan Etnik WAJ3106

suatu usaha yang benar-benar jitu dalam membangunkan masyarakat Malaysia kerana tempoh pelaksanaannya dijalankan selama 20 tahun bermula dari Rancangan Malaysia Kedua hingga ke Rancangan Malaysia Kelima. Malaysia Kita (2007) menjelaskan bahawa peringkat keempat dalam corak pembangunan ekonomi selepas merdeka ialah berkaitan dengan pengenalan dan pelaksanaan dasar-dasar pembangunan negara. Sememangnya, pengenalan dan pelaksanaan dasar-dasar pembangunan negara ini sentiasa berubah-ubah dan dikemas kini mengikut pemimpin yang memerintah tampuk pentadbiran negara kita. Hal ini sesungguhnya adalah bertujuan bagi memastikan kewajaran pelaksanaan setiap dasar tersebut dengan keadaan semasa seterusnya mencapai matlamat memodenkan Malaysia. Selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru, perancangan dasar-dasar pembangunan negara kita banyak menumpukan kepada sektor-sektor pertanian, perindustrian dan K-Ekonomi. Sebagai contoh ialah penggubalan Dasar Perindustrian Berat, Dasar Penswastaan dan Dasar Pertanian. Pengenalan dasardasar pembangunan ini telah membawa kepada pewujudan agensi-agensi seperti FELDA, FELCRA, MARA dan sebagainya. Manakala, perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi pula telah membawa kepada pemacuan K-Ekonomi iaitu pembangunan ekonomi berteraskan penggunaan teknologi.

3.3 Kesimpulan

Secara

ringkas,

dapatlah

kita

fahami

bahawa

pelaksanaan

corak

pembangunan ekonomi negara kita selepas merdeka sebenarnya adalah warisan legasi yang telah ditinggalkan oleh barat. Cara dan sistem pembangunan ekonomi yang dilaksanakan selepas merdeka semuanya adalah berdasarkan kepada apa yang telah dilaksanakan oleh barat terutamanya British semasa penjajahan mereka. Bagaimanapun, cabaran yang dihadapi oleh para pemimpin negara kita selepas merdeka sebenarnya adalah lebih sukar berbanding yang telah dialami oleh pihak penjajah. Hal ini kerana, salah satu kesan tinggalan penjajahan iaitu wujudnya kemajmukan kaum di negara kita telah memberikan satu cabaran yang besar kepada para pemimpin negara dalam memastikan setiap ahli di dalamnya mendapat hak yang sama rata.

12

Hubungan Etnik WAJ3106

4.0 ISU EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK Seperti yang telah kita bincang dan huraikan sebelum ini, corak pembangunan ekonomi negara kita sememangnya telah mengalami perubahan yang sangat ketara sejak sebelum, semasa dan selepas penjajahan barat. Jika sebelum kedatangan penjajah barat ke negara kita, aktiviti ekonomi yang terdapat di negara kita adalah didominasi sepenuhnya oleh penduduk tempatan. Namun, kedatangan penjajahpenjajah barat telah menyebabkan aktiviti ekonomi tersebut dimonopoli oleh mereka dengan membawa buruh-buruh asing sebagai pelaksana agenda mereka tersebut. Dari itu juga, salah satu kesan yang menjadi tinggalan kepada kita pada hari ini sudah tentu ialah kewujudan masyarakat majmuk. Hal ini sememangnya telah memberi cabaran kepada para pemimpin kita dalam memastikan semua kaum dapat menikmati dan merasai hasil ekonomi yang terdapat di negara kita dengan sewajarnya. Oleh itu, seterusnya kita akan melihat salah satu isu ekonomi yang berlaku di negara kita dan kaitannya dengan hubungan etnik.

4.1 Dasar Ekonomi Baru dan Hubungan Etnik Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan menjadi satu titik hitam dalam sejarah Umum negara Malaysia bahawa

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei).

mengetahui

perkara ini telah berlaku disebabkan oleh wujudnya ketidakseimbangan ekonomi yang berlaku antara kaum-kaum terbesar di negara kita. Merujuk kepada perspektif sejarah Malaysia, amalan pecah dan perintah yang diterapkan British merupakan faktor utama yang telah menyumbang kepada terjadinya perkara ini. Ting Chew Peh (1987) menjelaskan bahawa tindakan membawa masuk tenaga buruh dari negara China dan India untuk menjalankan kepentingan mereka telah menghimpit kaum Melayu untuk terus maju dalam ekonomi mereka. Ketidakseimbangan dan jurang ekonomi yang sangat tinggi berlaku di kawasan bandar dan luar bandar yang juga menyebabkan perbezaan jurang ekonomi antara kelompok etnik. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2010), banci penduduk tahun 1970 sahaja menunjukkan bahawa 49.3 peratus daripada
13

semua keluarga di

Hubungan Etnik WAJ3106

Semenanjung Malaysia mempunyai pendapatan di bawah garis kemiskinan. Daripada keseluruhan statistik tersebut, hanya 14 peratus sahaja keluarga miskin yang terdapat di bandar. Manakala, 86 peratus lagi merupakan keluarga yang berada di luar bandar. Statistik kadar kemiskinan mengikut etnik pula adalah seperti dalam jadual 1 di bawah :

Kaum Melayu Cina India Lain-lain

Kadar Kemiskinan (peratus %) 64.8 26.0 39.2 44.8

Pendapatan Purata Keluarga Sebulan (RM) 172.00 394.00 304.00 813.00

Jadual 1 : Kadar kemiskinan dan pendapatan purata mengikut etnik pada 1970

Berdasarkan kepada statistik yang dinyatakan dalam jadual 1 di atas, dapat kita lihat perbezaan yang sangat besar antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera dari segi pendapatan ekonomi keluarga. Dalam hal ini, kadar kemiskinan yang melanda dikaitkan dengan kadar pemilikan berdasarkan kelompok etnik yang sangat tidak seimbang (Malaysia Kita, 2007). Tanpa disangkal lagi, hal ini sudah tentu dikaitkan juga dengan sikap British yang memberikan layanan dan perhatian berbeza kepada kelompok etnik tertentu. Bagi menjelaskan hal ini, kita rujuk kembali kepada sejarah pendudukan British yang menjalankan dasar pecah dan perintah di negara kita suatu masa dahulu. Konsep dasar ini yang memecahkan pendudukan setiap kaum mengikut kelompok di kawasan-kawasan berbeza dan aktiviti ekonomi yang berbeza telah menyebabkan hasil dan pendapatan yang diperoleh juga sangat berbeza. Kaum bukan bumiputera yang ditempatkan di kawasan yang aktiviti ekonominya berpotensi besar seperti perlombongan dan perladangan telah menguntungkan mereka. Sebaliknya, penempatan kaum Melayu di kawasan desa dengan aktiviti ekonomi yang hanya bertujuan bagi menyara kehidupan keluarga telah menyekat sama sekali perkembangan mereka.

14

Hubungan Etnik WAJ3106

Disebabkan hal ini, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baharu pada tahun 1971 bagi mengatasi kedudukan ketidakseimbangan ekonomi tersebut (Shamsul Amri Baharuddin, 2010). Umumnya, pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru adalah bertujuan untuk mencapai perpaduan negara melalui pengagihan

pendapatan dan peluang-peluang ekonomi yang saksama dalam kalangan semua rakyat Malaysia. Dalam kata lain, Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Antara sasaran lain Dasar Ekonomi Baru ialah menyusun semula pemilikan harta dengan meningkatkan pemilikan saham bumiputera sehingga sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang tahun 1990. Hal ini penting bagi mengelak kecemburuan sosial yang merupakan punca kepada berlakunya rusuhan etnik. Rajah 3 di bawah menunjukkan usaha-usaha dan projek pembangunan telah dirangka di bawah Dasar Ekonomi Baru.

Mewujudkan peluang pekerjaan bagi semua golongan rakyat.

Tingkatkan daya pengeluaran dan pendapatan.


Memodenkan bandar. kehidupan di luar

Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera. Memperbaiki kualiti hidup rakyat melalui pendidikan, latihan, kesihatan dan pelbagai kemudahan lain Rajah 3 : Antara usaha-usaha dan projek pembangunan yang dirangka dalam Dasar Ekonomi Baru

15

Hubungan Etnik WAJ3106

4.2 Kesimpulan Berdasarkan kepada penghuraian dan perbincangan kita terhadap salah satu isu ekonomi yang dipilih iaitu Dasar Ekonomi Baru, dapatlah kita katakan bahawa pelaksanaan dasar ini dalam mengatasi masalah hubungan etnik adalah sangat bertepatan. Tragedi 13 Mei yang telah menyebabkan masalah perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini telah mencerminkan bahawa pentingnya dasar-dasar ekonomi seperti ini diwujudkan. Bagaimanapun, tindakan sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan pelaksanaan dasar ini sebagai dasar yang diskriminatif adalah sangat tidak relevan. Walaupun pada pandangan mata kasar dasar ini lebih menguntungkan kaum bumiputera, namun kaum bukan bumiputera juga sebenarnya menerima penglibatan yang cukup besar dalam hal ini. Oleh itu, tanggapan sedemikian adalah sangat tidak wajar dan pelaksanaan dasar ini sememangnya bersesuaian dan perlu diteruskan pada masa akan datang.

16

Hubungan Etnik WAJ3106

5.0 RUMUSAN

Secara tuntasnya, perpaduan dalam kalangan kaum adalah sesuatu yang bukan mudah untuk kita perolehi. Lebih-lebih lagi, hal ini berlaku dalam situasi masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Isu-isu semasa berkaitan masyarakat berbilang kaum yang dapat kita lihat dewasa ini sesungguhnya telah memberi gambaran yang cukup jelas kepada kita untuk lebih peka dan matang dalam menangani masalah ini. Peranan besar terletak di bahu kita sebagai bakal pendidik anak bangsa bagi menyemai nilai-nilai perpaduan dan saling memahami antara satu sama lain kepada anak-anak didik kita kelak. Hal ini kerana, pembangunan yang kita kecapi pada hari ini sesungguhnya tidak bermakna jika kita perlu menggadaikan keharmonian antara setiap ahli masyarakat di negara ini. Justeru itu, perbincangan yang telah dikupas dengan panjang lebar tersebut seharusnya membekalkan kita dengan pelbagai maklumat yang bermanfaat dan harus dihayati dan ditanamkan dalam jiwa masing-masing. Jika tidak, peristiwa hitam 13 Mei yang pernah dilalui hampir setengah abad yang lalu tidak mustahil akan berlaku semula pada masa akan datang. Oleh yang demikian, kita haruslah benar-benar menguasai dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut agar diri kita benar-benar bersedia dan mantap bagi menghadapi cabaran mendatang dengan cemerlang.

17

Hubungan Etnik WAJ3106

REFLEKSI

a) Ramlee Bin Tiasin (730825-12-5217) Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, banyak perkara yang telah saya lalui dan pelajari. Semasa menerima tugasan kerja kursus ini, perkara yang berlegar di minda saya ialah berkaitan dengan pengurusan masa yang dapat saya peruntukkan bagi menyiapkan tugasan ini. Hal ini kerana, pada masa sama untuk menyiapkan tugasan ini, saya juga terpaksa memperuntukkan masa saya kepada tugasan dan tanggungjawab yang lain. Sebagai contoh ialah peranan dan tanggungjawab sebagai guru sekolah dan peranan sebagai pemimpin keluarga. Peranan sebagai seorang guru sekolah sahaja telah melibatkan saya dengan pelbagai bidang tugas termasuklah dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam kokurikulum. Hal ini ditambah lagi dengan waktu interaksi yang singkat yang mengurangkan waktu untuk saya berbincang dengan rakan saya bagi menyiapkan tugasan ini tepat pada waktunya. Bagaimanapun, semua ini tidak saya jadikan sebagai alasan untuk tidak menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Semasa melaksanakan tugasan ini pula, pelbagai inisiatif telah saya ambil bersama rakan saya termasuklah mencari pelbagai sumber rujukan di perpustakaan IPG Kampus Keningau, di internet dan pelbagai sumber lain. Satu perkara yang baik dalam melaksanakan tugasan ini ialah pelaksanaan dalam kumpulan berdua. Pelaksanaan secara berpasangan ini sangat memudahkan saya untuk menyiapkan tugasan ini bersama rakan saya kerana setiap bahagian dalam tugasan dapat dibahagi-bahagikan untuk dilaksanakan secara bersama. Selain tugasan akan dapat disiapkan dengan cepat, idea yang pelbagai juga dapat diilhamkan bagi mendapatkan hasil tugasan yang terbaik. Di samping itu, saya dan rakan saya juga dapat membantu antara satu sama lain setiap kelemahan yang ada. Selepas menyiapkan tugasan ini, beberapa perkara yang dapat saya pelajari antaranya ialah pentingnya toleransi dan kerjasama antara semua pihak yang berbeza ideologi, fahaman dan anutan. Sifat kebersamaan, toleransi dan kerjasama
18

Hubungan Etnik WAJ3106

yang baik dapat membentuk kesefahaman yang baik terutamanya dalam kehidupan masyarakat yang majmuk. Sebagai contoh, di negara kita sahaja terdapat lebih daripada 60 kaum dan etnik dengan tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Dalam jumlah etnik yang besar ini, kesefahaman dan keamanan masih dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat dengan adanya apa yang disebutkan sebagai toleransi dan kerjasama itu tadi. Dalam kehidupan sebagai guru di sekolah, saya berpandangan bahawa adalah wajar perkara ini diterapkan kepada murid bagi membentuk kebersamaan tersebut sejak kecil lagi agar perkara ini dapat terus diterapkan sehingga mereka meningkat dewasa. Bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, perkara lain yang saya dapat pelajari juga adalah berkaitan dengan perlunya semua pihak mengelakkan dan menjauhi budaya dan sikap cuba mengeruhkan keamanan dengan menyatakan sebarang isu yang sensitif dan boleh menyinggung perasaan kaum lain. Jika berbicara mengenai hal ini, isu-isu dan perkara yang dapat kita kaitkan sebagai sensitif biasanya adalah berkaitan dengan isu kepercayaan, budaya dan agama. Hal-hal yang bersangkutan dengan perkaraperkara ini haruslah diteliti dan dilihat natijahnya terlebih dahulu selain

kesesuaiannya sebelum dilontarkan kepada khalayak. Seperti yang kita tahu, setiap kepercayaan mempunyai cara dan pandangan yang berbeza. Namun, harus difahami bahawa setiap kepercayaan juga menyuruh setiap penganutnya untuk saling menerima dan menghormati antara satu sama lain. Jika hal ini dapat dipraktikkan dalam diri semua pihak terutamanya para pelajar, sebarang perkara yang boleh menimbulkan polemik negatif akan dapat dielakkan. Secara keseluruhannya, pelaksanaan tugasan kerja kursus ini telah banyak membantu saya untuk lebih memahami dan menghargai kurniaan Ilahi yang kita kecapi pada hari ini. Usaha berpanjangan yang telah dilaksanakan lanjutan daripada pemimpin-pemimpin terdahulu ini haruslah dipelihara dengan sesungguhnya agar perkara ini dapat terus dipertahan dan dinikmati oleh generasi-generasi yang akan datang. Usaha ini seperti kata pujangga Melayu tidak datang dengan bergolek mahupun dengan melayang. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab kita semua sebagai warga yang cinta akan bangsa dan negara untuk mempertahankan anugerah yang tidak terhingga ini.

19

Hubungan Etnik WAJ3106

b) Witter Gawis (740101-12-6299) Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan rasa syukur saya yang tidak terhingga kepada Tuhan kerana telah memampukan dan memberi saya kekuatan di dalam menyiapkan tugasan ini. Berkat pertolongan serta hikmat yang diberikan-Nya kepada saya, akhirnya tersudahlah tugasan untuk diserahkan kepada pensyarah untuk dinilai. Banyak input serta output yang dapat saya perolehi melalui tugasan ini. Seperti biasa, setelah menerima tugasan ini, saya harus merangka dan merancang pencarian maklumat dan info yang akan digunakan untuk rangka isi tugasan ini. Maklumat mengenai tajuk tugasan ini bukanlah sukar untuk dicari dan didapati, apatah lagi sekiranya ringan tulang untuk membuat rujukan di perpustakaan Institut Perguruan Keningau. Tugasan demi tugasan yang telah saya laksanakan sebelum ini telah banyak memberi saya pengetahuan dan ilmu untuk menghasilkan tugasan yang lebih baik daripada tugasan sebelumnya. Tugasan ini yang berkaitan dengan hubungan etnik yang mana melibatkan perbincangan berkaitan dengan kewujudan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan kepercayaan. Dalam membincangkan berkaitan dengan perkara-perkara seperti ini, bukanlah mudah untuk kita memperkatakan sesuatu perkara tersebut tanpa mengambil kira sensitiviti semua pihak terutamanya kepada khalayak umum. Di sini, saya mempelajari bahawa perbincangan dan kenyataan berkaitan hal-hal seperti ini adalah sesuatu yang perlu diambil kira dengan sebaik-baiknya bagi memastikan sebarang polemik yang kurang baik berlaku sehingga boleh menyebabkan permusuhan sesama sendiri. Kita lihat sahaja seperti contoh yang telah berlaku pada satu ketika dahulu yang bukan sahaja menyebabkan pertumpahan darah, malahan kesannya masih tercalit sehingga kini. Selain itu, saya juga mempelajari bahawa perlunya rasa syukur yang tinggi terhadap pelbagai kejayaan dan nikmat yang dapat kita rasai pada hari ini. Pembangunan yang dikecapi pada hari ini sudah tentunya bukan sesuatu yang diperolehi dengan mudah sekali. Sebaliknya, pelbagai usaha hasil kudrat pemimpinpemimpin negara pada masa dahulu dikerah bagi memacu pembangunan negara yang juga seimbang antara setiap ahli di dalamnya. Jika kita lihat pembangunan yang kita kecapi hari ini dengan keadaan yang dialami di pelbagai negara yang lain,
20

Hubungan Etnik WAJ3106

mereka bukan sahaja masih berada jauh ketinggalan malah juga bergelumang dengan pelbagai konflik yang sangat serius. Sebagai contoh ialah di negara Thailand, walaupun mereka terdiri daripada etnik yang serupa atau serumpun, namun keamanan dan pembangunan yang jitu masih sukar untuk diwujudkan dalam kalangan mereka. Keadaan ini sangat jauh berbeza dengan keadaan yang dialami di negara kita kerana pelbagai kaum dapat hidup secara bersama dan memacu pembangunan secara bersama. Sebagai seorang guru dan pendidik anak bangsa, saya terpanggil bagi menerapkan perkara ini dalam kalangan murid dan anak didik saya sedari kecil lagi. Pembentukan nilai-nilai seperti ini sedari awal lagi akan memudahkan penerapannya apabila mereka meningkat pada usia dewasa kelak. Hal ini kerana, sejak kecil lagi mereka telah dilazimkan dengan sikap menerima antara satu sama lain dengan terbuka. Sudah pasti mereka akan dapat menerima antara satu sama lain dengan sikap keterbukaan dan toleransi yang tinggi. Bagi diri saya sendiri, saya melihat contoh yang paling dekat sekali ialah dalam pelaksanaan tugasan kerja kursus ini sendiri. Saya dan rakan saya mempunyai fahaman dan kepercayaan yang berbeza antara satu sama lain. Namun, kami dapat mewujudkan kerjasama yang erat dalam menyiapkan tugasan ini dengan sempurna secara bersama. Akhir sekali, saya berasa sangat bersyukur kerana telah dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Mudah-mudahan segala ilmu pengetahuan yang telah saya perolehi akan dapat saya gunakan untuk meningkatkan lagi potensi diri saya dan menjadi seorang insan yang dapat bersinar dan membangun anak bangsa.

21

Hubungan Etnik WAJ3106

BIBLIOGRAFI

Senarai Rujukan Buku 2007. Malaysia Kita ; Panduan Dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan. Selangor Darul Ehsan ; International Law Book Services. Baterah Alias, Huzaimah Ismail dan Najahudin Lateh, 2010. Hubungan Etnik Di Malaysia. Selangor Darul Ehsan ; Oxford Fajar Sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa dan Pustaka. Shamsul Amri Baharuddin, 2010. Modul Hubungan Etnik. Selangor ; Straits Digital Sdn. Bhd. Ting Chew Peh, 1987. Hubungan Ras dan Etnik : Suatu Pengantar. Kuala Lumpur ; Pustaka Dimensi.

Senarai Rujukan Internet http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei (dimuat turun pada 22 Januari 2013)

22