Anda di halaman 1dari 2

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Tarikh Masa Bilangan murid Mata Pelajaran Tema/Tajuk

: : 30 minit : 5 orang : Bahasa Melayu : Melukis & Mengenal Abjad Vokal

Hasil Pembelajaran : Fokus Utama: -Murid dapat melukis dan mengenal abjad-abjad vokal dengan jelas dengan menyuruh mereka melukis huruf-huruf vokal dan memadankannya dengan gambar-gambar yang awalannya bermula dengan huruf vokal.

Fokus Sampingan: -membina kreativiti murid-murid dengan menyuruh mereka menyambung titik-titik huruf vokal tersebut dengan bermacam-macam warna.

Objektif: 1. Murid-murid dapat membezakan antara huruf vocal dan huruf konsonan. 2. Murid-murid dapat mengenal huruf vokal dan tahu dimana huruf-huruf vocal digunakan

Pengisian Kurikulum: Ilmu Nilai Kemahiran befikir - Abjad Vokal - Kreativiti - Melakukan perbezaan dan persamaan

Bahan Bantu Mengajar: -Magic Marker, bahan cetak, kad bergambar

Pengetahuan Sedia Ada Murid: -Murid pernah diajar semua huruf dalam sistem tulisan rumi dalam pelajaran sebelumnya (A-Z).

Langkah / Masa Set Induksi ( 5 minit )

Aktiviti P&P

Catatan

Guru mengingatkan kembali muridmurid tentang semua huruf dalam sistem tulisan rumi iaitu huruf A-Z dengan melekatkan huruf-huruf tersebut di papan putih.

Media Pengajaran: Kad Huruf

Langkah 1 ( 10 minit ) Murid diberikan bahan cetak yang terdapat huruf-furuf vokal yang titiktitiknya perlu disambungkan supaya huruf tersebut menjadi sempurna. Murid murid menyambung tititk-titik huruf tersebut menggunakan Magic Marker dengan pelbagai warna mengikut kreativiti murid. Bahan cetak Magic Marker

Langkah 2 (10 minit) Selesai murid menyambung titik tersebut, murid perlu memadankan huruf vokal yang telah mereka sambungkan dengan kad gambar yang disediakan oleh guru di atas meja. Murid murid dikehendaki membuat ayat mudah berdasarkan objek di dalam gambar tersebut. Kad gambar meja

Penutup (5 minit) Hasil kerja mereka di pamerkan dan murid menyebut huruf-huruf vokal tersebut dengan bimbingan guru Meja

Anda mungkin juga menyukai