Anda di halaman 1dari 3

DR CHAN KOK YU, Spesialis Ortopedi

Ganti Lutut Berkomputer & Rekonstruksi ACL - dua operasi lutut yang paling lazim

HOME TENTANG DOKTOR o TENTANG DR (Inggeris) MAKLUMAT PRAKTEK KONTAK DOKTOR English/Inggeris INFORMASI PASIEN

PEMBEDAHAN GANTI SENDI LUTUT DENGAN BANTUAN KOMPUTER TEKNOLOGI TERBARU Operasi lebih tepat, keputusan lebih bagus
Penyakit arthritis atau osteoarthritis lutut tidak ada obat penawar. Tidak ada kaedah yang boleh menyembuhkan rawan lutut yang sudah keausan akibat arthritis. Obat- obatan dan suntikan cuma memberikan kelegaan jangka pendek atau sementara, itupun dengan keputusan yang tidak konsisten. Terdapat satu sahaja kaedah untuk menghilangkan sakit nyeri arthritis serta meluruskan kembali lutut yang bengkok akibat arthritis dan membolehkan pasien menikmati balik kualitas hidup yang bagus. Kaedah itu ialah pembedahan ganti sendi lutut atau 'knee replacement surgery' dalam bahasa Inggeris.

Prostesis logam dan plastik dalam operasi ganti lutut dengan bantuan komputer. Dua pengesan (tracker) dipasang untuk membolehkan komunikasi dengan komputer semasa operasi.

APAKAH BEDAH GANTI SENDI LUTUT? Rawan lutut yang sudah keausan tidak boleh dikembalikan ke normal. Permukaan rawan ini yang sudah rosak dalam sendi lutut bersentuhan antara satu sama lain dan menyebabkan pasien rasa nyeri lutut. Dalam operasi ganti lutut, permukaan rawan dipotong dengan instrumen khas dan digantikan dengan logam dan plastik. Logam dan plastik ini dipanggil implan atau prostesis. Prostesis dalam lutut ini berfungsi sebagai permukaan lutut yang baru. Dengan prostesis ini, sakit lutut akan hilang dan lutut akan hilang rasa kaku kerana boleh bengkok dan lurus dengan lancar. Dalam jangka pendek, operasi ganti sendi lutut berupaya menghilangkan rasa nyeri dan kembalikan kualitas hidup pasien dengan kejayaan yang sangat tinggi, iaitu lebih daripada 95%.

Sekiranya operasi ini dilakukan dengan betul-betul tepat, prostesis atau sendi palsu ini mampu tahan lebih kurang 15 hingga 20 tahun.

Sistem komputer yang digunakan semasa operasi untuk ganti sendi lutut CAS.

APAKAH BEDAH GANTI LUTUT DENGAN BANTUAN KOMPUTER? Operasi ganti lutut dengan bantuan komputer, atau 'computer assisted surgery knee replacement (CAS)' menggunakan teknologi komputer semasa operasi dilakukan. Walaupun operasi ganti lutut sudah dilakukan berpuluh-puluh tahun dengan majoriti keputusan baik, akan tetapi, kejayaan prostesis untuk tahan lama (15 hingga 20 tahun) bergantung pada ketepatan operasi. Kalau pemotongan tulang/rawan lutut serta pemasangan prostesis dibuat secara betul-betul tepat, lutut pasien akan betul-betul lurus. Lutut yang betul-betul lurus akan menanggung berat badan pasien secara seimbang di seluruh permukaan prostesis supaya membolehkan prostesis tahan lama. Kajian telah menunjukkan bahawa ketidaktepatan semasa operasi melebih 3 darjah boleh mengakibatkan lutut tidak betul-betul lurus dan berat pasien akan bertumpu pada satu bahagian prostesis. Ini akan menyebabkan prostesis menjadi longgar lebih awal (kurang dari 5 tahun selepas operasi). Operasi ganti lutut dengan instrumen konvensional bergantung pada anggaran subjektif doktor bedah ortopedi untuk meluruskan lutut dengan tepat. Ketidaktepatan banyak berlaku semasa operasi walaupun operasi dibuat oleh doktor bedah yang berpengalaman. Untuk mengatasi ketidaktepatan ini, operasi bantuan komputer (CAS) telah dicipta. Operasi ganti lutut dengan bantuan komputer (CAS) menggunakan teknologi komputer semasa pemotongan tulang/rawan dan permasangan prostesis. Teknologi komputer jauh lebih tepat daripada operasi cara konvensional. Banyak kajian dan jurnal telah melaporkan bahawa CAS lebih tepat dan lebih konsisten dalam menjadikan lutut pasien betul-betul lurus semasa operasi. Dengan penggunaan CAS, operasi dijamin betul-betul tepat dan ini memberi pasien keputusan jangka pendek dan jangka panjang yang lebih bagus. Ini sangat penting terutamanya dalam pasien yang lebih muda, dalam umur 50-an atau awal 60-an yang memerlukan prostesis itu tahan lama. Dengan CAS, pasien ada peluang yang lebih tinggi untuk menikmati kualitas hidup yang bagus tanpa nyeri lutut selama 15-20 tahun. DALAM KEADAAN MANAKAH PASIEN ARTHRITIS PERLU OPERASI GANTI LUTUT? Sama ada perlu operasi atau tidak bergantung pada keperluan pasien. Pasien sendiri kena buat keputusan sama ada nak buat operasi atau tidak setelah berbincang dengan spesialis ortopedinya. Kalau pasien inginkan penyelesaian muktamad kepada sakit lututnya serta kualitas hidup yang baik, pasien boleh memilih untuk menjalani operasi ganti lutut. Setelah pasien faham tentang kebaikan operasi ganti lutut serta risiko operasi, barulah pasien buat pilihan. Kalau pasien rasa bahawa walaupun ada sakit lutut, tetapi kualitas hidupnya masih agak baik, pasien tidak perlu

menjalani operasi. Semua ini bergantung pada pasien kerana kesan arthritis lutut pada setiap pasien tidak sama. APAKAH RISIKO OPERASI GANTI LUTUT? Operasi ganti lutut ada peratusan kejayaan yang sangat tinggi, lebih dari 95%. Walaupun operasi ini ada risiko, tetapi risiko-risiko ini jarang berlaku. Risiko operasi ganti lutut termasuk infeksi, tetapi ini jarang berlaku. Satu lagi risiko ialah kejadian darah beku dalam salur darah (deep vein thrombosis). Dengan penggunaan obat-obat moden, risiko untuk salur darah beku sangat jarang berlaku. Spesialis ortopedi anda akan menerangkan kepada anda tentang risiko-risiko ini sebelum anda membuat keputusan sama ada ingin menjalani operasi atau tidak.
Create a free website at Webs.com

Anda mungkin juga menyukai