Anda di halaman 1dari 16

BAB 1

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SECARA UMUM

DISEDIAKAN OLEH :
MARISSA RICHARD NORFATIN MOHAMMAD DIN CHE FATMA NADIA BT CHE MAT ARIFFIN

PENGENALAN

Malaysia mulai bergerak menuju ke arah status negara maju seperti yang dicita citakan dan dinyatakan dalam Wawasan 2020. Peristiwa rusuhan etnik 13 Mei 1969 Pencetus kepada transformasi sosioekonomi yang luar biasa.

membuka mata tentang kecacatan dalam hubungan masyarakat kita khususnya dalam hubungan etnik.

Kemajuan ekonomi + kestabilan politik

Tanpa kedua duanya maka pincanglah pembangunan negara kita dan akan mewujudkan konflik. Sebab itu perlunya keseimbang kedua dua aspek tersebut.

KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK YANG HARMONIS


Faktor hubungan etnik yang harmonis = kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. ( survival Malaysia = negara bangsa dan sistem sosial yang kukuh.) Sebagai masyarakat yang berbilang bersama sama memupuk dan mengekalkan hubungan ini. Jika sebaliknya peristiwa ( 13 Mei 1969) pasti akan terulang kembali.

IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA TERSEBUT;


Rusuhan kaum tidak membawa keuntungan kepada sesiapa tetapi merugikan semua pihak. Melibatkan nyawa dan harta benda. Langkah langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum. Perpaduan nasional tidak akan wujud jika ada sebilangan besar penduduk miskin. Nilai hormat menghormati antara satu sama lain.

USAHA KERAJAAN MEWUJUDKAN PERPADUAN NASIONAL

Menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara / Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional JPNIN. ( 1969 )

Memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum. Mengeratkan hubungan masyarakat daripada seluruh negeri di Malaysia.

Pengenalan Rukun Negara Dasar Ekonomi Baru Dasar pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Hasil kerjasama dan sumbangan daripada sektor swasta, sektor komuniti ( NGO) dan semua parti politik.

HUBUNG KAIT ANTARA EKONOMI DAN ETNISITI

Pengalaman sejarah membuktikan terdapat hubungan kait yang jelas antara ekonomi dan etnisiti, khususnya identifikasi kegiatan dalam sesuatu sektor ekonomi dengan sesuatu kaum. Sebagai satu contoh keadaan, yang menjadi persepsi masyarakat iaitu majoriti etnik Melayu terdiri daripada petani dan nelayan, etnik Cina pula terlibat dalam perniagaan dan sektor perlombongan, manakala sebilangan besar etnik India merupakan buruh di estet. Ini bermakna, apabila kita menyebut tentang ekonomi, sekaligus kita akan menyebut juga tentang hal etnisiti dan begitulah sebaliknya.

Setelah sarjana dan penyelidik mengkaji, tidak dinafikan bahawa pentingnya faktor pertumbuhan ekonomi dan faktor kestabilan politik sebagai teras kejayaan Malaysia selama ini. Menurut mereka, kunci bagi survival Malaysia ialah hubungan etnik yang harmonis. Pandangan ini dinyatakan dengan jelas oleh Joseph Stiglitz, bekas Ketua Ahli Ekonomi, Bank Dunia (1997-2000) dan penerima Anugerah Nobel (Bidang Ekonomi), 2001:

Saya berpeluang berbincang dengan Perdana Menteri Malaysia selepas berlakunya rusuhan di Indonesia. Negaranya juga pernah mengalami rusuhan etnik pada masa lepas. Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menghindarinya daripada berulang, termasuk mencipta suatu program untuk memperbanyak peluang pekerjaaan untuk etnik Melayu. Mahathir sedar bahawa segala pencapaian usaha membina sebuah measyarakat multietnik akan sia-sia sekiranya beliau mengizinkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memaksa pelaksanaan dasar-dasarnya terhadap beliau dan negaranya, dan akhirnya akan mencetuskan rusuhan. Pada beliau menghindar berlakunya kegawatan ekonomi yang tenat bukan hanya merupakan satu persoalan ekonomi, malah satu persoalan yang berkait dengan suvival negaranya

Kenyataan tersebut menekankan bahawa dalam konteks Malaysia, apabila berlakunya sesuatu kegawatan ekonomi yang tenat (seperti yang terjadi pada tahun 1997-1998), penyelesaian ekonomi sahaja tidak mencukupi kerana hubungan antara ekonomi dan etnisiti amat rapat. Oleh itu, hubungan etnik merupakan satu ciri penting yang mencorakkan sistem sosial Malaysia dan seterusnya mewarnai kehidupan harian semua rakyat Malaysia.

KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK


Hubungan etnik dapat mencerminkan sifat sesuatu struktur sosial masyarakat. Hubungan etnik mencerminkan keadaan sosial masyarakat. Hubungan etnik juga memberikan pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca koflik dan lebih penting sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik juga mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Hubungan etnik memaparkan pelbagai aspek sistem stratifikasi dan faktor yang membawa kepada perubahannya.

Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat. Dari perspektif sosio;ogi, biasanya ketegangan sosial dapat dikawal dan dikaburkan oleh golongan elit. Golongan minoriti terpaksa menahan perasaan tidak puas hati mereka. Melalui cara demikian, konflik dipendamkan dan terkawal. Menurut Benedict, konflik ras mencerminkan ketidaksamaan dalam masyarakat . Maka, hubungan etnik bukan sahaja menjadi petunjuk ketegangan sosial malah petunkuk ketidaksamaan sosial

Melaui hubungan etnik, kita juga boleh memahami isu prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara. Kita dapat mengetahui apabila prasangka menjadi sebab diskrimasi, atau sebaliknya, bagaimana sesuatu isu prasangka atau diskriminasi boleh wujud seta peranan norma dan kawalan sosial dalam mempengaruhi amalan diskriminasi.

Selain itu, kita juga dapat menggambarkan peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku ahli masyarakat. Misalnya, prasangka mencerminkan keperluan dalam diri individu apabila menggunakan scapegoat dan rasisme sebagai pampasan terhadap perasaan tidak selamat dan rendah diri.

Hubungan etnik juga penting dalam memahami kesan pengindustrian di sesebuah negara. Hubungan etnik memaparkan maklumat yang berguna tentang kesan tentang kesan pengindustrian dan perubahan sosial, khasnya kesan terhadap pola diskriminasi, hubungan dominasi dan subordinasi, reaksi minoriti dan reaksi deprivasi relatif sesuatu kumpulan.

Jelaslah bahawa hubungan etnik juga mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara. Pembentukan dasar dan perancangan sosial sebenarnya berdasarkan pemahaman kerajaan terhadap sifat struktur sosial, darjah ketegangan sosial. Hubungan antara prasangka dengan diskriminasi serta hubungan antara personaliti dengan norma sosial dan kesan pengindustrian.

Anda mungkin juga menyukai