Anda di halaman 1dari 22

KAEDAH PENTAFSIRAN HUKUM

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER SEPTEMBER 2011

ABSY1103 PENGENALAN KEPADA SYARIAH HUBUNGAN SYARIAH DENGAN KONSEP TAUHID DAN KEPENTINGANNYA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

830628016095001 830628016095 0197152114 matt_noox@hotmail.com

JUMLAH PATAH PERKATAAN :

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR

ABSY1103 BIL TAJUK 1 1.0 PENDAHULUAN MUKA SURAT 2

2.0 Hubungan Syariah Dengan Konsep Tauhid 2.1 Konsep Tauhid 2.2 Pembahagian Konsep Tauhid 2.2.1 Tauhid Rububiyyah 2.2.2 Tauhid Uluhiyyah 2.2.3 Tauhid Asma Was Sifat 2.3 Hubungan Syariah Dengan Konsep Tauhid

3.0 Kepentingan Syariah Dalam Kehidupan Manusia 3.1 Syariah Membimbing Manusia Kepada Kebenaran

4 4.0 Sifat Syumul Syariah Menyelesaikan Masalah Sosial 4.1 Takrif Syumul 4.2 Sifat Syumul Dalam Akidah 4.3 Sifat Syumul Dalam Akhlak 5 5.0 Permasalahan Sosial Masyarakat Islam Pada Masa Kini 5.1 Seks Bebas 5.2 Pembuangan Bayi 6 6.0 Kesimpulan 7 7.0 Rujukan

ABSY1103 1.0 PENDAHULUAN Syariat Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat manusia, baik yang beragama Islam mahupun yang bukan beragama Islam. Selain hukum dan aturan, Syariat Islam juga merupakan penyelesaian masalah bagi seluruh kehidupan ini. Kepada penganut agam Islam, Syariat Islam merupakan panduan yang menyeluruh dan sempurna bagi segala permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini. Firman Allah S.W.T :

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).(Surah al-Jathiyah ayat 18)

Syariat Islam secara umum ialah segala hukum yang ditetapkan oleh Allah terhadap hambahambaNya menerusi perantaraan rasul supaya mereka mengikuti serta beramal dengannya. Syariat Islam juga merupakan teras bagi panduan hidup Islam. Syariat Islam mengandungi bidang-bidang ilmu yang menyediakan peradaban Islam dengan peraturan yang tetap dan kaedah yang asas bagi menyesuaikan diri dengan segala perubahan. Syariat Islam mengandungi sistem perundangan, sistem etika dan sistem nilai-nilai Islam yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah masa kini dan masa hadapan. Dari sudut teori, syariat Islam merangkumi semua aspek kehidupan seperti hal-hal peribadi, sosial, politik dan intelektual. Aspek praktik pula, syariat Islam memberi makna dan isi kandungan kepada tingkah laku orang Islam dalam menjalankan kegiatan mereka di dunia.

Di dalam tugasan ini akan menerangkan hubungan syariah dengan konsep tauhid dan kepentingan syariah dalam kehidupan harian seperti mana yang dikehendaki dalam tugasan ABSY1103 untuk semester ini. Selain itu juga, akan membincangkan bagaimana sifat syumul dapat menangani masalah sosial yang melanda masyarakat islam pada masa kini.

ABSY1103 2.0 HUBUNGAN SYARIAH DENGAN KONSEP TAUHID

2.1 KONSEP TAUHID Tauhid dari sudut bahasa bermaksud menjadikan sesuatu itu satu(wahada) iaitu esa. Manakala maksud tauhid dari sudut istilah pula adalah mengakui dan mempercayai bahawa Allah S.W.T itu esa dari segi zatNya, sifatNya serta perbuatanNya. Secara praktikalnya tauhid ialah suatu pegangan hidup yang mempercayai bahawa Allah S.W.T adalah tuhan yang Maha Esa dan tiada sekutu bagiNya mahupun yang menyerupaiNya. Firman Allah S.W.T :

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.(surah al-Ikhlas ayat 1-4) Konsep keesaan Allah dalam akidah Islam berbeza daripada semua akidah yang dianuti oleh manusia yang bukan beragama Islam. Terdapat banyak ayat Quran yang menyatakan bahawa Allah adalah satu atau esa. Di antara ayat-ayat al-Quran yang menegaskan dan menyatakan bahawa Allah adalah esa adalah seperti ayat daripada surah al-Ikhlas di atas.

ABSY1103

2.2 PEMBAHAGIAN KONSEP TAUHID Tauhid terbahagi kepada tiga bahagian. 2.2.1 TAUHID RUBUBIYYAH Tauhid rububiyyah bererti mempercayai Allah sebagai Rabb atau Pencipta dan Penguasa terhadap sesuatu. Allahlah yang mencipta sekalian makhluk di alam ini, Pemilik, Pentadbir dan pemberi segala-galanya. Allah yang menghidupkan dan mematikan sesuatu. Dia yang berkuasa memberi manfaat dan mudharat terhadap sesuatu dan tiada siapa yang berhak dan berkuasa untuk melakukan sesuatu kebaikan atau keburukan tanpa izinNya. Firman Allah S.W.T :

Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (surah al-Anaam ayat 17) Dengan sifat-sifat Allah tersebut, maka timbullah kesan tauhid pada seseorang. Dia hanya takut kepada Allah, dan berani untuk bertindak melakukan sesuatu kerana keyakinannya kepada Allah.

ABSY1103 2.2.2 TAUHID ULUHIYYAH Perkataan uluhiyyah berasal daripada perkataan Ilah yang bermaksud Yang disembah dan Yang ditaati. Dari sudut istilah ia bermaksud Mengesakan Allah dalam ibadah dan ketaatan. Ia bermaksud memberikan semua bentuk ibadah dan ketaatan hanya kepada Allah sahaja seperti mana firmanNya:

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (surah al-Anaam ayat 162) Firman Allah S.W.T dalam surah yang lain:

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu". (surah alAnbiya ayat 25) Dengan erti kata yang lain, hendaklah melakukan segala ibadat yang diperintahkan kepadanya dengan ikhlas kepada Allah, dengan mahabbah (cinta) kepadaNya, khauf (takut) kepadaNya, raja (pengharapan), tawakal dan raghbah (keinginan) dan rahbah (kegerunan) hanya kepada Allah. Bahawa semua itu dibina dengan ibadat yang ikhlas zahir dan batinnya kepada dan kerana Allah.

Inilah konsep ibadah atau pengabdian sebenarnya yang membezakan antara mukmin dengan kafir iaitu setiap perbuatan lahiriyyah dan batiniyyah dilakukan semata-mata kerana Allah S.W.T dan untuk mendapat keredhaanNya. Ini bererti meletakkan seluruh perbuatan, percakapan dan tingkah laku di atas perintah dan petunjuk Allah semata-mata.

ABSY1103 2.2.3 TAUHID ASMA WAS SIFAT Tauhid Asma Was Sifat mengesakan dan beriktiqad bahawa Allah S.W.T bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan dan Maha suci dari segala sifat-sifat kekurangan dan kelemahan dan Allah S.W.T mempunyai nama-nama yang layak dengan kebesaranNya. Umat Islam seharusnya mengetahui bahawa 99 asma ul-husna merupakan nama dan sifat bagi Allah S.W.T. Dengan lebih terperinci, tauhid Asma Was Sifat ialah beriman dengan nama-nama Allah dan sifatNya sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah. Firman Allah S.W.T :

Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasanganpasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (surah al-Syura ayat 11) Allah menafikan jika ada sesuatu yang menyerupaiNya dan Dia menetapkan bahawa Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat. Maka barangsiapa mengingkari namanama Allah mahupun sifatNya, mereka ini tergolong dalam golongan tidak berilmu dan berdusta terhadap Allah dan juga RasulNya.

ABSY1103 2.3 HUBUNGAN SYARIAH DENGAN KONSEP TAUHID Syariah dan tauhid mempunyai hubungan. Jika kita lihat pada syariah, ianya banyak membincangkan dan menyentuh aspek hukum, peraturan dan segala yang bersangkutan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Manakala tauhid pula banyak menyentuh kepada perkara ketuhanan, kepercayaan dan ketakwaan seseorang yang telah memeluk agama Islam. Kedua-dua perkara tersebut(syariah dan tauhid) amat penting dalam aqidah Islam kerana tanpa syariah, maka konsep tauhid tidak dapat dilaksanakan. Begitu juga dengan syariah, sekiranya tauhid tiada, maka akan porak-perandalah aqidah seorang muslim itu.

ABSY1103 3.0 KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Apakah kepentingan syariah kepada manusia? Adakah syariah ini hanya sebagai peraturan keduniaan semata-mata atau ia mempunyai ikatan dengan akidah dan keimanan? Kita harus mengakui bahawa sebagai manusia, kita adalah makhluk yang lemah. Namun secara fitrahnya manusia inginkan suatu peraturan yang dapat membimbing mereka ke arah kebenaran yang hakiki. Oleh itu, marilah kita sama-sama merungkai permasalahan ini.

3.1 SYARIAH MEMBIMBING MANUSIA KEPADA KEBENARAN

Fitrah bermaksud tabiat atau sifat pembawaan manusia sejak dilahirkan atau kecenderungan manusia terhadap sesuatu sejak diciptakan. Secara fitrahnya, manusia memerlukan sesuatu peraturan ( tasyri) yang berguna untuk mengatur hubungan sesama mereka, menjelaskan hak dan kewajipan mereka, dan mengatur hak dan kewajipan tersebut. Pada dasarnya fitrah manusia itu cenderung kepada syariat Islam, sebagaimana firman Allah :

(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikutpengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak

mengetahui.(Surah al-Rum ayat 30)

ABSY1103 Allah juga berfirman:

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".(Surah al-Araf ayat 172)

Dari dua ayat di atas dapat difahami bahawa Allah menciptakan hati manusia dengan kecenderungan kepada seruan iman. Kecenderungan inilah yang disebut dengan fitrah. Fitrah ini Allah ciptakan pada diri manusia sejak dalam kandungan ibunya, lalu ia dilahirkan ke dunia dalam keadaan suci.

Sejarah kemanusiaan telah mencatat bahawa Allah S.W.T telah mngutuskan rasul-rasul serta diwahyukan syariatNya kepada mereka bagi mengembangkan fitrah asal manusia serta membimbing mereka ke arah kebenaran. Semua syariat yang diwahyukan kepada para rasul mengajak manusia mentauhidkan Allah serta dibekalkan kepada mereka peraturan-peraturan yang menjadi panduan hidup mereka. Ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam firmannya yang bermaksud:

ABSY1103 Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Surah an-Nisa ayat 165)

Para rasul memberikan khabar gembira tentang balasan kebaikan jika umat manusia kembali mengesakan Allah Taala serta mematuhi syariatNya. Inilah seruan kebenaran yang selari dengan firah kejadian. Firman Allah yang bermaksud:

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.(Surah al-Anam ayat 153)

Di sini jelas dapat kita fahami bahawa Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W merupakan syariat fitrah yang bersesuaian dengan naluri fitrah manusia. Bahkan syariat jugalah yang menyeru manusia kepada akidah yang mengesakan Penciptanya.

10

ABSY1103 4.0 SIFAT SYUMUL SYARIAH MENYELESAIKAN MASALAH SOSIAL

4.1 TAKRIF SYUMUL Syumul berasal daripada perkataan

yang bermaksud meliputi, merangkumi, sempurna,

lengkap dan menyeluruh. Manakala dari segi istilah pula, syumul bermaksud Islam itu satu agama yang lengkap dan sempurna, membicarakan dan membahaskan (sama ada secara terperinci atau umum) aspek-aspek berhubung dengan kehidupan dari sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-besarnya. Diberi petunjuk didalam perkara makan minum. Apa yang boleh di makan dan apa yang tidak boleh. Dijelaskan tentang pakaian, apa yang sepatutnya dipakai dan apa yang tidak dibenarkan memakainya.Islam juga satu agama yang mampu menghadapi segala macam cabaran serta berupaya menyelesaikan masalah manusia dengan cara yang amat berkesan kerana tabiat agama Islam itu sentiasa bersaing dengan kemajuan pemikiran manusia. Oleh itu kesyumulan Islam bermaksud Islam adalah agama yang mempunyai syariat yang lengkap dan menyeluruh, merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat. Kesempurnaan Islam merupakan bukti ia datang daripada Allah S.W.T yang Maha Sempurna. Firman Allah yang bermaksud:

...pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redha islam itu menjadi agama kamu.(surah alMaidah ayat 3)

11

ABSY1103 4.2 SIFAT SYUMUL DALAM AKIDAH Akidah Islam adalah akidah yang berteraskan kepada kepercayaan yang bulat dan jitu terhadap Allah yang Maha Pencipta. Allah yang menjadikan segala-galanya. Kesyumulan dalam akidah membawa erti bahawa akidah Islam adalah suatu yang senang dan mudah. Diperjelaskan oleh Al-Quran dan al-Sunnah secara menyeluruh dan jelas. Seperti yang digambarkan di dalam surah al-Ikhlas, serta surah-surah yang lain yang menjelaskan hakikat wahyu, sifat-sifat Allah dan sebagainya.

Ia disifatkan dengan syumul berdasarkan bahawa ia berfungsi untuk menafsirkan setiap persoalan besar yang wujud hingga ke hari ini, iaitu persoalan yang sentiasa memenuhi fikiran manusia dengan soalan-soalan yang meminta jawapan yang tegas, yang dapat membebaskan manusia daripada kebimbangan dan keraguan dan menyelamatkan manusia dari mangsa pertaruhan falsafah-falsafah dan agama-agama pada masa dahulu hinggalah pada masa kini, antaranya seperti masalah ketuhanan, masalah alam, masalah manusia, masalah kenabian, masalah akhir kehidupan dan pembalasan.

4.3 SIFAT SYUMUL DALAM AKHLAK Akhlak dalam Islam ditakrifkan sebagai nilai-nilai atau sifat-sifat yang telah sebati dalam diri seseorang dan menjadi kayu ukur bagi insan untuk menilai baik-buruknya sesuatu perbuatan. Akhlak berfungsi sebagai pengatur tingkah laku manusia. Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin berkata, iaitu Setiap sifat yang tersemat dalam hati akan tercerna kesannya pada anggota badan dan akan bergerak menurut sifat ini. Kata-kata Imam al-Ghazali boleh diumpamakan sebagai akar yang subur yang menghasilkan pokok yang rendang dan tegap. Manakala akar yang sakit akan dapat dikesan pada pokok yang kelihatan lesu dengan dedaun yang kekuningan. Akhlak seseorang itu bergantung kepada sejauhmana manusia merasai kepentingan nilai murni tersebut. Jika manusia mengambil berat terhadap nilai-nilai yang tersemat dalam hatinya, akhlaknya juga turut ke arah kebaikan.

Akhlak memiliki kedudukan yang paling penting dalam Islam. Akhlak dihubungkan dengan tujuan risalah Islam atau antara perutusan utama Rasulullah saw. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." Pernyataan Rasulullah itu menunjukkan pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam. Akhlak

12

ABSY1103 merupakan sifat Rasulullah S.A.W di mana Allah S.W.T telah memuji Rasulullah kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat dalam al-Quran. Firman Allah S.W.T :

Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.(surah al-Qalam ayat 4)

Pujian Allah S.W.T terhadap RasulNya dengan akhlak yang mulia menunjukkan betapa besar dan pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam. Banyak lagi ayat-ayat dan hadithhadith Rasulullah S.A.W yang menunjukkan ketinggian kedudukan akhlak dan

menggalakkan kita supaya berusaha menghiasi jiwa kita dengan akhlak yang mulia. Salah satu rukun agama Islam ialah Ihsan, iaitu merupakan asas akhlak seseorang muslim. Ihsan iaitu beribadat kepada Allah seolah-olah kita melihatNya kerana walaupun kita tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat kita.

Persoalan akhlak dalam Islam merangkumi akhlak terhadap al-Khaliq (pencipta) dan akhlak terhadap makhluk. Akhlak terhadap al-Khaliq adalah seperti cinta, taat atau patuh yang tidak berbelah bahagi, ikhlas, sabar, redha, syukur, takwa, wara', zuhud, dan sebagainya. Manakala akhlak terhadap makhluk pula merangkumi akhlak sesama manusia dan bukan manusia. Akhlak sesama manusia termasuk kepada diri sendiri, keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. Antara nilai-nilai akhlak yang mesti ada ialah adil, jujur, perasaan ukhuwah, musyawwarah, tolong-menolong, kenal-mengenal, faham-memahami dan sebagainya. Sementara akhlak terhadap bukan manusia seperti menjauhi perbuatan hasad dengki ( yang merosakkan ), sentiasa berprasangka baik, ramah tamah dan adil dalam segala perlakuan dan perkataan seharian.

13

ABSY1103 5.0 PERMASALAHAN SOSIAL MASYARAKAT ISLAM PADA MASA KINI

Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi dan teknologi telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap budaya serta gaya hidup masyarakat. Isu sosial yang banyak diperkatakan kini sebahagian besarnya adalah hasil daripada perkembangan bidang ekonomi dan ekonomi. Statistik berkaitan pelbagai permasalahan sosial masyarakat Islam masa kini seperti penagihan dadah, zina, rogol, pembuangan bayi dan lain-lain lagi di kalangan remaja telah mendorong pihak berkuasa untuk mencari alternatif terbaik bagi menghindari mereka daripada terus terjebak di dalam aktiviti keruntuhan akhlak tersebut.

Keruntuhan akhlak di kalangan remaja pada hari ini akan memberi kesan yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama nagara pada masa akan datang dan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku sekiranya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi setiap individu. Sekiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu tersebut juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk tersebut boleh memberi kesan yang buruk juga kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan juga negara.

Keruntuhan akhlak di Malaysia telah mencapai satu tahap yang membimbangkan dan boleh meruntuhkan kecemerlangan negara Malaysia. Keruntuhan akhlak yang menjadi ancaman rakyat Malaysia bermula dari diri individu itu sendiri. Mereka ini berjiwa kecil, pasif, tidak menghargai diri, tidak berpendirian dan tidak berwawasan. Mereka juga tidak mempunyai identiti sendiri, mudah terpengaruh dan lebih mengagung-agungkan budaya kuning dari Barat. Sepatutnya mereka bangga dengan adat ketimuran yang terkenal dengan budi bahasanya. Mereka juga lemah minda, malas berfikir dan mengambil jalam mudah untuk mendapatkan sesuatu atau menyelesaikan masalah sehingga ada yang mengambil dadah dan yang kritikal hingga membunuh diri.

14

ABSY1103 5.1 SEKS BEBAS Hubungan seks membabitkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan atau zina termasuk dalam perbuatan keji yang melanggar hukum Islam. Malah, Islam juga turut memandang berat kesalahan zina ini kerana ianya mendatangkan pelbagai keburukan kepada pelakunya dan masyarakat. Kesannya ditanggung dalam tempoh lama, sedangkan nikmatnya sekejap. Pakar psikologi dan sosiologi turut berpendapat, punca keruntuhan nilai kehidupan manusia ialah apabila melakukan seks bebas tanpa ikatan perkahwinan. Islam melarang keras perbuatan zina ini melalui firman Allah S.W.T :

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).(surah al-Isra ayat 32)

Zina bukan hanya dilihat haram dari sudut hukum agama, tetapi juga kesan yang akan dibawanya pada masa depan. Ini seperti kita melihat kejadian tsunami yang tidak nampak bila akan berlakunya, tetapi jelas sekali selepas peristiwa itu membawa kepada kemusnahan dan kebinasaan. Banyak permasalahan yang akan berlaku selepas berlakunya perbuatan zina ini, contohnya seperti pengguguran haram dan juga pembuangan bayi. Masalah ini tidak akan terjadi sekiranya seseorang itu mengamalkan ciri-ciri dan akhlak yang disarankan di dalam Islam. Pertamanya, menguatkan nilai-nilai aqidah dan keimanan dalam jiwa. Contohnya seperti menuntut ilmu supaya datangnya kesedaran tentang haramnya zina serta bencananya kerana mengetahui hukum adalah langkah yang palilng asas untuk menguat dan mngukuhkan iman. Dengan ilmu semata- tidak memadai untuk menguatkan iman sekiranya ilmu itu tidak di amalkan bersungguh-sungguh. Selain ilmu syariah, seseorang itu perlu mendalami ilmu tauhid agar rasa sentiasa diawasi oleh Allah. Mudah-mudahan dengan rasa sentiasa diawasi, seseorang itu akan malu untuk menghampiri zina apatah lagi untuk berzina. Rasa malu kepada Allah inilah merupakan akkhlak hamba kepada Tuhannya. Ia merupakan banteng daripada terjebak kepada kancah kemaksiatan.

15

ABSY1103 Keduanya, mengawal pancaindera daripada melihat atau mendengar perkara-perkara yang membangkitkan atau menguatkan syahwat dan hawa nafsu yang menjadi punca segala sifat buruk dan keji. Seperti mana firman Allah dalam al-Quran:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.(surah al-Nur ayat 30)

Ayat seterusnya Allah memerintahkan pula kepada kaum wanita menerusi firmanNya:

16

ABSY1103 Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.(surah al-Nur ayat 31)

Allah perintahkan kaum lelaki dahulu supaya menjaga pandangan. Kemudian barulah diperintahkan kaum wanita supaya memelihara pandangan mereka serta menutup aurat. Ia membuktikan bahawa lelaki sebenarnya mampu mengawal pandangan mereka walaupun terdapat wanita yang tidak menutup aurat di hadapannya. Allah tidak membebankan hambaNya dengan perkara yang tidak mampu dilakukan.Selebihnya bergantung pada hati kita sendiri, mahu atau tidak.

Islam

menganjurkan

umatnya

lelaki

dan

wanita

supaya

menundukkan

pandangan. Menundukkan pandangan bukan bererti menundukkan kepala sehingga berjalan terlanggar tiang. Menundukkan pandangan ialah mengalihkan pandangan daripada melihat perkara yang diharamkan Allah. Lagi pula, seperkara yang kita perlu sedari mata kita bukan milik kita.Pinjaman sahaja dari Allah. Ibarat kita meminjam barang orang.Bolehkah kita menggunanya sesuka hati kita?. Selepas pinjam, kita hantar sambil mengucapkan terima kasih. Begitu juga dengan mata. Kita guna ikut cara yang diredai Allah. Itu tanda terima kasih kita sebagai peminjam. Sampai masanya, kita terpaksa pulangkan semula nikmat tersebut. Sama ada di dunia lagi seperti menjadi buta (minta dijauhkan Allah) atau setelah hayat berpindah ke alam barzakh.

17

ABSY1103 5.2 PEMBUANGAN BAYI

Rentetan daripada seks bebas yang di bincangkan di atas, maka lahir pula satu masalah yang kini meruncing iaitu kes pembuangan bayi. Masalah berantai ini umpama barah yang sukar untuk disembuhkan lagi. Amat menyedihkan lagi apabila majoriti remaja yang terbabit dalam masalah ini merupakan remaja melayu yang beragama Islam. Boleh dikatakan hamper setiap hari akhbar tempatan melaporkan kes pembuangan bayi. Bayi dibuang seperti sampah. Bayi yang ditemui kebanyakannya amat menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Masakan tidak kerana mayat bayi yang ditemua ada yang dalam keadaan renting, digigit binatang buas, dihurung semut, lalat dan ulat. Kebanyakannya dalam keadaan yang tidak sempurna. Sudahlah melakukan seks luar nikah tanpa segan silu. Pada masa yang sama mereka turut melakukan pembunuhan yang kejam. Nilai kemanusiaan lenyap begitu sahaja kerana matlamat utama mereka yang terlibat adalah untuk menghapuskan bahan bukti.

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai yang seharusnya lahir daripada ikatan perkahwinan sah kerana secara fitrahnya manusia berhajat serta mengharapkan kurniaan itu. Justeru, mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga amanah Allah ini. Anak sepatutnya dibelai dengan kasih sayang. Perlakuan membiarkan atau mengabaikan anak menjadikan manusia lebih rendah martabatnya daripada binatang yang tahu sayangkan anak.

Isu pembuangan bayi ini mungkin dapat di selesaikan sekiranya seseorang itu mengukuhkan akidah dan keimanan dalam diri setiap individu. Keimanan yang dimaksudkan di sini ialah seseorang Muslim itu, dengan akidah Islam yang ada di dalam dirinya semestinya tahu dan meyakini bahawa tujuan hidupnya di dunia adalah semata-mata untuk mematuhi perintah dan larangan Allah. Justeru itu, apabila Allah melarangnya untuk berzina atau mendekati zina, maka dia akan terus mematuhinya kerana akidahnya telah menetapkan bahawa hal ini adalah haram. Jika dia beriman kepada Allah, maka akan terjauhlah segala kemaksiatan dari dirinya.

Selain itu, peraturan dan prosedur pernikahan dan perceraian yang betul dan mudah juga dapat mengelakkan berlakunya masalah pembuangan bayi ini. Sesebuah pernikahan di dalam Islam dikira sah apabila memenuhi rukun dan syaratnya. Rasulullah S.A.W menggalakkan umatnya untuk berkahwin dan menggalakkan wanita agar meletakkan mas kahwin yang memudahkan pasangannya untuk membayarnya. Prosedur yang mudah tentunya dapat menenangkan jiwa pasangan yang ingin bernikah sekaligus dapat mengawal ghazirah 18

ABSY1103 nau(naluri seks) yang ada pada pasangan yang ingin berkahwin. Berbeza dengan undangundang yang ada pada hari ini yang amat menyukarkan pasangan yang ingin bernikah apatah lagi untuk bercerai. Mas kahwin yang tinggi juga turut memainkan peranan menyebabkan ramai pasangan tinggal lama dalam hubungan percintaan sehingga menyebabkan mereka mengambil jalan mudah untuk melampiaskan naluri masing-masing.

Penerapan hukum Islam secara menyeluruh oleh sesebuah negara juga memainkan peranan yang penting dalam membendung masalah yang melanda masyarakat Islam masa kini. Di dalam tempoh pencegahan yang sedang di aplikasikan di dalam sesebuah negara mengikut ketentuan Islam, namun jika tetap juga terjadi perzinaan, maka negara akan menerapkan pula hukum hudud ke atas penzina, sesuai dengan firman Allah

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.(surah al-Nur ayat 2)

Di dalam sejarah Islam, kita mendapati bahawa kebanyakan penzina yang dihukum adalah akibat dari pengakuan mereka sendiri. Ini menunjukkan kepada kita akan kessedaran dan ketakwaan mereka terhadap Allah. Mereka tidak sanggup menerima hukuman yang lebih berat di akhirat, justeru mereka memilih untuk dihukum di dunia sebagai penebus dosa mereka. Hukuman yang dijalankan menurut yang disyariatkan dalam Islam juga bertindak sebagai pencegah manusia dari melakukan kemaksiatan kepada Allah. Ini kerena dengan hukuman yang dilakukan di tempat terbuka dan disaksikan oleh sekumpulan orang, maka sudah tentu ia akan menakutkan dan mencegah orang lain daripada melakukan kesalahan sepertinya. 19

ABSY1103 6.0 KESIMPULAN

Manusia perlu dipimpin dan diberitahu bahawa kehidupan yang berteraskan syariah Islam adalah lebih luas daripada kehidupan yang hanya boleh dilihat oleh mata kasar, kerana bukan sahaja memerlukan penggabungan bersepadu antara manusia dan sumber alam, malah lebih penting daripada itu ialah penggabungan antara unsur dalaman dan unsur luaran manusia. Antara kalbu, akal dan nafsu dengan anggota lahiriah dan pancaindera yang lain. Interaksi murni di antara dua unsur yang bertunjangkan pengabdian sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Esa sahajalah yang dapat melahirkan amalan dan tingkah laku manusia yang sempurna seperti mana yang di kehendaki didalam agama.

Dengan apa yang di perkatakan dalam tugasan ini jelas menunjukkan bahawa syariah dan tauhid merupakan dua aspek penting dalam Islam yang akan menjamin kesejahteraan hidup sesuatu masyarakat Islam mahupun yang bukan Islam. Dengan adanya peraturan, maka manusia akan takut untuk melakukan kesilapan. Dan dengan adanya konsep ketuhanan, maka manusia akan sentiasa menjaga hubungannya dengan yang mencipta. Sungguh indah jikalau konsep ini dipraktikkan dan dijadikan amalan dalam diri setiap manusia. Mereka akan hidup dengan aman dan tenteram serta selesa untuk mengerjakan segala ibadah.

20

ABSY1103 7.0 RUJUKAN


1. Prof. Madya Dr. Idris Zakaria dan En. Kamarudin Haji Salleh(1999) TASAWWUR ISLAM. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. 2. Dr. Mohd Fauzi Hamat(2009) PRINSIP AQIDAH. Meteor Doc. Sdn. Bhd. 3. Wan Mukhtar Wan Muda(2009) PENGENALAN SYARIAH. Meteor Doc Sdn. Bhd. 4. Prof. Madya Dr. Ibrahim Abu Bakar(2003) ISU AKIDAH DALAM AL-QURAN DAN HADITH. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA..

21

Anda mungkin juga menyukai