Anda di halaman 1dari 43

Welcome 2012

Selamat menyambut tahun baru 2012 kepada semua kengkawan... semuga tahun yang bakal mendatang ni akan lebih membuat kita semua menjadi yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya. diberikan kesihatan yang baik dan diRahmatinya selalu... Amin Goodbye 2011 dan welcome 2012 Posted by Kak Rose at 9:09 PM 11 comments: Links to this post Labels: kad

Karipap roti

karipap roti untuk minum petang tadi.... buat pun empat biji jer untuk 2 molot yang ada kat rumah ni.... tp isi inti padat2 dan jadi karipap roti yang gumuks2.... makan sebiji pun boleh kenyang.... tp inti karipap ni kak rose x buat macam Ros tu, sbb ada left over inti karipap yang buat ari tu, so kak rose masukkan je la... mmg sedap makan panas2... kulit dia macam roti bakar pulak.... tp mmg rotikan, jadi rasa mmg roti la kan cumanya kak rose taburkan sedikit serbuk lada hitam atas karipap tu. best!

mekasih ya Ros Sinaran Menu, bagi idea camner nak selamatkan roti yg nak tamat riwayatnya ni.... dan kak rose mintak izin nak tepek kat sini lak cara2 nak buat karipap ni.... tp inti tu masing2 lah ya nak isi apa.... kalau nak inti macam Ros tu leh tengok kat Sinaran Menu ya cara membuat karipap: 1. gelek roti hingga nipis dan potong bentuk bulat menggunakan cawan/mangkuk 2. letak sesudu inti dan cantum kedua bahagian tepi dan picit sekeliling tepinya. lepas tu gunakan garf kecil untuk menekan tepi karipap. 3. susun karipap atas dulang dan sapu telor hingga rata (pastikan tidak banyak telor meleleh dibawah karipap sbb takut melekat pada dulang. 4. bakar karipap roti dengan kepanasan 180C selama lebih kurang 15 minits atau hingga perang. Note: karipap boleh dikeluarkan dari oven setelah 10 minit dibakar. balikkan dan sapu telor pada bahagian yg belum disapu telor tadi dan masukkan semula kedalam oven.
cara kak rose yg derhaka: sebelah bawah karipap kak rose sapu butter dan sebelah atas sapu dengan kuning telor dan tabur sedikit serbuk lada hitam. so x yah tebalikkan ---->>> leh concentrate main angry bird!

Posted by Kak Rose at 8:14 PM 4 comments: Links to this post Labels: kuih, snek

Kerepek arrowhead

rangup sangat... krup krap krup krap.... dah makan x leh berenti lak..... adoyaiii!!!

Asalamualaikum dan selamat tengahari... selamat berhujung minggu yang panjang jugak.... ramai yang berehat2 untuk menghabiskan cuti tahunan sempena penghujung tahun ni kan... selalunya hujung tahun cam ni kita mula mengenang kembali apa yang kita lakukan sepanjang tahun... apa yang kita dah capai dan juga impian yang masih beyond reach..... dan berharap agar tahun baru yang bakal mendatang akan lebih berjaya buat kita semua.... Insyaallah, kalau ada usaha tiada apa yg impossible kan...

dalam berhujung minggu ni apa kata kita sediakan snack yang sangat sedap ni.... arrowhead chips yang datang setahun sekali je.... kaum cina yang nak raya kak rose pun sibuk jugak nak tumpang sekaki.... mmg arrowhead ni cuma ada menjelang raya cina jer, jadi mari kita mencuba buat sendiri kerepek yang sangat sedap nih! buat cemilan bil main game atau pun tengok tb. dulu masa kerja dan ramai kawan2 cina, mmg derang ada jual kerepek ni.... suka sangat sbb kesedapannya tp mmg mahal nak mampos! semalam g jenjalan kat carrefour nampaklah satu nyonya tengah memilih menda nih, teringin lak nak menerai.... risik2 dengan nyonya tu camner nak wat..... dia kata terus shred masuk dalam minyak panas... x brani lah nak ikut cara dia tu, mau tergoreng tangan keras kak rose nih! balik rumah terus tanya cik google, rupanya sama cam nak buat kerepek biasa tu jugak ler.... baru ku tahu itew!

resepi dari Myr oleh azwalissa. mekasih ya share resepi snek yg sedap nih dan kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini ya.... Bahan-bahan ( 1kg = 1 bekas besar ) 1 kg Ubi Arrowhead Garam / Whitepepper / Blackpepper (sebagai perasa jika suka) 1. Bersihkan ubi arrowhead dengan membuang kulit ari nya sahaja. Basuh dan toskan. 2. Sagat nipis ubi tersebut dan goreng dalam minyak seperti menggoreng kerepek ubi. Sesudah perang, angkat dan toskan minyak. 3. Jika suka boleh tambahkan garam atau serbuk blackpepper / lada sulah sebagai perasa. Saya suka makan kosong aje. Rasanya ranggup dan lemak. **** cara kak rose: bila dah garing, curahkan sedikit air garam kedalam gorengan, biarkan sekejap dan angkat.... sedap ada
rasa masin2 sket pada snek tu nnti!

Cara-cara

Posted by Kak Rose at 12:56 PM 13 comments: Links to this post Labels: snek
Friday, December 30, 2011

Ayam masak paprik

dah petang baru ada kesempatan nak jengah rumah maya ni.... tengahari td habis masak dan makan terus keluar ronda2 g subang parade....ya lah bila tengok Parkson ada sale untuk bonuslink member laju je nak pergi kan... masa ni la kalau nak bli dengan ada extra discount untuk member.... kalau tidak, blouse sehelai pun dah terjegil biji mata nak membeli.... maklumlah x keja mana ada pendapatan nak g soping selalu2 kan.... soping penghujung tahun la kot.... pas ni kalau nak soping2 lagi dah kira tahun depan lak.

ayam paprik ni masak untuk lunch tadi, makan dengan udang goreng celup tepung dan nasik panas2... mmg laju je. tp kan orang macam kak rose ni, apa pun laju je masuk molot...tu pasal badan pun molat2 je! resepinya dari mutiarazura dari Myr, mekasih ya dan kak rose nak kongsikan kat sini pulak....dulu pernah buat gak kat sini. Bahan-bahan ( 5 org ) 300 gm isi ayam - potong kecil/kiub Kacang panjang/bunga kobis/carrot/jagung muda/tomato - dipotong kecil 3 ulas bawang putih - diketuk 1 ulas bawang besar - dipotong baji 1/2 inci halia - diketuk 1 batang serai - diketuk 6 ulas cili padi - diketuk 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos cili 1 sudu besar kicap manis 1 sudu besar sos ikan (x letak sbb I dont like the smell!) 3 helai daun limau purut - dikoyak-koyak Garam secukup rasa (jika perlu) 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air Satu cawan air (jika suka berkuah) 1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga naik bau. 2. Masukkan isi ayam, goreng dan kacau hingga nampak ayam dah putih.

Cara-cara

3. Masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi. 4. Masukkan semua sayuran kecuali tomato masuk lambat sikit. 5. Rasakan kuah, kalau kurang masin je br tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin). 6. Masukkan tomato dan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang. 7. NOTA - tambah tepung jagung jika perlu je, jangan banyak sgt nanti kuah tu kering coz terlalu pekat. Selamat mencuba! Posted by Kak Rose at 6:05 PM 4 comments: Links to this post Labels: ayam
Thursday, December 29, 2011

Kuih keria keledek

kerana kesiankan keledek yang dah lama bli tp x terbuat apa pun.... baiklah jadikan sesuatu yg boleh disantap untuk minum petang td.... mula tu ingat nak buat bebola keledek tu, tp last minute tuko lak jadi kuih keria ni.... tp kak rose ni mmg x pandai nak buat gula sira tu.... ada kala terpekat dan kadang2 x cukup pekat lagi dah masukkan kuih tu.... so untuk nak selamat tabur je dengan gula castor... jadilah kuih keria keledek versi malas punya! x kisah lah kan janji sedap dingap bersama secawan nescafe o dipetang hari...

resepinya kak rose cnp dari rumah Ummi, mekasih ya dan izinkan kak rose nak kong kat sini lak...... KUIH KERIA KELEDEK Resepi: Ummi @ HomeSweetHome Bahan:- (anggaran 8 - 10 biji) 300 gm keledek - dikupas dan direbus lembut. 2 sudu besar gula pasir 1 1/3 cawan tepung gandum 1/2 sudu teh garam

air secukupnya untuk merebus keledek Bahan Sira Gula: 2 sudu besar gula pasir 3 sudu besar air (kak rose x buat ni... guna gula kastor jer) Cara-Cara:1. Potong kasar sikit keledek tadi, dan rebus hingga lembut. Toskan. 2. Lecek keledek sekaligus dengan gula pasir hingga hancur dan halus. 3. Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh dan boleh dibentuk. 4. Bentukkan bulat dan buat lubang dengan jari di tengahnya atau boleh jugak digentel sepanjang 4 inci lebihkurang dan cantumkan hujungnya. 5. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng dengan api sederhana, balik-balikkan selalu. Bila kekuningan, angkat dan toskan minyak. 6. Untuk sira gula - Masukkan air dan gula dalam kuali dan masak hingga gula naik berbihbuih jernih dan kering sikit, masukkan kesemua kuih keria tadi dan gaul hingga gula bersalut rata dan melekat. Angkat dan hidangkan.

Pratha sardin gulung

selamt bercuti2 and Merry Christmas. musim cuti camni tentu ramai yang berjalan2 dan bercuti2 mesia sempena menghabiskan cuti hujung tahun kan. apa kata sediakan pratha sardin gulung ni untuk jadikan bekalan jenjalan.... kak rose buat ni sbb semalam lagi ternampak kat rumah Ros SinaranMenu, sementelah semua bahan pun ada, kak rose pun buat ni untuk anak bawak bekal balik ke Melaka. selamat jalan dan ingat pesan mama dan ayah yg x pernah abes2.... jangan bawak keta laju2, patuhi undang2 jalanraya dan always be very careful.....

Ros, kak rose cnp resepinya n tepek kat sini lak ya... mekasih bebanyak dan selamat bercuti2... tp kak rose mintak maaf banyak2 sbb dah menderhaka kepada resepi ni.... instead of frying kak rose bako je dalam oben... kurang sikit lemak dalam badan! x pe kan ros?

* 3 keping pratha dipotong 2 ( jenama kawan) * 1 keping ikan sardin

* Sedikit potongan bawang besar (boleh masukkan cili jika suka) * sedikit garam dan lada sulah * Minyak masak untuk deep fry (kak rose bake 190deg for 30 mts)
* (kak rose perahkan sebiji asam limau kasturi)

Cara membuatnya. 1- Hancurkan sardin.Masukan bawang ,garam dan lada sulah.gaul rata(boleh juga ditumis sekejap jika suka). 2-Potong setiap prata kepada 2 bahagian. Letakkan sardin pada bahagian yang dipotong dan gulung kemas roti pratha.Tutup kedua-dua hujung setiap pratha. 3- Panaskan minyak secukupnya dan goreng pratha dengan api perlahan hingga garing.Hidang bersama coffee masa panas-panas.u...la...la.... sedap.

ni bekpes busu sebelum memulakan perjalanan balik ke Melaka.... nak sangat makan beger mama buat, wpun x cukup bahan - timun n tomato x dak - cuma kak rose tambahkan coleslaw untuk letak dalam beger tu. Posted by Kak Rose at 12:22 PM 4 comments: Links to this post Labels: puff

Saturday, December 24, 2011

Ayam goreng berempah cajun

orang dah habis mabuk cajun kak rose baru nak merasa.... rempah cajun ni dah lama bli, masa sana sini dok sibuk tayang resepi yang guna rempah ni, tp x terbuat lak sampai dah lupa yg kak rose ada beli menda ni.... td masa selongkar fridge cari badam untuk nak buat cookies tu terjumpa lah semula rempah cajun ni.... punya lah lama dia menyorok kan.... nasib baik belum expired lagi, ni lah terjadinya ayam goreng berempah cajun. mmg sedap, bak kata Nor sapa2 yg nak rasa kenalah cuba dulu baru tau! Nor, kak rose cnp resepinya ya.... dan mekasih bebanyak2 ya....

AYAM GORENG BEREMPAH CAJUN resipi : K.Nor@SecubitGaram Bahan: 1/2 ekor ayam ~ potong kecil dan toskan 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk 1 sudu besar cajun 1 sudu besar serbuk cili kasar 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu teh madu 1 sudu besar jus limau nipis (kak rose guna limau kasturi) 1 sudu besar air garam minyak Cara: Campurkan kesemua bahan kecuali ayam dan minyak dan gaul hingga sebati. Lumurkan pada ayam dan perap sekurangnya 1/2 jam Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Hidangkan panas2.

pada yang bertanya apa itu cajun, ni kak rose tepek gambarnya ihsan dari pakcik google. banyak brand ada dipasaran... pilih je mana satu berkenan dihati... kak rose guna yg hijau tu. Posted by Kak Rose at 11:01 PM 4 comments: Links to this post Labels: ayam

Chocolate chips famous amos cookies

salam dan selamat berhujung minggu..... juga selamat menyambut hari natal kepada yang meraikannya... kita pun tumpang sekaki merayakannya, asalkan jangan berlebih2an sudahla kan. dan hari ni kak rose buat cookies ni bukan untuk sempena hari natal esok, tp saja buat makan2 kerana anak pun balik masa cuti ni, so mama pun masak apa yg anak bujang suka nak makan.... ada rajin sikit, bangun pagi terus mengukis.... semerbak harum satu rumah bau masa membakar cookies ni, x sabar nak merasa.... dan bila dah sejuk sikit laju je nagapnya. rangup sangat.

resepi kak rose pernah buat dulu kat sini yang awalnya dari mrnamie.com, Naz COSKjugak Tun Telani... terima kasih semua kerana share resepi yg jd secret selama ni... bye bye la kiosk famous amos cookies yg reganya sangat mencekik darah tu.... kita wat sendirik je..... sangat lah jimatnya dengan satu adunan ni dapat anggaran 100 biji. puas makan! meh kak rose tepek sekali lagi resepinya kat sini ya....

Bahan-bahan ayak : 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum 10 gm (3 tsp) serbuk koko 2 Tbsp tepung jagung 1/2 tsp soda bikarbonate <- tun letak 1 tsp (kak rose pun) 2 Tbsp susu tepung

Secubit garam <- tun xletak sbb guna margerin, dh masin (kak rose x letak - guna buttercup) Bahan-bahan lain : 250 gm mentega <- tun guna margerin sbb mentega xde stok 150 gm gula kastor 1/2 tsp asen vanilla 1 biji kuning telur 100 gm (1/2 cawan) coklat chip 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional (kak rose 50gm gajus + 50gm badam cincang)

Cara-cara : 1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang. 2. Masukkan kuning telur dan pukul rata. 3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan. 4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata. 5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN

LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN. <- tun drop guna sudu 6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda. 7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. Posted by Kak Rose at 11:36 AM 2 comments: Links to this post Labels: cookies
Thursday, December 22, 2011

Puff kingkong lagi....

salam dan selamat pagi semua.... pagi2 ni dah hujan pulak, x la lebat tp drizzle yang berterusan... x dapat la nak g brisk walk, dan apa lagi ....pepagi cenggini terus je mengadap pc. boleh la mengupdate rumah maya kak rose ni....puff kingkong ni kak rose buat untuk minum petang semalam. malas punya pasal ni lah terjadinya puff kingkong.... kalau buat kecik2 mesti lagi cantik kan. tapikan mmg x terabes sebiji ni makan sorang. separuh tu pun dah kenyang tau! ada sebiji lagi nak reheat n wat sarapan pagi ni.....

resepi nya kak rose cnp dari rumah CMG dan kak rose penah tepek kat sini dulu.... tp kali ni kak rose guna isi ayam instead of burger tu. sedap! meh kak rose tepek lagi sekali ya... BAHAN-BAHAN INTI :-) 1 biji kentang saiz sederhana, kupas, dadu kecil dan rebus hingga empuk, toskan 1 biji bawang besar, dadu kecil 2 ulas bawang putih, cincang halus 1 keping daging burger ayam jenama Ramly (kak rose guna isi ayam didadu...) 1/2 camca besar cili kisar (kak rose guna cili flake + lada sulah) 1/2 camca besar tomato puree (x letak) 1 camca besar rempah kari daging (jenama Baba's) 1/3 cawan air Garam dan gula secukup rasa 1 pokok daun sup, hiris halus (kak rose x de la pulak!) 2 camca besar kacang pis (guna yg dalam tin, toskan airnya) (kak rose guna mixed vege) BAHAN-BAHAN LAIN :-) 2 keping roti prata instat jenama KAWAN 1 biji telur, dipukul sedikit untuk disapu Sedikit serbuk lada hitam berperisa "aji-shio", untuk ditabur CARA MEMBUATNYA :-) 1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan putih hingga harum masukkan cili kisar, rempah kari dan tomato pure, tumis hingga garing. Masukkan daging burger (hancurkan), kacau dan tambah air. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Tambah kentang dan kacang pis, masak hingga kering. Rasa dan matikan api. Gaul dengan daun sup. Sejukkan. 2. Ambil sekeping prata, letak 1/2 bahagian inti dan lipat 2, kemudian tekan keliling nya, kelim seperti karipap, letak atas dulang pembakar yang disapu sedikit mentega. Buat kaedah sama untuk baki adunan. 3. Cucuk2 sedikit dengan garfu, sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam berperisa. Bakar dalam oven pada suhu 190C yang telah dipanaskan terlebih dahulu, selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan dan boleh hidang untuk minum petang atau sarapan.... Selamat mencuba..

Bahan-Bahan

5 biji limau- large size 10g serbuk agar-agar 1000ml air + jus limau 7 sudu besar gula secubit garam

2 sudu besar sunquick oren ~ utk beri kaler jelly lebih menyerlah (ni yg k.nor tambah) Cara-cara 1. 2. 3. k.nor sukat dulu jus oren. katakan dpt dlm 400ml. ketepikan utk sukatan air cuma perlu sebanyak 600ml jer lagi masukkan semua bahan2 kecuali jus oren dan sunquick.

4. bila semua dah mendidih, padamkan api biarkan sebentar baru dimasukkan jus perahan oren dan sunquick 5. bukan apa, tak nak sia2kan vit C dlm jus oren, kang kalau dimasak sampai mendidih, kut2 hilang vit C tu.. sayang gak kan.. :)

Cara-cara penyediaan-Boleh rujuk di sini 1. 2. Potong 2 dari sebiji oren. Torehkan bahagian atas dan bawah oren tp jgn sampai tembus lak ya kulit tu

3. Amik sudu yg nipis sket (biasanya kalau sudu stainles steel yg mahal2 tu tebal sket kan) dan korek2 bahagian luar isi limau 4. 5. 6. Keluarkan isi limau Letakkan atas gelas atau mug utk memudahkan proses menuang jelly Tuangkan jelly dlm kulit limau dan biarkan adunan sejuk.

7. Masukkan jelly dgn mug/gelas tu sekali ke dlm peti ais. Biarkan ia mengeras dan sejuk. 8. Masa nak serve, gunting atau trim kan sket bahagian tepi kulit limau sbb biasanya jelly atau puding akan mendap sket dr acuan. 9. 10. (Ni nak kasi jelly kita lebih cun dan lebih cantik sket la) Pastu boleh la dipotong dgn pisau tajam dan hidangkan ....

Cucur Udang 2
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya ramai ibu2 sedang sibuk di dapur menyediakan juadah berbuka puasa. Biasanya saya masak nasi dan lauk kegemaran keluarga je. Di samping tu adalah sedikit kuih muih yg di buat utk cemil2an. Dua hari lepas berbuka puasa di rumah mak, mmng penuh meja dngn juadah di masak sendiri termasuklah juadah dari jiran tetangga. Kali ni saya buat cucur udang kegemaran keluarga. Resepi kali ni saya ambil dari Mat Gebu pula. Rasanya lebih kurang sama macam resepi diSINI. Cucur udang ni sedap dimakan bersama sos kegemaran. Pada yg pening kepala nak masak apa tu, bolehlah mencubanya..mudah je, yg penting cepat dan sedap..

BAHAN-BAHANNYA :-) 2 cawan tepung gandum 1 camca teh instant yeast (mauripan) 1 3/4 cawan air (Yatie letak 1 1/2 cwn air) 1 mangkuk hirisan halus kobis bulat (mangkuk sup kecil)-Yatie ganti taugeh je

5 pokok kuchai, cuci dan kerat2 1 biji bawang besar, hiris 1/3 camca teh serbuk kunyit 1 camca teh garam 20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper

towel BAHAN SOS LADA :-) 6 biji cili merah 1/3 cawan gula pasir 1/4 cawan cuka 3 ulas bawang putih 1/4 camca teh garam CARA MEMBUATNYA :-) 1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. 2. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). 3. Masukkan hirisan kobis, kuchai dan bawang besar, gaul rata dan perap 30 minit. UNTUK SOS LADA :1. Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. 2. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. 3. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan UNTUK CUCUR UDANG :1. Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. 2. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. 3. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). 4. Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. 5. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. 6. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!..
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Posted by Yatie Labels: Cucur at 4:16 PM 11 comments

MONDAY, JULY 16, 2012

Cucur @Cekodok Ikan Bilis Air Panas


Assalamualaikum dan bertemu kembali. Menu ringkas tetapi sedap dan cepat laris kat rumah ni. Petang tadi hujan, terasa sejuk dan perut ni mcm biaslah nak makan sesuatu yg panas dan ringkas. Tanpa fikir panjang lagi saya pun buatlah cucur ikan bilis guna air panas ni. Sebelum ni pernah buat guna resepi mak. Macam biasalah kalau resepi mak, takde

sukatan..semuanya main agak2 je. Kalau saya dah biasalah agak2 mak tu macamana, tapi bila kawan2 tanya nnti nak jawab macamana. Di sini saya kongsikan resepi yg lebih kurang sama dngn mak punya. Kali ni saya kopipes dari Cikgu Zana yg rajin memasak tu. Walaupun sentiasa sibuk, tapi cikgu sorang ni rajin sangat mencuba pelbagai resepi utk hidangan keluarga tersayang. Terima kasih K.Zana berkongsi resepi, izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Memang sedap cucur guna air panas ni, walau dah sejuk..tetap lembut.

yg ni Yatie bulat2kan dulu baru goreng, tu yg nampak bulat2 je

y g ni Yatie jemput2 je guna jari yg dibasahkan sikit, tu yg tak bulat2 sangat

yg ni tinggal nak makan je...he3...

Bahan-Bahan 3 cawan tepung gandum* segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)* 1 biji bawang besar potong2 kecil* 1 biji lada merah(dihiris)* daun sup/bawang (hiris)* garam secukup rasa* 2 1/2 cwn air panas mendidih minyak untuk menggoreng Cara-Cara 1. Satukan bahan bertanda* dan gaulkan kesemua bhn* 2. Bulatkan lubang ditengah adunan. 3. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat, adunan akan menjadi berat dan kental. 4. Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera. 5. Masa nak bulat2kan cucur, Yatie taburkan sedikit tepung di permukaan telapak tangan supaya mudah nak bentukkan bulat. 6. Panaskan minnyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan.. 7. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos kegemaran.
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Posted by Yatie Labels: Cekodok, Cucur, Snacks at 11:28 PM 10 comments

WEDNESDAY, JUNE 13, 2012

Cucur Susu Lemak Manis


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku. Kunjungan anda semua amat2 saya hargai. Petang tadi saya buat cucur susu lemak manis resepi Kak Fida. Bahan2 simple je, tapi dlm simple2 tulah yg buatkan cucur ni sedap dan lemak manis rasanya. Rasanya ramai kawan2 yg dah buat cucur ni, macam biasalah saya ni asyik ketinggalan je. Maklumlah kalau tngk blog kawan2 tu semuanya nampak menyelarakan, kalau boleh semuanya nak di buat dan di rasa. Kebetulan serawa durian tu ada lagi, so saya makan bersama cucur susu inilah. Lagipun cucur ni tak berapa manis, jadi mmng sesuailah di gandingkan bersama. Terima kasih pada Kak Fida, juga buat Mas dan Izah..mmng best cucur ni. Adunan ni pekat sikit, jadi saya tambahkan sedikit susu cair sehingga menjadi adunan yg di kehendaki, jngn terlalu pekat dan jngn terlalu cair ya..yg sedang2 saja..yg sedang2 sajaaaaaa....(eehh terdangdut pulak..he3..) Saya perapkan adunan dlm 20 minit pastu baru goreng. Selamat Mencuba, jom semak resepinya..

Bahan-bahan : 1 1/4 cawan tepung gandum - diayak 1/2 sk baking powder - diayak 1/2 sk bicarbonate soda - diayak 6 sudu besar susu pekat manis - lebihkan jika suka manis 1/2 cawan susu segar @ cair garam secukup rasa Cara membuatnya : 1. Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.Masukkan susu manis dan tuang susu segar @ cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati. Mas lebihkan sikit susu segar tu sebab adunan nampak pekat. 2. Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan, untuk mendapatkan cucur yang bulat2, jangan goreng banyak sangat cucur tu supaya cucur dapat kembang bulat dengan cantik dan tak melekat2.... :) 3. Angkat cucur dan hidangkan.
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Posted by Yatie Labels: Cucur, Snacks at 12:25 AM 5 comments

WEDNESDAY, MAY 2, 2012

Cucur Kentang Bombastic


Assalamualaikum dan selamat petang kawan2 semua. Hari ni kita layan menu minum petang yg sangat mudah tapi sedap sangat. Biasanya sebut jemput2 je, kali ni sebut cucur pulak..tak salah kan..kalau salah tu betulkan sendirilah ya. Resepi ni sebenarnya asal dari cucur nasi yg saya buat sebelum ni, ianya mmng sedap dan tetap lembut walau dah seharian. Bila guna kentang rebus ni pulak, tetap lembut juga...mmng sedap betullah sebab tu di namakan cucur kentang bombastic...mmng DeBoommm. Kentang ni pun gara2 saya rebus banyak semalam. Bila tak habis tu, jadilah menu yg yg satu ni. Biasanya buat bingka

kentang atau donut kentang, tapi kali ni saya blend dan jadikan cucur/jemput2....wallaweiii enak banget. Pada kawan2 yg nak merasa tu, cubalah..pasti tak mengecewakan. Jom semak resepi mudah ni.

Bahan-Bahan 2 cwn kentang- yg telah di rebus dan toskan 2 cwn air 1/2 biji bwg besar* 2 ulas bwg putih* 1 tangkai cili merah*

1/2 cwn ikan bilis*- buang kotoran, cuci dan toskan(*bahan2 di kisar halus) 2 1/2 cwn tepung gandum Daun sup/bawang (di hiris halus) sedikit garam Minyak untuk mengoreng Cara Membuatnya 1. Blend kentang rebus bersama air, masukkan sekali ikan bilis, cili merah, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati. 2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati. 3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. 4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak. 5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Posted by Yatie Labels: Cucur, Kuih Muih at 5:20 PM 13 comments

FRIDAY, AUGUST 5, 2011

Cucur Tauhu Sedap


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Petang tadi saya buat cucur tauhu resepi dari Kak Liza. Tak sangka, sedap dan lembut betullah cucur tauhu ni. Selalu buat kuih manis je, kali ni saya buat cucur...anak2 bukan main suka lagi, kena pulak di makan bersama sos kegemaran..walaweiiiii sedap betul. Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Resepi ni saya kopipes dari buku Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza resepi tauhu dan telur. Saya suka resepi dari Kak Liza ni, kebanyakkannya menjadi dan yg paling penting sedap. Kalau kawan2 nak tau rasanya tu, cubalah sendiri ya..mmng berbaloi, anak2 saya dah minta buatkan lagi utk menu berbuka puasa esok...hehehehe sedap sangatlah tuuu...jom kita semak bahan2 yg di perlukan. Sedap ni makan sambil tengok tv......

Bahan-Bahan 3 keping tauhu 200 gm udang (dibuang kulit) 1 labu bawang besar (dipotong dadu) 2 ulas bawang putih (di cincang) 2 tangkai cili merah (di buang biji dan cincang) 2 pokok daun bawang/ daun sup (dipotong pendek)

2 cwn tepung gandum* 1 cwn tepung naik sendiri* (*diayak) 2 cwn air- tuang sikit2 garam secukup rasa 2 cwn minyak masak utk mengoreng cucur Sos cili (sebagai pencecah) Cara Membuat 1. Tauhu dan udang dipotong kecil. 2. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak dan sos cili ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata. 3. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam kuali. 4. Gorengkan sehingga kuning keemasan. 5. Angkat dan toskan. Sedia dihidangkan bersama sos kegemaran. ** Tepung naik sendiri boleh di gantikan dngn tepung gandum yg di campurkan dngn 1 sudu kecil baking powder. ** Semasa mengoreng cucur, celupkan sedikit hujung sudu dngn minyak gorengan dan sudukan adunan cucur, pastu gorenglah spt biasa...ulang lagi sehingga muat dlm kuali. Jangan terlalu penuh ya dlm kuali tu.
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Posted by Yatie Labels: Cucur at 10:06 PM 24 comments

THURSDAY, MARCH 31, 2011

Cekodok Pisang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Petang tadi saya buat cekodok pisang gebu, mmng betul2 gebu...almaklumlah resepi dari Mat Gebu...mmng menjadi dan gebussss sangat. Kalau buat cekodok pisang ni, mmng cepat laku punya. Cekodok ni tak kira waktu, ianya sesuai di makan waktu pagi, petang ataupun malam. Kalau musim hujan, lagilah mmng terasa kesedapannya, maklumlah tngh lapor, sambil goreng cekodok sambil ngapppp. Bila siap menggoreng cekodok, perut pun dah kenyang dan hasilnya tinggal sikit je. Biasanya kalau saya buat mmng lebihlah, biar anak2 puas makan. Terima kasih Mat berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, akak kongsikan kat sini pulak ya....lenkali akak nak suruh anak dara akak buat sendiri cekodok pisang guna resepi Mat ni, boleh juga buat rujukan utk anak bujang akak juga. Jom kita semak resepinya, saya buat 2 adunan dari resepi ni.

BAHAN-BAHANNYA :-) 8 biji pisang emas 3/4 camca teh soda bicarbonat 1 camca besar gula perang @ 1/3 camca besar gula halus 1 cawan tepung gandum 1/4 camca teh garam halus Minyak untuk menggoreng CARA MEMBUATNYA :-) 1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit. 2. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan. 3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama kopi atau teh...
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Posted by Yatie Labels: Cekodok, Cucur at 10:47 PM 10 comments

WEDNESDAY, FEBRUARY 16, 2011

Cekodok Bilis
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya buat cucur ikan bilis buat minum petang. Biasalah, buat cucur ni taklah susah mana, anak2 pun leh buat...tapi saya teringin juga nak rasa cucur bilis seperti Mat Gebu buat tu...kalau nak rasa, kenalah buat sendiri ya Mat. Oklah kali ni akak kopipes resepi dari Mat....terima kasih banyak.

BAHAN-BAHANNYA :-) 2 cawan tepung gandum 1 camca teh baking powder 1 camca besar mayonnaise 1 biji bawang holland, dadu kecil 1 genggam ikan bilis, belah dua, rendam hingga lembut dan toskan 1 biji lada hijau, hiris 1 biji lada merah, hiris Garam secukup rasa 1 1/3 cawan air (kurang lebih..anda agak2 lah yea) Sos pilihan untuk dimakan dengan cekodok CARA MEMBUATNYA :-) 1. Satukan bahan2 diatas kecuali air dan sos. Tuang air sedikit demi sedikit dan terus mengadun hingga mendapat adunan sempurna iaini tidak terlalu pekat atau cair. Rehatkan 5 minit. 2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan hujung jari dan jemputkan adunan tadi ke dalam kuali, buat lah dalam 9 - 10 jejemput, bergantung pada saiz kuali anda. Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Buat hingga siap. 3. Hidangkan bersama sos pilihan anda....selamat menjamu selera....
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Posted by Yatie Labels: Cucur at 10:42 PM 13 comments

MONDAY, JANUARY 31, 2011

Cucur Nasi Udang Geragau


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Petang tadi saya masak cucur nasi udang geragau. Resepi asal adalah dari cucur nasi ikan bilis. Setiap kali nak buat jemput2, saya mesti guna resepi ni. Saya suka dngn rasanya.. walau dah sejuk, cucur ni tetap lembut. Bila musim hujan ni perut asyik lapar memanjang...anak2 pun asyik order itu dan ini je dngn mama nya, so saya buatlah cucur nasi yg mudah, sedap dan pastinya mmng laku punya. Makan dngn sos cili di tambah lagi dngn teh panas....wow sedap sangat. Jom kita lihat bahan2nya..

Bahan-Bahan 2 cwn nasi sejuk 2 cwn air 1 biji bwg besar 2 biji bwg putih 70 gm udang geragau kering (satu bungkus harga RM 1.50)- rendam, cuci dan toskan 2 1/2 cwn tepung gandum 1 biji lada besar dihiris nipis ( saya belah 2, pastu buang biji dan cincang halus) Daun sup/bawang (di hiris halus) sedikit garam Minyak untuk mengoreng Cara Membuatnya 1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali bwg putih dan bwg besar...kisar sebati. 2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati. 3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. Masukkan sekali udang geragau yg telah di cuci dan di toskan tadi. Gaul lagi sehingga sebati. 4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak. 5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Posted by Yatie Labels: Cucur at 9:13 PM 8 comments

FRIDAY, JANUARY 7, 2011

Cucur Nasi Jejari Ketam

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera semua. Hari ni saya buat cucur nasi jejari ketam....ianya sesuai utk sarapan pagi ataupun minum petang. Biasanya orang panggil cucur, jemput2 ataupun cekodok. Bagi saya namanya je yg lain tapi hasilnya sama sbb ianya di goreng. Kadang2 saya lebih suka sebut jemput2 je sbb ianya memerlukan jemput dan menjemput lagi hingga terendam di dlm minyak masak yg panas...dan dtng lagi menjemput utk di angkat bila dah masak atau kekuningan. Hai merepek pulak petang2 ni...ini adalah gara2 line tenet yg slow arini...tu yg tuan punya blog ni pun dah naik ting tong je.... Sebenarnya cucur ni mcm cucur nasi ikan bilis yg pernah saya buat dulu. Kali ni saya cuma gantikan ikan bilis pada udng kering dan saya tambahkan crabsticks yg sememangnya menjadi kegemaran anak2. Bila buat cucur nasi yg letak nasi ni...cepat je licin...ianya lembut je walau dah seharian. Jom kita lihat bahan2 yg mudah ni...

Bahan-Bahan 2 cwn nasi 2 cwn air 1 biji bwg besar 2 biji bwg putih 1 sudu besar udng kering-rendam dan toskan 2 1/2 cwn tepung gandum 8 btng crabsticks-atau lebih, di potong kecil2 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka) Daun sup/bawang (di hiris halus) sedikit garam Minyak untuk mengoreng Cara Membuatnya 1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali udng kering, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati. 2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati. 3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. Masukkan sekali potongan crabstick dan gaul hingga sebati. 4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak. 5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah.

= Boleh juga gunakan sudu utk mengoreng cucur ni...sudu hendaklah di celupkan sebentar kedlm minyak panas tadi dan jemputlah adunan cucur tadi kedlm minyak gorengan....dan buatlah sehingga habis...
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Posted by Yatie Labels: Cucur at 3:15 PM 15 comments

WEDNESDAY, DECEMBER 15, 2010

Cucur Bilis Kembung


Assalammualaikum dan selamat malam semua. Inilah cucur bilis kembung yg sangat sedap dan ianya sesuai utk sarapan pagi ataupun minum petang. Lebih sedap lagi bila di cicah dngn sos kegemaran anda semua. Resepi cucur ni adalah dari Sofinar di MyR.....terima kasih pada penyumbang resepi. Rasanya ramai kawan2 yg sudah mencubanya...pada yg belum tu, bolehlah mencubanya...cucur ni mmng lembut, gebu dan kembung....rasanya tentulah sedap....

Bahan-bahan ( 5 orang makan ) 300g tpg gandum 1 biji telur 1 sudu kecil yis mauripan 1/2 cawan ikan bilis 1 labu bwg besar 2 pokok daun bawang 1 1/2 cawan air taugeh jika suka garam secukup rasa sedikit serbuk kunyit Cara-cara 1. Blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur 2. Gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit 3. Jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2... enak dicicah sos cili
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Posted by Yatie Labels: Cucur, Kuih Muih at 12:12 AM 10 comments

SUNDAY, OCTOBER 24, 2010

Cucur Nasi Ikan Bilis


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Moga anda semua ceria di samping keluarga. Petang2 ni biasanya mesti ada kuih muih ataupun kek utk minum petang. Hari ini saya buat cucur nasi ikan bilis je sebagai minum petang. Hari hujan ni terasa sedap sangat makan cucur ni. Resepi ni saya dapat dari mak saya sendiri. Cucur nasi ni sedap dan sentiasa lembut walaupun dah sejuk. Kalau kawan2 nak rasa tu, bolehlah mencubanya. Sedap di makan bersama sos cili ataupun sambal tumis ikan bilis.

Bahan-Bahan 2 cwn nasi 2 cwn air 1 biji bwg besar 2 biji bwg putih 1/2 cwn ikan bilis 2 1/2 cwn tepung gandum 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka) Daun sup/bawang (di hiris halus)

sedikit garam Minyak untuk mengoreng Cara Membuatnya 1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati. 2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati. 3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. 4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak. 5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Posted by Yatie Labels: Cucur, Kuih Muih at 2:34 PM 26 comments

MONDAY, OCTOBER 18, 2010

Cucur Udang
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ni saya makan cucur udang sebagai sarapan pagi. Cucur ni mmng sedap sangat. Resepi ni saya ambil dari rumah Kak Nor. Terima kasih kak berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie C&P resepi di sini ya. Pada kawan2 yg belum mencubanya tu, bolehlah cuba....mmng berbaloi.

CUCUR UDANG 2 cawan tepung gandum 1 cawan air 1 biji telur 1 sudu teh yis (mauripan) 1 biji bawang besar ~ didadukan daun saderi/daun bawang/kucai taugeh sedikit kunyit ~ nak kasi cucur kaler kuning 1 sudu teh garam minyak utk menggoreng # udang ~ mengikut bilangan berapa bj cucur yg dihasilkan Cara-cara 1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Perap sehingga adunan naik sket (dlm 1/2 jam). 2. Panaskan minyak dlm kuali. Minyak kena lebih ya.. 3. Letak senduk bulat dlm minyak hingga minyak dan senduk panas. 4. Ceduk sedikit adunan cucur kedalam senduk dan letak seekor udang sambil tekan2 sket. 5. Masukkan dlm minyak panas dan goreng la hingga bahagian bawah cucur tu dah tak melekat kat senduk. 6. Goyang2kan sedikit senduk atau kuis jer dgn sudu atau lidi/chopstick supaya ia lekang dr senduk. 7. Goreng cucur hingga masak dan angkat serta toskan. 8. Bolehlah dipotong 4 sebelum dihidangkan. ** Boleh di makan bersama sos cili, sos cili thai atau sos air lada keropok lekor.

Anda mungkin juga menyukai