Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN

JURNAL REFLEKTIF MINGGU KEENAM 2 SEPTEMBER 2013 HINGGA 6 SEPTEMBER 2013

NAMA PELAJAR OPSYEN / KUMPULAN NAMA SEKOLAH TARIKH

: SITI MAZLINA BINTI JAMAHURI : MATEMATIK / T3 MT2 : SEKOLAH KEBANGSAAN HUTCHINGS : 6 SEPTEMBER 2013

Isu / masalah / peristiwa Saya mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi murid-murid tahun 5 Smart sebagai subjek minor. Majoriti murid dalam kelas ini adalah murid lelaki yang selalu membuat masalah di sekolah. Biarpun begitu, murid-murid ini pada pemerhatian saya mempunyai satu sifat dan peribadi yang lantang dalam menyuarakan sesuatu perkara (out spoken). Apa yang menjadi masalah ialah mereka hanya cenderung untuk bermain bola sepak dan tidak mahu mengikuti aktiviti dalam P&P yang telah saya rancang. Saya tidak boleh membenarkan mereka bermain bola sepak semata-mata kerana ada sukatan pelajaran yang perlu diikuti. Selain itu, ia akan mendatangkan masalah kepada saya apabila Pensyarah Pembimbing Minor datang membuat penyeliaan dan murid-murid tidak menjalani pembelajaran seperti yang ada di dalam sukatan pelajaran. Pada permulaan kelas, itulah yang saya hadapi. Mereka meminta dan kadang-kadang berkeras untuk tetap bermain bola sepak.

2.

Pandangan dan perasaan terhadap isu / masalah / peristiwa Saya telah mengajar Pendidikan Jasmani bagi kelas tersebut sejak dari awal fasa praktikum. Pada permulaan, memang agak sukar untuk mendapatkan kerjasama semua murid terutamanya murid lelaki untuk terlibat dalam aktiviti P&P yang saya jalankan. Mereka berkeras untuk bermain bola sepak sahaja dan aktiviti yang saya rancang hanya dipandang sepi. Saya akui, pada awal fasa praktikum, saya tidak begitu mahir dan kurang yakin untuk mengajar subjek ini. Ini kerana ketika di maktab, saya tidak mempelajari sukatan pelajaran yang akan diajar di sekolah. Saya hanya diberikan sukatan pelajaran dan belum tahu murid sasaran yang akan diajar dan fokus pengajaran terhadap tahun berapa yang harus ditekankan.

Setelah saya selidiki, memang menjadi kebiasaan bagi murid-murid lelaki terutamanya dari tahap 2 dibenarkan bermain bola sepak. Ada waktu, mereka bermain bergandingan dengan murid berlainan kelas jika waktu PJ adalah sama. Selain itu, mungkin juga guru kurang menguasai kandungan dalam kurikulum Pendidikan Jasmani kerana seorang guru pelatih minor. Guru Pendidikan Jasmani hendaklah menguasai kandungan yang terdapat di dalam kurikulum Pendidikan Jasmani. Menurut Rink (2002), kandungan adalah bahagian yang penting dalam kurikulum, iaitu apa yang akan dipelajari oleh pelajar. Mengenal pasti dan menguasai sesuatu kandungan kurikulum akan memudahkan guru Pendidikan Jasmani merancang pengajaran sesuai dengan kumpulan pelajar tertentu.

3 3.1 Punca / sebab

Analisis isu / masalah / peristiwa

Murid kurang berminat mempelajari kemahiran lain untuk pendidikan jasmani keran sering diberi pendedahan mengenai bermain bola sahaja. Murid merasakan sepanjang tempoh menjalankan kelas pendidikan jasmani merupakan tempoh untuk berlatih bermain bola sahaja. Kelas pendidikan jasmani merupakan satu-satunya platform untuk mengeluarkan segala kegusaran dan ketenangan pelajaran. Oleh itu, bermain bolalah satu satunya alternatif lain untuk mendapatkan kembali keseronokkan ke sekolah. Kurangnya pendedahan bermain permainan lain.

3.2 Kekuatan / kelemahan Kekuatan - Murid berasa yakin dan bersungguh-sungguh apabila menjalankan aktiviti bermain bola. - Murid mencapai matlamat kementerian pelajaran Malaysia untuk mengenalpasti permainan yang harus disertai oleh murid-murid. - Murid mempunyai pengalaman dan kemahiran sedia ada jika dibawa ke pertandingan atas faktor minat yang tinggi. Kelemahan - Murid asalnya tidak mengetahui, pendidikan jasmani mempunyai cabang-cabang kemahiran yang pelbagai. - Murid tidak dapat mengetahui keseluruhan kemahiran bagi permainan lain. - Dengan sikap tidak memberi peluang kepada guru untuk menjalankan pengasahan kemahiran, murid akan sentiasa berada di takut yang sama.

Cadangan idea untuk menyelesaikan isu Mengikut prinsip-prinsip pengajaran, guru perlu merancang pengajaran mereka terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran (Zaidatol Akmaliah & Habibah, 2000). Namun, apabila guru tidak menguasai kandungan di dalam kurikulum Pendidikan Jasmani, maka guru tidak dapat menyediakan satu rancangan pengajaran yang baik. Oleh itu, guru perlu mendapatkan bimbingan dan pandangan orang yang mahir contohnya Pensyarah Pembimbing bagi mendapatkan penjelasan yang sewajarnya berkenaan kandungan pelajaran, rancangan strategi pengajaran dan pembelajaran, bahan dan sumber pengajaran, dan hasil pembelajaran. Perancangan adalah kunci kepada pembentukan pengajaran yang baik (Schempp, 2003). Aktiviti pengajaran yang akan dijalankan juga mestilah dapat menarik perhatian pelajar untuk belajar (Schempp, 2003). Guru boleh memasukkan elemen muzik dan permainan bagi menarik minat murid untuk terus terlibat dalam aktiviti yang dirancang. Jangan biarkan ada waktu senggang yang akan menyebabkan mereka berasa bosan. Isikan setiap detik masa dengan aktiviti yang dirancang. Strategi demonstrasi merupakan cara yang paling sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Ini kerana sebahagian besar objektif Pendidikan Jasmani boleh dicapai melalui aktiviti fizikal. Oleh yang demikian guru Pendidikan Jasmani perlu membuat demonstrasi dengan cara betul dan selamat tentang sesuatu pergerakan fizikal agar pelajar dapat mengikuti dan memahami setiap kemahiran fizikal yang diberikan. Untuk memastikan murid boleh menguasai sesuatu kemahiran yang diajar, guru membuat demonstrasi dengan ansur maju. Murid juga wajar diberi peluang untuk melakukan lakuan berulang kali bagi mereka menguasai kemahiran tersebut. Dalam masa yang sama, guru boleh membuat penilaian penguasaan murid tentang kemahiran tersebut berdasarkan objektif P&P yang telah ditentukan. Selain itu, dengan adanya rancangan pengajaran yang baik belum dapat memastikan pelaksanaannya dilakukan dengan baik. Guru boleh meminta pensayarah pembimbingan atau guru bimbingan membuat pemerhatian dan memberikan komen dan pendapat membina tentang P&P yang telah dijalankan bagi memastikan P&P seterusnya dapat dilakukan dengan lebih baik mengambil kira kelemahan-kelemahan di dalam P&P yang lepas-lepas.

Tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan isu 6 September hingga 20 September 2013 ( sepanjang minggu praktikum)

Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan Jika memilih subtajuk tertentu yang mana guru belum begitu mahir dan tidak yakin untuk mengajarnya kepada murid-murid, guru wajar meminta pandangan dan bimbingan orang lain agar P&P yang berkesan tetap dapat dijalankan. Rujukan haruslah dibuat kepada orang yang mahir dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani seperti pensyarah atau guru panitia. Pemilihan tajuk yang sesuai dan dapat menarik minat murid juga penting. Tindakan susulan Guru Pendidikan Jasmani perlu terlebih dahulu mengenal pasti aspek-aspek tertentu yang akan digunakan dalam membuat persediaan untuk melaksanakan pengajaran Pendidikan Jasmani. Dengan demikian guru Pendidikan Jasmani dapat membuat satu rancangan kerja dengan teliti dan sempuma. Menurut Mok Soon Sang (2008), dengan adanya rancangan kerja ini, guru boleh melaksanakan program pengajaran dan pembelajarannya berdasarkan sukatan pelajaran secara sistematik serta mengikut pemeringkatan yang sesuai. Objektif yang hendak dicapai pula perlu ada kaitan dengan potensi yang ada pada pelajar (Stillwell & Willgoose, 1997). Dengan demikian ini akan dapat membantu guru Pendidikan Jasmani melaksanakan pengajaran Pendidikan Jasmani dengan lebih sistematik.

Pelajar

Guru Pembimbing

Pensyarah Penyelia

(Siti Mazlina Jamahuri)

(Rosroha @ Mohd Azhar Bin Ibrahim)

(Dr Teong Mee Mee)