Anda di halaman 1dari 27

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI PIDATO

ISI KANDUNGAN
TAJUK
ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN PENGENALAN PETA MINDA TUJUAN PIDATO PIDATO DAN PERBAHASAN STRATEGI PIDATO PENYAMPAIAN YANG MENARIK FORMAT PIDATO PEMARKAHAN PIDATO CONTOH TEKS PIDATO SUMBER RUJUKAN

MUKA SURAT 2 3 4 5-6 7 8 9 - 13 14 - 16 17 - 18 19 - 20


21 - 26 27

CACATAN

KATA KATA PENGHARGAAN


Assalamualaikum. Lafaz kesyukuran kepada Allah S.W.T atas perlaksanaan tugasan format pidato bagi subjek Bahasa Melayu Komunikasi. Pelbagai rujukan dan panduan telah dinyatakan dan diharap ia akan memberi kemahiran yang lebih mendalam tentang perihal pidato. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing kerana telah banyak menyokong dan membimbing untuk menyiapkan tugasan ini. Begitu juga ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan tidak lokek berkongsi bahan-bahan rujukan untuk menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, saya berharap agar semua pihak berpuas hati dengan tugasan saya ini. Segala kesilapan harap dimaafkan. Sekian, Terima kasih..

PENGENALAN PIDATO
Pidato adalah pengucapan yang disampaikan secara individu kapada khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk. Berpidato merupakan aktiviti berkomunikasi secara sehala, iaitu pemidato akan menjelaskan perkara perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan dengan apa yang dipidatokan. Pidato juga bertujuan menerangkan sesuatu maklumat bagi meyakinkan sekumpulan pendengar.

APA ITU PIDATO ? i. ii. iii. iv. v. vi. Aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan. Melatih seseorang untuk berfikir secara logik, menaakul, menganalisis dan berhujah dengan baik. Melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa yang tepat. Cara penyampaiannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan. Dapat menyampaikan isi hati dan pendapat dengan jelas dan tepat serta mudah mendapat sokongan. Mengurangkan salah tafsiran oleh pihak pendengar dan seterusnya mengelakkan konflik komunikasi.

PETA MINDA

FORMAT # salutasi #pembuka kata #pemulaan isi #isi utama & huraian #kesimpualan #penutup #

STRATEGI # prapenulisan # penulisan # penyampaian # pasca komunikasi

PIDATO

PENYAMPAI MENARIK #kelancaran #nada intonasi #kecekapan berbahasa #gaya penyampaian

SISTEM MARKAH #isi(30 markah # penyampaian (40) # bahasa(20) # adab(5) # bonus(5)


6

TUJUAN PIDATO
Lazimnya pidato dilakukan untuk tujuan seperti yang berikut

Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek aspek penting tentang tajuk tersebut. Memberitahu audien tentang sesuatu perkara baru seperti peristiwa atau hal ehwal semasa yang menarik hati. Memberi keyakinan kapada pendengar tentang pendirian terhadap sesuatu perkara. Mempengaruhi audien supaya memberi perhatian yang serius terhadap sesuatu isu yang penting.

PIDATO & PERBAHASAN


PERBEZAAN ANTARA PIDATO DAN PERBAHASAN PIDATO Mempunyai matlamat penyerahan Menampakkan kehalusan penggunaan bahasanya Berpada pada penjelasan sahaja Mempengaruhi audien agar bertindak atau melakukan sesuatu Menghilangkan konflik atau kekeliruan Menggunakan emosi untuk mempengaruhi audien PERBAHASAN Mempunyai matlamat kebenaran Mencerminkan kejituan dan ketegasan pemakaian bahasa Mementingkan perincian iaitu fakta atau bukti Mempengaruhi atau mengubah pendirian audien terhadap sesuatu Pertentangan atau konflik terhadap sesuatu kesangsian Hujah berdasarkan lojik

STRATEGI PIDATO
PANDUAN MENYEDIAKAN TEKS PIDATO YANG BAIK DAN CARA PENYAMPAIAN.

Prapenulisan Penulisan Penyampaian Pasca komunikasi

PRAPENULISAN
Pada tahap prapenulisan , anda perlu mencari idea mengumpul maklumat dan menyusun maklumat . sering kali mendengar rungutan berkenaan tidak ada idea atau tidak ada ilham . Cuba anda hayati pandangan yang diberikan oleh Klitgaard (1983) seorang perunding dalam penerbitan buku . Ilham adalah satu istilah yang aneh . Apakah maknanya ? Ilham bermakna bersiap sedia untuk menulis.

Menjana idea. Sekiranya anda menghadapi masalah mencari idea dan juga menulis . Anda boleh mencuba teknik teknik berikut :

Penulisan bebas. Penulisan bebas ialah penulisan yang tidak dirancang. Penulis menulis apa yang terlintas dalam fikiran tanpa memberi perhatian berkenaan isi, bahasa ataupun tanda baca. Yang penting adalah membahasakan diri menulis. Penulisan berfokus. Penulisan berfokus ialah penulisan yang dibuat berdasarkan subjek atau tajuk yang dikenal pasti. Walau bagaimanapun daripada aspek susunan idea, bahasa, tanda bacaan dan lain lain prinsip penulisan tidak diberi penekanan. Pada tahap ini penulis masih lagi dalam proses penjanaan idea dan membiasakan diri dengan penulisan. Sumbang saran Sumbang saran ialah teknik menjana idea dengan menerima pandangan pandangan setiap ahli dalam kumpulan. Dalam sumbang saran semua idea yang dikemukakan sama ada logik atau tidak, akan diterima. Penulis akan mencatatkannya sebagai sumber idea penulisannya kelak.

10

Dialog Imiganasi. Dialog imaginasi ialah dialog yang dilakukan sendiri oleh penulis secara lisan atau tulisan yang membahaskan satu satu isu daripada perspektif yang berbeza. Penulis tidak mempunyai lawan bercakap tetapi akan melakukan watak tersebut. Proses ini dapat membuka minda melihat daripada kaca mata yang berlainan. Heuristik Teknik heuristik ialah teknik mengemukakan soalan. Bagi mendapatkan idea seorang penulis perlu bertanya soalan soalan seperti 5W + 1H : What , Where , When , Why , Who + How. Soalan soalan yang dikemukan berkenaan sesuatu subjek perlu juga dikaitkan dengan ilmu ataupun perkara perkara lain.

PENULISAN Rangka atau teks anda hendaklah dibahagikan kepada Tiga bahagian iaitu pendahuluan , isi dan penutup. Pendahuluan Semasa menyediakan bahagian pendahuluan anda perlu mengetahui taraf hadirin, iaitu kedudukan atau status seseorang yang hadir dalam majlis. Taraf hadirin penting dalam konteks budaya di Malaysia dan ini dapat membantu anda menyediakan salutasi dengan menggunakan protocol yang betul.

11

Contoh salutasi : Assalammualaikum dan salam sejahtera Yang berhormat Dato Ismail Tan Sri Shafie Tetamu kehormat , tuan tuan , dan puan puan yang dihormati sekalian Isi Semasa menulis isi teks , lebih baik anda tumpukan pada satu isi utama dalam satu perenggan. Anda harus ingat, audiens hanya mendengar dan bukannya membaca teks anda. Justeru itu, khalayak harus membantu bagi mengikut idea anda. Perkukuhkan isi anda dengan huraian dan contoh contoh. Anda juga boleh menggunakan teknik pengulangan supaya dapat mengawal tumpukan khalayak. Pada masa ini juga anda perlu menggunakan alat Bantu visual supaya mesej anda diterima oleh khalayak dengan berkesan. Penutup Bahagian penutup teks anda juga penting. Pada perenggan akhir inilah anda perlu merumus kembali idea idea utama Ingatkan khalayak tujuan anda berdiri di hadapan mereka. Akhirkan penyampaian anda dengan menarik dan sesuai dengan majlis. Anda boleh memilih meninggalkan khalayak dengan satu soalan yang perlu dijawab sendiri oleh mereka , sebuah puisi ringkas atau kata kata hikmat sebelum mengucapkan terima kasih

12

PENYAMPAIAN Anda harus ingat, anda perlu berlatih sebelum menyampaikan ceramah atau pidato. Anda boleh belatih di hadapan cermin ataupun berlatih di hadapan rakan rakan anda spaya mendapat maklum balas yang dapat anda manfaatkan. Komunikator yang bertanggungjawab sentiasa membuat latihan yang sewajarnya supaya hasratnya tercapai bagi menyampaikan mesej. Dengan persediaan yang rapi, seorang komunikator dapat memberi tumpuan pada tugasnya da mengamalkan prinsip prinsip komunikasi khalayak yang baik.

PASCA KOMUNIKASI Tahap pasca komunikasi selalu dipandang ringan oleh komunikator, tetapi tahap ini amat pening untuk kita bermuhasabah diri dengan melihat kekuatan dan kelemahan supaya kita lebih berjaya pada majlis yang akan datang. Anda juga boleh mengedarkan soal selidik bagi mendapatkan pandangan daripada khalayak dan juga anda boleh mendapat maklum balas daripada pihak urus setia. Dengan cara ini, anda dapat memperbaiki diri anda. Dalam kes pertandingan pidato dan perbahasan, Ketua Hakim akan memberikan rumusan umum yang boleh dijadikan panduan oleh pemidato dan pembahas. Jesteru itu, ketiga tiga tahap ini perlu diberikan perhatian yang serius supaya proses komunikasi berlaku dengan berkesan. Sekiranya setiap tahap diberikan perhatian, seseorang komunikator buakn sahaja dapat memberikan kepuasan kepada khalayak tetapi juga kepuasan pada diri sendiri.

13

PENYAMPAIAN YANG MENARIK


Isi dan susunan pidato yang berkualiti harus disampaikan dengan gaya yang menarik. Aspek- aspek penting dalam penyampaian pidato yang berkesan termasuklah kelancaran, nada danintonasi, kecekapan berbahasa dan gaya. KELANCARAN i. ii. iii. iv. Memulakan pidato dengan keyakinan tinggi terhadap diri dan pengetahuan yang sedia ada. Pandang tepat ke arah audien semasa menyampaikan pidato. Pengaliran idea secara berterusan tanpa terlalu kerap merujuk kepada nota. Pause berhenti seketika pada akhir penyampaian sesuatu fakta atau di mana perlu untuk audien memahami atau mengikuti hujah. Kawalan masa, iaitu memulakan pidato pada waktu yang ditetapkan dan menamatkan tepat pada waktunya. Elakkan daripada melakukan gangguan wacana seperti eh , em atau ya . Menyampaikan pidato mengikut tempo yang sederhana, elakkan penyampaian yang terlalu laju atau perlahan.

v. vi. vii.

14

NADA DAN INTONASI i. ii. iii. iv. v. Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak merayu menarik perhatian. Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati. Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk. Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi pendengar. Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi.

KECEKAPAN BERBAHASA i. ii. iii. Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahas yang gramatis. Aras bahasa bersesuaian dengan audien. Unsure unsure keindahan bahas diselitkan ke dalam pidato untuk menarik minat audien. Keindahan bahas yang dimaksidkan ialah pantun, bahasa, kiasan, peribahasa, dan perumpamaan. Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik simpati. Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien. Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradab.

iv. v. vi.

GAYA PENYAMPAIAN i. ii. iii. Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah diselaraskan untuk menekankan fakta. Jangan kaku atau beraksi berlebihan. Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum apabila gembira, sedih apabila gundah, dan marah apabila emosi tinggi.
15

iv. v. vi.

Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eye contact yang sesuai. Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan menunjukkan wajah yang terlalu serius. Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis.

Pemidato perlu menonjolkan dirinya dahulu sebelum menonjolkan idea idea. Oleh itu, pemidato perlu memperlihatkan perwatakan, sikap dan pandangan yang positif serta penuh dengan keyakinan diri sendiri sebelum berjaya mendapatkan keyakinan audien.

16

FORMAT PIDATO
Pidato terdiri daripada bahagian bahagian berikut :

Salutasi
Bahagian ini adalah bahagian paling awal dalam pidato. Salutasi dimulakan dengan salam dan seterusnya menyampaikan kata kata aluan kepada pengerusi majlis, jemputan kehormat, para hakim, penganjur majlis dan para hadirin mengikut kesesuaian majlis dan juga mengikut susunan protocol.

Pembuka kata.
Pembuka kata yang baik dapat menarik perhatian para hadirin dan juga para hakim. Pemidato boleh memilih sebuah pantun atapun sebuah selka yang sesuai dengan tajuk. Pemidato juga boleh mengemukakan statistic yang menggemparkan ataupun menggunakan teknik heuristic. Walau apa pun yang dipilh, pemidato harus memastikan yang pembuka kata yang digunakan segar dan menarik. Permulaan isi takrif / penjelasan kepada isi pidato Pada bahagian ini pula, pemidato memperkenalkan tajuk yang dipilih dan memberi huraian berkenaan tajuk tersebut. Takrifan ini penting sebagai asas an juga sempadan kapada hujah hujah yang akan disampaikan.

17

Isi utama diikuti dengan huraian dan contoh contoh Isi utama yang dipilih harus bernas dan jelas. Setiap isi harus diikuti dengan huraian dan bukti bukti yang nyata seperti statistic, kes kes mahkamah dan sebagainya. Dalam menyampaikan isi seseorang pemidato perlu memberi perhatian daripada segi pemilihan kata kata bagi menyampaikan idea idea dengan lebi berkesan, Di samping itu, pemidato perlu juga menentukan susunan idea supaya wujud kesepaduan, koheran, dan pertautan. Kesimpulan kepada isi Tanpa kesimpulan, anda tidak dapat mengulangi idea idea utama yang menjadi tunjang kepada keseluruhan pidato. Sebagai pemidato, anda juga perlu menegaskan pendirian anda dengan penuh keyakinan. Penutup pidato Pidato perlu ditutup dengan tertib dengan memberi penghargaan kepada penganjur, mohon maaf dan mengucapkan terima kasih.

18

PEMARKAHAN PIDATO
ISI (30 MARKAH) Pemidato akan diadili dari segi pengutaraan isi isi yang bernas, data data dan bahan bahan yang tepat serta lojik termasuk penghuraiannya. Panduan pemarkahan 2 markah satu isi 1 markah huraian 1 markah (contoh data data ) isi diperlukan sebanyak 7. PENYAMPAIAN ( 40 MARKAH ) Pemidato akan dialdili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, serta persembahanyang meyakinkan penonton. Perlu menunjukan gaya yang menarik dan susunan idea yang tertib. BAHASA ( 20 MARKAH ) Pemidato akan diadili dari segi yang bahasa yang baik, jelas dan tepat (stuktur ) serta gaya bahasa yang berkesan, iaitu tepat kepada maksud yang hendak disampaikan. ADAB ( 5 MARKAH ) Kritikan terhadap isu isu sensitive seperti agama, bangsa, kebudayaan, dan peribadi serta perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan akan menyebabkan kehilangan markah.

19

BONUS ( 5 MARKAH ) Pemidato akan diadili dari segi keseluruhan persembahan, kesopanan dan perwatakan.

20

CONTOH PIDATO
Tajuk pidato : Ke Arah Pengisian Wawasan Pendidikan. Assalammualaikum san selamat sejahtera. Yang mulia saudara pengerusi majlis , yang dihormati Tuan Pengerusi majlis , yang dihormati Tuan Pengetua pensyarah penasihat , tuan tuan dan puan puan. Berhubung tajuk bakal dibentangkan , Isu pengisian yang kan dihurai, Dalam konteks wawasan pendidikan, Satu agenda yang belum selesai. Ke arah pengisian wawasan pendidikan , begitu bunyinya tajuk pidato yang kan saya sampaikan pada pagi ini. Tuan taun dan puan puan sekalian , Wawasan 2020 merupakan satu cita cita besar untuk mengangkat maruah, martabat dan harga diri bangsa Malaysia. Perdana menteri Malaysia , Yang Amat Berhormat Dato Seri Mahathir B. Mohamad, ingin mewujudkan sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.Beliau telah mengajak seluruh rakyat optimis. Hasrat ini telah disuarakan oleh beliau dalam pembentangan kertas kerja beliau yang berjudul Mlaysia Melangkah ke Hadapan , dalam Majlis Perdagangan Malaysia yang telah diadakan papa 28 Februari 1991.

21

Kini ungkapan wawasan 2020 sudah begitu biasa didengan kerana mat kerap di perkatakan. Kementerian Pendidikan juga beriring dengan jentera kerajaan dan swasta yang lain bergerak ke arah menisci sembilan cabaran Wawasn 2020 , kerana sebahagian besar daripada cabarab cabaran itu berkait rapat secara lansung dengan pendidikan. Hadirin dan hadirat sekalian, Memang telah banyak diperkatakan oleh orang tentang Wawasan 2020 dan pengisian wawasan pendidik daripada berbagai-bagai aspek. Tetapi adakah semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau dengan alam pendidikan, benarbenar faham, dapat menerima dan menghayati sepenuhnya wawasan pendidikan kita? Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memperkatakan beberapa isu yang berkait rapat dengan pengisian wawasan pendidikan yang perlu kita faham dan hayati bersama. Memperkatakan tentang reformasi pendidikan, Kementerian Pendidikan telah banyak memperkenalkan dan melaksanakan reformasi secara bedikit-dikit, berperingkat-peringkat sejak awal tahun 60-an lagi mengikut keperluan semasa. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) menjadi landasan utama untuk mewujudkan reformasi pendidikan secara besar-besaran. Maka lahirlah KBSR dan KBSM. Reformasi ini telah banyak mencetuskan perubahan dan pembaharuan dalam pendidikan keseluruhannya. Selain turut mencorakkan profesion perguruan, persekitaran pembelajaran, pengurusan dan kepimpinan pendidikan kita.

22

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Walaupun kita dapat melihat hasil ujian UPSR, PMR dan SPM, tetapi menghela nafas para penggubal sistem, menggeleng kepala para cerdik pandai dan diam seribu bahasa tok guru, apabila mendapati sistem pendidikan kita masih belum dapat mengatasi beberapa masalah lama, masalah lapuk yang berlaku tahun demi tahun. Murid-murid di sekolah rendah, terutamanya di sekolah kebangsaan, masih lemah dalam mata pelajaran Matematik dan penguasaan Inggeris. Bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran Sains Tulen masih juga tidak meningkat. Pelajar luar bandar masih juga ketinggalan dalam pencapaian akademik dan belum mampu menguasai kemahiran berfikir. Di dalam bilik darjah pula, beberapa konsep yang diperkenalkan melalui KBSR dan KBSM masih belum dilaksanakan seperti yang diharapkan. Konsep kesepaduan masih belum dipraktikkan sepenuhnya. Nilai-nilai murni masih gagal diterap, kalau tidak, masakan hari-hari dipaparkan di dada akhbar berita tentang penglibatan para remaja dalam kegiatan tidak bermoral. Disamping itu, pengajaran guru-guru masih lagi tidak berpusatkan murid, alat bantu mengajar juga jarang digunakan. Penilaian Berasaskan Kemajuan Sekolah tidak dilaksanakan dengan penuh prihatin. Mengapakah semua ini berlaku? Apakah yang terjadi dengan kursus-kursus yang telah diberikan kepada guruguru selama ini?

23

Para hadirin sekalian, Kita harus sedar bahawa pembaharuan dan perubahan perlu berlaku demi tanggungjawab kita dalam menyelesaikan agenda wawasan pendidikan ini.Namun begitu terdapat dikalangan sesetengah guru amat negatif terhadap sebarang perubahan yang bertujuan menambahbaikkan sesuatu keadaan. Berbagai bagai kenyataan yang negatif dan pasif disuarakan. Sebenarnya individu individu ini tidak ada keupayaan untuk berubah, tidak sanggup melaksanakan perubahan dan tidak dapat berfikir secara objektif bahawa dia perlu berubah. Kita harus mengikis sikap tidak mahu memulakan sesuatu dan tidak berupaya ini di kalangan pendidik jika kita mahu mengecapi nikmat wawasan pendidikan kita. Kita tidak mahu menyaksikan berapa puluh jong pun masuk, anjing tetap bercawat ekor.Air sungai lagi berubah inikan pula manusia. Kalaukah air sungai itu diempangkan sudah tentu banyak perubahan berlaku secar besar besaran. Tuan tuan dan puan puan, Guru harus bersikap proaktif , kreatif , imaginative dan inovatif. Sekolah sepatutnya mementingkan pemuafakatan antara kakitangannya , ibu bapa dan murid murid.Semua pihak mesti beras tanggungjawab dan mempunyai semangat kesepunyaan. Keputusan seharusnya datang daripada golongan guru kepada gurulah sebbenarnya pelaksana pendidikaan. Dengan yang demikian dapatlah para guru melakukan sesuatu kerja itu hingga ke tahap kesempurnaan.

24

Kerja berpasukan boleh menggerakkan kita ke arah mencapai zero defect atau tanpa cacat apabila menangani masalah displin pelajar, penyalahgunaan dadah , ponteng dan lain lain lagi. Apa yang perlu dititikberatkan ialah berfokus kepada proses berterusan supaya menampakkan kemajuan. Teladani orang Jepun. Mereka mengamalkan dan mempercayai konsep synergy iaitu tidak ada perbezaan status antar pekerja. Semua sama penting dalam menuju kemajuan negara. Kini meraka talah mendahului negara negara lain dalam kemajuan. Untuk mencapai keadaan tanpa cacat yang dingini, kita perlu sentiasa peka terhadap kualiti.Setiap orang harus bertanggungjawab menghasilkan kerja yang berkualiti. Kita tidak akan dapat menghasilkan murid murid tahun enam mencapai kejayaan 100% dalam UPSR jika murid muird kita tidak dididik dengan baik secara berterusan. Sebarabg kelemahan perlu dibaiki segera agar murid murid kita tidak mendapat kerugian. Bayangkanlah betapa rugi dan malangnya mereka apabila terus _ menerus belajar selama enam tahun tanpa dinaiki kesalahn dan kelemahan mereka. Bagaimana jika anak kita berada ditempat mereka ? Para hadirin sekalian, Demikianlah cabaran cabaran yang perlu kita hadapi untuk mencapai wawasan pendidikan. Sebagi pendidik , kita perlu faham dan menghayati wawasan pendidikan dan pa yang perlu dik\lakukan untuk mengisi wawasan itu. Arak arak kelapa puan, Tidak puan kelapa bali, Mereka mengharap kepada tuan tuan, Tidak tuan siapa lagi?
25

Yakinlah jika kita dapat mengisi wawasn kita, mak dengan sendirinya hasil daripada pendidikan kita akan lahir generasi baru yang akan dapat membina sebuah negara Malaysia yang serba maju. Agenda ini baru bermula dan masih jauh daripada penyelesaian. Umpama pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri, kini terserah kepada kita semua untuk menentukan penyelesaiannya. Tuan tuan dan puan puan, Setakat ini pidato saya pada pagi ini. Semoga apa yang saya sampaikan tadi boleh mendatangkan manfaat kepada kita semua. Sebelum saya mengundur diri, saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapt kesilapan dan keterlanjuran budi bicara. Sekian,terima kasih.

26

SUMBER RUJUKAN
GURU PEMBIMBING
PN . JAIMAH BT. ABD MANAF TN. HJ. ZAKARIA B. AMIN

JUDUL BUKU
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI ( LONGMAN ) AB. RAHMAN AB. RASHID YAP KIM FATT AB. RAHIM SELAMAT

27