Anda di halaman 1dari 7

Seloka dipercayai berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud seperti juga gurindam iaitu umpama.

Oleh sebab maknanya bersamaan dengan gurindam, maka sifat seloka juga tidak jauh berbeza daripada sifat gurindam dari sudut maksud atau isinya. Seloka memuatkan sindiran atau kiasan yang tajam. Bentuknya tidak terikat apada peraturan tertentu, namun ada juga yang berbentuk seperti syair.

Menurut kamus dewan seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll) Perkataan seloka berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu shloka. Bentuk puisi lama yang ditulis secara berangkap-berangkap Rima akhir adalah tidak tetap Ia digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair ataupun perumpamaan Seloka tidak mempunyai pembayang

Lebai nasibmu langkahan malang, Ke hulu ke hilir penat berulang, Celaka sial bedebah engkau jembalang, Pakaianku engkau buang telanjang pulang. Ayuhai nasib fakir miskin, Dapat sedekah sebungkus lempeng, Habis hilang baju dan kain, Penganan habis dibaham anjing. Penat bekerja tidak terkira, Ke sana ke mari tersera-sera, Punah golok bersama nira, Pulang ke rumah mendapat mara.

Aduhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Masa belayar kematian angin, Sudah dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk.

Anak dipijak, dagang dijinjang, Kucing dibunuh, tikus dibela, Harta habis, badan tergadai, Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelanjang, Mendengar guruh di langit, Air tempayan dicurahkan, Mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung, Pak Pandir juga yang menanggung, Apa didengar gelagak dagang, Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga, dia berbunga, Orang berbuah, dia haram! Kilat memancar, hujan tak lalu, Awak juga berkecundangan!

Aduhai resam, wahai adat! Lembaga di mana telah terpudat? Wah! Hilang adat lenyaplah bahasa, Ghaib sepi tiada bersisa... Semakain mengerang senantiasa, Laksana dipagut tedung yang bisa! Amboi! Amboi! Adat tiruan, resam terpaksa, Umpama gajah menjadi rusa; Oleh ragi campuran bangsa, Adab tertib habis binasa! Sayang! Sayang! Merajuk ke manakah adat Melayu? Laksana debu dipuput bayu! Wallahualam! Entahkan jatuh ke laut gerangan, Disambar yu!