Anda di halaman 1dari 4

Tugasan Praktikal 7

Tajuk : Ekologi Akustik Tujuan : Mengkaji teknik molekul Pengenalan:

Ekologi akustik (soundscape ecoacoustics) adalah kajian tentang hubungan melalui bunyi antara makhluk hidup dan persekitaran mereka. Penerapan akustik dapat dilihat di hampir semua aspek masyarakat moden dengan yang paling jelas adalah industri audio. Mendengar adalah salah satu cara yang paling penting dari kelangsungan hidup di dunia haiwan, dan berbicara adalah salah satu ciri paling khas dari perkembangan manusia dan budaya. Jadi tidak menghairankan bahawa ilmu akustik menyebar di seluruh aspek begitu banyak yang berhubungan dengan akustik iaitu muzik, industri, perang dan banyak lagi.Dalam ekologi tempat tiggal organisma ini di panggil sebagai habitat.Justeru, konsep penting dalam ekologi ialah Saling bergantung atau saling berinteraksi antara hidupanhidupan dan juga antara hidupan dengan bukan hidupan yang tinggal dalam sesuatu habitat itu serta interaksi dengan hidupan dalam habitat yang lain.Ekologi bunyi dalam landskap terdiri dari tiga elemen yang berasingan iaitu biophony , geophony dan anthrophony Setiap organisma boleh memisahkan frekuensi vokal mereka untuk mengelakkan pertindihan dengan bunyi geophonic yang berleluasa. Prosedur

i.

Kaedah teknik molekul yang digunakan dalam kajian akustik dikumpulkan melalui dapatan internet dan buku.

ii. Kesan daripada elemen- elemen ekologi lanskap bunyi terhadap kehidupan organisma dikenalpasti dan dibincangkan

Perbincangan: 1. Jelaskan bagaimana kaedah teknik molekul digunakan dalam kajian akustik. Pada tahun 1976, teknik rakaman saluran ion pertama kali ditemui dan kemudiannya menjadi pencetus kepada teknik molekul terkini seperti mikroskop daya atom (AFM), pinset optik magnetik dan spektroskopi pendarfluor. Kaedah teknik molekul ini telah dapat memberikan maklumat mengenai masalah-masalah yang tidak dapat diselesaikan sebelumnya. Teknik molekul menjadi popular dalam bidang biofizikal bagi memahami beberapa ciri-ciri penting biokimia seperti interaksi protein DNA, lipatan protein, fungsi-fungsi dan keupayaan membran protein. Kaedah Teknik-molekul berguna untuk mendapat data yang lebih lengkap dan khusus tentang biomolekul tertentu yang sedang dinilai dengan nilai purata yang tidak spesifik dan luas. Kaedah ini juga menyediakan maklumat mengenai kepelbagaian molekul yang merupakan aspek asas biomolekul kompleks dan fungsi mereka. Penggunaan teknik molekul dalam usaha pemeliharaan akustik ditunjukkan dengan beberapa contoh. Contoh pertama pemeliharaan Kopepod marin (Calanus finmarchicus). Kopepod marin plaktonik adalah kumpulan haiwan yang paling banyak di laut, tetapi kurang diketahui tentang faktor-faktor yang mengawal hidup mereka. Calanus finmarchicus, mempunyai sejarah hidup yang rumit yang merangkumi fasa berehat. Mempunyai kandungan tenaga yang tinggi terutamanya disebabkan oleh rizab lipid yang besar yang dibina dalam persediaan untuk fasa rehat, C. finmarchicus menyediakan pautan kritikal antara pengeluaran fitoplankton dan paras trofik lebih tinggi, termasuk ikan, burung laut, dan ikan paus. Oleh itu penyelidik menggunakan teknik molekul untuk mengenal pasti gen yang dikawalatur secara berbeza dalam fasa rehat berbanding fasa aktif C. finmarchicus. Gen ini akan membolehkan penyelidik membuat spekulasi tentang mekanisme dalaman yang mengawal fasa rehat. Penyelidik menggunakan dua teknik utama iaitu Hibridisasi Luak Bersifat Menindas (SSH) untuk mengenal pasti gen yang terlibat dalam peraturan fasa rehat kopepod, dan kuantitatif Masa Sebenar Tindakbalas Rantai Polymer (qPCR) untuk mengukur turutan gen tertentu. Pendekatan ini menggabungkan bidang biologi molekul, endokrinologi ,fisiologi dan ekologi kopepod. Teknik ini juga digunakan untuk kajian akustik ikan paus dan ikan lumba-lumba (dolphin).

2. Bincangkan kesan daripada elemen-elemen ekologi lanskap bunyi tentang kehidupan organisma.

Fungsi dan kepentingan bunyi dalam persekitaran boleh dihayati sepenuhnya oleh mereka yang memahami ekologi deria bunyi organisma .Langkah-langkah bagi pemuliharaan lanskap bunyi termasuklah mengurangkan pencemaran bunyi bising, mengekalkan habitat semulajadi hidupan liar dan pemeliharaan hutan semulajadi manakala kesan daripada elemen-elemen ekologi lanskap bunyi tentang kehidupan organisma ialah dalam banyak kes, manusia mesti mengakui bahawa kaedah deria dan maklumat yang digunakan oleh organisma lain mungkin tidak jelas dari sudut pandangan antroposentrik. Banyak contoh di mana organisma bergantung pada isyarat bunyi yang dijana dalam persekitaran semula jadi mereka untuk melaksanakan fungsi biologi mereka Sebagai contoh, haiwan krustasia bertindak balas terhadap biophoni dipersekitaran terumbu karang . Mereka menerima isyarat akustik sebagai mekanisma untuk mengelak dari pemangsa dalam habitat terumbu. Begitu juga , ikan juvana boleh menggunakan biophoni sebagai petunjuk arah bagi mencari terumbu baru mereka. Pelbagai spesies burung dan mamalia menggunakan isyarat auditori, seperti bunyi pergerakan dalam usaha untuk mencari mangsa. Gangguan yang dicipta oleh bunyi alam sekitar juga boleh dieksploitasi oleh sesetengah haiwan pemangsa semasa memburu. Sebagai contoh, labah-labah menggunakan bunyi alam sekitar untuk mengelak pengesanan oleh serangga yang menjadi mangsa mereka. Ini menunjukkan bahawa banyak organisma mampu mengekstrak maklumat dari lanskap bunyi. Kesan utama bunyi ialah isyarat akustik yang mengandungi maklumat penting untuk komunikasi intraspesies.Bunyi antropogen boleh mengganggu proses biophonik dan memberi kesan negatif kepada pelbagai jenis ikan , amfibia , burung , dan mamalia .Di samping mengganggu ekologi , bunyi antropogen juga secara langsung menjejaskan sistem biologi organisma. Pendedahan bunyi bising boleh dianggap sebagai ancaman dan boleh membawa kepada perubahan fisiologi. Sebagai contoh, bunyi bising boleh meningkatkan tahap tekanan hormon, mengurangkan fungsi imun dan menyebabkan kerosakan DNA organisma.

Kesimpulan : Lanskap bunyi semulajadi sebenarnya adalah perkhidmatan ekosistem yang sangat bernilai untuk kelangsungan hidup semua hidupan di bumi ini. Jika lanskap bunyi terlalu banyak diubah oleh bunyi antropogen manusia, maka keseimbangan alam sekitar akan terjejas teruk dan akan memberi masalah besar kepada semua kehidupan termasuk manusia sendiri.Bersama-samalah kita menjaga dan memulihara keseimbangan ekologi demi ini untuk generasi akan datang.

Rujukan: Modul PPG SCE 3107 Ambilan Jun 2011 http://id.shvoong.com/exact-sciences/architecture/2284872-pengertian-dan-definisi-akustik http://id.scribd.com/doc/89374125/PBS-1-Konsep-Konsep-Penting-Sistem-Ekologi http://www.biologi45.cikgunaza.com/2013/01/ekologi.html

Anda mungkin juga menyukai