Anda di halaman 1dari 11

Tugasan Praktikal 5 AMALI 5 : Memahami Trend Populasi

Tajuk Tujuan Pengenalan :

: Memahami Trend Populasi : Untuk menyiasat mengenai tren populasi

Perubahan trend populasi adalah perubahan dari segi saiz populasi (N) dari semasa ke semasa, dan ini ditentukan oleh kadar kelahiran, kadar kematian, imigrasi dan emigrasi. . Kelahiran menambah individu baru kepada populasi manakala kematian membuang individu daripada populasi. Kadar pertumbuhan populasi positif apabila pertambahan individu lebih ramai daripada pengurangan individu. dan adalah sama dengan sifar apabila jumlah individu yang bertambah dan berkurang adalah sama. Saiz penduduk dikenali sebagai Keupayaan Muatan (K), yang ditentukan oleh faktor-faktor alam sekitar. Pertumbuhan populasi boleh dimodelkan oleh lengkung geometri (iaitu, lengkung tak linear), samaada keluk yang berbentuk S-(sigmoid) atau lengkung eksponen. Jika saiz populasi dua kali ganda antara setiap jangka masa, maka bentuk pertumbuhan geometri ini dipanggil pertumbuhan eksponen.Bentuk lengkung pertumbuhan populasi dikawal oleh tiga faktor iaitu saiz populasi permulaan atau awal (N0),faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengukur kadar di mana populasi berkembang jika ia mempunyai sumber makanan. Para Ekologis memaknakan populasi sebagai unsur dari sistem yang lebih luas. Populasi suatu spesies adalah sebahagian dari suatu komuniti. Ahli-ahli genetik, menganggap bahawa populasi adalah sebagai satu wadah bagi pertukaran alel-alel yang dimiliki oleh individu-individu anggotanya. Pergerakan frekuensi alel dalam suatu populasi menjadi perhatian utama dalam kajian genetik populasi.

Keputusan : Tugasan 1

Populasi Badak A Selang masa (t) = generasi Saiz populasi, (N) N0 = 30 58 123 236 484 955 1.9 2.1 1.9 2.0 2.0 Faktor pertumbuhan, (R)

Populasi Badak B Saiz populasi, (N) N0 = 20 39 82 161 318 643 2.0 2.1 2.0 2.0 2.0 Faktor pertumbuhan, (R)

0 1 2 3 4 5

Jadual 1: Populasi Badak Sumbu A dan B

Prosuder: 1. Plot lengkung pertumbuhan populasi bagi kedua-dua populasi pada paksi yang sama. Paksi-X : masa, t Paksi Y : saiz populasi, N

Saiz Populasi Badak A dan Badak B

1200 1000 800 600 400 200 0 1 2 3 4 5 6 Saiz Populasi Badak A Saiz Populasi Badak B

Graf 1:Graf saiz populasi Badak Sumbu A dan B melawan selang masa,t

2. Bentuk graf dikenalpasti. 3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan ke dalam Jadual 1. 4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi. Populasi badak A, Purata R= 1.98 ~ 2.0 Populasi badak B, Purata R = 2.02 ~ 2.0 Soalan: Semak ketiga-tiga faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan.Mengapa terdapat perbezaan dari segi saiz populasi antara kedua-dua populasi pada selang masa ke 5? Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi permulaan, faktor pertumbuhan, atau persekitaran?. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan berdasarkan graf pada jadual 1 disebabkan faktor nataliti yang lebih tinggi. Hal ini kerana perbezaan dalam saiz populasi antara kedua-dua populasi pada sela masa 5,disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi awal iaitu bagi populasi A,saiz populasi awalnya ialah 30 berbanding populasi B, iaitu 20 sahaja. Populasi awal Alebih tinggi daripada B. Oleh itu, ahli baru lebih banyak dihasilkan di populasi badak A. Tugasan 2 Populasi Koala A Selang masa (t) = generasi Saiz populasi, (N) 0 1 2 3 4 5 N0 = 20 36 63 118 212 375 1.8 1.8 1.9 1.8 1.8 Faktor pertumbuhan, (R) Populasi Koala B Saiz populasi, (N) N0 = 20 31 47 66 103 150 1.5 1.5 1.4 1.6 1.5 Faktor pertumbuhan, (R)

Jadual 2: Populasi Koala A dan B

Prosuder: 1. Plot lengkung pertumbuhan populasi bagi kedua-dua populasi pada paksiyang sama.Paksi-X : masa, tPaksi Y : saiz populasi, N
Saiz Populasi Koala A dan Koala B

400 350 300 250 200 150 100 50 0 1 2 3 4 5 6 Saiz Populasi Koala A Saiz Populasi Koala B

Graf 2: Graf Saiz Populasi Koala A dan B melawan selang masa, t

1. Bentuk graf dikenalpasti. 2. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan ke dalam Jadual 2. 3. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi. Populasi koala A, Populasi koala B, Soalan 1. Bagi kedua-dua populasi koala, mengapa terdapat perbezaan dari segi saiz populasi pada selang masa ke 5? Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi permulaan, faktor pertumbuhan, atau persekitaran?. Purata R =1.82 ~ 1.8 Purata R =1.5

Graf pada jadual 2, menunjukkan bentuk eksponen.Faktor yang menyebabkan saiz populasi koala A dan koala B meningkat adalah dipengaruhi faktor pertumbuhan dari segi saiz penduduk pada selang masa ke 5.Populasi koala A

dan koala B tinggal di persekitaran yang sama. Populasinya semakin meningkat dari semasa ke semasa, namun disebabkan berlakunya persaingan dari segi keperluan makanan, pasangan hidup dan tempat tinggal,populasi koala yang lebih kuat akan menguasai persekitaran bagi memastikan pertumbuhannya. Oleh yang demikian, koala A telah bertambah pertumbuhannya berbanding koala B.

2.

Di dalam Jadual 2, jika data bagi populasi Koala A adalah sama tetapi di bawah keadaan hujan yang sedikit dan data bagi populasi Koala B adalah di bawah keadaan kemarau, mengapa adanya perubahan bagi faktor pertumbuhan, R populasi tersebut? (Faktor pertumbuhan, R = Kelahiran Kematian). Perubahan cuaca atau iklim semasa seperti musim hujan dan kemarau telah memberi kesan kepada sesuatu spesies dan dapat mempengaruhi

populasi.Apabila berlakunya bencana alam,keperluan asas seperti makanan menjadi terhad dan ini mengakibatkan keadaan sesuatu persekitaran itu kurang ideal untuk pertumbuhan.Ia akan menyebabkan peningkatan emigrasi ,kematian spesies dan mengurangkan kadar kelahiran..Semua faktor-faktor tersebut sangat berpengaruh bagi memenuhi keperluan asas bagi sesuatu individu.

Tugasan 3 Populasi Kuda Belang A Saiz populasi, (N) N0 = 20 80 230 400 500 550 580 590 595 600 600 4.0 2.9 1.8 1.3 1.1 1.1 1.0 1.0 1.0 1.0 Faktor pertumbuhan, (R) Populasi Kuda Belang B Saiz populasi, (N) N0 = 20 50 100 220 360 460 520 550 570 580 600 2.5 2.0 2.2 1.6 1.3 1.4 1.0 1.0 1.0 1.0 Faktor pertumbuhan, (R)

Selang masa (t) = generasi 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Jadual 3: Populasi kuda belang A dan B

Prosuder: 1. Plot lengkung pertumbuhan populasi bagi kedua-dua populasi pada paksi yang sama.Paksi-X : masa, t Paksi Y : saiz populasi, N
Saiz Populasi Kuda Belang A dan Kuda Belang B

700 600 500 400 300 200 100 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Saiz Populasi Kuda Belang A Saiz Populasi Kuda Belang B

Graf 3:Graf saiz populasi Kuda Belang A dan B melawan selang masa,t

2. Bentuk graf dikenalpasti. 3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan ke dalam Jadual 3. 4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi. Populasi kuda belang A, Purata R = 1.62 ~ 1.6 Populasi kuda belang B, Purata R = 1.5 Soalan 1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan yang paling tinggi?.

Graf menunjukkan bentuk sigmodial.Faktor pertumbuhan yang paling tinggi adalah populasi kuda belang A. 2. Adakah faktor pertumbuhan,R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan yang berlaku pada R. Bagi populasi A,faktor pertumbuhan ,R semakin hari semakin berkurangan terutama pada selang masa 1 hingga selang masa 5 dan statik di antara selang masa ke 5 dan 6 iaitu 1.1 manakala menurun kepada 1.0 pada selang masa ke 7.Faktor pertumbuhan tetap dari selang masa 7 hingga 10 iaitu 1.0. Bagi populasi B, faktor pertumbuhan, R semakin berkurangan pada selang masa 1 hingga selang masa 6, dan kemudian tetap antara selang masa ke 6 dan 7 iaitu 1.1. Seterusnya menurun ke 1.0 pada selang masa 8. Faktor pertumbuhan tetap dari selang masa 8 hingga 10 iaitu 1.0.

3. Apakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi setiap populasi?.

Keupayaan muatan bagi populasi A dan B ialah sama iaitu 600.

Tugasan 4 Populasi Kuda Belang A Selang masa (t) = generasi Saiz populasi, (N) 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 N0 = 20 90 220 340 410 440 450 450 440 460 450 4.5 2.5 1.6 1.2 1.1 1.0 1.0 1.0 1.0 1.0 Faktor pertumbuhan, (R) Populasi Kuda Belang B Saiz populasi, (N) N0 = 20 50 120 210 260 260 230 200 170 150 150 2.5 2.4 1.8 1.2 1.0 1.0 1.0 1.0 1.0 1.0 Faktor pertumbuhan (R)

Jadual 4: Populasi kuda belang A dan B Prosuder: 1. Plot lengkung pertumbuhan populasi bagi kedua-dua populasi pada paksiyang sama.Paksi-X : masa, t Paksi Y : saiz populasi, N
Saiz Populasi Kuda Belang A dan Kuda Belang B

500 450 400 350 300 250 200 150 100 50 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Saiz Populasi Kuda Belang A Saiz Populasi Kuda Belang B

Graf 4:Graf saiz populasi Kuda Belang A dan B melawan selang masa,t

2. 3.

Bentuk graf dikenalpasti. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan ke dalam Jadual 4.

4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.

Populasi kuda belang A, Purata R =1.59 ~ 1.6 Populasi kuda belang B, Purata = 1.39 ~ 1.4 Soalan 1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan yang paling tinggi?. Populasi yang menunjukkan faktor pertumbuhan yang paling tinggi ialah populasi A. 2. Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan yang berlaku pada R. Pertumbuhan populasi ialah perubahan (peningkatan atau pengurangan ) dalam saiz populasi dari masa ke masa dan diukur sebagai peratusan perubahan dalam bilangan individu di dalam populasi.Faktor pertumbuhan, R tidak tetap. Bagi populasi A, faktor pertumbuhan, R semakin berkurangan pada selang masa 1 hingga selang masa 6, kemudian berada pada tahap tetap antara selang masa ke 6 hingga 10 iaitu 1.0. Bagi populasi B,faktor pertumbuhan, R semakin berkurangan pada selang masa 1 hingga selang masa 6, dan kemudian tetap antara selang masa ke 6 dan 9 iaitu 0.9.Seterusnya menurun ke 1.0 pada selang masa 10. 3. Adakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi populasi A berubah? Nyatakan mengapa. Ya, keupayaan muatan bagi populasi A berubah. Hal ini kerana berlaku perubahan pada saiz populasi A. Semakin tinggi saiz populasi, semakin besar keupayaan muatan populasi tersebut. Dalam erti kata lain,keupayaan muatan bagi populasi dikatakan dapat dicapai apabila kestabilan menghampiri nilai maksimum dengan sumber yang terhad seperti makanan,air dan bekalan.

4. Kedua-dua populasi kuda belang mempunyai populasi saiz awal yang sama. Mengapakah satu populasi tidak bersaing dengan yang lain? Kenalpasti tiga faktor yang mengawal pertumbuhan populasi. Tiga faktor yang mengawal pertumbuhan populasi ialah terdapat kepelbagaian genetik, persaingan dan kemampuan untuk bersaing dengan persekitaran terutama faktor pertumbuhan iaitu kadar kelahiran populasi A dan B.Melalui pemerhatian, kadar kelahiran populasi A adalah lebih tinggi daripada populasi B. Manakala, kadar kematian populasi B adalah lebih tinggi daripada populasi A. Selain itu, faktor alam sekitar seperti setiap haiwan bersaing untuk mendapatkan sumber air dan makanan. Populasi B kurang berdaya saing daripada populasi B. Jadi, kadar pertumbuhan populasi B adalah lebih rendah daripada populasi A.

5. Jika data di dalam Jadual 3 menunjukkan dua populasi yang hidup berasingan dan di dalam Jadual 4 menunjukkan dua populasi yang hidup bersama, apakah kesan persaingan bagi R untuk kedua-dua populasi kuda belang? Berdasarkan Jadual 3, kesan persaingan bagi R untuk populasi kuda belang adalah rendah kerana perbezaan persekitaran bagi kedua- dua populasi. Bagi jadual 4 pula, kesan persaingan bagi R untuk kedua- dua populasi kuda belang adalah tinggi kerana setiap penduduk bersaing sesama sendiri untuk keperluan asas yang serupa di kawasan yang sama di mana sumbernya akan menjadi semakin terhad dan populasi yang kuat akan mendominasi persekitaran.Jadi, bagi Jadual 4, pertumbuhan populasi A menunjukkan pertumbuhan yang lebih tinggi daripada populasi B kerana daya saing yang lebih tinggi. Kesimpulan: Bentuk lengkungan graf dikawal oleh 3 faktor iaitu saiz populasi awal (N0),faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengira kadar pertumbuhan dan keupayaan muatan (K) yang menentukan faktor persekitaran