Anda di halaman 1dari 3

Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Golf MSSM Tahun 2006 Tarikh : 19 April 2006 Waktu : 7.

00 pagi Tempat : ORNA Golf & Country Club Upacara perasmian kejohanan Semua kontingen bersedia dalam barisan negeri masing-masing : pembawa Jalur Gemilang pembawa bendera MSSM pembawa bendera negeri dan kontingen pembawa papan tanda kontingen Ketibaan Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Melaka Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Puan Azizah binti Ab. Gani, Pengarah Pelajaran Melaka. Nyanyian lagu NEGARAKU Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu NEGARAKU. Hadirin mohon bersedia. (selesai) Hadirin mohon duduk. Alu-aluan Pengacara majlis Bismillahirrahmanirrahim. Ke hadrat Allah dipanjatkan kesyukuran, Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabatsahabat baginda. Assalammualaikum w.b.k.dan Salam sejahtera. Yang Berbahagia Puan Azizah binti Ab. Gani, Pengarah Pelajaran Melaka, Yang Berusaha En. Zainal bin Aman, Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka, Yang Berusaha Tuan Hj. Mazlan bin Md. Amin, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Melaka, Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Melaka, Para pegawai kejohanan, pengurus-pengurus pasukan dan kontingen yang mengambil bahagian, para peserta seterusnya hadirin yang dihormati sekalian, Selamat Datang ke Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolahsekolah Malaysia tahun 2006.

19 APRIL 2006 bersamaan 21 Rabiulawal 1427 Hijrah, bertempat di ORNA Golf and Country Club, Melaka Bandar raya Bersejarah, sebanyak 15 pasukan merangkumi para peserta kategori lelaki dan perempuan bawah 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun berkampung demi menjayakan kejohanan berprestij ini. Majlis turut mengambil kesempatan ini mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puanpuan ke majlis penuh meriah pada hari ini, khususnya Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Melaka yang dapat meluangkan masa bersama-sama menjayakan Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia tahun 2006. . Bacaan Doa Hadirin yang dimuliakan, Pembuka tirai majlis, penghayatan doa memohon keberkatan. Majlis dengan hormatnya mempersila Alfadil Ustaz ----------------------------------------------------------------------------.mengetuai upacara bacaan doa., dipersilakan. (selesai) Majlis merakamkan ucapan terima kasih. . Ucapan dan Lafaz Perasmian Kejohanan Hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan dengan upacara perasmian kejohanan. Majlis dengan hormatnya mempersila Yang Berusaha Puan Azizah binti Ab. Gani, Pengarah Pelajaran Melaka menyampaikan ucapan, seterusnya menyempurnakan lafaz perasmian Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia tahun 2006, dipersilakan.. (selesai) Majlis merakamkan ucapan terima kasih. .. Upacara Simbolik Memulakan Kejohanan Hadirin yang dirahmati Allah, Majlis disemarakkan lagi dengan upacara simbolik untuk memulakan kejohanan. Untuk tujuan itu, majlis diteruskan dengan upacara menaikkan bendera kejohanan oleh pasukan Kadet Polis Sek. Men. Keb. Bukit Baru, Melaka. .., Disusuli dengan upacara tee-off . Majlis dengan sukacitanya mempersila Yang Berbahagia Puan Azizah binti Ab. Gani, Pengarah Pelajaran Melaka melakukan tee-off. Majlis diteruskan dengan mempersila Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Melaka membunyikan siren kejohanan sebagai tanda kejohanan bakal bermula, dipersilakan. . Hadirin yang dihormati, Alhamdulillah, sempurna sudah upacara perasmian pembukaan Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia tahun 2006. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Azizah binti Ab. Gani, Pengarah Pelajaran Melaka.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga, majlis dengan sukacitanya mempersila Yang Berusaha Tuan Haji Mazlan bin Md. Amin, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Melaka menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Puan Azizah binti Ab. Gani, Pengarah Pelajaran Melaka. (selesai) Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Penutup Begitulah berakhirnya Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia tahun 2006. Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih serta syabas kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis pada pagi ini. Pertandingan Golf Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia bakal bermula sebentar lagi, dan para peserta sudah boleh bergerak ke venue pertandingan masing-masing. Sekian, saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wasallammualaikum w.b.k

Zzs14042006smkstmelaka.