Anda di halaman 1dari 9

ANALISIS TEKS SEJARAH MELAYU CERITERA KE 25 Cerita ke 25 dalam teks Sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Maluku yang

melarikan diri ke Melaka setelah negerinya, Maluku ditawan oleh Kastilan. Ketika itu, Raja Rokan dan Hulubalang Terengganu turut mengadap Sultan Alauddin. Setelah sekian lama tinggal di Melaka, Raja Maluku dan hulubalang Terengganu bermohon diri untuk pulang ke negeri masing-masing. Khabar itu sampai ke pendengaran Sultan Muhammad Shah iaitu Sultan Pahang. Baginda murka kerana Telanai Terengganu itu mengadap Sultan Melaka tanpa memberitahunya. Baginda telah menyuruh Seri Akar Raja pergi membunuh Telanai. Sultan Muhammad telah mengarahkan bala tenteranya menyerang Melaka kerana baginda merasakan baginda lebih layak mentadbir negeri Melaka dengan alasan baginda lebih tua daripada Sultan Melaka. Baginda telah melanggar balairungnya dengan menggunakan gajah sebagai tanda perkara sedemikianlah akan terjadi kepada belairung negeri Melaka. Sultan Alauddin murka apabila mendengar berita tersebut. Malah, saudara-mara Telanai Terengganu datang memohon keadilan atas kematian Telanai yang dibunuh oleh Seri Akar Raja. Pada mulanya Sultan Melaka mahu menyerang negeri Pahang, namun atas nasihat bendahara, baginda bersetuju untuk menghantar laksamana ke negeri Pahang. Laksamana telah disambut dan diarak ke istana. Keadaan huru-hara apabila orang-orang laksamana mengamuk dan membunuh sanak saudara Seri Akar Raja. Laksamana menjelaskan mengapa mereka membunuh dan Sultan Pahang pula menjelaskan sebab sebenar Telanai Terengganu dibunuh. Lelaki itu dibunuh kerana mulutnya yang biadap mengutuk negeri Melaka. Laksamana akhirnya memohon diri untuk pulang ke Melaka. Sultan Muhammad telah mengutuskan surat kepada Sultan Alauddin. Kepulangan Laksamana disambut dengan suka cita oleh baginda sultan. Laksamana sianugerahkan dengan sepersalinan pakaian seperti pakaian diraja.

Berdasarkan teks Sejarah Melayu yang diusahakan oleh Shellabear, saya dapat merumuskan bahawa teks ceritera ke 25 ini menggunakan percampuran Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Antara penggunaan kata yang dianalisis ialah: a) Penggunaan Pangkal Kata Ayat b) Penggunaan tanda sempang selepas kata imbuhan c) Penggunaan nombor 2 untuk kata ganda d) Penggunaan tanda sempang sebelum partikel nya dan lah e) Penggunaan pengikat kata untuk ejaan bahasa asing f) Penggunaan ch untuk ejaan melibatkan huruf c g) Pengguguran fonem a dan h h) Penggunaan fonem e menggantikan i i) Penggunaan fonem o menggantikan u j) Ejaan kata majmuk yang tidak terpisah k) Tiada penggunaan e pepet dalam sistem ejaan l) Penggunaan kata yang diambil daripada Bahasa Melayu Klasik

Sementara itu, dari aspek penggunaan ayat yang dapat dianalisis ialah : a) Penggunaan ayat yang berbelit-belit b) Penggunaan ayat panjang dan sukar difahami c) Penggunaan bahasa klasik d) Penggunaan struktuk kata yang tidak tersusun e) Penggunaan sistem bahasa yang tidak teratur

Analisis Keseluruhan Penggunaan kata :

1) Penggunaan Kata Pangkal Ayat Dalam teks ini terdapat dua penggunaan kata pangkal ayat iaitu penggunaan kata sahibul-hikayat dan maka. Contoh ayat : 1. Kata sahibul-hikayat, maka trsebut-lah prkataan raja Maluku, ngrinya dialahkan oleh Kastilan. 2. Maka sgala anak tuan2 yang muda2 pun brmain spak raga, dan raja Maluku mnjadi ibu.

2) Penggunaan tanda sempang (-) Terdapat banyak perkataan yang dieja terpisah menggunakan tanda sempang selepas kata imbuhan sama ada gabungan kata imbuhan dengan kata nama nama khas ataupun kata kerja, kata nama am dan kata arah. Contoh : Bahasa Melayu Klasik di-Mlaka Bahasa Melayu Moden di Melaka (kata imbuhan + kata nama khas) Contoh ayat : Pada ktika itu, Raja Rokan dan Tlanai Trngganu pun ada di-Mlaka mnghadap Sultan Alaud-din.

Bahasa Melayu Klasik di-atas-nya Contoh ayat :

Bahasa Melayu Moden di atasnya (kata imbuhan + kata arah)

maka di-spak-nya sendiri-nya berpenanak-penanak raga itu di-atas-nya pada orang lain;

Bahasa Melayu Klasik 1) di-kipas 2) di-tikam-nya 3) di-panah 4) di-takutkan 5) di-kuis 6) di-arak 7) di-bawa-nya 8) di-persalin 9) di-buatkan 10) di-tanya 11) ber-layar-lah 12) di-tujukan-nya 13) di-berikan-nya 14) di-sepak-nya Contoh ayat :

Bahasa Melayu Moden dikipas ditikam dipanah ditakutkan dikuis diarak dibawanya dipersalin dibuatkan ditanya berlayarlah ditujukannya diberikannya disepaknya

(kata imbuhan + kata kerja

1) Tlah itu ia dudok di-atas krusi brhntikan llah-nya, di-kipas orang muda2 itu. 2) Dan lagi raja Maluku itu trlalu gagah; jika nyior dudok umbi, di-tikam-nya dengan lmbing , terus ka-sablah. 3) Maka laksamana pun brlayar-lah ka-Pahang. 4) Tlah mustaid maka surat pun di-arak ka-prahu. 5) Maka di-tanya oleh laksamana, Sunggoh-kah tuan hamba mmbunoh saudara sapupu Sri Akar Raja?

3) Penggunaan angka dua untuk pengulangan kata yang sama Terdapat banyak perkataan yang menggunakan angka dua jika berlakunya

pengulangan kata yang sama. Contohnya : Bahasa Melayu Klasik 1. raja2 2. tuan2 3. muda2 4. laki2 5. baik2 6. kanak2 7. kaya2 8. masing2 Contoh ayat : 1. Maka raja Maluku di-prsalin oleh Sultan Alaud-din dngan pakaian anak raja2 dngan saprti-nya. 2. Maka di-suroh oleh Sultan Alaud-din pliharakan baik2 kanak2 itu, Mgat Sulaiman sa-orang nama-nya, Mgat Hamzah sa-orang nama-nya, Mgat Umar sa-orang nama-nya. 3. Sa-tlah surat sudah di-bacha, maka sgala orang pun naik mnghadap masing2 pada tmpat-nya. 4. Karna adat raja Pahang mmanggil orang kaya2 Mlaka tuan. 5. Maka segala anak tuan2 yang muda2 pun brmain bola spak raga, dan raja Maluku mnjadi ibu. Bahasa Melayu Moden raja-raja tuan-tuan muda-muda laki-laki baik-baik kanak-kanak kaya-kaya masing-masing

4) Penggunaan tanda sempang sebelum partikel nya dan lah Bahasa Melayu Klasik 1. ngri-nya 2. sprti-nya 3. kapada-nya Bahasa Melayu Moden negerinya sepertinya kepadanya

4. di-brikan-nya 5. di-tujukan-nya 6. llah-nya 7. di-spak-nya 8. sndiri-nya 9. dmikian-lah 10. tahu-nya 11. di-bawa-nya 12. di-tikam-nya 13. itu-lah 14. lama-nya 15. kata-nya 16. sama-nya 17. mati-lah 18. apa-lah 19. smua-nya 20. makar-nya 21. nama-nya Contoh ayat :

diberikannya ditujukannya lelahnya disepaknya sendirinya demikianlah tahunya dibawanya ditikamnya itulah lamanya katanya samanya matilah apalah semuanya makarnya namanya

1. Maka trsebut-lah prkataan raja Maluku, ngrinya di-alahkan oleh Kastilan. 2. Maka barangsiapa hndak di-brikan-nya itu di-tujukan-nya, tiada salah lagi. 3. Sa-tlah raga datang kapada-nya di-spak-nya raga itu, sa-ratus, tngah ratus kali, maka baru di-brikan-nya pada orang lain. 4. maka di-spak-nya sndiri-nya brpnanak-pnanak raga itu di-atas, tiada turun lagi mlainkan apabila hendak di-brikan-nya pada orang lain, dmikianlah tahu-nya raja Maluku itu berspak raga, dapat di-bawa-nya naik tangga. 5. Dan lagi raja Maluku itu trlalu gagah; jika nyior dudok umbi, di-tikam-nya dngan lmbing, trus ka-sablah. 6. Tlah brapa lama-nya ia di-Melaka, maka raja Maluku dan Tlanai Trngganu pun bermohon pada Sultan Alad-din, masing2 kembali ka-ngri-nya.

5) Tiada penggunaan e pepet dalam sistem ejaan e pepet digantikan dengan fonem a dan . Bahasa Melayu Klasik 1. prkataan 2. sa-telah 3. sa-ketika 4. sa-pupu 5. sa-perti 6. ka-pada 7. sa-ratus 8. sa-orang 9. ka-sabelah 10. ka-Trngganu 11. ngri-nya 12. Mlaka 13. prsalin 14. dngan 15. mnghadap 16. trlalu 17. brspak 18. sgala 19. brmain 20. mnjadi 21. tngah 22. tlah 23. mlainkan 24. trlalu 25. prkasa 26. brbayang 27. mminjam Bahasa Melayu Moden perkataan setelah seketika sepupu seperti kepada seratus seorang ke sebelah ke Terengganu negerinya Melaka persalin dengan menghadap terlalu bersepak segala bermain menjadi tengah telah melainkan terlalu perkasa berbayang meminjam

28. berpenanak-penanak 29. smbah 30. tmurun 31. mlihat Conoth ayat :

berpenanak-penanak sembah temurun melihat

1. Maka raja Maluku di-prsalin oleh Sultan Alaud-din dngan pakaian anak raja2 dngan saprti-nya. 2. Dan lagi raja Maluku itu trlalu gagah; jika nyior dudok umbi, di-tikam-nya dngan lmbing, trus ka-sablah. 3. Tlah brapa lama-nya ia di-Melaka, maka raja Maluku dan Tlanai Trngganu pun bermohon pada Sultan Alad-din, masing2 kmbali ka-ngri-nya.

Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Moden