Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36, ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR DAN PENYERAHAN LADAP SMK SERI TANJONG,

MELAKA TAHUN 2006 Tarikh Waktu Tempat : : : 15 Julai 2006 (Sabtu) 8.00 pagi hingga 12.00 tgh. Dewan SMK Seri Tanjong, Melaka.

8.00-8.30 pagi - Ibu bapa dan pelajar mengambil tempat Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.k. dan salam sejahtera. Warga SERI dengan penuh rasa hormat dan berbesar hati menjemput para ibu bapa dan penjaga diiringi anak-anak didik sekalian mengambil tempat duduk di dewan untuk turut serta dalam majlis Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan guru-guru SMK Seri Tanjong kali ke36 tahun 2006, dipersilakan. (ibu bapa dan anak-anak mengambil tempat) 8.30-9.30 pagi - Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 Jam sudahpun menunjukkan pukul 9.30 pagi. Semua AJK dan ahli PIBG SMK Seri Tanjong dipersila dengan penuh hormat ke meja utama untuk majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 tahun 2006. (AJK dan ahli bersiap sedia) Yang Berbahagia Encik Rahman bin Mat, Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan guru-guru SMK Seri Tanjong dan Ahli-ahli Jawatan kuasa PIBG, Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad bin Adam, Pengetua SMK Seri Tanjong, Yang dihormati Puan Rosni binti Leman, Guru Penolong Kanan 1, Puan Hjh. Rosiah binti Harun, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Normah binti Zainal, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru kanan mata pelajaran, guru-guru, para ibu bapa dan penjaga, anak-anak didik, seterusnya kerabat keluarga SERI yang dikasihi sekaliannya, majlis Mesyuarat Agung kali ke-36 kini bermula dengan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Encik Rahman bin Mat, Yang Dipertua PIBG SMK Seri Tanjong, dipersilakan. (mesyuarat agung bermula..selesai).

Alhamdulillah, sempurna sudah Mesyuarat Agung kali ke-36 tahun 2006 dengan permuafakatan semua AJK dan ahli - begitulah rasanya MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT/ BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT/ KE BUKIT SAMA DIDAKI, KE LURAH SAMA DITURUNI/ HATI GAJAH SAMA DILAPAH, HATI NYAMUK SAMA DICECAH. 9.30-10.30 pagi Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Karim, Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor, Melaka diiringi barisan pentadbir dan AJK Tertinggi Persatuan Ibu bapa dan guru-guru SMK Seri Tanjong. (VIP dan tetamu kehormat mengambil tempat duduk) Bismillahirrahmanirrahim. Puji-pujian ke hadrat Allah SWT, Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dengan izin-Nya jua, hari penuh ceria ini diteruskan dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar tahun 2006. Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Rahaman, Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor, Melaka, Yang Berbahagia Encik Rahman bin Mat, Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan guru-guru SMK Seri Tanjong dan Ahli-ahli Jawatan kuasa PIBG, Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad bin Adam, Pengetua SMK Seri Tanjong, Yang dihormati Puan Rosni binti Leman, Guru Penolong Kanan 1, Puan Hjh. Rosiah binti Harun, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Normah binti Zainal, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru kanan mata pelajaran, guru-guru, para ibu bapa dan penjaga, anak-anak didik, seterusnya kerabat keluarga SERI yang dikasihi sekaliannya,

Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis penuh bersejarah dalam diari Seri Tanjong ini, khususnya Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Rahaman bin Hj. Karim, ADUN Pantai Kundor, Melaka yang sudi mencuri sedikit waktu kesibukan beliau untuk bersama kerabat keluarga Seri Tanjong.

Bacaan doa Yang Berhormat tetamu kehormat, def-def jemputan dan hadirin bervisi cemerlang, Sabtu , 15 Julai 2006 bersamaan 19 Jamadilakhir 1427 Hijrah, bacaan doa pembuka tirai majlis Anugerah . Majlis dengan sukacitanya mempersila Alfadhil Ustaz Abdul Razak bin Ismail, guru Pendidikan Islam memimpin upacara bacaan doa, dipersilsakan ustaz. (bacaan doa..selesai) Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Ucapan Pengetua Yang Berhormat tetamu kehormat, def-def jemputan dan hadirin bervisi gemilang, Majlis dengan sukacitanya mempersila Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad bin Adam, pengetua SMK Seri Tanjong menyampaikan ucapan. (ucapanselesai) Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Ucapan YDP PIBG Yang Berhormat tetamu kehormat, def-def jemputan dan hadirin bervisi terbilang, Majlis dengan sukacitanya mempersila Yang Berbahagia En. Rahman bin Mat, Yang Dipertua PIBG SMK Seri Tanjong menyampaikan ucapan, dipersilakan. (ucapanselesai) Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Ucapan Perasmian. Yang Berhormat tetamu kehormat, def-def jemputan dan hadirin bervisi nasional, Ucapan perasmian menyusul kini. Majlis dengan sukacitanya mempersila Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Rahaman bin Hj. Karim, ADUN Pantai Kundor, Melaka menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar, Penyerahan LADAP dan Mesyuarat Agung PIBG SMK Seri Tanjong kali ke-36 tahun 2006. (ucapan.selesai) Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Acara Penyampaian Anugerah Yang Berhormat tetamu kehormat, def-def jemputan dan hadirin yang dirahmati Allah, Acara Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Seri Tanjong tahun 2006 kini diupacarakan. Bagi menyempurnakan upacara, majlis dengan sukacitanya mempersila Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad bin Adam, pengetua SMK Seri Tanjong menjemput dan mengiringi Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Rahaman bin Hj. Karim, ADUN Pantai Kundor, Melaka mengambil tempat, dipersilakan. (rujuk lampiran.selesai) Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga, majlis dengan sukacitanya mempersila Yang Berusaha tuan pengetua menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat tetamu kehormat, dipersilakan. (penyampaian cenderamata ..selesai) Majlis merakamkan ucapan terima kasih. .

Cabutan Nombor Bertuah Yang Berhormat tetamu kehormat, def-def jemputan , hadirin yang dihormati, Penyampaian cenderamata belum lagi tanda penutup tirai. Majlis kini diserikan lagi dengan cabutan nombor bertuah.Dimulakan dengan :

(cabutan nombor bertuah.selesai) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Rahaman bin Hj. Karim, ADUN Pantai Kundor, Melaka selaku tokoh perasmi, def-def jemputan, para ibu bapa dan penjaga serta kerabat SERI; tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini. Jamuan VIP Yang Berhormat tetamu kehormat, def-def jemputan,hadirin yang dirahmati Allah, Buat makluman tuan-tuan dan puan-puan, selepas berakhirnya majlis di dewan SERI, para ibu bapa dan penjaga serta guru-guru tingkatan dipersilakan bergerak ke kelas-kelas berkenaan untuk penyerahan LADAP anak-anak melibatkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2006 bagi semua tingkatan kecuali Enam Rendah : Tingkatan Enam Atas di dewan SERI, Tingkatan Tiga dan Lima di Blok tingkatan 3 Tingkatan Empat di Dataran SERI NILAM, dan Tingkatan Satu dan Dua di Blok Tingkatan 2 Sebelum bersurai, majlis dengan penuh takzim mempersila Yang Berusaha tuan pengetua menjemput dan mengiring def-def jemputan ke majlis jamuan, dipersilakan. (VIP ke majlis jamuan) Sekian, kami majlis disudahi dengan kalimah wabillahitaufik walhidayah warahmatullahi wabarakatuh. Salam permisi.

Zzspibg2006.