Anda di halaman 1dari 17

REFLEKSI (NOR SYIZWANI BINTI JAMAWI) Alhamdulilah syukur ke hadrat illahi kerana dengan keberkatan dari-Nya dapat juga

saya menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi dengan pelbagai masalah dan halangan serta gangguan. Lantaran kesibukan tugasan yang silih berganti dapt juga saya membahagikan masa dengan sebaiknya untuk menyempurnkan tugasan yang diberi dengan sempurna. Pada mulanya apabila menerima tugasan bagi subjek pertanian ini, agak mencabar kewibawaan diri saya yang sarat mengandung. Ia memerlukan tenaga yang kuat untuk membuat praktikal tentang pembiakan aseks ini. Setelah pembahagian kumpulan dibuat serta penerangan yang terperinci oleh pensyarah sayaEn. Mohd Asri tentang pembiakan aseks ini menambah sedikit ilmu pengetahuan tentang cara bagaiman untuk melakukan pembiakan aseks ini. Walaupun pengalaman tiada tentang dunia pertanian ini, saya berasa seronok untuk mendalami ilmu ini. Sebelum memulakan praktikal , saya telah mencari nota berkaitan pembiakan aseks melalui internet dan pembacaan ilmiah dari buku-buku rujukan.Selain itu juga kami juga telah diajar oleh pembantu bengkel pertanian. Semasa melakukan praktikal pembiakan aseks pelbagai halangan yang dilalui antaranya cuaca yang sangat panas menyukarkan proses pembiakan. Saya juga berpeluang melakukan pembiakan aseks ini sendiri. Ia adalah sesuatu ilmu yang baru dan sangat menyeronokkan. Antara kelemahan yang dilihat peralatan yang kurang menyukarkan proses pembiakan dilakukan. Setiap kumpulan terpaksa berkongsi. Kelebihan yang saya lihat dalam kumpulan saya ialah seangat kerjasama antara kami sangat baik. Disamping ada yag mempunyai asas tentang pertanian memudahkan kami menjalankan proses pembiakan dengan jayanya.Selain itu kumpulan saya agak teliti dan terperinci melakukan pembiakan aseks ini agar mendapat hasil yang baik dan sempurna.Walaupun kumpulan kami adalah antara kumpulan yang telambat menyiapkan tugasan ini Alhamdulilah selepas beberapa hari kumpulan saya mendapatkan hasil yang baik daripada proses pembiakan yang dilakukan.walaupun ada beberapa yang tidak

menjadi.Setelah proses ini siap ,proses menyiapkan laporan pula. Semua gambar yang diambil semasa proses pembiakan berlaku perlu dilampirkan dan disertakan bagi bahan bukti yang kumpulan saya telah melakukan tugasan dengan sebaiknya. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta proses melahirkan murid yang minat terhadap pertanian.Murid-murid juga akan memperoleh pengetahuan, kemahiran dalam bidang pertanian untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Sebagai bakal guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggitinggi penghargaan kepada En. Asri yang telah banyak membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu dan bekerjasama sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.

REFLEKSI KUMPULAN Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan menyiapkan tugasan-tugasan lain yang banyak serta tugasan seharian yang wajib disempurnakan. Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek Teknologi Pertanian (RBC 2203), kami agak keliru tentang kehendak soalan .Kami berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada kami tentang Pertanian amatlah sedikit kerana Ijazah kami semuanya berkaitan kejuruteraan.Setelah kami diberi penerangan terperinci oleh pensyarah kami En. Asri , kami dapt memfokuskan kehendak tugasan yang dikehendaki. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat kami untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan pembiakan aseks melalui internet, rujukan ilmiah serta jurnal dan artikel. Kami diberi tugasan yang agak berat juga bagi kami , kami dikehendaki melakukan praktikal bagaimana melakukan pembiakan aseks serta membuat laporan hasil daripada proses pembiakan yan dilakukan.Di sini kami dapat mempelajari pembiakan aseks seperti pembahagian serumpun , baji , markot dan keratan batang.Sebelum kami melakukan pembiakan aseks secara berkumpulan , kami telah diberi tunjuk ajar oleh pembantu makmal pertanian iaitu En. Alhamdulilah dengan tunjuk ajar yang diberi dapat lah serba sedikit ilmu untuk kami mengaplikasikan dalam tugasan kami nanti Sepanjang kami melakukan tugasan di sekeliling bengkel pertanian halangan yang kami hadapi ialah cuaca yang agak kurang sesuai untuk melakukan tugasan ini. Ini kerana pada ketika itu cuaca sangat panas.Berikutan daripada pembacaan kami waktu itu akan membantukan pertumbuhan daripada proses pembiakan yang telah dilakukan. Tetapi arahan daripada pensyarah kami turutkan untuk menyiapkan tugasan itu dengan sempurna.

Kumpulan kami mengambil tugasan untuk membuat bersama-sama pembiakan aseks iaitu baji , markot , keratin batang dan pembahagian serumpun. Daripada ini kami dapat mempelajari bagaimana proses pembiakan ini dilakukan. Walaupun cara ini agak lambat tetapi kami semua ingin mengambil peluang ini untuk belajar dan menambah ilmu pengetahuan bersama-sama. Kebaikan dalam kumpulan kami ,adalah semangat kerjasama dan tolong menolong dalam melakukan tugasan ini tidak kira samaada sepanjang proses pembiakan mahupun proses pendokumentasian laporan.Ada juga kumpulan kami yang mempunyai asas pertanian ,ini dapat memudahkan kami melakukan tugasan bersama.Kelemahan, adalah barangan yang tidak mencukupi sepanjang melakukan tugasan. Kami dikehendaki berkongsi bahan dengan kumpulan lain. Selain itu kumpulan kami juga terlupa untuk menyediakan bahan untuk melabel setiap pokok yang kami biakkan. Di sini kami dapat mempelajari banyak imu pengetahuan tentang pembiakan aseks . Antaranya bagaimana pembiakan tut,baji, markot,pembahagian serumpun dan keratin batang. Langkah demi langkah proses pembiakan ini kami pelajari. Peralatan yang diperlukan sepanjang proses pembiakan.Cara penjagaanya dan hasil yang diperolehi dalam pembiakan aseks ini. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat kami perolehi melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses melahirkan murid yang minat terhadap pertanian.Murid-murid juga akan memperoleh pengetahuan, kemahiran dalam bidang pertanian untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggitinggi penghargaan kepada En. Asri yang telah banyak membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan

RUJUKAN

1. Hermani, M. R. (2001). PEMBIAKAN TANAMAN HERBA. SYNERGI MEDIA. 2. Azhary Bin Yahaya, M. J. (2005). Pemprosesan Hasil Pertanian Tingkatan 4 & 5 . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Widiarto, L.2003.Melakukan Pembiakan Tanaman Secara Vegetatif . Jakarta:

Kanisius. 4. Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4 dan 5 5. Buku panduan Mengajar Sains Tingkatan 1 (1983). Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 6. http://lanagro.multiply.com/journal/item/3/pembiakanaseks

7.

http://mekarharum.blogspot.com/2010/04/modul-4-pembiakan-tumbuhansecara-aseks.html

8. www.ukm.my/ahmadukm/images/stories/data/buku/.../pembiakan.pd

9. http://imatanamanhiasan.blogspot.com/2009/04/pembiakan-tanamama.html

10. http://greenpolen.blogspot.com/2009/04/nota-ting-4.html

LAMPIRAN
ARKIB : 19/09/2011 Share on printShare on facebook Share on twitterShare on emailMore Sharing Services3

Tips taman bunga kertas

KELIHATAN seperti kertas dengan pelbagai warna dan bentuk yang cukup mengasyikkan, melambai seakan sehelai kertas tiap kali dihembus bayu. Namun sifat dan daya ketahanannya tidaklah seperti kertas. Itulah bunga kertas atau nama botaninya bougainvilla, yang dinamakan sempena Antoine de Bougainvilla.

Komander Laut Peranchis yang dikatakan orang pertama yang menemui bunga kertas. Dipercayai berasal dari bahagian selatan Amerika, bunga kertas sering menjadi pilihan tanaman landskap, sebagai hiasan, bonsai, topiary, hiasan memanjat pergola dan seringkali digunakan sebagai pokok pagaran Bukan sahaja kerana warna dan rupa bentuknya yang sungguh asyik mata memandang tetapi sifatnya cukup senang dijaga membuatkan bunga kertas menjadi penyeri laman yang popular di segenap kawasan dari kota metropolis sehinggalah ke pedalaman desa. Pembiakan Cara yang biasa digunakan ialah secara keratan nbatang dan cantuman baji. Keratan batang Langkah 1 * Potong bahagian berkayu lembut iaitu sepanjang 10-15 sentimeter (sm) dari bahagian pucuk atau sejengkal setengah. * Pastikan pisau yang digunakan adalah tajam, sebaik-baiknya gunakan scateurs. Potong secara 45 darjah atau secara serong. Setelah potong buang semua pucuk dan tinggalkan daun sebanyak dua atau tiga helai. Langkah 2 * Sapukan bahagian yang telah dipotong tadi dengan hormon penggalak akar. Contohnya seradix. Langkah 3 * Semai dan siram. Pada peringkat permulaan elakkan dari terkena cahaya matahari secara terus. Siram secara konsisten. Cantuman baji Cantuman baji atau istilah yang lebih popular digunakan ialah "kahwinkan" pokok bunga kertas yang biasanya dijalankan untuk menghasilkan pokok bunga kertas pelbagai warna pada satu pokok sahaja. Peringatan, proses in harus dilakukan di awal pagi atau pada waktu petang. Elakkan membuat cantuman pada tengahari atau pada hari panas terik bagi menjamin kejayaan cantuman. Langkah 1

* Pilih ranting yang hendak dicantumkan (scion). Buang semua daun pada bahagian yang hendak dicantumkan itu. Belah lebih kurang satu inci. * Bahagian cantuman ini akan tumbuh sebagai ranting baharu. Langkah 2 * Belah pokok penanti. Saiz belahan hendaklah sama dan sesuai dengan ranting yang hendak dicantumkan tadi. Belahan dilakukan di bawah bahagian mata tunas. Langkah 3 * Terus cantumkan bahagian ranting yang dibelah tadi kepada pokok penanti. Dilakukan semasa getah masih belum kering. Faktor ini akan menentukan kejayaan cantuman. Langkah 4 * Dengan berhati-hati balut cantuman tadi dengan parafilm atau sealing film bertujuan untuk memperkukuhkan lagi cantuman tersebut. Langkah 5 * Gunakan plastik lutsinar atau plastik aiskrim untuk membalut bahagian cantuman tadi. * Masukkan bermula daripada bahagian atas hujung cantuman dan seterusnya ikat. Biarkan selama seminggu atau dua minggu. * Tujuan ini adalah untuk mengelakkan kehilangan air yang berlebihan. * Juga buang semua daun pada bahagian batang pokok penanti. Daun baharu akan tumbuh pada bahagian ranting yang dicantumkan tadi. Tips penjagaan n Memerlukan saliran yang baik. Campuran terbaik ialah tanah bakar: baja organik: pasir sungai. Atau sebarang tanah campuran bersaliran baik atau poros sesuai untuk bunga kertas. * Sebelum mengisi tanah campuran ke dalam pasu, letakkan batu-batu pecah atau pecahan pasu bagi menutup separuh daripada lubang pasu, kemudian letakkan bahan organik dan boleh juga dimasukkan baja tahi ayam yang telah diproses. Letakkan setebal dua inci. * Sentiasa gemburkan kerana pokok bunga kertas memerlukan pengudaraan yang baik.

* Siram dengan jumlah air yang sederhana. Cukup sekadar membasahkan media pasuan. Elakkan siraman sehingga air keluar secara berlebihan melalui lubang pasu. * Aktiviti pemangkasan hendaklah dilakukan secara berterusan bagi memastikan pengeluaran pucuk baharu dan juga pengeluaran bunga. Pemangkasan juga penting untuk membuang ranting-ranting yang berpenyakit dan mewujudkan aliran udara yang baik. * Baja dengan menggunakan baja organik dan baja kimia.Bagi baja organik kekerapan adalah dua minggu sekali manakala bagi baja kimia sebulan sekali. Boleh guna baja butiran biru dan merah yang mempunyai unsur K yang tingi. Biasanya sebanyak 25gm setiap pasu atau satu sudu makan. * Memerlukan cahaya matahari penuh. Elakkan persekitaran yang lembap. Pengudaraan persekitaran yang tidak baik akan menyebabkan penyakit yang disebabkan oleh kulat dan bakteria.

Bunga orkid Phalaenopsis yang telah dikacukkan.

ARKIB : 03/10/2008 Share on printShare on facebook Share on twitterShare on emailMore Sharing Services1

Orkid Phalaenopsis semakin diminati


Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN

AKTIVITI penanaman bungan untuk hiasan kini semakin mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai golongan terutamanya kaum wanita. Selain bertujuan mencantikkan kawasan sekitar, aktiviti tersebut juga telah dijadikan sebagai hobi untuk memberi kepuasan kepada penggemarnya. Untuk tujuan itu, tumbuhan-tumbuhan yang sering menjadi pilihan adalah dari jenis daun, bunga-bungaan dan juga pokok renek. Orkid merupakan antara jenis tumbuhan bunga yang semakin digemari dan di tanam secara meluas di kawasankawasan perumahan serta premis seperti bangunan pejabat dan kedai-kedai. Pokok orkid sebenarnya dikategorikan sebagai tumbuhan liar yang mempunyai habitat asal di kawasan hutan. Komersial

Namun, disebabkan sifatnya yang cantik dan mudah dijaga, usaha penanamannya kini telah diperluaskan secara komersial. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis pokok orkid ditanam secara meluas namun antara yang popular di kalangan penggemar orkid adalah dari baka Phalaenopsis. Untuk memperluaskan penanaman orkid jenis tersebut, sebuah syarikat Waltex Biotec telah mengambil inisiatif menjalankan proses pembiakan dan kacukan secara komersial. Menurut Pengarah Eksekutifnya, Y. K. Yap, usaha tersebut dijalankan di ladang seluas enam ekar miliknya yang terletak di Ulu Yam, Selangor. Di ladang ini, kami hanya memfokuskan kepada pembiakan baka orkid jenis Phalaenopsis melalui kerja-kerja penghasilan anak benih dan kacukan seperti tisu kultur dan klon meri, katanya. Ladang yang telah beroperasi lebih dua tahun itu mempunyai sistem pengurusan yang lengkap bagi tujuan penjagaan anak benih serta turut dilengkapi makmal khas untuk aktiviti penyelidikan. Untuk baka berkenaan, proses kacukannya melibatkan proses semaian biji benih atau buah orkid dengan menggunakan botol khas. Melalui proses itu, ia akan menghasilkan bunga orkid yang lebih cantik dari segi corak dan warnanya. Dari segi pemeliharaan baka ini pula, ia perlu di ambil kira dari segi pendedahan kepada cahaya matahari, penyiraman, kelembapan, pengaliran udara dan juga pemberian baja. Pokok orkid perlu diberikan cahaya yang maksimum agar ia dapat hidup dan tumbuh dengan sihat serta berbunga dengan lebih baik. Bagi proses penyiraman pula, kekerapannya pula adalah bergantung kepada cuaca, kelembapan, pasu dan medium yang digunakan untuk penanaman orkid tersebut. Baka orkid jenis ini juga memerlukan kawasan persekitaran yang lembap serta pengaliran udara yang baik bagi mengelakkan jangkitan kuman. Kebanyakan orkid jenis ini akan mati akibat kecuaian penjagaan atau penyelenggaraan yang tidak betul, jelasnya. Kalau dahulu kebanyakan pokok orkid di tanam dengan menggunakan medium arang atau batu-bata, namun sekarang ia telah digantikan dengan sejenis lumut tanah yang dikenali sebagai Shagnum moss.

Untuk menggalakkan lagi pertumbuhan pokok-pokok ini, ia perlu dibantu dengan pemberian baja. Terdapat dua jenis baja yang biasa digunakan iaitu baja bebola organik dan juga baja cecair yang diberikan secara semburan. Secara puratanya, orkid jenis tersebut akan berbunga sebanyak dua kali setahun. Tiada had umur untuk jangka hayatnya kerana jika diberi penjagaan yang betul, pokok orkid ini akan dapat hidup dengan lebih lama, katanya. Terdapat pelbagai corak pokok orkid jenis tersebut dijual di ladang berkenaan

PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA TUT Pembiakan tumbuhan secara tut merupakan satu teknik pembiakan yang di
lakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada pokok induk. Teknik ini menyekat bahagian yang terlibat dari mendapat makanan dan air dari pokok induk.Apabila dahan itu tersekat dari memperolehi makanan dan air maka keluarlah akar pada dahan tersebut untuk mencari makanan dan air PEMBIAKAN TUMBUHAN HIASAN SECARA TUT (MARKOT) Langkah-Langkah Pembiakan 1. Sediakan medium dengan nisbah 1:1 (1 bahagian tanah loam: 1 bahagian bahan organik) 2. Campurkan medium ini dengan air dan buat medium ini seperti bola 3. Pilih dahan yang sesuai untuk dibuat tut 4. Buat dua kelaran pada dahan 5. Kopek kulit nya 6. Kikis Kambium

7. Sapu hormon pengakaran pada bahagian atas kelaran 8. Lekakpkan medium pada kelaran 9. Balutkan dengan plastik lutsinar dan ikat balutan dengan tali Contoh pokok :

Pokok Bunga Kertas Pokok Bunga Puding

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN KELEBIHAN 1. Ciri pokok induk diwarisi 2. Tanaman baru cepat matang

KEBURUKAN 1. Tanaman mudah tumbang kerana tiada akar tunjang 2. Perlu kemahiran membuat tut 3. Tidak boleh membiak dengan kuantiti banyak pada pokok induk

Asas pembiakan tanaman

Berita Transformasi Pertanian Lembaga Pertubuhan Peladang Bil .2/2007 Edisi Februari

ASAS PEMBIAKAN TANAMAN Pada masa kini kebanyakan tanaman dibiakkan dengan berbagai kaedah menggunakan teknologi yang berbeza tetapi melalui asas pembiakan yang sama. pertanian bagi menjamin hasil dan mutu yang dikeluarkan. Terdapat beberapa asas pembiakan tanaman yang boleh dijadikan panduan oleh umum dalam mengusahakan kultura kebunan. Di sini diterangakn asas pembiakan tanaman yang sering dipraktikkan mengikut kesesuaian tanaman tersebut. Asas pembiakan tanaman yang betul perlu diketahui terlebih dahulu sebelum mengusahakan sesuatu projek

Pembiakan Biji Benih Tanaman yang dibiakkan melalui biji benih adalah tanaman semusim seperti padi, jagung, sayur-sayuran dan juga tanaman hiasan. Biji benih biasanya mengalami pendebungaan kacuk dan faktor ini tidak menjamin tanaman yang dibiakkan akan menghasilkan anak yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti induknya. Bagi tanaman yang hendak dibiakkan dengan cara ini, pemilihan biji benih perlu dilakukan untuk mendapatkan baka yang tulen. Pemilihan boleh dibuat dengan mengambilkira beberapa faktor seperti berikut: pokok induk yang sihat buah yang cukup masak dan tiada serangan penyakit dan perosak buah yang normal buah dipertengahan musim dan terletak di bahagian tengah ladang

Pembiakan Vegetatif (Tampang) Pembiakan vegetatif atau tampang adalah cara pembiakan dengan menggunakan bahagian tertentu tanaman seperti keratan batang, pucuk daun dan rizom. Ia dilakukan bagi tanaman yang tidak mengeluarkan biji benih atau sukar berbunga. Kaedah pembiakan ini kerap menjadi pilihan kerana caranya mudah dan dapat menghasilkan pokok dengan baka tulen. Kaedah ini juga dapat memendekkan tempoh matang di mana pokok mengambil masa lebih pendek untuk berbunga atau berbuah, tetapi tumbesaran tanaman dengan cara ini adalah terhad. Kaedah keratan, tut, cantuman, belahan rumpun dan bebawang selalu dilakukan, tetapi kajayaan pembiakan ini bergantung kepada pemilihan bahan tanaman, keadaan iklim, tanah, air dan juga kemahiran. Keratan batang terbahagi kepada keratan batang keras, sederhana dan lembut. Bahagian tanaman yang sihat serta mempunyai beberapa mata tunas dipilih. pangkal ruas. Keratan tanaman sepanjang 15-20 cm digunakan. Keratan dipotong serong sedikit di bawah mata tunas atau Biasanya daun-daun tanaman dibuang untuk mengelakkan pokok yang disemai kekeringan. Keratan disemai menggunakan media semaian 2:1:1 (dua bahagian tanah, satu bahagian bahan organik dan satu bahagian pasir). Kaedah ini selalu digunakan bagi membiakkan tanaman hiasan. Keratan pucuk berdaun digunakan bagi tanaman yang berbatang lembut jenis herba dan renek. Keratan rizom digunakan untuk tanaman seperti kunyit dan halia. Semaian yang

dilakukan perlu disiram dan diletakkan di tempat redup sehingga tanaman mengeluarkan pucuk. Kaedah tut merupakan cara pembiakan yang biasa digunakan bagi tanaman buah-buahan. Tut melalui proses pembuangan kulit kayu untuk tujuan pengakaran. Kulit ranting atau dahan pokok dengan saiz 1-2 cm garis pusat dipotong kira-kira 5 cm panjang dan dibuang kulitnya. Bahagian yang terdedah disapukan dengan hormon penggalak akar dan Bahagian tersebut dibalut dengan plastik untuk Media yang digunakan adalah campuran dua ditutupkan dengan tanah campuran. menghalang kemasukan air dari luar.

bahagian tanah atas dan satu bahagian bahan organik bersama sedikit air. Manakala kaedah cantuman sering digunakan bagi mendapatkan klon pokok yang dikehendaki. Cara ini dapat menjamin baka tulen diperturunkan kepada anak oleh induk. Terdapat berbagai kaedah cantuman seperti mata tunas, cantuman baji dan sanding. Kaedah ini kerap digunakan bagi tanaman buah-buahan seperti durian, rambutan dan lainlain lagi. Disamping itu, pembiakan dengan kedah belahan rumpun boleh dilakukan bagi pokok yang hidup berumpun. Ia dapat menghasilkan tanaman yang banyak daripada satu induk. Pokok dibelah kepada beberapa belahan yang dikehendaki dan ditanam. Tanaman yang boleh dibiakkan dengan cara kebanyakannya terdiri daripada tanaman hiasan. Kaedah menanam dengan menggunakan bebawang boleh ditanam terus tanpa perlu disemai. Bahan tanaman dipilih daripada pokok yang sudah tua atau matang. Tanaman yang dibiakkan dengan cara ini antaranya mempunyai peratus hidup yang tinggi. Sayuran jenis bawang dan beberapa pokok hiasan dibiakkan melalui cara ini. Berbekalkan pengetahuan tentang bahan tanaman, kemahiran dan pengalaman pembiakan pelbagai jenis tanaman boleh dilakukan sendiri yang mampu memberikan kepuasan kepada individu yang menceburi dalam bidang pertanian sama ada sebagai hobi atau kemersial.