Anda di halaman 1dari 2

1.2.

3 PRINSIP PEMILIHAN LAGU DAN SENI KATA YANG BAIK Pemilihan lagu yang baik banyak bergantung kepada aspek tahap kecerdasan, minat dan kebolehan murid. Antaranya panduan yang perlu diikuti

semasa memilih lagu adalah memastikan lagu yang dipilih perlulah sesuai dengan suara dan tahap murid. Nada lagu tersebut juga hendaklah sederhana,iaitu tidak terlalu tinggi atau rendah. Selain itu,irama lagu yang dipilih mestilah mudah dan menarik. Senikata lagu yang dibuat mestilah tentang kegembiraan dan bukannya kesedihan di samping ada mengandungi cerita atau peristiwa dalam lagu berkenaan. Di samping itu, lagu yang dipilih hendaklah mempunyai perkaitan tentang kehidupan mereka terutamanya di kalangan kanak-kanak. Hakikatnya, untuk memastikan supaya murid-murid mudah untuk mengingati seni kata lagu dan iramanya,perlulah diulangi seni kata dan irama tersebut tersebut dalam lagu yang dipilih. Prinsip yang paling merangsang minat murid untuk belajar adalah memastikan melodi lagu hendaklah menarik di samping mood lagunya juga hendaklah riang,ceria dan pelbagai. Pemilihan lagu tradisional terutama yang bercirikan negeri-negeri lebih memberikan impak dan berkesan kepada murid-murid kerana telah terdedah dengan irama berkenaan sejak kecil lagi. Justeru, guru tidak perlukan masa yang lebih untuk memperdengar irama lagu dan seni kata kerana murid telah lancar dengan lagu tersebut. Lagu tradisional dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu lagu tradisional berkonsepkan serumpun atau Melayu Deli seperti yang terdapat dalam lagu Damak, Sri Mersing, Seri Sarawak dan Lela Manja. Jenis kedua pula ialah lagulagu tradisi yang menjadi identiti beberapa negeri di Malaysia, seperti ghazal di johor, bongai di Negeri sembilan,boria di Pulau Pinang dan dikir barat di Kelantan.Contohnya lagu Tupai berkonsepkan dikir barat nyanyian Halim Yazid, lagu Lemak Manis berkonsepkan bongai oleh Kumpulan Anak Bocek Negeri Sembilan, dan lagu Pak Ngah Balik berkonsepkan ghazal negeri Johor. Selain daripada pemilihan lagu tradisianal,lagu kanak-kanak juga dapat memberikan impak yang sangat berkesan kepada murid-murid.Pada zaman serba moden dan canggih ini,kanak-kanak seawal usia dua tahun telah didedahkan dengan lagu kanak-kanak ini sama ada oleh ibu bapa mereka di rumah, di taska atau di peringkat tadika lagi.Dalam mata pelajaran Muzik tahun satu hingga tahun

enam juga turut diajar lagu kanak-kanak ini.Antara lagu kanak-kanak yang digemari ialah lagu Bangun Pagi, Anak Itik Tok Wi,Lenggang Kangkung, Lompat Si Katak Lompat, Enjit-Enjit Semut dan banyak lagi lagu kanak-kanak yang telah mereka pelajari.Oleh itu pemilihan lagu dan seni kata yang baik sangat penting dalam proses penyerapannya dalam pengajaran dan pembelajaran yang lebih seronok dan berkesan. Walau bagaimanapun,terdapat pelbagai jenis lagu dan irama di pasaran masa kini. Namun begitu,tidak semua lagu sesuai digunakan untuk tujuan ini sama ada seni kata atau lagunya.Guru jangan hanya memikirkan irama lagu yang digemarinya sahaja seperti irama rock,dangdut atau balada.Tetapi perkara yang penting dan perlu difikirkan oleh guru ialah kumpulan sasaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai.Selain itu guru perlu ingat bahawa tujuan mengajar lagu yang digunakan bukan kepada menilai bakat bernyanyi dan bermain alat muzik tetapi pemilihan dan penggunaan seni kata yang menepati objektif pengajaran guru dalam mata pelajaran yang hendak diajar. .