Anda di halaman 1dari 6

30 Ciri Pemimpin Perwatakan Rasul

Bukan mudah untuk menjadi pemimpin.Sedikit sangat jumlah di kalangan manusia yang memiliki ciri-ciri serta syarat-syarat kelayakan sebagai pemimpin. Dalam ajaran Islam, pemimpin itu adalah orang yang sangat berwibawa dan berupaya membawa manusia kepada Tuhan, punya ilmu untuk menunjuk ajar manusia dengan syariat Tuhan, mampu mendidik hati manusia ke arah iman dan taqwa, mampu menjinakkan nafsu manusia sebagaimana dia menundukkan nafsu dirinya sendiri.Sifat-sifat kekhalifahannya sangat menonjol dan sekaligus sifat-sifat kehambaannya juga seiring, yakni sangat menonjol. Dialah yang berperanan menghubungkan hati manusia kepada Tuhan. Di dunia hari ini orang yang bergelar Presiden, Perdana Menteri, Sultan, Raja, Amir, Yang Dipertua, Pengerusi atau apa saja panggilan, yang kedudukan mereka di atas, atau status sosial mereka yang paling tinggi, sebenarnya bukan pemimpin. Mereka tidak lebih dari pentadbir atau pengurus. Mereka tidak pernah memimpin manusia. Mereka hanyalah orang yang mentadbir dan menguruskan benda, pembangunan,kemajuan, makan minum, pelajaran, kesihatan, ekonomi,pertanian, kewangan dan lain-lainnya. Mereka bukan sahaja tidak membawa hati manusia kepada Tuhan, bahkan kadang-kadang menjadi penghalang kepada manusia lain yang mahu kepada Tuhan. Mereka bukan sahaja tidak mengatur kehidupan

manusia dengan syariat, bahkan melalui kuasa yang ada mereka menjadi penganjur maksiat dan kemungkaran. Inilah di antara salah faham manusia tentang kepimpinan.Sebab itu tidak hairan, dimana-mana saja berlaku perebutan untuk menjadi pemimpin. Ada yang sanggup hingga ke peringkat mengorbankan nyawa pengikut demi mencapai cita-cita kepimpinannya. Adakalanya tercetus permusuhan, jatuh menjatuh, tindas menindas bahkan peperangan hingga puluhan tahun kerana perebutan untuk menjadi pemimpin. Sedangkan masing-masing hanyalah menegak dan memperjuangkan kepalsuan. Siapapun yang berjaya, tetap tidak mengubah apa-apa erti kepimpinan itu selain mentadbir dan mengurus hal yang sama yang tiada sangkut paut dengan hati manusia. Seluruh alam semesta ini adalah milik Tuhan. Manusia diberi amanah untuk menjadikan seluruh alam semesta ini sebagai alat untuk mentaati Tuhan. Semua keperluan yang Tuhan sediakan, tidak lain kecuali untuk manusia melihat kebesaran dan kekuasaan Tuhan, sekaligus merasakan betapa kerdilnya diri, lantas tunduk dan patuh kepada Tuhan. Namun, nafsu sering menyelewengkan maksud dan tujuan Tuhan tersebut. Nafsu sentiasa saja menjadikan manusia hanya tertumpu kepada seluruh makhluk ciptaan Tuhan tetapi melupai Tuhan yang menciptanya. Lantaran itulah Tuhan utus para rasul, yang tujuan utamanya ialah untuk mengembalikan tujuan asal penciptaan manusia iaitu mengabdikan diri kepada

Tuhan. Bahkan Tuhan jadikan fitrah semulajadi manusia itu mengenali Tuhan. Fitrah itulah yang dibongkar oleh para rasul. Selepas ketiadaan para rasul, tugas membawa manusia kepada Tuhan dilakukan oleh para ulama dan para pejuang Islam khususnya mereka yang berwatak rasul. Sebab mana mungkin seseorang itu membuat kerja-kerja rasul, kalau dia tidak mewarisi watak-watak rasul. Jadi, kejayaan mereka sangat bergantung kepada sejauh mana mereka mewarisi sifat-sifat, ciri-ciri, akhlak dan keperibadian para rasul. Ertinya mereka yang berjaya hanyalah dari kalangan mereka yang menjadi salinan atau photocopy kepada keperibadian Rasulullah SAW. Tentulah tidak akan mencapai 100% kesempurnaan peribadi Rasulullah SAW. Sifatnya sebagai salinan tentulah apa yang dimiliki lebih nipis atau lebih rendah peratusnya, tetapi apa saja yang dimiliki oleh Rasulullah SAW, itu jugalah yang dimilikinya. Ini bererti bahawa dirinya adalah bayangan Rasulullah SAW. Pada diri Rasulullah SAW ada tanda-tanda atau sifat-sifat ketuhanan (ayatullah) yang paling tebal dan sempurna.Melihat peribadi dan akhlaknya, fitrah rasa bertuhan yang ada pada manusia amat mudah terbongkar sehingga dengan itu manusia dapat merasa bertuhan. Contohnya dengan melihat pengasihnya Rasulullah SAW, manusia akan dapat merasa betapa Pengasihnya Tuhan.Demikian juga sabarnya, pemurahnya, kasih sayangnya dan lain-lain, menjadikan manusia jatuh cinta

kepada Tuhan yang mempunyai sifat-sifat yang Maha Agung lagi Maha Sempurna itu. Maka begitu juga Tuhan jadikan kepada pemimpin bayangan Rasulullah SAW di sepanjang zaman. Sehingga dengan itu tidak putuslah manusia ini dari adanya orang yang dapat membawa manusia kepada Tuhan. Manusia terasa indah serta dengan cepat terbongkar rasa bertuhan di hati mereka apabila bertemu dan berdamping dengan pemimpin yang punya akhlak bayangan Rasulullah SAW. Perincian akhlak tersebut adalah seperti berikut. 1. Lemah-lembut 2. Kasih sayang dan pemurah 3. Tidak emosi 4. Mendoakan penentang 6. Mengingatkan kepada Tuhan dan menyedarkan kepada mati 7. Tutur kata dan bahasanya sangat dijaga 8. Tenang menerima ujian 9. Tidak senang dengan pujian 10. Tidak menjawab kejian 11. Marahnya dalam batas syariat 12. Selalu memberi maaf 13. Sedikit gurauan dan tidak bercakap lucah

14. Mendengar pandangan 15. Peka dengan kehidupan rakyatnya 16. Sangat sabar dengan kerenah manusia 17. Adil pakaiannya 18. Pemurah tradisinya 19. Cita-cita dan kemahuannya tinggi dan keras 20. Tidak mengugut sesiapa 21. Tidak kecewa dan putus asa 22. Musuhnya sangat benci biarpun hati mereka mengakui kebenaran yang dibawanya. 23. Sangat mencorak masyarakat dan bukan masyarakat yang mencoraknya kerana dia mempunyai prinsip yang teguh.Prinsip hidupnya adalah syariat Tuhan yang amat sempurna yang tidak berubah sepanjang zaman. 24. Percakapannya atas dasar ilmu yang termasuk dari sumber ilham dalam memahamkan sesuatu ajaran Islam. 25. Tidak menjawab tuduhan. Atau kalau perlu menjawab tuduhan sekadar menjelaskan sesuatu kekeliruan atau untuk tujuan menghilangkan fitnah. 26. Tidak mendabik dada atas kejayaan, untuk menghindari syirik khafi kerana menafikan Tuhan dan merasakan dirinya yang berbuat dan yang menempah kejayaan.

27. Tidak sombong dan menjauhi diri dari mengungkit jasa-jasanya. 28. Merendah diri atau tawadhuk. 29. Bercakap bila perlu, dan banyak diamnya. 30. Tiada kerja yang sia-sia. 31. Dirinya menjadi contoh atau model